35 Himpunan Resepi Masakan Udang Simple dan Menarik

35 Himpunan Resepi Masakan Udang Simple dan Menarik | Pelbagai jenis resepi udang rupanya yang boleh dimasak. Biasanya udang ni dijadikan sebagai bahan sampingan dalam masakan seperti diletakkan dalam laksa! Tetapi masakan udang juga boleh dijadikan menu utama yang nampak mewah dan menarik! Menu udang yang biasa dimasak adalah seperti sambal udang, masak lemak nenas, celup tepung dan goreng kunyit je kan? Jom Marina kongsikan idea-idea resepi masakan udang yang simple, sedap dan menarik untuk dicuba.


Baca juga : Sayur Masak Lemak

Resepi udang


35 Resepi Udang yang Simple dan Menarik 

Sedapnya menu udang ni kalau kena cara masakannya. Tambahan udang yang segar. Pemilihan udang juga penting untuk menjadikan sesuatu hidangan udang itu bukan hanya menarik dipandang tetapi juga sedap dimakan. Jom cuba resepi yang berasaskan udang ni :

#1 Udang khamped

(resepi yang diolah sendiri)


Bahan-bahan :
• 1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam kunyitkn dan goreng sekejap
• 2 sudu cili kisar
• 1 sudu pes tomyam
• 1 sudu sos tiram
• 1 sudu sos cili
• 1 sudu sos ikan
• 1 keping asam keping
• Kacang panjang (optional)
• Garam
• Gula

Bahan blend halus :
• 2 biji bwg besar
• 5 ulas bwg putih
• 1 inci halia
• 1/2 inci lengkuas
• 2 btg serai potong halus
• 2 biji cili hidup (merah)
• 5 biji cili api (hijau)

Bahan hiasan :
• Daun limau purut

Cara-cara :
1. Panaskan minyak lebihan goreng udang, tumis bahan-bahan blend sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, asam keping, sos cili & sos ikan. Masak hingga mendidih. Jika kering masukkan air.
4. Masukkan udang, masuk kacang & daun limau purut.
5. Perasakan dengan gula dan garam.

Kredit Resepi : Ida Zairi


Bahan-bahan:
• 1/2 kilo udang
• 3 sudu makan tepung jagung
• sedikit lada sulah
• sedikit garam
• 2 sudu besar serbuk kari ayam/ikan
• 2 sudu makan kicap
• 1 sudu makan sos tiram
• 2 ulas bawang putih
• 1 biji bawang merah
• 3-4 tangkai cili api
• 1 tangkai cili merah
• 1/2  biji bawang holland
• setangkai daun kari
• gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.


Bahan-bahan :
• Udang - dibersihkan & dilumur kunyit, garam dan biarkan seketika
• Chili flakes
• Sedikit minyak
• Bahan perasa secukupnya

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.


#4 Udang Berlado

Bahan-bahan :
• Segenggam cili padi merah dan hijau
• Bawang merah besar 2 biji
• Bawang putih 4 ulas
• Daun limau purut 3 helai

Cara-cara :
1. Blend semua bahan bersama air kecuali daun limau.
2. Tumis bahan blend sampai pecah minyak.Minyak jangan terlalu sikit.
3. Masukkan daun limau dan serbuk kunyit 1 sudu kecil.
4. Masukkan gula dan garam
5. Akhir sekali masukkan udang dan bawang merah potong. Jangan masak lama sangat lepas masuk udang, nanti kulitnya kecut dan overcooked, tak sedap.

*Tak perlu tambah air sebab udang keluarkan air.

Kredit Resepi : Azreen Alia Natasya



Bahan-bahan Masak Sambal Udang Petai :
1 mangkuk kecil Udang
2/3 tangkai Petai
Cili kering * segenggam (rendam air panas)
1 biji bawang holland *
1 ulas bawang putih *
Sedikit ikan bilis *
Hirisan bawang besar
Sedikit asam jawa
Garam, gula, perasa

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.


#6 Sambal Udang Masam Manis

Bahan-bahan :
• Udang Setengah kilo 
• Cili merah 2 biji
• Cili Padi 6 biji
• Bawang kecik 4 ulas
• Bawang Putih 2 ulas
• Sedikit belacan (Semua bahan di atas tumbuk)
• Setengah ketul pati ayam knorr
• Garam dan gula
• Air Asam Setengah cawan
• Santan 1 sudu besar
• Hiasan Daun Bawang, Bawang besar, Cili padi & Sebiji Cili Merah

Cara-cara :
1. Gaul udang dengan garam dan kunyit dan goreng. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak lain, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Masak sampai garing.
3. Kemudian masukkan air asam, santan, gula, pati ayam dengan sedikit garam.
4. Masak sampai kering kuah.
5. Kemudian masukkan udang. Masak dalam 5 minit.
6. Kemudian masukkan bahan hiasan.

Kredit Resepi : Siti Fatimah




Bahan bahan:
• 300 gram udang geragau ( rendam dan toskan)
• 100 gram bawang goreng (ready made)
• 80 gram cili hancur (ready made)
• Sedikit - gula
• Sedikit garam
• Sedikit cukup rasa maggi
• Sedikit minyak masak

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.

> Sambal ni sedap makan bersama bubur, nasi panas  dan sedap juga buat telur dadar.

> Sambal ni sesuai juga untuk dibawa pergi travel, pada yang suka travel tapi tekak nak makan masakan pedas maklumlah orang  Malaysian, tu kena bawa yang kering dan mudah dibawa.

#8 Udang Masak Bali

Bahan-bahan :
• 1 kilo udang (size besar, lumur kunyit, garam dan goreng kejap)
• 7-8 batang serai (ketuk)
• 3 labu bawang merah (blend)
• 5 ulas bawang putih (blend)
• Kicap manis/kicap lemak masin
• Cili kisar (agak-agak je)
• Gula
• Garam
• Daun kari

Cara-cara :
1. Panaskan minyak pastu tumis serai dan daun kari sampai layu sikit. 
2. Masukkan bawang blend, tumis sampai kekuningan kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
2. Lepas tu, tuang kicap dan tumis lagi, baru masukkan udang yang dah digoreng tadi. 
3. Gaul sekata pastu masukkan sedikit garam dan sedikit gula secukup rasa. 
4. Last, tabur lagi dengan daun kari. Siap untuk dinikmati.

Kredit resepi dan gambar : Roselyza


#9 Resepi Udang Diraja

Bahan-bahan dikisar :
• 4 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• 2 inci lengkuas
• 2 inci halia
• 2 inci kunyit hidup
• 5 batang lada cili
• 3 sudu lada kering kisar

Bahan-bahan lain :
• Udang galah / udang kulit putih etc
• 2 batang serai dititik
• Daun kunyit dihiris halus
• 2 keping Asam keping
• Garam dan gula sesedap rasa
• 1 cawan santan pekat

Cara-cara memasak :
1. Tumiskan barang yang dikisar, bila minyak naik masukkan serai dan asam keping,
2. Masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati. 
3. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula bagi yang gantikan ajinomoto. 

*Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

Kredit Resepi : suhaiza binti haji sukardi


#10 Rendang Udang 

Bahan-Bahan :
Udang
• Santan
• 4 biji bawang merah*
• 4 biji bawang putih*
• 4 inci Lengkuas*
• 5 batang serai*
• 2 inci Halia*
• Kunyit hidup*
• 20 biji Cili padi*
• 4 biji lada besar merah*

Cara-cara :
1. Blend semua bahan bertanda * . Kemudian tumis sampai terbit minyak.
2. Masuk 1kg udang, kacang panjang, 1 mangkuk santan & 1 keping asam keping. 
3. Agak-agak dah masak dan pekat, masukkan kerisik 3 sudu, garam & daun kunyit (racik halus).

Kredit : nurul joe

Bahan-bahan :
• Kacang Buncis
• Udang
• Telur
• Bawang Putih
• Bawang Merah
• Minyak Masak
• Lobak Merah
• Air Putih
• Mushroom Seasoning

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.


#12 Resepi Udang Goreng Berempah

Bahan-bahan:
• Udang harimau (500g) ATAU lain2 udang....
• Bawang merah (4 ulas)
• Bawang putih (2 ulas)
• Bawang besar dicincang (1 biji)
• Serai dipotong nipis (1/2 batang)
• Daun kari (1 tangkai)
• Ketumbar (1 sudu)
• Serbuk cili (1 sudu)
• Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
• Serbuk kunyit (1/2 sudu)
• Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
• Gula (sikit je kalau perlu)
• Garam (secukup rasa)

Cara-cara :
1. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
2. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
3. Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
4. Goreng daun kari hingga naik bau.
5. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
6. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

Kredit : hairul nizam ijam


#13 Resepi Udang Masala Buharry

Bahan-bahan :
• 1 kg udang
• 5 ulas bawang merah (kisar)
• 5 tangkai cili hijau (hiris)
• 2 biji tomato (potong halus)
• 2 tangkai daun kari
• 1 sudu kecil bawang putih (kisar)
• 1 sudu kecil halia (kisar)
• 1 sudu besar lada putih
• 1 sudu besar jintan putih
• 1 sudu besar jintan manis
• 1/2 sudu besar serbuk kunyit
• 10 biji gajus (kisar) - sy tak letak
• 50 gm santan
• 50 ml minyak
• 750 ml air
• Sedikit garam

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, daun kari, bawang putih
dan ha­lia sehingga naik bau.
2. Kemudian ma­suk­­kan lada putih, jintan manis, jintan putih dan serbuk kunyit. Kacau rata seketika dan masukkan air.
3. Renehkan di atas api sederhana sehingga air mendidih.
4. Se­te­lah­ itu, barulah masukkan udang ber­sa­ma­ tomato, gajus, cili hijau dan
cili me­rah.
5. Apabila air kering sedikit, masuk­kan pula santan dan garam secukup ra­sa.­
6. Biarkan di atas api sederhana sehingga udang masak barulah angkat dan hidangkan.




Bahan-bahan :
1. Tepung segera Mr Celup Tepung Station (MCTS)
2. Air sejuk 200ml
3. Telur sebiji
4. Sotong
5. Udang

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.


#15 Resepi Udang Goreng Butter

Bahan-bahan :
• Udang
• Telur
• Telur (kuning sahaja, dikacau macam nak buat telur dadar tu sehingga gebu)
• Tepung jagung*
• Tepung Beras*
• Garam
• Gula
• Planta/Marjerin
• Minyak
• Cili padi dihiris
• Daun kari

*nak guna tepung Bistari pun boleh

Cara-cara:
1. Udang disalut telur dan tepung, garam. Kalau guna tepung bistari tak perlu letak garam lagi. Goreng sampai keemasan.
2. Panaskan Planta/Marjerin dicampur dengan minyak. 
3. Dah betul-betul panas, terus masukkan cili padi dan daun kari, 
4. Dah hampir garing masukkan telur kuning (part ni kena ada skill sikit, mangkuk yg ada telur kuning yang telah dikacau diangkat tinggi dan perlahan-lahan dituang di dalam kuali untuk dapatkan telur yang macam dlm gambar. sambil tuang kuning telur tu kena kacau laju-laju supaya buih telur tak terlalu membuak.
5. Sambil kacau tu masukkan sedikit garam dan gula, kacau sehingga warna sarang telur keemasan, kemudian masukkan semula udang yg digoreng tadi dalam telur yang sedang dikacau dan sebatikan.
6. Lepastu cepat-cepat tapis udang dan telur tadi dalam tapisan. Pastikan minyak betul-betul ditapis dan boleh dihidang.


#16 Resepi Udang Masak Lemak Nenas  

(version tumis cara saya)
Bahan-bahan :
• 1kg Udang
• Nenas hiris 
• Sehelai daun kunyit
• 2 batang serai diketuk
• 1 kotak santan
• **3biji bawang merah besar
• **4ulas bawang putih
• **Sedikit halia
• **Sedikit kunyit hidup
• **Cili padi ikut kepedasan
• **Cili merah/hijau
• Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Kisar bahan bertanda ** . Panaskan minyak, masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serai, nenas dan daun kunyit. Tutup periuk kejap bagi aroma, rasa kuah tu sebati.
3. Lepas tu masukkan udang, santan, garam secukup rasa, masak sehingga mendidih. 

Kredit Resepi : tengku roselyza raja muhammad


#17 Sambal udang petai versi cabai hijo

Bahan-bahan :
• Udang
• 1 keping asam Keping
• Cabai hijau*
• Cabai merah besar*
• Bawang besar*
• Sedikit belacan*
• Garam
• Perasa

Cara-cara :
1. Tumbuk semua bahan-bahan bertanda *. Jangan tumbuk halus sangat. Tak sedap.
2. Udang digaul kunyit dan garam. Goreng sekejap.
3. Panaskan minyak bekas goreng udang tadi. Tumis bahan tumbuk. Masukkn sedikit air, garam, perasa, asam keping.
4. Masukkan petai. Biar sekejap.
5. Masukkan udang. Tak perlu masak lama sebab dah goreng tadi.

Kredit : roses eagle


#18 Resepi Udang Goreng Nestum

Bahan-Bahan:
• 1/2 kg udang saiz sederhana
• 3 sudu besar mentega
• 1 tangkai daun kari
• 2 biji cili padi hijau dan 2 biji cili padi merah – dipotong nipis
• 2 biji telur putih gred A
• 2 kiub pati ayam KNORR – dihancurkan
100 gm nestum
• Garam
• Gula 
• Sedikit serbuk lada sulah
• Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:
1. Udang yang telah dibersihkan dimasukkan garam serta sedikit serbuk lada sulah dan telur putih. Gaulkan sehingga sebati.
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga udang menjadi keemasan. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak yang berlainan dan masukkan mentega.
4. Kemudian,masukkan cili padi,daun kari, kiub pati ayam, nestum serta bahan perasa.
5. Gaulkan sehingga menjadi sebati.
6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.

Kredit Resepi : Resepi Masakan Melayu


#19 Resepi Udang Sambal Letop


Bahan-Bahan :
• Udang 350g
(Buang kulit ... Kepala simpan sebab nak guna untuk buat sos. Pastikan udang fresh , yang kepala rosak buang sebab bau die kuat)

Bahan utk sos sambal letop :
• 15 tangkai cili thai
• 5 biji cili merah besar
• 5 biji cili hijau
• 5 ulas bawang putih
• 1 batang serai
• 1 batang daun ketumbar
• 1 akar ketumbar
• 1 biji limau nipis
• 2cm halia
• 2 sudu besar cuka makan
• 1/2 sudu besar pes asam jawa
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu besar gula

Cara-cara :
1. Rebus kepala udang bersama halia. Sesudah mendidih, celurkan udang yang telah dikopek tadi, sudah agak merah, tapis dan masukan udang dalam bekas. Untuk taknak udang tu overcooked, guna kaedah icebath. Udang akan jadi lebih manis dan pastikan tak kena air sesudah udang masak.

Sos sambal letop :
1. Kisar sedikit air, cili thai, cili besar, cili hijau, serai, akar ketumbar dan bawang putih. 
2. Panaskan sedikit minyak dengan api kecil. Masukkan bahan yang dikisar. Biarkan sebentar sehingga naik bau, pastikan tidak garing.
3. Setelah mendidih, masukkan 2 cawan air rebusan kepala udang. Masak perlahan-lahan sehingga kering sedikit.
4. Masukkan cuka, perahan limau nipis, pes asam jawa, garam dan gula. Kacau sehingga semua sebati. Pastikan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
5. Siap masak, tuang atas udang atau nak buat cicah pun boleh. 
6  Letakakn daun ketumbar yang dicincang.

Kredit : amir martinez


#20 Resepi Udang Tumis Tempoyak Petai 

Bahan-bahan :
• Tempoyak -2 sudu jadikan pes
• Daun sup-hiris
•Air- 1 cawan
• Isi petai
• Garam 
• Gula 

Bahan A :
• Udang 40 ekor
• Telor sebiji
• Garam
• Kunyit

Bahan B :
• Bawang merah besar 2 biji-cincang/potong dadu
• Bawang putih 3 ulas-cincang/potong dadu
• Cili padi 6 biji-hiris serong
• Halia 1 inci-hiris

Cara-Cara :
1. Gaul sebati bahan A. Panaskan minyak, masukkan bahan A. 
2. Bila udang dah kemerahan, masukkan semua bahan B. Kacau sampai ia pecah minyak.
3. Masukkan pes tempoyak tadi,garam gula secukupnya.
4. Masukkan air 1 cawan dan daun sup. Campakkan petai, biar ia mengering.

Kredit :engku wan julia


#21 Resepi Udang Bakar Cheese 

Bahan-bahan :
• Beberapa ekor udang - yang telah dibersihkan dan kalau boleh saiz besar
• Sedikit mentega
• Keju mozzarella
• Sedikit garam
• Sedikit serbuk lada sulah - lada hitam pun boleh

Cara-cara :
1. Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.
2. Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan lada sulah dalam satu bekas.
3. Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.
4. Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.
5. Keju akan cepat cair, jadi kalau biar lama-lama nanti hangit plak cheese tu. Kena agak la bila udang dah keperangan tu maksudnya dah masak la tu.

Kredit : resepi Kak Leha


#22 Resepi Udang Tomyum Kung

Bahan-Bahan :
• 7 biji bawang merah- kisar
• 5 biji cili kering-kisar
• 10 tangkai cili padi- ketuk pecah/hiris
• 4 batang serai - ketuk pecah/hiris
• 5 hirisan lengkuas
• 5 keping daun limau purut -hiris
• Cendawan butang - hiris nipis
• 1 tangkai daun ketumbar
• 10 ekor udang harimau Besar
• 1 kiub ayam
• 2 sudu besar perencah hot&sour tomyam paste
• 2 sudu besar sos ikan
• 4 sudu besar jus limau
• 8-10 sudu besar susu cair/santan
• Air

Cara-cara :
1. Masukkan air ke dalam periuk & tambahkan stok ayam. Jerang air rebusan.
2. Masukkan bawang dan cili kering yg dah dimesin, lengkuas, serai, & cili padi. Tunggu hingga mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan paste tomyam & daun limau purut.
4. Kemudian, masukkan cendawan butang & udang. Kacau rata.
5. Tambahkan sos ikan. Tunggu sehingga mendidih, kemudian padamkan api.
6. Tambahkan jus limau & susu cair/santan.
7. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau & sedia dihidangkan.

Cadangan :
Bila nak makan baru letak santan atau susu cair ke dalam mangkuk masing-masing. 

Kredit : ida shahida


#23 Resepi Kerabu Udang


Bahan-bahan :
Udang
• Bawang
• Cabai
• Tomato
• Daun ketumbar
• Sos ikan/sos sotong
• Limau nipis
• Suun
• Garam
• Gula
• Ajinomoto

Cara-cara :
1. Celur udang dengan sedikit garam dan ajinomoto.
2. Air rebusan udang gunakan untuk celur suun sehingga lembut. Toskan.
3. Hiriskan bawang, cabai, tomato, daun ketumbar.
4. Letak gula dan garam secukup rasa.
5. Letak sedikit sos ikan atau sos sotong.
6. Campur semua bahan dan gaul sebati.
7. Perahkan limau nipis.

Kredit: mimi mahmud


#24 Resepi Udang Galah Bakar

 Bahan-bahan :
• 600 gm udang galah besar
• 1 batang serai
• ¼ sudu teh jintan manis
• ½ sudu teh serbuk kunyit
• 3 biji cili kering
• Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah asam limau:
• 1.5 gm belacan
• 5 biji cili merah
• 1 biji asam limau
• 2 labu bawang besar
• 1 sudu teh air asam jawa
• ¼ sudu teh gula
• Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersihkan udang dan belah depan atau belakangnya (ikut suka). Gaul dengan garam dan kunyit. Mesin atau giling serai, jintan manis dan cili kering.
2. Bakar udang. Sambil membakar percik dengan bahan-bahan yang dimesin. Udang bakar elok dimakan dengan air asam limau.

Cara membuat Air Asam Limau :
1. Tumbuk 4 biji cili merah bersama belacan dan sedikit garam. 
2. Masukkan air asam jawa. 
3. Hiris bawang nipis-nipis dan gaul dengan sambal. 
4. Hiris sebiji cili merah dan campur dengan sambal. 
5. Perahkan asam limau. 
6. Masukkan sedikit air, garam, gula dan kacau rata-rata.

Kredit: امير زاريس 


#25 Resepi Udang Harlok

Bahan-bahan :
• 1kg udang hidup
• 10 ulas bawang merah kecil (dicincang halus)
• 7 ulas bawang putih(cincang halus)
• 1 inci halia(cincang halus)
• 7 biji cili api(dicincang halus)
• 7 biji cili merah (diblender)
• 4 sudu sos cili
• 3 sudu sos tomato
• 4 sudu sos tiram
• 2 biji telor
• 2 pokok daun kucai
• Minyak
• Garam,gula ajinomoto ikut keperluan masing-masing

Cara-cara :
1. Goreng udang hingga layu. Angkat.
2. Tumis ke dua bawang dan halia hingga kekuningan dan sedikit garing.
3. masukkan cili api dan cili blender tadi. kacau dan masukkan sos cili,tomato dan sos tiram,kacau sekejap,
4. masukkan garam,gula dan aji(jika suka)
5. bila dah sebati masukkan udang dan daun kucai
6. kacau dan balik2kan tutup api pecahkan telur kacau laju-laju untuk sebatikan dengan udang tadi. *semasa masukkan udang api kena besarkan.

Kredit: nohani derahman


#26 Resepi Udang Masak Kerisik

Bahan-bahan :
• Udang galah basuh bersih
• Kerisik 3 sudu besar*
• Cili kering blend*
• Bawang besar 3 labu* 
• Bawang putih 4 ulas*
• Halia sebesar ibu jari*
• 2 sudu kecil serbuk kari
• Ajinomoto
• Garam 
• Gula
• Asam keping 2 keping
• Daun kari 3 tangkai

Cara-cara :
1. Lumur udang dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng udang half cook. Kemudian toskan.
2. Tumiskan bahan blend yang bertanda * . Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan daun kari, asam keping dan serbuk kari. Masukkan air sedikit saja.. 
4. Kemudian masukkan udang dan kacau.
5. Masukkan bahan-bahan perasa.

Kredit:ariel juffry


#27 Resepi Udang Belon Ala Thai 

Bahan-bahan :
• Udang
• Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
• Telur
• Garam secukup rasa
• Air secukupnya

Cara-cara :
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

*Nota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.

Kredit : Fatyma Idris


#28 Resepi Udang Sanggul



Bahan-bahan :
• Udang besar atau sederhana besar
• Kulit popia
• Telur - dipukul sedikit
• Sedikit sos tiram
• Lada sulah
• Bawang putih ditumbuk halus
• Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
1. Udang dikopek kulit, tinggalkan ekor.
2. Kulit popiah dibuka satu persatu. Gulung dan gunting kulit popia tu halus-halus.
3. Gaul udang bersama sos tiram, lada sulah dan bawang putih yang ditumbuk halus. Perapkan sebentar dalam 5 minit.
4. Celup udang yang diperap tadi ke dalam telur dan lilit dengan kulit popia. Kepal biar kemas lilitan tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.

Kredit : Mufidah Abdul Hadi Alyunusi


#29 Resepi Udang Galah Goreng

Bahan-bahan :
• Udang galah bersihkan buang duri tanduk.  Masukkan air limau nipis. Biar selama 5-10 minit
• Bawang putih
• Daun ketumbar
• Kunyit
• Jintan
• Garam dan lada

Cara-cara :
1. Perap semua bahan di atas. Biarkan dalam peti ais selama 2 jam.
2. Kemudian goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan. 
3. Toskan dan hidangkan bersama sambal/sos cili.

Kredit : @dada.tastes 


#30 Udang Lipan/Ketak Sweet Sour Cili Kering

Bahan-bahan :
• Udang Lipan (Isi saja)
• Tepung bestari
• Cabai Kering (potong panjang)
• Cabai Melaka
• Bawang Putih
• Daun limau perut (jika ada)
• Serai
• Sos Tiram
• Sos Cili
• Serbuk perasa
• Gula

Cara-cara :
1. Goreng tepung udang lipan menggunakan tepung bestari ja). Ketepikan.
2. Tumis cabai kering, cabai melaka, bawang putih, serai dan daun limau purut sehingga naik bau. Guna minyak goreng udang tadi (guna sikit je).
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air. Kacau sebati. 
4. Masukkan gula dan serbuk perasa ikut citarasa masing-masing. Biar mendidih hingga kuah nampak pekat.
5. Masukkan udang lipan goreng tepung. Kacau rata.

Kredit Resepi : Anis Atokman


#31 Resepi Udang Black Pepper 

Bahan-bahan :
• 8 ekor udang (tabur garam & kunyit)
• 1 labu bawang besar (potong ring)
• Sos Lada Hitam kimball
• Kicap

Cara-cara :
1. Goreng udang dengan sedikit minyak sampai berubah warna udang.
2. Buang sikit minyak sbb tak mau kuahnya terlalu berminyak.
3. Masuk bawang besar. Masak sampai layu sikit.
4. Masukkan sos lada hitam, sedikit air, kicap.
5. Dah siap.

Kredit : Chef Ninja


#32 Resepi Kari Udang + nenas

Bahan-bahan :
• Udang setengah kilo (16 ekor)
• Rempah babas udang/ikan (1 bungkus)
• Nenas 8 keping
• Bawang kecik 3 ulas*
• Bawang putih 2 ulas*
• Halia 1 inci*
• Serai 2 batang (ketuk/ blend)
• Pati ayam knorr (1)
• Santan 1 cwn
• Sedikit garam
• 1 biji tomato

Untuk hiasan
• Cili padi 10 biji
• Sedikit daun bawang

Cara-cara :
1. Tumbuk bahan yang bertanda *.
2. Hiris bawang kecik 3 ulas dan sedikit halia Tumiskan bersama serai dan sedikit daun kari sehingga kekuningan.. 
3. Masukkan bawang kecik, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
4. Masukkan rempah udang. Kacau sehingga pecah minyak. 
5. Masukkan nenas, tomato, udang dan santan. Biar sampai mendidih... 
6. Masukkan garam dan pati ayam.
7. Masukkan hiasan cili padi dan daun bawang. 

Kredit : siti fatimah


#33 Resepi Udang Buttermilk Telur Masin

Bahan-bahan :
• Udang setengah kilo
• Butter 3 sudu besar
• Telur masin 1 biji direbus dan dilenyetkan
• Daun kari 2 tangkai
• 4 ulas bawang putih dicincang
• 6 ulas cili hijau dipotong
• Susu cair setengah tin

Cara-cara :
1. Goreng udang dulu dengan tepung jagung dan sedikit garam.
2. Cairkan butter dalam kuali dan masukkan bawang putih. daun kari dan cili. Goreng sehingga kekuningan. 
3. Kemudian masukkan susu cair. Gaul sampai pekat sedikit.
4. Masukkan telur masin yang direbus dan dilenyetkan tadi. 
5. Letak sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Masukkan udang yang digoreng tadi. Gaulkan sehingga pekat

Kredit : Mohd Iqbal


#34 Resepi Udang Brokoli bersos Oyster

Bahan-bahan :
• 1 pokok brokoli
(size sederhana di potong kecil)
• 10 ekor udang
• 1/2 batang carot (di potong jejari)
• 1/2 biji bawang besar (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 2 sdb sos tiram
• 1 biji cili merah (hiris)
• 1/2 cawan air
• 2 - 3 sudu besar minyak (menumis)
• Sedikit garam

Cara-cara :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang merah.
2. Dah wangi, masukkan udang. Gaul rata biar warna udang bertukar sekata.
3. Masukkan brokoli, kacau rata dengan udang.
4. Masukkan sos tiram. Kacau rata, kemudian masukkan air dan tutup kuali.
5. Bila warna brokoli dah terang, masukkan carot dan cili merah. Gaul rata.
6. Tutup api dan perasakan dengan garam. Kacau rata.

Kredit : No Or


#35 Resepi Udang Paprik



Bahan-bahan :
• Udang 
• Bawang putih 1 ulas
• Bawang merah 4 ulas
• Bawang besar 1 labu
• 2 sudu besar cili boh / cili kering yang telah di blend
• Sedikit halia (sikit je ye)
• 5 helai daun limau purut
• 2 batang serai
• 2 biji tomato
• 4 -5 batang kacang buncis / kacang panjang - potong ikut suka 
• Cauliflower aka bunga kobis 
• Sos tiram
• Sos cili
• Sos tomato
• Garam

Cara-Cara :
1. Blend bawang merah, bawang putih, dan halia.
2. Tumis kesemua bahan-bahan yang telah di blend tadi sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili boh aka cili kering yang telah dikisar dan serai yang telah diketuk. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan ketiga-tiga jenis sos dan garam secukup rasa.
5. Masukkan daun limau purut.
6. Masukkan udang dan tunggu sekejap.
7. Masukkan sayur dan kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris
8. Kacau sehingga sebati.

**TIPS : make sure rasa daun limau purut tu ada.




Post a Comment

0 Comments