Pada Sabtu lepas 24/8/2019. Marina bawak anak-anak ke Hari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Aspirasi Merdeka. Husband Marina jadi urusetia, so Marina la kena bawak 3 ketul ni. Husband dah gerak awal pagi.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Hari Terbuka tersebut antaranya pameran, persembahan sapelele, aktiviti mendulang, demo pembuatan tembikar dan demo 'glass blowing'.
Marina bawak anak-anak ke Hari Terbuka ni untuk memberi pendedahan pada diorang. Daripada diorang main 'playdoh' , 'slime' dan gadget lebih baik dedahkan diorang aktiviti luar seperti ini.
Yang paling anak-anak Marina suka adalah aktiviti mendulang, membuat tembikar dan mewarna tembikar.
Di booth aktiviti mendulang ni, pegawai di sana menerangkan cara-cara bagaimana hendak mendulang untuk mengasingkan pasir/batuan daripada bahan mineral. Anak-anak Marina, kecik-kecik dah dapat merasa pegang dulang. Berebut-rebut diorang nak mendulang. Ibu pon tak pernah merasa mendulang ni.
Aktiviti membuat tembikar jugak menarik perhatian anak-anak Marina. Pembuat tembikar dijemput dari luar untuk menunjukkan cara-cara untuk membentuk mangkuk. Di JMG tiada kepakaran untuk membuat tembikar memandangkan JMG hanya menjalankan ujian terhadap tanah liat yang dihantar.
Baru Marina tahu kena uli bagi centre dulu sebelum membuat samada mangkuk/cawan/labu sayong. Patut la dalam TV dia tunjuk kena uli ke atas dulu, pastu barula start membentuk. Di sini la tempat yang paling lama kitaorang melepak. Bila dah siap menguli, pembuat tembikar memberikan buah tangan kepada anak-anak Marina sebagai kenangan.
Marina lupa nak tengok 'glass blowing' memandangkan si Miqaila tu merengek kebosanan. Dah on da way balik tu baru teringat.
Hopefully ada lagi aktiviti-aktiviti macam ni.
![]() |
Main dam ular |
![]() |
Di salah satu booth mempamerkan jenis batuan |
![]() |
Pam air bawah tanah |
![]() |
Mendulang |
![]() |
Persembahan Sapelele |
![]() |
Permainan Carom |
![]() |
Membuat tembikar |
![]() |
Dapat bawak balik tembikar |
![]() |
Mewarna tembikar |
27 Comments
xtvt riadah yg chill & b'manfaat.
ReplyDeleteHa'a betul :)
Deleteapa jua program kemerdekaan seharusnya disambut baik oleh semua masyarakat. mek amat setuju kalau kita dapat luangkan masa untuk semua ni. walaupun hanya pertandingan mewarna, tetap merasakan ianya sambutan hari kebangsaan yang hebat.
ReplyDeletebanyaknya aktiviti yang best-best mesti seronok anak-anak akak dapat spend time kat sana sementara ayahnya bekerja
ReplyDeleteWah, menariknya buat tembikar, pengalaman baru ni, tak pernah saya mencuba buat tembikar sendiri.. Mendulang tu pun menarik juga ...
ReplyDeleteBagus la aktiviti camni untuk anak2. Selain dedahkan diaorang cara bergaul dapat juga diaorang pupuk minat diaorang masing2 kan
ReplyDeleteNampak menarik sangat aktiviti aktiviti nya. Anak-anak mesti seronok n terhibur. Dapat jumpa kawan baru pulak tu kan.
ReplyDeleteSeronoknya kecil2 dah didedahkan dgn aktivit yg bermanfaat mcm ni. Tak semua budak dapat pengalaman mcm ni tau. Mana tahu 1 of them berminat nak jadi geologist ke kan :)
ReplyDeletePendedahan sebegini memang di galakkan pada peringkat anak2 masih kecil. Semga mereka lebih mengerti apa tu mineral. hehe
ReplyDeleteKunjungan perdana disini..
ReplyDeleteSalam kenal.. semoga sukses untuk blog marinabashah.. :)
Terima kasih :)
DeleteBagus bawa pergi event2 seperti ini. Dedahkan dari kecik apa itu sains. Kemahiran. Supaya pupuk minat diorang kan. Kena plan juga ni bawa anak jalan2 . Pergi planeterium , pusat sains negara pun best jgk ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBagusnya tempat ni. Menarik sangat bagi pendedahan awal dekat dorang kan. Buat tembikar.. rare tu
ReplyDeleteHa'a kan
DeleteBest bila ada aktiviti mcm ni. Mengeratkan lagi kita dgn anak2 serta mengajar anak bergaul dgn org. Anak2 pun sure happy
ReplyDeleteBagusnya ada aktiviti sebegini - boleh bonding bersama sekeluarga di samping menambah ilmu pengetahuan dan juga minat baru. Rawlins pun jika ada kesempatan suka bawa anak-anak saudara explore acara sebegini
ReplyDeleteBetul
DeleteNi lah dia yeee yang sambutan merdeka tu! Bestnyaaa boleh buat macam2 aktiviti galian mineral smua ni. Rindu nak melawat muzium tapi ni lagi best boleh rasa sendiri mendulang, mengepam air macam zaman2 dolu. So nice! Kalau lah ada live muzium pertosains semua tu buat mcm ni, confirm i dah pegi!
ReplyDeleteHa'a betul
Deletebestnya hari terbuka seperti ini. nampak meriah ! rasa rugi pulak tak join. banyak aktiviti2 yang menarik untuk disertai. bukan senang nk dapat peluang lakukan aktiviti2 sepeti ini kan
ReplyDeleteso many fun and lovely activities at this open day.. great to see u all enjoying all the activities with so much fun.. yeah yeah yeah!
ReplyDeleteDalam banyak2 aktiviti. Ayu paling suka buat tembikar. Memang seronok dan mencabar. Kalau dapat join aktiviti 2 mcm ni seisi keluarga mmg best
ReplyDeleteSeronok anak2 akak dpt join aktiviti mcmni
ReplyDeletememang bagus anak ke event mcm ni..utk explore dan belajar perkara baru..ciktom penh tgk org bt tembikar kt perak..mmg menarik
ReplyDeletebagusnya tak tahu pun jabatan mineral ni boleh buat aktiviti bermanfaat macamni. Bagi pendedahan pada orang luar especially anak2
ReplyDeleteBagus ada aktiviti mcm ni....sekurang2nya anak2 dpt mengenali aktiviti yg xpernah dorg bwt...
ReplyDelete