21 Grilled

Assalamualaikum. Hai.

Haritu Marina dan family dinner kat 21 Grilled di Gunung Rapat, Ipoh. Ada orang nak velanja. Kita tadahkan mulut je.

Dalam kedai 21 Grilled ni cantik designnya. Tempat makan dia selesa. Nak selfie selfot cantik. Gaya kedainya alala modern hipster pon ada.

Sementara tunggu makanan sampai, Marina tertarik dengan hiasan dinding dia. Gambar-gambar artis/pemain bola sepak yang dilukis serta ada kata-kata motivasi daripada artis/pemain bola sepak tersebut.


21 Grilled ni paling femes burger giant dia. Adik kedai tu kata burger ni untuk 4 orang makan. Tapi akak selambe je makan 2 orang ngan husband. 😂 Anak-anak makan sikit2 je la. Set burger tambah nugget RM43 ++.

Daging dia tebal giler. Tinggi burger ni ada 5 inch kot. Puas makan tapi sos dia tak banjir. Untuk makanan akak bagi 7/10. Untuk kecantikan dan keselesaan 8/10.



Lepas tu beli Boba di 21&Co. 21&Co ni terletak di luar 21 Grilled. Satu bumbung jugak. Boba dia RM8. Marina beli caramel milk sugar. Takde brown sugar. Sedap jugak. Dia punya boba kecik sikit. Sedut je sekali banyak dia masuk.



Nanti nak repeat lagi makan kat sini. Nak try menu lain plak.

21 Grilled ni ada 2 kat Ipoh. Di Taman Cempaka main outlet dia. Untuk Boba di Taman Cempaka ada 4 jenis. Di Gunung Rapat ada 2 jenis.

21 Grilled Gunung Rapat, Ipoh
21 Grilled Taman Cempaka, Ipoh

29 comments:

  1. tq for sharing.. next month p ipoh, buleh terjah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Puas hati makan sini. Harga pon affordable :)

      Delete
  2. Tak sabar nak balik perak dan boleh pergi restoran ni. Lisa plak memang jenis suka makan burger :) Thank you so much for this sharing.

    ReplyDelete
  3. wahhh.. besarnya burger tu.. kenyang makan 2 org ni..

    ReplyDelete
  4. besarnya burger. tu kalu makan 4 orang pun kenyang agaknya.. tak sangka kat Ipoh banyak pprt makanan best

    ReplyDelete
  5. wahh.. kat ipoh pun ada ye.. nampak sedap je burger tu.. besar gilerr.. kenyang perut sekali makan.. hehehe.. yang penting suasana kat situ macam sedap mata memandang .. nak makan pun layannn.. kan

    ReplyDelete
  6. Wahhh kat Ipoh?...Gunung Rapat pulak tu...nanti kalau balik kampung boleh la singgah sini. Selalu kalau nak makan luar kat Ipoh asyik makan kat kedai yang sama ajer. Hehe...

    ReplyDelete
  7. Cantiknya kedai. Hipster sangat. Adik Nur study kat uitm seri iskandar boleh laa suggest makan kat sini klu dia ada ke ipoh. Takpun klu nur ade ke ipoh, blh rujuk entry ni ��

    ReplyDelete
  8. tak pernah dengar lagi nama kedai ni. Kemain besar & tebal daging burger dia. Memang kenyang sangat kalau makan ni. Rating agak tinggi tu. Boleh masuk dalam list ni

    ReplyDelete
  9. Daging burger tu besar juga ya. Kalau hantu burger macam anak-anak eiza, memang boleh tu makan untuk 2 orang. Tempat pun cantik. Thanks di atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  10. Wah. Terbaik sebab burger besar :)
    Menarik. Daging nyer tebal. Confirm kenyang.
    Sedap makan ramai2. Aida pun kaki makan western.
    Deko kena menarik, marina. Baru la customer selesa dan repeat dtg lagi.

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam Kak Marina. Hai !

    Tinggi betul burger dia tu, sampai 5 inci. Mesti isi daging dia juicy kan 😋

    Makan dengan anak² dan husband. Bahagia dan nikmat 😇

    ReplyDelete
  12. Tebal betul daging burger..
    Suami Yaya suka sangat makan burger..ni kalau dia nampak ni terliur sakan la..hihi

    ReplyDelete
  13. Wah. Puas bertingkek2 dapat burger patty tebal macam tu.’harga pon tebal jugak tu ����. Air boba 21 ni look nice. Mesti manis giler kan

    ReplyDelete
  14. Wah burger dia nampak sedap... Air Boba yang popular sekarang, saya belum cuba lagi.. Nanti nak rasa juga nampak sedap tu.. lebih2 tengah panas, dpt minuman sejuk nyaman tekak

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas perkongsian. Kdg2 ke Ipoh tercari cari gak mana lagi tempat makan sedap kat sana. Dah ada tmpat ni boleh lh sis cuba nanti. Sesekali tukar selera makan burger pulak kat Ipoh

    ReplyDelete
  16. tahan air liur tengok burger ngan boba... sedap sedap tu.. puashati kalau makan mcm ni sbb boleh share makan ramai-ramai. berbaloi ni.

    ReplyDelete
  17. Haha. Dah ada orang belanja takkan say no kan? Patty yang tebal2 ni memang sedap. Lagi2 kalau juicy2 n lembut. Tp kena tengok sauce jugak. Kalau semua ok, baru boleh dapat high rating dari Bella. Tengok gambar macam best je burger tu. Yummmm

    ReplyDelete
  18. wah..nak sedapnya..klu gi ipoh bolelah try nie..anak2 memang suka burger :)

    bby the way, selamat berkenalan.. k mid dah follow u..follow mw back ya

    ReplyDelete
  19. Wahhhh burger tu sangat menyelerakan kita lah hehehe tambah pula minuman BOBA tu sangat segar bestnya dapat makan lagi best lak bila orang belanja rezeki jangan ditolak kan hehehe nanti belanja kita lak yer wakakakkaa...

    ReplyDelete