Assalamulaikum. Hai.

Pada Sabtu lepas 24/8/2019. Marina bawak anak-anak ke Hari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Aspirasi Merdeka. Husband Marina jadi urusetia, so Marina la kena bawak 3 ketul ni. Husband dah gerak awal pagi.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Hari Terbuka tersebut antaranya pameran, persembahan sapelele, aktiviti mendulang, demo pembuatan tembikar dan demo  'glass blowing'.

Marina bawak anak-anak ke Hari Terbuka ni untuk memberi pendedahan pada diorang. Daripada diorang main 'playdoh' , 'slime' dan gadget lebih baik dedahkan diorang aktiviti luar seperti ini.

Yang paling anak-anak Marina suka adalah aktiviti mendulang, membuat tembikar dan mewarna tembikar.

Di booth aktiviti mendulang ni, pegawai di sana menerangkan cara-cara bagaimana hendak mendulang untuk mengasingkan pasir/batuan daripada bahan mineral. Anak-anak Marina, kecik-kecik dah dapat merasa pegang dulang. Berebut-rebut diorang nak mendulang. Ibu pon tak pernah merasa mendulang ni.


Aktiviti membuat tembikar jugak menarik perhatian anak-anak Marina. Pembuat tembikar dijemput dari luar untuk menunjukkan cara-cara untuk membentuk mangkuk. Di JMG tiada kepakaran untuk membuat tembikar memandangkan JMG hanya menjalankan ujian terhadap tanah liat yang dihantar.

Baru Marina tahu kena uli bagi centre dulu sebelum membuat samada mangkuk/cawan/labu sayong. Patut la dalam TV dia tunjuk kena uli ke atas dulu, pastu barula start membentuk. Di sini la tempat yang paling lama kitaorang melepak. Bila dah siap menguli, pembuat tembikar memberikan buah tangan kepada anak-anak Marina sebagai kenangan.

Marina lupa nak tengok 'glass blowing' memandangkan si Miqaila tu merengek kebosanan. Dah on da way balik tu baru teringat.

Hopefully ada lagi aktiviti-aktiviti macam ni.

Main dam ular

Di salah satu booth mempamerkan jenis batuan

Pam air bawah tanah
Mendulang
Persembahan Sapelele
Permainan Carom
Membuat tembikar


Dapat bawak balik tembikar

Mewarna tembikar

Assalamualaikum. Hai.

Marina dan family try dinner kat Pilots Kitchen Cafe di Pengkalan, Ipoh. Tak tahu nak makan apa. Kita try kat Pilots Kitchen plak. Lagipon dekat dengan rumah.

Masuk-masuk cafe, sangatla tenang. Kedainya bersih. Nak makan pon selesa. Lighthing pon terang je. Anak-anak dah buat macam kedai deme plak dah.

Ambik gambar dulu sebelum makanan sampai
Ayam black pepper, Sup sayur, nasi ayam dan ais kacang
sup sayur di syiokkk. Ada fishball

Ais kacang Pilots Kitchen. RM5.

Makanan yang Marina order :
-Nasi ayam takde ayam
-Sup sayur
-Ayam black pepper
-Fries
-Ais kacang
-Air 4 jenis

Semua ni RM50++

Pada hari yang lain plak Marina makan di Pilots Kitchen jugak. Makanan dia memang puas hati. Tu pasal la repeat berkali-kali.

Macaroni cheese dia memang best giler. Cheese tak kedekut
Roti bakar pon sedap

Tiap kali kalau tanya anak-anak malam nak makan mana? Mesti diorang cakap nak makan kat Pilots Kitchen. Sebab kena selera dengan diorang. Anak-anak Marina bab makan choosy sedikit. Kalau diorang nak makan sesuatu Marina akan beli je sebab diorang akan makan habih apa yang diorang mintak.

Untuk harga Marina bagi 7/10. Untuk makanan Marina bagi 8/10. Keselesaan kedai 9/10.
Assalamualaikum. Hai.

Sempena Hari Kebangsaan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan RTM
akan mengadakan Hari Terbuka.
Aktiviti yang menarik akan dijalankan. Antaranya:
-Persembahan Sapelele
-Aktiviti Mendulang
-Persembahan 'Glass Blowing'
-Persembahan Pantomim
-Persembahan Artis

Datanglah beramai-ramai ke Hari Terbuka JMG dan Aspirasi Merdeka 2019.
Tarikh: 24 Ogos 2019
Masa: 8:00 pagi sehingga 5:00 ptg.
Tempat: Kompleks JMG Ipoh, Pera
k


Assalamualaikum. Hai.

Haritu Marina dan family dinner kat 21 Grilled di Gunung Rapat, Ipoh. Ada orang nak velanja. Kita tadahkan mulut je.

Dalam kedai 21 Grilled ni cantik designnya. Tempat makan dia selesa. Nak selfie selfot cantik. Gaya kedainya alala modern hipster pon ada.

Sementara tunggu makanan sampai, Marina tertarik dengan hiasan dinding dia. Gambar-gambar artis/pemain bola sepak yang dilukis serta ada kata-kata motivasi daripada artis/pemain bola sepak tersebut.


21 Grilled ni paling femes burger giant dia. Adik kedai tu kata burger ni untuk 4 orang makan. Tapi akak selambe je makan 2 orang ngan husband. 😂 Anak-anak makan sikit2 je la. Set burger tambah nugget RM43 ++.

Daging dia tebal giler. Tinggi burger ni ada 5 inch kot. Puas makan tapi sos dia tak banjir. Untuk makanan akak bagi 7/10. Untuk kecantikan dan keselesaan 8/10.



Lepas tu beli Boba di 21&Co. 21&Co ni terletak di luar 21 Grilled. Satu bumbung jugak. Boba dia RM8. Marina beli caramel milk sugar. Takde brown sugar. Sedap jugak. Dia punya boba kecik sikit. Sedut je sekali banyak dia masuk.



Nanti nak repeat lagi makan kat sini. Nak try menu lain plak.

21 Grilled ni ada 2 kat Ipoh. Di Taman Cempaka main outlet dia. Untuk Boba di Taman Cempaka ada 4 jenis. Di Gunung Rapat ada 2 jenis.

21 Grilled Gunung Rapat, Ipoh
21 Grilled Taman Cempaka, Ipoh
Assalamualaikum. Hai

Korang ada amalkan apa-apa supplement tak untuk badan korang? Tak kisahla untuk cantikkan kulit ke atau nak kuruskan badan? Marina ni macam-macam supplement Marina consume. Vitamin C, produk kuruskan badan, B complex pon Marina ada ambil. Kalau rasa kulit macam dah kering, badan pon letih semacam, Marina mulalah mencari supplement.

Orang kata nak cantik, nak kurus bermula dari perut kita. Apa yang kita makan, mencerminkan luaran kita. Haaa gitu.

Kalau korang nak tau Kita Beauties ni dia ada 8 jenis produk kat pasaran. Kita Beauties ni dia merupakan minuman campuran botani.

Korang boleh cari Kita Beauties ni kat Guardian tau. Harga sekotak Kita Beauties ni RM28.80 je. Sekotak ada 10 sachet.

Minum Kita Beauties Col'la untuk kurangkan jeragat

Marina consume Kita Beauties Col’la. Marina consume ni sebab umur dah makin meningkat. Korang tau tak umur makin meningkat tapi kolagen makin menurun? Kolagen ni bukan takat muka korang je berkedut tau. Bila kolagen dalam badan menurun, macam-macam penyakit menyinggah pada kita. Antaranya, tisu dalam badan kita berkurangan dan akan menyebabkan lutut kita sakit akibat kekurangan tisu. Haaa daripada sakit kemudian hari lebih baik kita tambahkan kolagen dalam badan kan?


Kita Beauties Col’la ni mengandungi Pomegranate, Collagen, Vitamin C, Asthaxanthin dan Omega 3.

Kita Beauties Col’la dapat :

• Memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
• Menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
• Mengurangi kedutan dan garis halus
• Mengecilkan pori kulit
• Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
• Meningkatkan sistem imunisasi badan
• Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
• Mengatasi masalah jerawat dan jeragat

Best ke best sangat Kita Beauties Col’la ni?


TAPI...kalau nak cantik mestilah berpantang sikit. Macam orang lepas beranak, nak pasang badan kenala pantang sikit kan?

TIPS/PANTANG
• Untuk MASALAH JERAWAT sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
• Elakkan pengambilan KAFEIN sebab boleh mempercepatkan penuaan.
• Time period seeloknya korang stop sekejap sebab sistem penyerapan badan masih lemah jadi  membazir kalau minum time period. Hari keempat korang start balik consume.
• Kalau korang ada makan ubat, JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam
• Kalau ambil supplement lain atau jamu korang boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan
• Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan ke atas utk ibu mengandung/ ibu menyusu.
• Produk slimming/detox TIDAK SESUAI untuk ibu menyusu atau ibu mengandung.
• Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter utk kesan terbaik.
• Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
• Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung.
• Boleh bancuhkan dgn air suam, air biasa atau air sejuk tapi pastikan betul-betul larut dulu sebelum korang minum.
• Produk ni sesuai diambil selepas sarapan atau sebelum tidur. (waktu yg dicadangkan ialah sebelum tido sebab penyerapan waktu malam lebih tinggi)

APA YANG KORANG PERLU TAHU TENTANG KITA BEAUTIES
• Produk Kita Beauties bukan diperbuat daripada ubat. Kita Beauties tidak dapat bantu menyembuh sakit sakit kronik korang.
• Produk Kita Beauties hanya Makanan tambahan anda seharian . Kita Beauties hanya membantu mengimbangkan nutrisi yg kekurangan dari makanan seharian korang . Produk Kita Beauties adalah produk yg diperbuat dari makanan seharian kita seperti sayur-sayuran , buah-buahan dan kolagen
dari ikan . PRODUCT KITA BEAUTIES ADALAH SUPERFOOD. 
• Produk Kita Beauties ada No.Reference dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan dikategorikan sebagai makanan. Tiada No. MAL sebab No. MAL hanya untuk produk yg diperbuat dari ubat / dikelaskan sebagai ubat. Faham ke faham sangat?

CARA PENGAMBILAN
Senang je nak consume Kita Col’la ni. Korang bancuhkan dalam 100ml air. Boleh bancuhkan dengan air biasa, air suam ataupun air sejuk TAPI pastikan betul-betul larut dulu sebelum minum.

Satu sachet satu hari

Bancuh dengan 100ml air suam/sejuk

Minumla dengan gembira

Sampai sini je perkongsian dari Marina untuk korang. Harap dengan perkongsian Marina ni dapat membantu korang yang tengah tercari-cari produk untuk mendapatkan kulit dan badan yang sihat serta menawan.

KITABEAUTIES -  “MAKE YOUR SKIN & BODY HAPPY”

Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok sini:

Website: http://www.kitabeauties.com/
Facebook: kita beauties
Instagram: @kita_beauties
Assalamualaikum. Hai.

Masa Hari Raya Korban haritu Marina dapat daging korban. Mak mertua bagi. Mak mertua ada join korban pada tahun ni. Dari start sembelih sampai melapah kitaorang tengok. Mak mertua join dengan saudara mara. Buat pon kat rumah saudara mara.

Macam-macam menu dalam kepala ni nak masak apa. Antara cadangan menu : sup, kari, masak halia. Tapi Marina rasa semua tu menu biashe-biashe. Sudahnye masak menu turun-temurun. Resepi arwah mak Marina.

Setiap kali nak raya mesti masak menu ni. Mudah dan tak guna santan pon. Biasa menu raya mesti nak masak rendang kan?


Bahan-bahan:
1. Cili boh 4 sudu besar. Kalau nak guna cili kering guna 30 biji.

2. Cuka

3. Kicap manis kipas udang. Marina biasa guna kicap ni. Kalau kicap lain tak tau jadi ke tak.

4. Bawang merah besar 5-6 biji.

5. Garam dan gula.

6. Daging 1kg.

Cara-cara: 
1. Perap daging dengan cuka, kicap manis kipas udang dan gula. Sukatan agak-agak je. Cuka 5-6 sudu besar. Kicap 7-8 sudu besar. Gula 2 sudu besar. Kalau rasa tak cukup tambah lagi sukatan.

2. Sementara tunggu daging perap, masak sambal dia.

3. Blend dan tumis bawang merah sampai naik bau.

4. Bila bawang dah naik bau dan air dah kering sikit, masukkan cili boh.

5. Dah pecah minyak, masukkan daging yang dah diperap tadi. Tak perlu tambah air.

6. Kacau sampai sebati. Masukkan garam. Kalau tak cukup rasa tambah lagi kicap manis.

7. Keringkan air sikit. Dah siap.

Senangkan? Selamat memasak.

Bahan-bahan

Daging yang diperap

*daging tu kalau perap lagi lama lagi sedap.

-bymarinabashah-

Assalamualaikum. Hai

Marina kalau tengok wayang yang baru keluar sebolehnya memang first day tayangan keluar tu Marina akan pergi tengok. Marina pergi tengok BoboiBoy The Movie 2 pada 8.8.19. Anak-anak yang nak tengok sangat. Marina biasa kartun ni kurang berminat nak tengok kat panggung. Biasa layan CD je kat rumah.

Husband Marina cakap, "Entahla. Tengok kartun kat panggung ni, bosanla kot."

Filem : BoboiBoy The Movie 2
Genre : Action, Comedy, Adventure
 Running Time:  1 Jam 50 Minit
Pelakon Utama:  
Nur Fathiah Diaz sebagai BoboiBoy, Fadzli Mohd Rawi sebagai Retak'ka, Nizam Razak sebagai Papa Zola
Pengarah: Nizam Razak

Sinopsis :
Retak'ka yang dahulunya mempunyai kuasa Elemental yang dimiliki oleh BoboiBoy sekarang hendak merampas kuasa tersebut daripada BoboiBoy. BoboiBoy dan rakan-rakan berhadapan pelbagai rintangan untuk melindungi kuasa Elemental supaya tidak jatuh ke tangan Retak'ka.

Review :
Cerita ini mengisahkan misi Boboiboy dan rakan-rakannya berusaha untuk melindungi kuasa Elemental daripada jatuh ke tangan Retak'ka. 

Retak'ka muncul kembali apabila pencuri kristal yang mencuri kristal di mana Retak'ka berada di dalam kristal tersebut. Akhirnya Retak'ka berjaya keluar dari kristal tersebut. 

Retak'ka mula memburu BoboiBoy apabila pencuri kristal tersebut memberitahu BoboiBoy mempunyai kuasa Elemental tersebut.

Retak'ka bukan sahaja hendak mencuri kuasa Elemental daripada BoboiBoy tetapi Retak'ka juga pergi daripada satu planet ke planet yang lain, untuk mencuri kuasa yang dimiliki oleh penghuni planet-planet berkenaan.

Retak'ka berjaya mencuri kuasa Elemental daripada Boboiboy tapi bukan kesemuanya. Retak'ka berjaya mencuri 4 kuasa daripada 7 yang dimiliki oleh BoboiBoy.

Part yang menarik pada Marina adalah apabila rakan-rakan BoboiBoy sangat mengambil berat pada BoboiBoy apabila mereka sanggup ditinggalkan bersama Retak'ka dan Boboiboy dilarikan oleh Papa Zola sebelum Retak'ka dapat rampas kesemua kuasa yang ada pada BoboiBoy.


Lepas habih tengok Boboiboy the movie 2, husband kata, "Layan juga tengok BoboiBoy ni" Pada Marina serius Boboiboy The Movie 2 ni best dan kelakar. Rating 8.5/10

-bymarinabashah-
Assalamualaikum. Hai.

Semalam 31/7/19 Marina dan family pegi tengok wayang yang dinanti-nantikan. Fast & Furious: Hobbs & Shaw.

Filem : Fast & Furious : Hobbs & Shaw
Genre : Action, thriller
 Running Time:  2 Jam 16 Minit
Pelakon Utama:  
Dwayne Johnson, Jason Statham, Vanessa Kirby, Idris Elba, Helen Mirren
Pengarah: David Leitch

Sinopsis :
Untuk mengelakkan virus dicuri oleh team Brixton, Hattie terpaksa muat turun virus tersebut ke dalam badannya. Hattie mempunyai masa selama 72jam untuk mengeluarkan virus itu dari badannya.

Aksi bermula apabila Hobbs & Shaw diarahkan untuk bekerja bersama menumpaskan Brixton. Hobbs & Shaw perlu berhadapan bukan dengan manusia biasa. Brixton mempunyai kuasa 'Superhuman' yang sukar hendak ditumpaskan oleh manusia biasa.

Review :
Filem Fast & Furious : Hobbs & Shaw merupakan filem yang dinanti-nantikan. Cerita ini mengisahkan 2 orang agen yang pernah dipaksa bekerjasama semasa Fast & Furious 8, dipaksa lagi sekali untuk bekerjasama di dalam filem ini.

Ceritanya bermula apabila Brixton dan teamnya hendak mencuri virus untuk diprogramkan semula untuk memusnahkan umat manusia. 

Anggota MI6 Hattie, berjaya menyelamatkan virus tersebut daripada dicuri oleh Brixton dengan memuat turun virus tersebut ke dalam dirinya.

Untuk menyelamatkan Hattie daripada diculik oleh Brixton, Hobbs & Shaw ditugaskan untuk melindungi Hattie. Hobbs & Shaw juga terpaksa berhadapan dengan Brixton yang mempunyai kuasa 'Superhuman'.

Hattie mempunyai 72 jam untuk menghentikan virus daripada merebak ke dalam badannya. Virus boleh dikeluarkan melalui satu mesin yang terletak di makmal team Brixton di Moscow.

Filem Fast & Furious seringkali dikaitkan dengan kereta mewah, berkelajuan tinggi, menggunakan nos dan keutamaan family.

Untuk seketika Marina terlupa filem ini merupakan filem Fast & Furious. 

Adegan yang menarik pada Marina adalah apabila Hobbs pulang ke kampung halamannya di Samoa setelah 25 tahun tidak balik ke kampung. 

Kesimpulannya, bagi Marina filem ni berbaloi untuk ditengok. Lepas satu-satu thriller dia buat. Baru selesai satu thriller, datang thriller baru plak. Sampai anak nak go toilet pon suh tunggu sat. Hahaha. Kejam tak? Rating Marina bagi 9/10.