Kedai Kerepek Bumiputera di Perak untuk stok Raya

Assalamualaikum. Hai.

Haritu masa raya, husband ajak pergi beli kerepek kat Pusing, Perak. Selama ni tau kerepek ada kat Banting je. Sekarang ni takyah dah beli jauh-jauh. Kat Perak ni pon ada kerepek tau.

Yang nak pergi cari kerepek, korang boleh try google JAJAN'S mesti jumpa. Harga pon okla. Macam kacang tu 500 gram dalam RM8.

Kat sini serius banyak pilihan. Antara kerepek yang ada, kerepek bawang, kerepek pisang, rempeyek, kacang. Eh banyak lagila. Kalau time raya tu punyalah ramai manusia. Sampai nak tengok kacang/kerepek yang ada pon tak nampak dah. Lagi satu time raya, kuih raya pon ada. Mungkin ada orang yang hantar ke kedai ni.








Dari goreng, packaging semua diorang buat sendiri. Ini Bumiputra punya tau. Kalau nak buat goodies untuk perkahwinan pon diorang buat. Kat situ boleh dikatakan sederet kedai tu diorang punya.

Marina pergi sini bukan time raya je, time tak raya pon Marina pergi. Husband suka ada kudap-kudap standby kat rumah. Bosan-bosan bolehla makan kacang ni.

Haaa apa lagi. Serbu jommm.

-bymarinabashah-

4 comments:

  1. Wah! mesti fresh sebab kat situ jugak kan...
    Lagi satu yang best ni makan tanpa was-was.

    ReplyDelete
  2. Wah balik kampung boleh singgah ni..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welkam. Kalau nak dekat raya lebih baik elakkan pegi sini.

      Delete