Pengalaman Menaiki Bas Perak Transit / My Bas

Assalamualaikum. Hai.

Anak-anak dah lama teringin nak naik bas. Harini Marina tunaikan permintaan anak-anak naik bas. Kiteorang naik bas Perak Transit. Kalau zaman dulu-dulu orang panggil bas tambang. Ni kali pertama Marina naik bas Perak Transit ni. Anak-anak pon tak pernah lagi merasa naik bas, so nak bagi diorang merasa.

Marina, husband dan anak-anak pegi breakfast dulu kat kedai mamak sebelum memulakan perjalanan kiteorang.

Breakfast dulu

Lepas breakfast, husband parking di tempat menunggu bas. Tempat menunggu bas tu berdekatan kawasan taman perumahan Marina.

Dalam pukul 11 pagi, bas sampai di tempat menunggu. Kiteorang naik sampai ke penghujung bas tu berhenti iaitu di Medan Kidd.


Seriusly Marina cakap, bas Perak Transit/My Bas ni tak macam bas tambang dulu.

Bas ni dah moden, ber'air cond', selesa dan cara bayar tiket bas pon dah moden. Semua dah guna digital. Pemandu bas hanya klik je destinasi yang penumpang nak turun dan keluarla resit. Kalau nak bayar guna touch & go pon boleh.

Pemandu klik je destinasi yang penumpang nak pergi

Nanti keluar resit kat mesin ni

Selepas dah sampai di Medan Kidd, kiteorang makan kat kedai area situ sementara tunggu bas bergerak balik ke destinasi tempat yang kiteorang naik.

Kat kedai tu order mee kari, koeytiaw kari dan koeytiaw goreng. Koeytiaw goreng dia serius sedap. Yang gorengnye seorang muallaf. Tapi koeytiaw ni tanpa sayur sebab anak tak makan sayur. Semua sekali RM14 termasuk air.


Pukul 12.55 tengahari bas mula bergerak menuju ke destinasi untuk menurunkan dan mengambil penumpang.

Di stesen bas tu ada papan tanda bas sepatutnya yang kiteorang naik. Di papan tanda ada, di screen led pada bas pon ada. So mudah untuk tahu di mana sepatutnya kiteorang tunggu bas ke destinasi kami.


Dalam perjalanan, Miqaila siap tidur dalam bas. Kepenatan. Selesa pon ye. Sejuk. Dalam pukul 2 petang kiteorang dah sampai destinasi tempat yang kiteorang naik bas pada awalnya.


Bila ditanya nak naik lagi tak bas, semua kata nak naik lagi. Cabaran semasa menaiki bas ni : Miza, budak baju merah tu nak buang air kecil. Tapi apakan daya, suruh dia tahanla. Tunggu dah sampai rumah baru lepaskan hajat.

Bukan Marina tak pesan, setiap kali ke mana-mana walaupon naik kereta, pesan siap-siap, buang apa sepatutnya dulu. Marina pon dah bagitau kalau naik bas, tak boleh berhenti untuk buang air dan takde toilet. Tapi budak kan we cannot predict what will happen. So far diorang behave.

-bymarinabashah-

4 comments:

  1. pendedahan dan pengalaman yang baik untuk anak-anak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nowadays anak-anak dah terlampau moden. Tak penah naik bas. Tak penah naik basikal. Tak penah naik keretapi.hehe

      Delete
  2. Allah rindunya dengan bas Perak Transit ni. Dulu kinah salah seorang staf di sana. Memang dah banyak perubahan dah company ni. Kalau dulu mesin dia pemandu hanya touch ke mana lokasi yang ingin dituju sekarang dah boleh touch n go ye.

    ReplyDelete
  3. Best gini.
    Sporting lah marina & asben.
    So far, aida x pernah la bwk anak2 naik bas d melaka :)
    But di KL,yes. Sebab naik bas sambil tunjuk tempat. Nice experience. Perfect.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.