Resepi Udang Celup Tepung Rangup Menggunakan Tepung Goreng Mr Celup Tepung Station, Pantai Penarik, Terengganu - MARINA BASHAH

Resepi Udang Celup Tepung Rangup Menggunakan Tepung Goreng Mr Celup Tepung Station, Pantai Penarik, Terengganu

Resepi Udang Celup Tepung Rangup Menggunakan Tepung Goreng Mr Celup Tepung Station, Pantai Penarik, Terengganu | Teringat masa Marina pergi bercuti di Terengganu pada tahun 2019. Tahun itu 2 kali Marina bercuti di sebelah pantai timur iaitu pada bulan 4 dan 12. Pada bulan 4, Marina ke Kelantan dan Terengganu. Semasa perjalanan dari Kelantan, Marina melalui Pantai Penarik untuk ke Kuala Terengganu. Tetapi waktu itu Marina tak singgah sebab waktu dah suntuk. Ini merupakan kali pertama Marina tahu yang Terengganu terkenal dengan celup tepung. Masa percutian pada bulan 12, Marina berkesempatan singgah di Pantai Penarik. Di sepanjang Pantai Penarik ini, terdapat banyak gerai yang menjual celup tepung. Memang betullah orang kata seafood kat sana murah-murah. Di situ, udang celup tepung lah yang paling famous. Antara menu celup tepung yang ada selain udang yang disediakan di gerai ini ialah sotong dan ikan. Marina menikmati celup tepung di Mr Celup Tepung Station. Sambil menikmati celup tepung, sempatlah juga bergambar di spot yang menarik di situ. Cantik sangat viewnya. Apa yang specialnya celup tepung di sini adalah tepung goreng yang digunakan untuk menghasilkan ikan, sotong dan udang celup tepung. Baru tahu di sebelah pantai timur panggil celup tepung Kalau kat tempat Marina ni panggil udang goreng tepung je. 

Tapi oleh kerana sekarang ni musim PKP, tak dapatlah nak bercuti lagi di sebelah pantai timur. Memang kalau kerajaan benarkan merentas negeri, tempat pertama yang hendak dituju adalah di sebelah pantai timur. Rindu makanan di sebelah sana terutamanya udang dan sotong celup tepung. Bukan sahaja seafoodnya murah, malahan saiz seafoodnya besar dan makanannya sedap-sedap belaka. 

Sekarang, rindu Marina pada celup tepung pantai timur, dah terubat apabila Mr Celup Tepung Station (MCTS) keluarkan produknya sendiri iaitu tepung goreng segera seafood dan sos colek. Bolehlah Marina goreng ketam, sotong, ikan atau udang celup tepung sendiri di rumah.  

Resepi Udang Celup Tepung Rangup

Di sini Marina kongsikan cara Marina guna Tepung Goreng Segera dari MCTS untuk resepi udang celup tepung. Mudah je cara nak gunakan tepung ni.

Bahan-bahan :

1. Tepung segera Mr Celup Tepung Station
2. Air sejuk 200ml
3. Telur sebiji
4. Sotong
5. Udang

Cara-cara :

1. Masukkan tepung segera MCTS ke dalam bekas. 
2. Masukkan telur dan air sejuk. 
3. Masukkan makanan laut ke dalam bekas. 
4. Kacau adunan sehingga gebu. 
5. Goreng sehingga tepung kekuningan. 
Siap! Boleh dihidangkan bersama colek MCTS. 


Cara Menggunakan Tepung Segera Seafood MCTS

Sebenarnya terdapat 2 cara yang boleh korang buat untuk masak celup tepung menggunakan tepung segera MCTS. Ikutlah selera korang, adunan tepung yang macam mana korang nak. 

Cara pertama seperti yang Marina kongsikan resepi di atas. Marina punya adunan agak pekat sedikit. Air kurang. Makanya celup tepung Marina jadilah sedemikian rupa. 

Cara kedua :
1. Campurkan air dan telur tanpa memasukkan tepung segera. 
2. Kemudian masukkan sama ada sotong, udang, ikan atau ketam ke dalam adunan air dan telur tadi. 
3. Masa hendak menggoreng, celupkan adunan seafood tadi ke dalam tepung segera. 

Pengalaman Sendiri Menggunakan Tepung Segera Seafood Dari Mr Celup Tepung Station

Seperti yang Marina cerita kat atas tadi, MCTS telah mengeluarkan tepung goreng segera sendiri dan sos coleknya. Marina kongsikan pengalaman Marina sendiri menggunakan tepung goreng segera dan sos colek dari MCTS. 

Tepung Goreng Segera

• Sepaket tepung goreng ni beratnya 250 gram.
• Ramuannya terdiri daripada tepung gandum, tepung jagung, MSG, garam dan pewarna yang dibenarkan. 
• Harga sepaket tepung goreng ini RM10.
• Tepung dia halus. Bila bancuh dengan air sejuk pon tiada masalah. Ianya tidak berketul-ketul dan senang larut walaupun menggunakan air sejuk. 
• Cara bancuh tepung ini mudah sangat. Ikut je cara penyediaan yang disarankan. Confirm jadi. Pastikan sukatan air betul. Korang dah tak perlu tambah bahan perasa atau garam ke dalam adunan. 
• Semasa menggoreng, tepung tak melekat di kuali. Tapi pastikan minyak panas betullah sebelum menggoreng. 
• Apabila goreng menngunakan tepung ini, memang tepung gorengnya 100% seperti di MCTS. 


Colek

• Harga sebotol colek ini RM5.
• Pada yang tak pernah makan colek ni, dia seperti sos yang kita makan keropok lekor. Marina baru tahu ianya dipanggil colek. 
• Sosnya pekat, sedap dan tak pedas sangat. 


Combo Produk Mr Celup Tepung Station

Pada yang pernah makan di Mr Celup Tepung Station pasti tahu kerangupan celup tepung di situ. Sekarang, korang boleh dapatkan produk celup tepung dengan harga combo tau. Dengan harga RM30, korang dapat 3 bungkus tepung goreng segera MCTS dan sebotol colek MCTS


Kalau korang rindu pada celup tepung di pantai timur tapi tak boleh ke sana,  bolehlah dapatkan tepung goreng segera dan sos colek dari Mr Celup Tepung Station. Melalui facebook mereka di bawah. 



4 comments: