Tempah Cermin Mata Custom Made Mengikut Bentuk Muka (Be Spoke) di kedai Cermin Mata OPTOM Eyecare Bangi Dengan Harga Berpatutan

Tempah Cermin Mata Custom Made Mengikut Bentuk Muka (Be Spoke) di kedai Cermin Mata OPTOM Eyecare Bangi Dengan Harga Berpatutan | Katalah pertama kali korang pergi kedai cermin mata sebab baru tahu yang korang ni rabun dan perlu pakai cermin mata. Apa yang membuatkan korang terus pergi kedai tu dan tak pergi survey dah kedai lain? Adakah sebab dekat dengan rumah korang, kedai cermin mata tu dari luarnya nampak cantik, korang nampak banner ada promosi atau rekemen dari kawan-kawan yang pernah pergi ke optometri tersebut? Kalau Marina lah kan, Marina pergi kedai yang ada banner kat luar tu, harga cermin mata yang ditawarkan murah atau kedai cermin matanya, kawan-kawan Marina rekemen. Ni Marina dapat tahu daripada rakan, ada sebuah kedai cermin mata iaitu OPTOM Eyecare di Bangi menawarkan servis yang menarik selain check power mata. Selain tu, boleh pulak tempah cermin mata custom made (be spoke) yang mengikut bentuk muka kita. Lagilah menarik!

Pernah tak korang pergi kedai cermin mata, servis yang ditawarkan bukan sekadar check power cermin mata sahaja tetapi juga menawarkan servis klinikal seperti boleh memeriksa penyakit katarak? Haaa tak pernah kan? Marina pon baru tahu ni. Di OPTOM Eyecare ada menawarkan servis check mata seperti ini tau. Nak tahu lebih lanjut mengenai servis yang ditawarkan oleh kedai OPTOM Eyecare, kena baca sampai habis cerita Marina ni. 




Kenapa Pakai Cermin Mata Kalau Boleh Pakai Contact Lens?

Ada yang nak baca kisah Marina pakai cermin mata ke? Marina mula pakai cermin mata semasa Tingkatan 2. Masa tu waktu dalam kelas. Marina duk bersembang, pastu Marina dimarah oleh rakan sebab mengganggu dia menyalin nota.  

"Tu cikgu dah tulis kat board, salinlah." 
"Mana adalah."

Marina jalan ke depan. Rupanya memang ada. Bermula dari situlah, Marina dapat tahu yang Marina ni rabun. So, Marina nyatakan hasrat pada arwah mama untuk buat cermin mata. Memang waktu tu suka sangat nak pakai cermin mata. Marina rasa sekarang pon orang yang memang tak sepatutnya pakai cermin mata, nak pakai  cermin mata. Bila dah rabun, kena pakai cermin mata, taknak pakai cermin mata pulak. So, Marina tukar ke contact lens.

Bila dah masuk IPTA, tengah perasan lawa, malu nak pakai cermin mata, mulalah berjinak dengan contact lens. Mula awalnya ok pakai contact lens, bila dah mula tukar jenama, jenama yang ada dah tak keluar, mungkin sebab cara jaga pon kurang sempurna, mata Marina kering dan jadi merah. Tak tahan pakai contact lens lama-lama. Kakak Marina sampai masuk hospital lah sebab pakai contact lens. Mujur takde apa-apa. Sekarang korang yang tak pernah pakai cermin mata atau contact lens dah tahu kan, kenapa sesetengah orang prefer pakai cermin mata berbanding contact lens? 


Mengenai OPTOM Eyecare

OPTOM Eyecare telah mula beroperasi secara online pada tahun 2016. Kini OPTOM eyecare telah beroperasi secara offline dan terdapat 2 cawangan untuk para pelanggannya iaitu di Bangi, Selangor dan di Mergong, Kedah. Mudah pelanggan nak walk in ke kedai mereka untuk mendapatkan servis daripada OPTOM Eyecare. Musim Covid-19 ni kan tak boleh rentas negeri, so pada orang Kedah yang nak check mata atau buat cermin mata, bolehlah berkunjung ke cawangan mereka di Mergong. OPTOM Eyecare menawarkan servis Klinik Optometri dan merupakan pakar dalam cermin mata. 


Servis dan Kelebihan OPTOM Eyecare Kepada Pelanggan 

Pelbagai servis yang ditawarkan oleh OPTOM Eyecare ni. Bukan hanya sekadar menjual cermin mata sahaja, kedai cermin mata ini juga ada menyediakan perkhidmatan konsultansi kepada pelanggan mereka.


#1 Bukan sekadar pemeriksaan mata untuk check power untuk cermin mata malahan menawarkan servis klinik optometri

Mata pelanggan diperiksa secara menyeluruh iaitu mata korang diperiksa dari bahagian dalam dan belakang mata. Ada 4 langkah pemeriksaan mata dilakukan di OPTOM Eyecare. Melalui pemeriksaan ini, staff dapat mengenalpasti penyakit dihidapi oleh pelanggan. 4 langkah ini adalah :

• Mesin Autorefcractor - check power mata dan silau.
• Mesin Phoropter - menguji rabun dekat dan rabun jauh. 
• Mesin Diagnostic - check saraf mata di bahagian hadapan. Boleh check mata kita mempunyai masalah yang berkaitan dengan kencing manis, darah tinggi dan glaukoma yang akan menyebabkan buta.
• Mesin Slit Lamp - check saraf di bahagian belakang mata. Check struktur mata seperti iris, kornea dan lensa. Boleh check sama ada korang ada katarak atau tak. 

Selepas mata diperiksa, staff akan terangkan keadaan mata korang. Mereka akan consult korang di satu bilik khas bagi menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk penjagaan mata. Jika teruk, mereka akan refer korang ke hospital. Haaa dah macam klinik kan? Pemeriksaan secara menyeluruh ini sedikit caj akan dikenakan tetapi masih lagi mampu dibayar. Jangan risau. 



#2 Tempah Cermin Mata Custom Made Mengikut Bentuk Muka (Be Spoke) 

Ini baru pertama kali Marina tahu. Di OPTOM Eyecare, korang boleh menempah cermin mata custom made di sini, mengikut bentuk muka korang. Katalah ketinggian telinga kiri dan kanan tak sama tinggi, mereka boleh adjust cermin mata tersebut mengikut ketinggian telinga korang. 

OPTOM Eyecare menggunakan satu aplikasi khas untuk mengukur kepala, telinga, hidung dan wajah korang. Korang boleh memilih frame dan warna mengikut citarasa korang. 



#3 Cermin mata anak-anak

OPTOM Eyecare juga ada menjual cermin mata untuk kanak-kanak. Cermin mata untuk kanak-kanak ini ada yang jenis boleh lentur, so bila diorang melasak takdelah patah spek mata tu kan? 

Di sini juga terdapat terapi khas untuk anak-anak yang ada masalah juling.





#4 Kanta cermin mata

Korang boleh memilih kanta mengikut citarasa korang. Terdapat 3 jenis coating yang disediakan di OPTOM eyecare iaitu standard, intermediate atau premium.  


#5 Pelbagai jenama cermin mata

Pelbagai jenama terkenal cermin mata dijual di OPTOM Eyecare ni seperti Rayban, Bonia, Oakley, Nike dan Sembonia. 



#6 Kedai yang Luas

OPTOM eyecare menyediakan ruang legar yang luas di kedai cermin mata mereka di mana ianya mesra OKU. 




Apa Kata Mereka? : Feedback Customer yang Mendapatkan Perkhidmatan Dari OPTOM Eyecare

Di sini Marina kongsikan feedback dari pelanggan yang telah berkunjung ke OPTOM Eyecare untuk mendapatkan perkhidmatan dari mereka. Majoriti pelanggan berpuas hati dan gembira datang ke sini.

"Apa yang menarik perhatian aku jugak, kalau korang datang buat kat sini, Optom Eyecare akan sentiasa follow up dengan korang setiap enam bulan untuk tahu perkembangan dan korang pun boleh tahu tentang keadaan mata korang selalu." - Fir


"Bukan premis je cantik tersusun kemas dan rapi, perkhidmatan dan layanan staff pun terbaik kat sini." - Mohaz Sue


"Bila di Optom Eyecare Bangi ni qaseh impress sangat sebab ia lain dari kedai cermin mata yang biasa qaseh pergi sebab Optom Eyecare Bangi ni dia lebih mementingkan kepada servis klinikal dari menjual segala spek yang ada, walaupun pelanggan datang untuk buat cermin mata je, tapi mereka tetap akan buat pemeriksaan mata." - Qaseh


"Consultation di sini memang terbaik. OPTOMETRIST yang ada di Optom Bangi sangat friendly dan berpengatahun luas. Mereka sudi membantu dan menjawab segala pertanyaan patients." - Ummi Nani


"First time Cik Sue tengok macam mana nak check saraf mata tu,kalau kat hospital mesti lama menunggu kan untuk appointment, pilihan lain yang ada korang datang je sini, senang, kalau ada masalah kritikal tetap akan di rujuk ke hospital juga, jimat la masa kan." - Sue Izza


OPTOM Eyecare
Alamat : 

Cawangan Bangi, Selangor
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Whatsapp : wasap.my/601111479093

Cawangan Mergong, Kedah
No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 011-10641167
Waktu Operasi : 10:00am–7:00pm

IG : Optom Eyecare
FB : Optom Eyecare

Post a Comment

14 Comments

  1. Alaa takde cawangan kat shah alam.

    Bagus kedai cermin mata ini. Complete checkup mata yang disediakan :)

    ReplyDelete
  2. Dulu sis pernah pakai cermin mata tapi bila tak pakai cermin mata lama2 mata ok lah pulak. Sis pakai juga contact lense tapi lecehnya lah nak memakainya. Lambat pulak tu.

    ReplyDelete
  3. menarik gak ni. haritu ada check mata kerap sangat sakit kepala. its about time la kot nak buat spek

    ReplyDelete
  4. Yeah. Berdekatan dengan rumah Rawlins nie. Nak try dapatkan satu gak la sebab sellu hidung ada bekas cermin mata. Maybe dia boleh bantu

    ReplyDelete
  5. suka pergi kedai optometri yang boleh bagi servis dan konsultasi yang bagus. kita dapat banyak info dan tak ragu-ragu nak menempah spek kat situ

    ReplyDelete
  6. Menarik nya boleh tempah ikut bentuk Mika. Harga pun sangat berbaloi

    ReplyDelete
  7. Menarik ya. nanti nak suggest dekat adik la. sebab dia suka juga ttukar spek mata ni hee

    ReplyDelete
  8. First time jumpa kedai spek yang boleh tempah frame ikut betuk muka. bagus juga macam ni sebab kadang2 tu yang sedia ada cam tak sesuai dengan muka kan

    ReplyDelete
  9. Kalaulah boleh rentas negeri, memang dah ke sana jumpa anak sekali boleh buat gak ni, sebab biasa kalau balik mesti singgah Klang.. ni nak raya cermin bt hal gak ni.. adeii murah beno laa harga dia..

    ReplyDelete
  10. Lain dari yang lain. Lebih personal touch gitu dan rasa special sebab custom ikut bentuk muka. Nanti nak cuba jugaklah.

    ReplyDelete
  11. Wahhh kedai ni yang Nell suka sebab boleh customade utk fit my face! Dulu senang nak cari bingkai yang sesuai, now ada ni better... Susah nak cari yang kena pada my face kan...

    ReplyDelete
  12. Bagus kalau ada apps yang boleh bagi tau spek apa sesuai ngan shape muka. Selain dari ikut trend spek Korea. Nanti nak pi tengok lah kedai spek ni. Tq share

    ReplyDelete
  13. Custom made tu yg paling kita suka.. tak pernah lg jumpa tpt buat spek yg ikut bentuk muka kita nie

    ReplyDelete
  14. Thanks for the info, i pun kena pergi cek mata sebab rasa a bit kabur lately.

    ReplyDelete