Assalamualaikum. Hai.

Jumaat lepas Marina dan family pergi ke Fama Fest di RTC Gopeng, Perak. Lepas habis keje terus shoot ke RTC Gopeng.

Fruit, Flower & Food Fiesta 2019 ni berlangsung dari 25 Julai sehingga 29 Julai. Macam-macam aktiviti yang dijalankan selama 5 hari.


Pelbagai jenis makanan, buah-buahan, bunga dan juga haiwan-haiwan ada dijual disini.

Yang paling banyak dapat sambutan adalah di 'House of Durian. Penggemar durian tak melepaskan peluang untuk makan durian di sana. Terutamanya musang king. Musang King sekilo RM30



Anak-anak Marina paling suka Petting Zoo. Harga masuk petting zoo adalah RM3 seorang. Tak kirala budak atau orang dewasa. Mainla sampai lebam. Anak ayam yang colorful tu pon boleh dibeli dengan harga RM5 seekor.


Selain anak ayam, terdapat juga arnab, anak kambing, anak itik dan ayam.

Di seksyen lain plak ada menjual ikan laga. Marina paling tertarik dengan ikan laga ni. Bagi peminat ikan laga ni mungkin tahu kelebihannya tersendiri. Seekor ni RM2500. Abih duit gaji hakak kalau beli ikan laga ni. Sia-sia kalau beli, tak sampai beberapa minggu mati.


Kat Fama Fest ni pon ada penyu. Tapi anak penyu je la. First time kot tengok penyu depan mata.


Tumbuh-tumbuhan dalam balang pon ada dijual di Fama Fest ni. Tapi Marina tak tengokla harganya. Penuh kesabaran dan kreatif orang yang buat ni.


Banyak lagilah aktiviti yang ada kat sini. Ada booth pameran-pameran dari company seperti Aman Palestin dan Bukit Merah Laketown Resort. Kalau cerita semua takkan habih.

Marina suka bawak anak-anak tempat-tempat macam ni. Bagi pendedahan pada diorang. Anak-anak Marina pon suka meng'explore' new things. Dari situ diorang dapat pengalaman dan ilmu.

-bymarinabashah-
Assalamualaikum. Hai.

Anak-anak dah lama teringin nak naik bas. Harini Marina tunaikan permintaan anak-anak naik bas. Kiteorang naik bas Perak Transit. Kalau zaman dulu-dulu orang panggil bas tambang. Ni kali pertama Marina naik bas Perak Transit ni. Anak-anak pon tak pernah lagi merasa naik bas, so nak bagi diorang merasa.

Marina, husband dan anak-anak pegi breakfast dulu kat kedai mamak sebelum memulakan perjalanan kiteorang.

Breakfast dulu

Lepas breakfast, husband parking di tempat menunggu bas. Tempat menunggu bas tu berdekatan kawasan taman perumahan Marina.

Dalam pukul 11 pagi, bas sampai di tempat menunggu. Kiteorang naik sampai ke penghujung bas tu berhenti iaitu di Medan Kidd.


Seriusly Marina cakap, bas Perak Transit/My Bas ni tak macam bas tambang dulu.

Bas ni dah moden, ber'air cond', selesa dan cara bayar tiket bas pon dah moden. Semua dah guna digital. Pemandu bas hanya klik je destinasi yang penumpang nak turun dan keluarla resit. Kalau nak bayar guna touch & go pon boleh.

Pemandu klik je destinasi yang penumpang nak pergi

Nanti keluar resit kat mesin ni

Selepas dah sampai di Medan Kidd, kiteorang makan kat kedai area situ sementara tunggu bas bergerak balik ke destinasi tempat yang kiteorang naik.

Kat kedai tu order mee kari, koeytiaw kari dan koeytiaw goreng. Koeytiaw goreng dia serius sedap. Yang gorengnye seorang muallaf. Tapi koeytiaw ni tanpa sayur sebab anak tak makan sayur. Semua sekali RM14 termasuk air.


Pukul 12.55 tengahari bas mula bergerak menuju ke destinasi untuk menurunkan dan mengambil penumpang.

Di stesen bas tu ada papan tanda bas sepatutnya yang kiteorang naik. Di papan tanda ada, di screen led pada bas pon ada. So mudah untuk tahu di mana sepatutnya kiteorang tunggu bas ke destinasi kami.


Dalam perjalanan, Miqaila siap tidur dalam bas. Kepenatan. Selesa pon ye. Sejuk. Dalam pukul 2 petang kiteorang dah sampai destinasi tempat yang kiteorang naik bas pada awalnya.


Bila ditanya nak naik lagi tak bas, semua kata nak naik lagi. Cabaran semasa menaiki bas ni : Miza, budak baju merah tu nak buang air kecil. Tapi apakan daya, suruh dia tahanla. Tunggu dah sampai rumah baru lepaskan hajat.

Bukan Marina tak pesan, setiap kali ke mana-mana walaupon naik kereta, pesan siap-siap, buang apa sepatutnya dulu. Marina pon dah bagitau kalau naik bas, tak boleh berhenti untuk buang air dan takde toilet. Tapi budak kan we cannot predict what will happen. So far diorang behave.

-bymarinabashah-
Assalamualaikum. Hai.


Lama dah tak buat Giveaway. Marina mencari seorang follower bertuah untuk giveaway ni. Yang bertuah Marina akan bagi Dianz mask dan Moist secara PERCUMA! Suka tak?

Mudah je nak jadi follower yang bertuah:

1. Follow blog Marina Bashah

2. Follow instagram marina.bashah

3. Follow Facebook Marina Bashah

4. Follow page Marina Bashah

5. Tag kawan seramai yang mungkin di instagram marina.bashah

Mudahkan? Kalau korang aktif di salah satu media sosial marina, di facebook, instagram, page atau blog, peluang korang jadi follower bertuah amatlah tinggi.

Kalau sambutan amat menggalakkan, Marina buat lagi giveaway macam ni.

PEMENANG Marina umum 1hb Ogos 2019 di Instagram marina.bashah jam 9 malam okeh😉

Goodluck
Assalamualaikum. Hai.

Sekarang ni mana-mana pon orang duk sebut pasal boba/ bubble tea/pearl atau apa-apa je la panggilannya. Sibuk orang duk mencarikan?

Semalam Marina pon pegi hunting boba. Boba ni spesial sebab homemade. Dah tentu halal sebab Melayu yang buat sendiri.

Kat sini terdapat 5 jenis boba.
- Boba Milk Tea
- Boba Milk Brown Sugar
- Boba Matcha
- Boba Coffee
- Boba Chocolate

Harga RM5.90 sahaja. Cup besar plak tu. Marina beli Boba Milk Brown Sugar dan Boba Chocolate. Terbaikkk. Air dia sedap. Pekat

Kalau yang tak pernah rasa Boba Chocolate, air dia macam ais blended chocolate, cuma tambah bubble je.

Yang Milk Brown sugar, Marina takut nak beli sebenarnya, tapi belasah je try. Milk tea= Teh susu memang Marina tak minum.

Boba Milk Brown sugar ni rasa macam air cendol tapi tak pekat sangat macam cendol. Marina tak boleh terima cendol sebab santan dan gula merah tapi milk sugar brown ni Marina boleh terima sebab guna susu.

Boba Monster Pengkalan ni air dia tak cair. Ais dah cair pon air still ok lagi. Tak tawar. Boba dia banyak gila, kenyal, saiz sedang je.

Kalau nak beli Boba Monster kat Pengkalan ni kena datang awal. Semalam rezeki dapat Boba Chocolate. Marina orang terakhir dapat beli chocolate. Boba kat sini memang Recommended.

Lokasi: Taman Pengkalan Jaya (orang panggil SPPK) berdekatan Masjid Al-Furqan.



-bymarinabashah-
Assalamualaikum. Hai.

Lambat sikit nak start balik bubble bubble ni. Tengok orang dok review, rasa tak tergoda pon sebab namanye 'Milk Tea'. Kalau translate ke Melayu namanya teh susu, kan? Agaknye rasa teh susu kot ye? Tekak I is tak boleh masuk teh susu, so memang tak tergoda. Tapi sebab ada chocolate, Marina try la jugak.

Sebenarnye bubble ni dah lama wujud. Masa Marina sekolah menengah pon Marina dah pernah minum bubble ni. Tambahan plak sekolah sebelah shopping mall. Memang heavenla. Hahaha.

Disebabkan pengaruh dari member. Member ajak try minum, Marina pon tryla. Masa tu member kata honey dew sedap. Bila Marina cuba, serius memang sedap. Sejak dari tu, menu tu je la yang Marina order.

Time tu belum wujudla lagi Coolblog, Xing Fu Tang, Tiger Sugar dan yang seangkatan dengannya.

Sekarang ni Marina baru nak start minum balik. Tapi yang boleh terima tekakla. Teh susu dan coffee Marina tak minum, so boleh layan chocolate ngan buah-buahan je.

Bang Bang Chocolate


Marina beli Tealive - Bang Bang Chocolate. Yang ni dia serve dengan warm bubble. So takyah add bubble dah. Beli yang regular je. Harga RM7.90. Masuk SST dalam RM8.50. Rasa air dia macam ice chocolate biasa je. Bubble dia okay, lembut.

Ok next nak try lain plak.

Korang dah cuba yang mana? Yang mana sedap?

-bymarinabashah-
Assalamualaikum. Hai.

Haritu masa raya, husband ajak pergi beli kerepek kat Pusing, Perak. Selama ni tau kerepek ada kat Banting je. Sekarang ni takyah dah beli jauh-jauh. Kat Perak ni pon ada kerepek tau.

Yang nak pergi cari kerepek, korang boleh try google JAJAN'S mesti jumpa. Harga pon okla. Macam kacang tu 500 gram dalam RM8.

Kat sini serius banyak pilihan. Antara kerepek yang ada, kerepek bawang, kerepek pisang, rempeyek, kacang. Eh banyak lagila. Kalau time raya tu punyalah ramai manusia. Sampai nak tengok kacang/kerepek yang ada pon tak nampak dah. Lagi satu time raya, kuih raya pon ada. Mungkin ada orang yang hantar ke kedai ni.








Dari goreng, packaging semua diorang buat sendiri. Ini Bumiputra punya tau. Kalau nak buat goodies untuk perkahwinan pon diorang buat. Kat situ boleh dikatakan sederet kedai tu diorang punya.

Marina pergi sini bukan time raya je, time tak raya pon Marina pergi. Husband suka ada kudap-kudap standby kat rumah. Bosan-bosan bolehla makan kacang ni.

Haaa apa lagi. Serbu jommm.

-bymarinabashah-
Asalamualaikum. Hai.

Semalam Marina satu family pegi tengok Spider-man: Far From Home kat Aeon.

Masa nak beli popcorn tu ada sorang budak ni siap pakai spiderman punya suit lagi merayau-rayau kat area panggung wayang. Nak tengok wayang spiderman jugak gamaknye. Fanatik sangat tuh. Nak ambik gambar kang takut bapaknye marah. Mampu tengok je la.?

Cerita Spider-Man ni adalah susulan daripada movie Avengers : End Game. Dalam movie Avengers ni Iron Man terkorban. Semua berduka dengan kematian Iron Man.

Kisah bermula bila Nick Fury mencari Spider-Man untuk membantu menyelamatkan dari Elemental. Nick Fury memberikan barang kepunyaan Iron Man kepada Spider-Man untuk diwarisinya.

Spider-man tak yakin dengan dirinya layak untuk dipilih selepas kematian Iron Man. Tambahan dia remaja dan naluri untuk bebas dan bercinta kuat daripada menjadi hero untuk menyelamatkan dunia.

Akhirnya Spider-man terpaksa bertanggungjawab atas pilihannya sendiri bila dia telah salah memilih.

Pada pendapat Marina  movie ni, tak berapa bestla. Rasa diperbodohkan dan ditipu. Part control minds tu, Marina rasa cam bosan sikit.

Tapi secara keseluruhannya boleh layanla. Korang dah tengok blum?


-bymarinabashah-


Hai. Assalamualaikum.

Sekarang ni sana sini orang duk sebut pasal durian kan? Musang king la. D24 la. Ada yang sanggup balik kampung jauh-jauh nak makan durian. Ada yang kata durian kebun sendiri lagi sedap daripada yang beli. Ye ke? Entahla.

Korang sebutla ape jenis pon. Marina tak teruja pon sebab tak makan durian.?

Semalam disebabkan anak sampai merajuk, tiber nak makan durian, makanya misi mencari durian pon bermula.



Husband beli yang longgok punya. Walaupon longgok, buahnya elok tau. Selonggok RM20. Kalau sekilo RM8. Durian dari Gopeng.

Balik rumah, anak tak nyabor nak makan. Sudahnya makan seulas je. Jenuh husband nak perabihkan sorang. Tapi 3 bijik bagi kat mertua.

Yang balance kat rumah, husband buatla resepi zaman bujangnya dulu. Resepi ayah mertuaku. Sedap macam dulu-dulu katanya. ?

Bahan-bahan:
1. Air garam
2. Gula
3. Nasi
4. 4/5 ulas Durian. Tak kisahla durian apa. Nak sedap gunala Musang king. Orang kata musang king sedap.

Cara-cara:
1. Bancuh air garam. Garam agak-agak je.
2. Gaul durian dan nasi.
3. Tuang air garam sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Janganla banjir sangat.
4. Bila masin dah cukup, letak gula dalam satu sudu dalam nasi durian tu.

Dah siap. Selamat makan nasi durian.