Seriuslah Dapat Iphone 14 FREE Dengan Hanya Membeli Cermin Mata Di OPTOM Bangi!

Seriuslah Dapat Iphone 14 FREE Dengan Hanya Membeli Cermin Mata Di OPTOM Bangi! | Siapa taknak Iphone 14 FREE kan? Kalau tanya Marina, of courselah Marina pun nak jugak! Ni khabar GEMBIRA Marina nak bagitahu, kalau korang beli cermin mata di kedai cermin mata OPTOM Bangi, korang berpeluang memenangi Iphone 14 tau! Mesti korang tak sabar-sabar nak tahu macam mana nak menang Iphone 14 ni kan? Sebelum Marina cerita lebih lanjut macam mana nak dapat Iphone 14 secara PERCUMA, haruslah korang kena kenal dulu kedai cermin mata OPTOM ni dulu. Manalah tahu, korang atau ahli keluarga korang memang nak beli cermin mata kan? Untung-untung asbab nak beli cermin mata, TERMENANGLAH pulak Iphone 14! Rezeki terpijak orang kata. Ajomlah kita mengenali OPTOM Bangi ni. Apa kelebihan dan keistimewaan kedai cermin mata OPTOM ni?




Apa yang Bestnya Memilih OPTOM Bangi untuk Membeli Cermin Mata? 

Selain berpeluang dapat Iphone 14 secara PERCUMA, apa yang bestnya kedai cermin mata OPTOM ni? Kedai cermin mata OPTOM Bangi ni bukan sekadar hanya menjual cermin mata sahaja malahan menyediakan perkhidmatan servis secara klinikal. Pelbagai perkhidmatan istimewa yang disediakan di sini. 


#1 Personalised

Di Optom Bangi korang boleh customized cermin mata mengikut bentuk muka korang yang dikenali sebagai 'Be Spoke'. Tak semua orang mempunyai bentuk muka yang sesuai dengan cermin mata sedia ada yang dijual di kedai cermin mata kan? Dengan adanya perkhidmatan seperti ini di OPTOM ni, bolehlah korang memiliki personalised cermin mata!


#2 Khidmat Nasihat

Optometri di Optom Bangi akan memberikan khidmat nasihat mengenai kesihatan mata korang dan bukan sekadar periksa power mata dan menjual cermin mata.


#3 Pengesahan Rabun 

Ada sesetengah pelanggan yang kurang pasti dia sebenarnya mengalami rabun ataupun tidak. Perkhidmatan di OPTOM ada menyediakan perkhidmatan untuk mengesahkan korang ni rabun. Kotlah korang ingat, korang rabun jauh padahal korang rabun dekat. Takpun, korang tak boleh terima yang korang ni memang rabun. Bila datang buat pemeriksaan di OPTOM memang confirm korang rabun. Kenalah pakai cermin mata kan?


#4 Pemeriksaan Saraf Mata

Korang tahu tak masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada saraf mata? Penyakit ini dikenali sebagai Diabetik Retinopati. Korang boleh membuat ujian saringan kesihatan saraf mata di OPTOM Bangi. Kalau kesihatan mata korang semakin teruk, OPTOM boleh rujuk korang ke doktor pakar. Perkhidmatan ini tak ada di semua kedai cermin mata tau!


#5 Pemeriksaaan Struktur Mata

OPTOM Eyecare Bangi ada juga menyediakan pemeriksaan untuk struktur mata seperti iris, kornea dan lensa. Dari sini, korang boleh dapat tahu korang mengalami katarak mata atau tak.


#6 Pengurusan Sistem Penglihatan

Di OPTOM Bangi, optometri bukar sekadar check mata sahaja, mereka juga akan terangkan tentang kesihatan mata korang. Mereka akan memberikan nasihat langkah-langkah penjagaan mata. Kalau mata korang mengalami kerosakan yang teruk, OPTOM akan rujuk korang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.




Menangi Iphone 14 Daripada OPTOM! 

Seronokkan beli cermin mata, berpeluang menang Iphone 14? Tambah-tambah yang memang pakai cermin mata. Bolehlah beli cermin mata di OPTOM Bangi dan sertai cabutan bertuah yang dianjurkan oleh OPTOM. Bukan beli cermin mata sahaja, kalau korang nak dapatkan servis klinikal atau check mata di OPTOM ni pun layak join cabutan bertuah ni. Asalkan korang berbelanja minima RM500 di OPTOM dalam satu resit. Syarat-syarat lanjut Marina share kat bawah. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:


Hadiah Utama 

Iphone 14 bernilai RM5,299 x 1 pemenang


Hadiah Bulanan 

• 1 gram Emas Public Gold bernilai RM1,750 x 3 pemenang
• Ray-Ban Sunglasses bernilai RM3,000 x 3 pemenangCooking Set Carote bernilai RM259 x 1 pemenang
• Air Fryer Philips bernilai RM184 x 1 pemenang
• Microwave Sharp bernilai RM295 x 1 pemenangVacuum Dyson bernilai RM459 x 1 pemenangHairdryer Philips bernilai RM115 x 1 pemenang


Syarat-Syarat Penyertaan

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Peserta perlu membuat pembelian minimum RM500 dalam satu resit di Optom Eyecare Bandar Baru Bangi untuk layak dikira sebagai penyertaan.
3. Kemasukan mestilah sekurang-kurangnya 70 orang dan ke atas di setiap bulan untuk memastikan hadiah menjadi milik korang. Makanya pakatlah dengan family atau kawan-kawan join lucky draw ni. Mana tahu rezeki dapat hadiahkan?


Tempoh Peraduan

1. Penyertaan dibuka mulai 10 Oktober 2022 sehingga 10 Oktober 2023.
2. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Peraduan termasuk Tempoh Peraduan Bulanan atau Tempoh Peraduan (keseluruhannya) mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberi notis terlebih dahulu.




Beli Cermin Mata Di Optom Bangi dan Sertai Cabutan Bertuah Sekarang untuk Melayakkan Memenangi Iphone 14!

Amacam? Senangkan nak dapat Iphone 14 secara PERCUMA?! Ajaklah family, saudara-mara atau kawan-kawan join sekali cabutan bertuah ni. Mana tahu rezeki diorang menang Iphone 14 kan? Korang yang nak mendapatkan perkhidmatan dari OPTOM Bangi boleh kunjungi kedai mereka atau nak dapatkan makluman lanjut boleh layari website OPTOM :


OPTOM
Cawangan Bangi, Selangor
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Whatsapp : wasap.my/601111479093



Post a Comment

1 Comments