Diabetik Retinopati Penyakit Menyebabkan Mata Buta Akibat Kencing Manis

Diabetik Retinopati Penyakit Menyebabkan Mata Buta Akibat Kencing Manis | Korang pernah dengar tentang Diabetik Retinopati? Marina pun baru pertama kali dengar mengenai Diabetik Retinopati ni. Biasanya kalau kerosakan pada mata yang Marina tahu adalah glaukoma atau katarak mata. Arwah ayah Marina merupakan bekas pesakit kencing manis dan jugak darah tinggi. Tapi alhamdulillah dikurniakan mata yang sihat dan tidak mengalami kerosakan mata akibat diabetes dan darah tinggi. Arwah ayah Marina hanya rabun jauh je. Rabun jauh tu biasalah bagi seseorang yang sudah berumur. Apabila dapat tahu kerosakan pada retina mata disebabkan oleh komplikasi penyakit diabetes, Marina bersyukur arwah ayah tidak mengalami kerosakan pada mata kesan daripada penyakit ini. Sejauh manakah bahayanya kencing manis dan juga darah tinggi pada mata? 


Diabetik Retinopati
Sumber Google




Bahaya Diabetik Retinopati pada Mata!

Diabetik Retinopati merupakan penyakit mata yang tidak memberi apa-apa tanda awal semasa 'menyerang' belakang mata. Diabetik Retinopati merupakan kerosakan pada retina yang berpunca daripada kencing manis atau darah tinggi yang dialami oleh pesakit. 

Apabila gula berterusan sangat tinggi dalam darah, ia boleh menyebabkan dinding salur darah halus atau kapilari menjadi lemah. Salur darah halus yang lemah itu akan menyebabkan protein dan lemak dari darah akan bocor ke dalam filem mata dan mata akan menjadi bengkak. Salur darah juga boleh tersumbat dan menganggu aliran darah ke retina. Seterusnya, aliran oksigen ke retina akan mulai merosot. 

Apabila salur darah baru yang rapuh dan mudah pecah yang tak sihat dalam mata terbentuk, ianya boleh menyebabkan pendarahan. Kerosakan mata ini akan menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya boleh menjadi buta. 


Ketahui Jenis-Jenis Diabetik Retinopati

Terdapat beberapa jenis Diabetik Retinopati yang perlu korang ketahui iaitu :
• Retinopati tanpa proliferasi – Biasanya tidak mengganggu penglihatan. Jenis ini akan berlaku sedikit pendarahan akibat salur darah retina yang bocor.
• Pembengkakan makular – Iany terjadi akibat cairan retina yang bocor dan boleh merosakkan penglihatan tengah.
• Retinopati proliferasi – Berlaku apabila salur darah baru yang tidak normal dan rapuh terbentuk di mana salur darah ini mudah pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam mata yang menyebabkan hilang penglihatan.




Siapa yang Berisiko Menghidapi Diabetik Retinopati?

Adakah korang berada di dalam golongan yang berisiko menghidapi Diabetik Retinopati? Cuba korang semak di bawah ni : 
• Menghidap Diabetes Melitus lebih lama
• Paras gula dalam darah yang tidak dikawal
• Berat badan berlebihan atau obesiti
• Merokok
• Lain-lain masalah kesihatan – darah tinggi dan kolesterol yang tidak terkawal
• Pesakit diabetes yang sedang hamil


Diabetik Retinopati
Sumber Google 




Tanda-Tanda Mengalami Diabetik Retinopati

Masih ramai pesakit diabetis tak tahu komplikasi mata yang boleh berlaku akibat diabetes dan belum pernah pun menjalani pemeriksaan mata. Tanda-tanda pesakit yang mengalami Diabetik Retinopati :

#1 Penglihatan menjadi semakin kabur
#2 Terdapat bintik-bintik hitam yang kelihatan terapung-apung dalam bola mata atau dikenali sebagai ‘Floaters’.


Diabetic Retinopathy


Saranan dan Cara Mengatasi Diabetik Retinopati

Bagi mengelakkan diri dari penyakit Diabetik Retinopati ini, korang perlu mengamalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat. Gaya pemakanan dan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan :

#1 Bersenam 
#2 Makan makanan yang sihat 
#3 Berhenti merokok
#4 Berhenti mengambil alkohol
#5 Patuhi nasihat doktor
#6 Makan ubat secara teratur


Diabetik Retinopatik




Periksa Kesihatan Saraf Mata di Optom Eyecare!

Masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dan akan menyebabkan penglihatan korang terjejas. 

Selain daripada pemeriksaan “power” mata, Optom Eyecare juga boleh memeriksa kesihatan saraf mata iaitu bahagian yang paling penting dalam mata. Korang digalakkan untuk melakukan saringan awal, supaya dapat mengelakkan daripada mengalami Diabetik Retinopati dan seterusnya menyelamatkan penglihatan korang!
 
Diabetik retinopati dapat dikesan dengan menjalankan beberapa ujian saringan : 
#1 Ujian tahap penglihatan 
#2 Ujian medan penglihatan 
#3 Penilaian saraf optik dengan melakukan pemeriksaan funduskopi (pemeriksaan retina mata) 

Sebaiknya, pemeriksaan mata bagi pesakit kencing manis perlu dilakukan :

 • Sekurang-kurangnya sekali setahun.
 • Memeriksa mata dengan lebih kerap sekiranya diabetik retinopati berada pada tahap yang serius.

Korang boleh dapatkan pemeriksaan mata yang lengkap dan konsultasi yang daripada optometris yang berpengalaman di Optom Eyecare. Optometris juga akan bantu korang dengan merujuk korang kepada doktor pakar sekiranya masalah mata korang semakin serius.  

Periksa mata korang untuk mengetahui tahap penglihatan dan kesihatan mata korang di Optom Eyecare sekarang! 




Cawangan Bangi, Selangor
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)


IG : Optom Eyecare
FB : Optom Eyecare

Post a Comment

8 Comments

  1. good sharing marina..baru 1st time juga dengar penyakit ni yg disebabkan dari kencing manis & darah tinggi. ada effect rupanya pada mata..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian ini. Rawlins akan share dengan my family members agar semua menjaga kesihatan diri dan mata

    ReplyDelete
  3. uish siapa sangka penyakit tu pun punca mata buta ya. bahaya ni kena jaga kesihatan diri dari sekarang jangan nnti baru menyesal

    ReplyDelete
  4. Bagus nya perkongsian ilmu macam ni. Family belah husband memang mostly pakai spek sbb rabun. So fafa bole sarankan kepada dorang

    ReplyDelete
  5. Okay, first time tau tentang perkara ni. Tak sangka ada effect pada mata. perkongsian yang sangat menarik! :)

    ReplyDelete
  6. bahayanya apabila boleh memasuki fasa buta.. kena amik berat ni tentang penjagaan kesihatanmulai sekarang

    ReplyDelete
  7. Aduii takutnyaa kann, tapi memang ramai juga ibubapa kawan Sis yang kena penyakit buta ni sbb kencing manis.. marilah kita jaga diri kita huhuhu

    ReplyDelete
  8. Kita baru tahu pasal diabetik boleh butakan mata kerana ada sejarah keluarga diabetik... Risau lak rasa kena pergi buat checkup ni terima kasih atas info berguna ni..

    ReplyDelete