Jerawat Dewasa Wanita: Kenapa Masih Naik Walaupun Umur 30-an? | Pernah tak korang rasa pelik, “Aku dah 30-an, kenapa jerawat masih ada lagi?”
Kalau ya, jangan risau. Bukan korang sorang je yang mengalaminya. Marina pun sama.
Ramai wanita mengalami jerawat dewasa walaupun dah lama meninggalkan zaman remaja. Malah, ada yang mula mengalami masalah jerawat apabila masuk umur 30-an, sedangkan ketika zaman sekolah dahulu kulit diorang agak okay.
Yang lebih mencabar, jerawat pada usia dewasa kadang-kadang bukan sekadar bintik kecil. Ada yang muncul sebagai jerawat merah, keras dan sakit, terutamanya di sekitar dagu dan rahang.
Jadi, apakah sebenarnya punca jerawat wanita dewasa dan kenapa ia masih berlaku walaupun umur sudah 30-an?
Apa Itu Jerawat Dewasa Wanita?
Jerawat dewasa atau adult acne ialah masalah jerawat yang berlaku selepas seseorang mencapai usia dewasa. Ia boleh berterusan daripada zaman remaja atau muncul buat kali pertama ketika sudah berumur 20-an, 30-an atau lebih.
Berbeza dengan jerawat remaja yang sering muncul di dahi dan kawasan berminyak, jerawat umur 30-an pada wanita sering dikaitkan dengan bahagian bawah muka seperti dagu, rahang dan sekitar mulut.
Namun, lokasi jerawat sahaja tidak cukup untuk menentukan puncanya. Banyak faktor boleh menyebabkan kulit mengalami breakout.
Hormon Masih Boleh Jadi Punca
Antara sebab utama jerawat wanita dewasa ialah perubahan hormon.
Walaupun kita sudah tidak berada dalam fasa remaja, hormon dalam badan masih mengalami perubahan. Perubahan hormon sekitar kitaran haid, kehamilan atau keadaan tertentu boleh mempengaruhi penghasilan minyak pada kulit.
Apabila penghasilan sebum meningkat, pori-pori lebih mudah tersumbat. Ini boleh menyebabkan jerawat muncul.
Sebab itu ada wanita yang perasan jerawat mula naik beberapa hari sebelum datang haid. Kadang-kadang jerawat tersebut pula muncul di kawasan yang sama setiap bulan.
Kalau perkara ini berlaku secara konsisten, faktor hormon mungkin antara perkara yang patut diberi perhatian.
Stress Bukan Sekadar Buat Kita Penat
Bila masuk umur 30-an, tanggungjawab pun makin bertambah. Kerja, keluarga, kewangan, anak-anak dan urusan harian semuanya perlu difikirkan. Kadang-kadang kita tak sedar yang semua benda ni boleh buat kita stress.
Stress yang berpanjangan bukan saja buat badan rasa penat, tapi boleh juga memberi kesan pada kulit. Stress bukan satu-satunya punca jerawat, tapi bagi sesetengah orang, ia boleh menyebabkan jerawat jadi lebih teruk atau breakout lebih mudah berlaku.
Sebab tu, jangan pelik kalau tiba-tiba muka mula naik jerawat selepas beberapa hari kurang tidur atau banyak perkara yang perlu difikirkan. Kadang-kadang keadaan kulit juga boleh berubah bila badan dan fikiran kita penat.
Skincare Terlalu Banyak Pun Boleh Jadi Masalah
Sekarang ni memang banyak produk skincare yang menarik di pasaran. Ada cleanser, toner, serum, exfoliant, retinol, mask dan macam-macam lagi. Tengok orang review, kita pun rasa nak cuba semuanya.
Tapi sebenarnya, kulit kita tak semestinya perlukan banyak produk dalam satu masa.
Kalau terlalu banyak produk aktif digunakan atau ada produk yang tak sesuai dengan kulit, kulit boleh jadi irritated. Skin barrier juga boleh terganggu, menyebabkan kulit jadi lebih sensitif dan mudah bermasalah.
Kalau korang perasan jerawat mula muncul selepas tambah produk baru dalam skincare routine. Cuba berhenti guna produk tersebut untuk sementara waktu dan tengok keadaan kulit.
Kadang-kadang bukan kulit kita yang bermasalah. Mungkin produk yang kita guna tu memang tak sesuai dengan kulit kita.
Kurang Tidur Boleh Mempengaruhi Kulit
Tidur yang cukup memang nampak macam nasihat biasa, tetapi ia penting untuk kesihatan keseluruhan badan termasuk kulit.
Bila tidur tidak mencukupi, badan lebih sukar mendapat rehat yang diperlukan. Tambahan pula jika kurang tidur berlaku bersama stress dan rutin harian yang tidak teratur, kulit mungkin lebih mudah mengalami breakout.
Jadi kalau selalu tidur lewat kerana kerja, scrolling telefon atau marathon drama, mungkin sudah tiba masanya untuk beri kulit dan badan sedikit masa untuk berehat.
Kulit Berubah Bila Umur Meningkat
Kulit kita tidak semestinya kekal sama sepanjang hidup. Apa yang sesuai ketika berumur 20 tahun mungkin tidak lagi sesuai apabila masuk umur 30-an.
Penghasilan minyak, tahap kelembapan dan keadaan skin barrier boleh berubah. Sebab itu ada wanita yang dahulu mempunyai kulit berminyak tetapi mula mengalami kulit lebih kering apabila meningkat usia.
Dalam keadaan seperti ini, penggunaan produk yang terlalu mengeringkan kulit bukan semestinya penyelesaian terbaik.
Macam Mana Nak Kurangkan Jerawat Umur 30-an?
Korang boleh mulakan dengan rutin asas yang konsisten:
Rutin Pagi
Langkah pertama:
Cuci muka dengan Cleanser
Langkah kedua:
Pakai Moisturizer
Langkah ketiga:
Gunakan Sunscreen walaupun korang tak keluar rumah
Rutin Malam
Langkah pertama:
Cuci muka dengan Cleanser
Langkah kedua:
Pakai produk rawatan yang sesuai seperti masker
Langkah ketiga:
Pakai Moisturizer
Kalau nak cuba produk baru, tak perlu terus tambah banyak produk dalam skincare routine. Cuba satu produk pada satu masa supaya lebih mudah untuk kita tengok sama ada kulit sesuai atau tidak.
Kalau kulit mula rasa pedih, merah, terlalu kering atau jerawat semakin banyak selepas guna produk baru, berhenti dulu dan tengok perubahan pada kulit.
Dan yang paling penting, cuba jangan picit jerawat. Memang susah nak tahan tangan daripada pegang atau picit, tapi perbuatan tu boleh buat jerawat jadi lebih teruk dan meninggalkan bekas atau parut.
Bila Jerawat Perlu Diperiksa Doktor?
Kalau jerawat semakin teruk, kerap menjadi jerawat batu yang sakit, meninggalkan parut atau tidak bertambah baik walaupun penjagaan kulit sudah dilakukan dengan baik, korang mungkin perlu mendapatkan nasihat doktor atau dermatologist.
Perhatian juga perlu diberikan jika jerawat muncul bersama perubahan lain seperti haid yang tidak teratur atau pertumbuhan bulu yang berlebihan.
Dalam situasi tertentu, faktor hormon atau keadaan kesihatan tertentu mungkin perlu dinilai oleh profesional kesihatan.
Nak Atasi Jerawat Dengan Lebih Berkesan? Dapatkan Nasihat Doktor Berpengalaman
Kalau masalah jerawat masih berulang walaupun dah cuba pelbagai skincare, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan penilaian daripada doktor berpengalaman. Setiap kulit berbeza dan punca jerawat juga tidak semestinya sama. Dengan pemeriksaan yang sesuai, anda boleh mendapatkan nasihat tentang keadaan kulit serta pilihan rawatan yang lebih bersesuaian dengan keperluan korang.
Kalau korang sedang mencari klinik aesthetic untuk mendapatkan konsultasi dan penjagaan kulit secara profesional, korang boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai klinik di bawah:
Klinik Dr Bazilah, Cawangan Kota Warisan
45-G, Arena Warisan Putri,
Jalan Arena, Kota Warisan ,
43900 Sepang, Selangor
📞03-20116605
Klinik Dr Bazilah, cawangan Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
📞 03-8922 9681 / 📱 011-1590 5931
Klinik Dr Bazilah, cawangan Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13,
Shah Alam, 40100 Selangor.
📞 03-5035 7359 Hospital& Pusat Rawatan
Klinik Dr Bazilah, cawangan Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Estetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul,
8 Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
📱 013-817 7005
Waktu Operasi
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 6.00 petang
Saluran Rasmi Klinik Dr Bazilah
📱 WhatsApp: wa.me/60196571563
🌍 Website: www.klinikdrbazilah.com
📘 Facebook: @klinikdrbazilah
📸 Instagram: @klinikdrbazilah
🎵 TikTok: @klinikdrbazilah






0 Comments