NAK TAHU RAHSIA KECANTIKAN KULIT WAJAH WANITA TURKI? OTACI JAWAPAN UNTUK KORANG!

Sejak dari dulu zaman nenek moyang kita menggunakan air mawar untuk naikkan seri wajah kan?

Air mawar ni elok sangat diamalkan untuk segarkan, serikan, lembapkan wajah. Wajah bertambah awet muda dan penggunaan yang lama kulit wajah akan semakin cerah.

Otaci Rose Passion yang berasaskan dari bunga mawar didatangkan dari Turki khas untuk korang yang kulit sensitif. Untuk pengetahuan korang, Otaci telah berleluasa dijual di Watson di Turki dan telah mendapat kelulusan KKM di Malaysia yang diuruskan oleh HG Mart Asia!

Salasilah Otaci

Otaci bermaksud : Doctors in ancient tribes of Asia who heal with plants. (Doktor di Asia pada zaman dulu yang merawat dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan)

Sejak tahun 1955 lagi Otaci telah menjadi jenama perintis untuk penjagaan kulit wajah, kosmetik dan farmasi dunia; yang pertama mengeluarkan produk syampu herba, gula-gula sakit tekak dan supplement makanan dari bahan semulajadi.

Otaci Skincare Rose Passion

Amalkan 4 rutin Otaci Skincare Rose Passion ni, Face Mist, Micellar Cleansing Water, Tonic dan Facial Cleanser Foam, korang akan rasa kulit korang makin segar dan bersih.

Otaci Skincare Rose Passion ni diperbuat daripada bunga mawar yang berasal dari Ispartan. Ispartan Rose ini kelopaknya dipetik sendiri satu persatu oleh pekebun untuk menghasilkan Otaci Rose Passion.

Otaci Skincare Rose Passion mampu melembap, menyegar, menghidrasi dan melembutkan kulit kita. Penggunaan yang lama dapat mencerahkan kulit kita.

Serius wangi wehhh Otaci Skincare Rose Passion ni. Memang Marina in love lah bau dia. Rasa macam ada di taman rose gitu.

Yang penting Otaci Rose Passion TIDAK mengandungi Paraben, Silikon, Alkohol, Formaldehite, Animal product, Sulphate, SLS, SLES, Colorant, Mineral Oils dan synthetic perfume. Ianya adalah produk vegan, gluten dan cruelty free.

Set Otaci Rose Passion

Face Mist

Digunakan sebagai finishing after korang dah make up. Kalau korang tak makeup pon boleh guna. Guna after korang dah pakai toner.

Micellar Cleansing Water

Untuk korang yang biasa apply makeup, wajibla korang bersihkan muka dulu menggunakan Micellar Cleansing Water sebelum korang cuci muka dengan cleanser. Kalau korang guna Otaci Rose Passion ni serius muka korang tak pedih. Senang je makeup nak tanggal. Takyah nak gosok kuat-kuat nak tanggalkan makeup.

Tonic

After dah cuci muka dengan Facial Cleanser Foam, korang apply la tonic ni kat muka untuk melembutkan kulit.

Facial Cleanser Foam

Pencuci muka Otaci ni berbentuk foam. Orang kata yang jenis foam ni elok. Dapat membekalkan oksigen pada kulit wajah kita. So apalagi, gunalah Otaci sebagai rutin skincare korang!


Inilah rahsia kecantikan kulit wajah wanita Turki!


Otaci Rose Passion ni sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Kulit normal, berminyak atau kombinasi pon boleh. Serius wangi gila. Bila korang guna skincare ni, korang rasa segar je.

Untuk korang yang sayangkan kulit wajah korang, Otaci Rose Passion is the best untuk korang sebab ia takkan merosakkan, menghakis dan tak mengeringkan kulit wajah korang.

Nak kulit seperti orang Turki, korang boleh jadikan Otaci rutin skincare korang!

Korang boleh purchase Otaci Rose Passion ni di website Otaci . Yang BESTNYE korang boleh dapat diskaun tsu. Guna code marina19 untuk dapatkan 10% diskaun! Dapatkan Otaci Rose Passion sekarang!😉



Lawati laman web Otaci Malaysia untuk maklumat terperinci:

Website: hgmart.asia
Facebook Page: https://m.facebook.com/otaci.my/
IG: www.instagram.com/otaci_malaysia
Assalamualaikum. Hai. Kalini entri panjang sikit.

Sempena ulang tahun tadika anak Marina yang ke-20, pihak tadika mengadakan aktiviti lawatan melawat ke kilang pau Al-Ain. Anak-anak tadika kemain seronok nak berjalan. Bagus pihak tadika buat aktiviti seperti ini. Anak-anak dapat experience di luar sana selain pelajaran di tadika.

Semua pelajar dan ibu bapa yang turut serta, berkumpul di tadika pada awal pagi hari tersebut. Ibu bapa juga diberi peluang untuk mengikuti anak-anak yang ke lawatan. Tapi tak ramai yang follow. Hihi. Marina je yang excited. Pelajar dan ibu bapa menaiki bas pergi ke kilang pau.




Kilang pau ini hanya mengambil 15 minit perjalanan dari Tadika. Kejap je pon perjalananya. Hari-hari balik jalan tu. Tapi kilangnye jauh ke dalam kena melalui kawasan taman perumahan.

Kilang pau Al-Ain ni terletak di kaki bukit. Belakang sekolah Al-Hidayah. Pada awalnya Marina ingatkan kilangnye di lot-lot kedai. Rupenye kilang ni dibina di lot sendiri. Jalan masuknye agak sempit sikit dan kena melalui Miaw Yuan Chan Lin Temple.

Disebabkan naik bas, kami kena berjalan dari tokong sampai la ke kilang pau, dalam 5 minit je. Dalam perjalanan tu kami nampak banyak sangat monyet di dalam tokong tu berkeliaran. Budak-budak ni suka kemain.

Anak-anak dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut kelas di tadika. Ruang buat pau agak kecil, so terpaksala staff  memberi penerangan secara berasingan. So, Marina kumpulan yang kedua, kena menunggu la sebentar. Dalam 30 minit kot.

Menurut staff yang beri penerangan, 2 guni tepung digunakan untuk satu batch pau. Satu batch ni akan dapat 2 kepingan besar. Lepas doh siap dibancuh, staff di situ akan memasukkan di dalam mesin untuk menjadikan doh tu menjadi kepingan yang besar.


Lepas itu, doh akan dimasukkan ke dalam mesin untuk memasukkan inti. Doh yang berinti akan dimasukkan ke dalam mesin untuk dipotong dan membentuk menjadi pau.

Inti dimasukkan ke dalam doh

Doh yang berinti dibentukkan menjadi pau

Staff di situ akan memilih pau yang cantik untuk disusun di atas tray bagi tujuan pengepaman. Pengepaman ini bertujuan untuk menjadikan pau kembang seketika. Pengepaman ini mengambil masa 20-30 minit mengikut keadaan suhu bilik.

Proses pengepaman. Tray bertingkat ditutup dengan kain
Selepas pengepaman, pau samada dikukus atau dibungkus terus untuk disimpan di dalam peti sejuk beku. Kilang pau Al-Ain ni ada dijual yang siap kukus dan juga yang frozen.

Kami diberi goodies bag oleh pihak kilang. Pihak kilang beri sebungkus pau kacang yang frozen dan sekotak air sebagai tanda penghargaan. Kami juga diberi pau ayam yang siap dikukus untuk merasa pau Al-Ain. (padahal dah pernah rasa). Hehe


Pembeli boleh datang terus ke kilang pau Al-Ain ni untuk membeli pau.



Melawat ke kilang pau ini merupakan satu pengalaman yang seronok. Kalau Marina tak follow, memang sampai bila-bila kot tak berpeluang tengok cara pau dibuat.
Hai.

Banyak dah produk untuk mencerahkan satu badan dijual di pasaran kan? Tak terbuka hati nak beli? Takut tak berkesan?

Punca Produk Tak Berkesan pada Badan

Korang tahu tak punca kenapa produk mencerahkan kulit tak berkesan pada korang? Salah satu punca adalah disebabkan banyak toksin di dalam badan korang. Bila banyak toksin, apa-apa produk pon tak dapat berfungsi dengan baik di dalam badan korang.

Swizon SnowyGLO

Pernah dengar Swizon SnowyGLO? Marina rekemen korang untuk cuba Swizon SnowyGLO ni.

Sekotak SnowyGLO ni mempunyai 28 sachet. Satu sachet mengandungi 6 gram. Dia berbentuk serbuk.

Kenapa serbuk? Kenapa tak tablet atau kapsul? Actually Marina pon tak suka berbentuk serbuk. Tapi bila dah tahu kelebihan berbentuk serbuk ni, Marina prefer yang jenis serbuk.

Produk cerahkan kulit berbentuk serbuk ni lebih berkesan berbanding jenis tablet/kapsul. Yang jenis serbuk dia akan menyerap melalui saluran darah dan kesannya lebih cepat.

Swizon SnowyGLO

11 Ramuan di dalam Swizon SnowyGLO

Ramuan di dalam SnowyGLO ni mempunyai fungsi masing-masing untuk bertindak mencerahkan kulit satu badan termasuklah membuang toksik dalam badan.

11 ramuan yang membantu korang untuk mencerahkan kulit:
1. Estrak Sakura
2. Estrak Buah Delima
3. Tremella Fuciformis (Cendawan Salji)
4. Lemon
5. Ekstrak Aloe Vera
6. Astaxanthin
7. Ekstrak Curcumin (Kunyit)
8. Ekstrak Zaitun
9. Estrak Yis
10. Acai Beri
11. Vitamin C

7 Fungsi Swizon SnowyGLO

Swizon SnowyGLO ni bagus diamalkan sebab ia berfungsi untuk:
1. Pemutihan
2. Pelembapan
3. Penegangan
4. Penyegaran
5. Rejuvenasi
6. Imunisasi
7. Pencegah UV

Siapa yang perlu consume Swizon SnowyGLO

Korang yang
1. Kulit kusam
2. Bintik hitam
3. Bintik tua
4. Kulit kering
5. Kedut
6. Kulit tak sekata

Eloklah amalkan Swizon SnowyGLO ni.

Cara consume Swizon SnowyGLO

Ada dua cara korang boleh consume:
1. Bancuh dengan 100ml air
2. Makan macam tu je

Marina makan macam tu je, tak bancuh pon sebab rasa dia sedap sangat. Rasa berry masam-masam manis. Dah lebih 3 minggu Marina consume Swizon SnowyGLO ni. Tak sabar nak share dengan korang result dia next entri. Kesabarannn~


Untuk lebih informasi korang boleh pegi ke website diorang :

https://my.swizon.com/snowyglo/
Assalamualaikum. Hai.

Kelmarin masak menu yang cepat je. Lepas balik keje, dari keje memotong sampaila siap memasak, dalam sejam je dah ready. Simple tapi menu ni memang husband suka.

Bahan-bahan:
1. Ikan bilis segenggam dibasuh
2. Bawang putih 5 ulas
3. Bawang merah sebiji
4. Halia
5. Fish cake
6. Fish ball
7. Daun sup
8. Daun bawang
9. Garam
10. Gula

Cara-cara:
1. Rebus ikan bilis dalam 15minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama lagi sedap.

2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15minit. (Sambil potong daun sup dan daun bawang).

3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh. Lagi sedap sup dia.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5minit.

*kalau nak letak carrot/sawi lagi sedap. Rasa manis sayur tu. Anak tak makan sayur. Buh lauk ni je la.



Dah siap. Mudah kan?
Assalamualaikum. Hai.

Cuti 3 hari yang lepas tak tahu nak ke mana. 3 minggu berturut-turut cuti 3 hari. Minggu sebelum tu dah pegi mandi kat Chepor.

Marina kalau pegi bercuti mana-mana, tak plan pon. Discus, discus, discus on the day nak pegi tu dengan husband terus jadi je.

Hari Ahad lepas plan nak pegi Genting Highlands. Pagi tu la siap bag bagai.

Gerak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Berenti di R&R dulu. Ada orang mengidam A&W.


Perut dah kenyang, kiteorang teruskan perjalanan ke Genting. Keluar exit Tanjong Malim. Dari Tanjong Malim ke Genting Highlands dalam sejam setengah je. Pukul 1 tengahari dah sampai Genting Highlands Premium Outlet (GHPO).

Dulu sebelum ada GHPO, ada stesen gondola yang lama. Dia terletak sebelum GHPO. GHPO tu atas lagila kiranya. So sekarang ni hanya Awana Skyway je yang berfungsi. Macam mana pon korang kena masuk GHPO jugak kalau nak naik gondola.

Nak beli tiket gondola di sana ada dua cara. Satu di kaunter dan satu lagi self service di kiosk dia. Kalau beli di kaunter korang akan dikenakan surcaj. Tapi disebabkan hari yang Marina pegi tu time cuti, ramai orang, kiteorang tak boleh beli di kaunter, kena beli di kiosk. Bukan apa, dah lama tak datang sini, nak tanya apa-apa yang patut.

Kiteorang tanya staff yang ada di kiosk tu. Budak kena beli tiket ke? Kalau beli tiket pegi balik, kalau tak jadi balik hari yang sama macam mana?


Untuk budak yang kurang dari 90cm tak perlu beli tiket gondola. Untuk beli tiket pegi balik tu, tiket tu boleh guna untuk 72 jam, so takde masalah kalau korang nak beli tiket balik terus. Satu hal plak korang nak kena beratur panjang lagi nak beli tiket balik. 72 jam bersamaan 3 hari. Korang nak duk berapa lama kat genting tu plakkan?

Untuk Glass Gondola harga tiket pergi dan balik RM30/person. So total untuk kami berempat RM120. Yang kecik sekali tu tak payah tiket. Nak beli standard gondola pon boleh. Pergi balik RM16/person. Tapi kalau time cuti digalakkan untuk beli yang express link atau glass gondola punya. Kalau tak, menapak lama la korang kat situ. Yang express link tu tak sure berapa RM. Terlepas pandang nak tengok kat screen kiosk.

Nasib baiklah beli glass gondola. Tak payah beratur panjang. Tapi kena tunggu sikitla sebab gondola dia tak sebanyak standard gondola. Glass gondola warna gondolanye warna hitam, standard gondola warna merah.




Nampak tak kereta kat bawah?


Sampai sana, hasrat nak tidur hotel la. Apakan daya, hotel full. Hasrat nak bermalam kat situ tak kesampaian. Makanye berjalan-jalan je la menikmati pemandangan. Fuhhh bestnye duk sini. Kabus, angin sejuk. Angin kuat. Dengar bunyi angin dalam video ni.


Pandangan kabur dek kabus

Nak main kena beratur panjang. Nak beli tiket satu hal, nak main satu hal lagi. Kalau nak main indoor game under Skytropolis game, satu game RM10 weekdays, RM15 untuk cuti umum dan weekend.



Tak dapat main pon tkpela. Yang penting misi nak bawak anak-anak naik gondola tercapai.
Hai. Assalamualaikum. Baru sempat nak update pegi Big Bad Wolf Book Sale Jumaat lepas haritu.

Selamat Marina tak pegi BBW zaman study dulu! Kalau pergi dulu, abih duit PTPTN kot! Rambang mata! Macam-macam nak beli!

Lepas ambik anak-anak balik dari sekolah, Marina dan family pegi ke Big Bad Wolf Book Sale.

Ni la first time jejak ke Book Sale selama BBW buat event cenggini. Dulu zaman study kat UPM, BBW ni buat kat The Mines pon tak rajin nak pegi.


3 sebab korang kena pergi BBW. Nombor 3 paling best! Korang yang tak pernah pergi BBW, korang harus pergi.

1.  Banyak sangat pilihan buku. 

Majalah Gila-gila pon ada. Korang yang buat koleksi tu bolehla pi cari kat BBW.

Patutla ada yang sanggup dari jauh semata nak pegi BBW ni. Macam-macam buku yang takde kat book store kat Ipoh ni, kat BBW korang boleh jumpa. Paling Marina suka buku Frozen 3D. Korang bayangkanla, Marina pon suka buku Frozen ni, apatah lagi anak-anak Marina. Serius cantik gilerr. Tengah berkira-kira lagi nak beli ke idak ni.

Ada buku kanak-kanak boleh connect dengan phone kita. Bila korang download apps dia, korang scan buku tu, kita boleh tengok di phone kita, karakter di dalam buku tu bergerak-gerak di phone.

Korang boleh tengok kat video bawah ni.



2. Kalau korang menang contest, korang boleh dapat RM50 Voucher! 

Marina tak tahu BBW yang lepas-lepas macam mana. Tahun ni kalau korang ke BBW dan join contest BBW, korang boleh menang voucher BBW bernilai RM50. Korang boleh baca kat link ni macam mana nak join. Cara nak menang voucher.

3. Buku serius murah. 

Korang percaya tak buku yang Marina beli ni kurang daripada RM50? Percayalah! Anak nak macam-macam buku pon rasa macam berbaloi nak beli. Satu buku RM15/RM10 siapa taknak kan? Nak beli kat book store tak dapetla harga ni.

3 buku ni tak sampai RM50

BBW Ipoh ni tengah berlangsung sampai 16 September. Sebagai kenangan Marina beli jugak merchandise dia. Magnet fridge ni. Pi lekaih sebelum BBW ni habih!




Hai. Assalamualaikum


THE BIG BAD WOLF BOOK SALE RETURNS TO IPOH WITH UP TO 95% DISCOUNT!
Visit the Big Bad Wolf Book Sale Ipoh from 6 September -16 September for irresistibly low-priced books.

The World’s Biggest Book Sale, the Big Bad Wolf Book Sale will be marking its territory in Ipoh; the capital city of Perak. The Book Sale is set to open to the public from 6 September until 16 September at Mydin Mall, Meru Raya from 10am to 12 midnight daily. Admission to the 11 days Sale is FREE and book lovers will enjoy 75% to 95% discount off recommended retail prices.

Best known for its incredibly affordable prices, the Wolf is decked up to bring all genres of books ranging from fiction to non-fiction with the aim to fulfil the ultimate book lovers’ dream. One of the highly anticipated series at the Big Bad Wolf Sale Ipoh this year, the Magical Books. A preschool learning series and bedtime stories that uses cutting-edge augmented reality (AR) technology to revolutionize reading for the next generation. Suitable for children from 1-5 years old, Magical Books create an immersive, interactive reading experience.

 “A vital step for youngsters to become engaged readers is to discover the pleasure of reading. In order to cultivate reading habits from a young age, we consistently explore interesting titles that engage children in different aspects throughout the reading process,” said Andrew Yap, Founder of the Big Bad Wolf Book Sale.
Aside from international publishers, more than 40 local publishers would be joining us in the Big Bad Wolf Book Sale. Publishers like Kualiti Books, Sasbadi, PTS and Pelangi will be bringing in educational titles at discounted prices where else Buku Fixi, Lejen Press, DuBook Press and Iman Publication will be featuring local novels during the Book Sale.

“Our mission is about making books accessible to everyone, with this in mind, our Corporate Social Responsibility (CSR) arm, the Red Readerhood is partnering with local organizations to give books to those in need as we believe books are meant for everyone, regardless of their status,” shared Yap.

COLLABORATION

This year, the Big Bad Wolf Book Sale Ipoh will be collaborating with Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak and Teach for Malaysia to spread the love of reading.

Targeting children from
5 – 17 years old, the Book Sale will kick-start the initiative by donating 200 books to the young readers from these organisations. Visitors too, can play a vital role in helping the less fortunate by purchasing and donating books at the Red Readerhood corner during the Sale.

MERCHANDISE CORNER

Other than books, visitors may also purchase the Big Bad Wolf Book Sale magnets, button badges and T-shirts at the merchandise corner.

BIG BAD WOLF KNOWN WORLDWIDE

Over the past 10 years, Big Bad Wolf Book Sale has left its mark in Thailand, Indonesia, Sri Lanka, the Philippines, Taiwan, United Arab Emirates, Myanmar, Pakistan and recently, South Korea. The Big Bad Wolf Book Sale will continue its journey to make affordable books accessible to everyone.

PHOTO CONTEST

Join our Creative Photo Contest to Win a Big Bad Wolf Book Sale Voucher and Grand Prize!
Snap a photo at the hall and upload the photo to your Facebook or Instagram with the hashtag #BBWIPOHSELFIE2019 and #BBWIPOHBOOKHAUL2019 within 6 to 16 September and stand a chance to win a Big Bad Wolf Book Sale cash voucher worth RM 50 exclusive for five winners daily and a Grand Prize with a trolley full of books!

Stay updated and follow #BBWIPOH2019 for daily updates on:
FACEBOOK: fb.com/bbwbooks
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks

Event details:
The Big Bad Wolf Book Sale Ipoh 2019
Venue: Mydin Mall, Meru Raya, Ipoh, Perak
Sale period: 6 – 16 Sep 2019
Time: 10.00am – midnight (12.00am)
Entry to the Sale is FREE

About the Big Bad Wolf Book Sale
Known as the World’s Biggest Book Sale, the Big Bad Wolf Book Sale specialises in providing the widest selection of books possible at the lowest possible prices. It offers brand new books at discounts as high as 75% to 95%, with the primary aim of encourage people of all ages to discover the joys of affordable, accessible reading.
The Book Sale features a wide range of books across all genres, including fiction and non-fiction bestsellers, young adult fiction, as well as an extensive collection of children’s books.

  • The Sale, the brainchild of BookXcess founders Andrew Yap and Jacqueline Ng, has been a landmark event in Kuala Lumpur, Malaysia since 2009. The Sale has toured across cities in Malaysia and abroad to Thailand, Indonesia, Sri Lanka, the Philippines, Taiwan, United Arab Emirates, Myanmar, Pakistan and recently, South Korea with no plans to stop in making reading affordable for readers around the world.
Hello September!

Memandangkan bulan September 
merupakan bulan kelahiran Marina, Marina "mengistiharkan" 
giveaway kedua bermula pada 01/09.

Marina mencari 2 orang follower yang bertuah. Follower yang 
bertuah akan 
diumum pada bila-bila masa sahaja dalam bulan September.

Giveaway merupakan handbag dan Dianz mask & moist. Suka tak?


Terma dan Syarat :
1. Follow blog marinabashah.blogspot.com
2. Buat satu entri bertajuk 2nd Giveaway by Marina Bashah
3. Letak banner dalam entri, dan link kan ke blog Marina.
4. Tinggalkan URL entri korang ke dalam ruangan komen.

Pemilihan Pemenang : Aktif sampai Marina kenal dan selalu nampak dia je wujud kat blog ni. Jika ramai yang aktif Marina pilih secara Random.

Good Luck korang!