Food Review : Tealive - Bang Bang Chocolate

Assalamualaikum. Hai.

Lambat sikit nak start balik bubble bubble ni. Tengok orang dok review, rasa tak tergoda pon sebab namanye 'Milk Tea'. Kalau translate ke Melayu namanya teh susu, kan? Agaknye rasa teh susu kot ye? Tekak I is tak boleh masuk teh susu, so memang tak tergoda. Tapi sebab ada chocolate, Marina try la jugak.

Sebenarnye bubble ni dah lama wujud. Masa Marina sekolah menengah pon Marina dah pernah minum bubble ni. Tambahan plak sekolah sebelah shopping mall. Memang heavenla. Hahaha.

Disebabkan pengaruh dari member. Member ajak try minum, Marina pon tryla. Masa tu member kata honey dew sedap. Bila Marina cuba, serius memang sedap. Sejak dari tu, menu tu je la yang Marina order.

Time tu belum wujudla lagi Coolblog, Xing Fu Tang, Tiger Sugar dan yang seangkatan dengannya.

Sekarang ni Marina baru nak start minum balik. Tapi yang boleh terima tekakla. Teh susu dan coffee Marina tak minum, so boleh layan chocolate ngan buah-buahan je.

Bang Bang Chocolate


Marina beli Tealive - Bang Bang Chocolate. Yang ni dia serve dengan warm bubble. So takyah add bubble dah. Beli yang regular je. Harga RM7.90. Masuk SST dalam RM8.50. Rasa air dia macam ice chocolate biasa je. Bubble dia okay, lembut.

Ok next nak try lain plak.

Korang dah cuba yang mana? Yang mana sedap?

-bymarinabashah-

6 comments:

  1. Memang tengah hangat dan ramai yang dah cuba dan review.PC belum cuba lagi..

    #alhamdulillah PC dah follow blog ni..#1

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. tak teruja pon sebab milk tea tu teh susu kot. Marina tak minum teh susu.

      Delete
  2. tak sedap yang ni, menyesal beli. Rasa dia macam minum air coklat tawar. nothing special pun

    ReplyDelete
  3. bila baca entri ni baru perasan sejak sek memang dah ada bubble ni dah kan. kalau ana, ana suka cool blog punya jer. tealive x pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marina pla terbalik. Tak pnah try coolblog.hihi

      Delete