7 Koleksi Pelbagai Jenis Resepi Laksa

7 Koleksi Pelbagai Jenis Resepi Laksa | Laksa adalah salah satu makanan tradisional Malaysia yang sangat popular di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong. Ia merupakan hidangan mi yang unik dengan kuah pedas dan kaya dengan perisa serta dihidangkan dengan pelbagai jenis bahan tambahan. Sebut pasal laksa je terus kecur air liur Marina ni. Laksa merupakan antara menu yang paling Marina suka makan. Laksa yang Marina maksudkan di sini adalah laksa utaralah sebab Marina pernah makan laksa utara sahaja. Hehehe. Setakat ni belum pernah makan laksa dari negeri lain seperti Laksa Johor dan Laksa Sarawak. Masa Marina pergi ke Krabi haritu, breakfast di hotel ada menyajikan beberapa makanan popular Thailand termasuklah laksa Siam. Itulah kali pertama merasa laksa selain laksa utara. 

Resepi laksa



Asal-Usul Laksa

Perkataan "laksa" mungkin berasal dari perkataan Sanskrit "lakshas," yang merujuk kepada sesuatu yang ditarik atau ditekan. Ia kemudiannya berkembang dan menjadi sebahagian daripada budaya dan masakan Malaysia, merujuk kepada hidangan berkuah yang lazat yang sering mengandungi mi atau bihun sebagai salah satu komponennya.

Asal usul hidangan laksa tidak dapat dikesan dengan pasti, tetapi ia merupakan sejenis hidangan sup yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan Peranakan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa kawasan lain di rantau ini. Terdapat beberapa versi laksa yang berbeza seperti Laksa Utara, Laksa Penang, Laksa Johor dan banyak lagi. Setiap versi mempunyai ciri-ciri uniknya sendiri dan bahan-bahan utamanya tetapi kesemuanya berkongsi ciri-ciri seperti penggunaan rempah-rempah dalam penyediaannya. Laksa adalah hidangan yang berkuah dan mempunyai pelbagai perisa berasaskan rempah yang lazat.


Jenis-Jenis Laksa

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa mengikut negeri seperti Laksa Penang, Laksa Johor dan Laksa Sarawak. Setiapjenis laksa ini mempunyai ciri-ciri unik yang membezakannya daripada yang lain.

Biasanya, laksa disajikan dengan mi tebal, kuah yang pekat dan berperisa, ayam atau udang yang dimasak dengan rempah tradisional. Ia juga biasanya dihidangkan dengan herba seperti daun kesum, bawang goreng, bawang merah dan serai untuk menambah keistimewaannya. Ada juga yang dihidangkan dengan kerang, telur rebus, taugeh dan jelatah, sesuai dengan citarasa individu.

Rasanya yang pedas dan lemak menjadikan laksa kegemaran ramai. Laksa juga mudah didapati di hampir setiap kawasan di Malaysia, sama ada di gerai penjaja tepi jalan, restoran mahupun restoran mewah. Ia juga telah menjadi hidangan wajib yang harus dicuba bagi sesiapa yang melawat Malaysia.

Laksa Asam
Kuah laksa asam dibuat daripada campuran asam jawa, serai, dan rempah-rempah. Ia sering disajikan dengan ikan atau daging ayam.

Laksa Nyonya
Laksa Nyonya mempersembahkan gabungan unik budaya Cina dan Melayu. Kuahnya lebih pekat dengan warna merah dan mengandungi sambal belacan. Ayam, udang, dan telur rebus biasanya menjadi teman kuah laksa ini.

Laksa Penang
Laksa Penang mempunyai kuah yang pekat diperbuat daripada bahan-bahan seperti ikan kembung, bawang merah, bunga kantan dan daun kesum. Laksa ini dihidangkan dengan mi tebal yang disebut laksa. 

Laksa Sarawak
Kuah Laksa Sarawak diperbuat daripada bahan-bahan seperti rempah kari, serai dan belacan. Apa yang membezakan laksa ini adalah pengunaan mi sarawak kering yang unik dan rasa udang yang kaya. Ia juga dihidangkan dengan komponen daging ayam, telur rebus, tauhu goreng dan bawang goreng. 

Laksa Johor
Kuah laksa Johor lebih pekat dan rasanya unik dengan menggunakan ikan parang dan udang sebagai bahan asas. Ia dihidangkan dengan mi berempah yang panjang, disusun dengan ayam rebus, hancurkan tauhu, sotong, telur rebus dan ulam-ulaman seperti daun kesum, daun selom dan kacang botol. Biasanya Laksa Johor ini dimakan bersama spaghetti.

Laksa Kedah
Kuah Laksa Kedah disediakan dengan menggunakan ikan kembung yang direbus dengan penambahan cili kering yang dikisar/cili boh, belacan dan asam keping. Mi putih tebal merupakan mi yang digunakan dalam hidangan ini.  

Laksa Kelantan (Laksam)
Laksa Kelantan atau laksam adalah hidangan mi tradisional yang popular di Kelantan. Kuahnya menggunakan bahan-bahan seperti ikan, rempah ratus, santan dan serai. Menggunakan mi putih, ia dihidangkan dengan daun kesum, kacang botol, bawang goreng, cili merah dan perencah. 

Laksa Siam
Laksa Siam juga dikenali sebagai Laksa Lemak atau Laksa Lemak Siam, adalah salah satu variasi laksa yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Kuah Laksa Siam adalah kuah santan yang kaya dan pekat, yang diperkaya dengan rempah-rempah seperti kunyit, lada dan serai. Kuah ini mempunyai rasa yang lemak dan sedikit pedas. Hidangan ini sering disajikan dengan bahan-bahan seperti taugeh, irisan daging ayam atau udang serta telur rebus. Laksa Siam juga dikenali kerana ia sering disajikan bersama dengan mi kuning atau bihun.


7 Koleksi Pelbagai Jenis Resepi Laksa

Di sini Marina kongsikan beberapa jenis resepi  laksa yang boleh korang cuba iaitu laksa penang, laksa utara menggunakan sardin tin, laksa siam, laksa kelantan, laksa Johor dan laksa Sarawak.

Resepi Laksa Penang 

Laksa penang

Bahan-Bahan :
• ikan selayang/sardin - 5 ekor
• asam gelugor - 3 keping
• bawang besar - 2 bijik
• bawang putih - 2 ulas
• bawang merah - 2 bijik
• Cili boh - cap puteri 3 sudu
• Garam - ikut rasa
• Air rebusan ikan
• Air masak
• Bunga kantan - 2 kuntum
• Daun kesum - segengam
• Laksa kering

Bahan-bahan tambahan :
• Nenas
• Telur rebus ( Rebus bersama laksa kering )
• Timun
• Bunga kantan
• Ulam raja/ Salad
• Lada potong
• Otak udang
• Bawang merah ( mayang halus )

Cara- cara :
1. Rebus ikan biar tenggelam bersama air, garam, gula, asam gelugor. Biar sampai mendidih.
2. Asingkan isi ikan dan tulang ikan. Blend isi ikan dengan sedikit air rebusan.
3. Masukkan dalam periuk bersama lebihan air rebusan ikan dan asam gelugor. Tambah asam gelugur untuk rasa masam.
4. Blend semua jenis bawang. Masukkan cili boh dalam periuk.
5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum bersama.
6. Tambahkan garam untuk perasa kan. Jangan masukkan gula tau. Air bawang besar dah keluarkan rasa manis.


Kredit Resepi : rusmida rusdi


Resepi Laksa Utara Mudah Sardin Tin

Laksa utara

Bahan A :
• 1 paket laksa halus (400gram)
• 1 tin sardin saiz besar
• Segenggam cili kering
• 2 biji bawang besar
• 4 keping asam keping
• 2 batang bunga kantan
• Daun kesum
• Belacan
• Garam secukupnya
• Air 

Bahan B : (dihiris)
• Telur (direbus)
• Timun
• Bawang
• Daun salad
• Lada merah/cili api
• Limau kasturi

Cara-cara :
Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.  


Laksa Siam

Laksa Siam



Bahan-bahan :
• 1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) / laksa siam
• 1 kg ikan kembung / selayang
• 2 sudu cili giling
• 2-3 tangkai daun pudina
• 2-3 helai daun limau purut
• 3-4 cawan santan (saya guna santan kotak 200ml)
• Air secukupnya
• 10 biji cili padi merah*
• 10 biji bawang merah*
• 1 labu bawang putih*
• 4 batang serai* (2 dikisar, 2 diketuk)
• 2 inci lengkuas*
• 2 inci halia*
• 2 inci kunyit*
• Belacan*

Nota: Bahan bertanda * untuk dikisar

Bahan Ulaman :
• Daun pudina
• Daun salad
• Taugeh
• Daun samak /pucuk janggus (kalau ada)
• Timun

Cara-cara :
1. Mula-mula, rebuskan 1 kg isi ikan kembung / selayang. Bila agak-agak dah masak, biarkan sejuk sedikit dan asingkan isinya daripada tulang. Kalau tak nak kuah berwarna gelap / hitam, jangan ambil air tulang ikan ya. Nanti jenuh nak tambah serbuk kunyit bagi kuahya kuning.
2. Seterusnya, kisarkan bahan-bahan yang bertanda * dalam senarai bahan di atas. Lepas itu boleh panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan yang dikisar tadi bersama cili giling. Kacau sampai naik bau. Pastikan cili giling betul-betul masak.
3. Selepas itu, masukkan isi ikan yang telah dikisar awal tadi. Kemudian masukkan serai yang diketuk. Teruskan kacau hingga sebati.
4. Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan daun pudina dan dan limau purut. Masak sampai mendidih sambil dikacau. Ingat, kena kacau selalu supaya kuah tak berketul-ketul. Tunggu hingga mendidih dan kemudian boleh tutup api.
6. Sediakan bahan ulaman seperti dalam senarai di atas dan sedia untuk dinikmati bersama laksa yang telah direndam / direbus hingga empuk.


Sumber : Puan Haslina 


Resepi Laksa Kelantan Kuah Pekat 


Laksa kelantan

Bahan-Bahan :
• 3 labu bawang besar merah * sederhana
• 4 ulas bawang putih *
• 1 inci halia *
• 10 ekor ikan lolong ( direbus dengan garam dan 3 asam keping )
• 5 1/2 cawan santan
• 1 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
• 2 asam keping
• Laksa secukupnya

Bahan untuk ulaman :
• Timun
• Bunga kantan
• Pucuk serai kayu
• Taugeh

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara-cara :
Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.  


Asam Laksa Nyonya 

Laksa Nyonya

Bahan-Bahan :
• Laksa Lembut 1 pakat (celur)
• Ikan sardin 1 tin besar
• Air Asam Jawa 2 cawan
• Gula melaka/Nise (agak2)
• Garam secukup rasa
• Bunga kantan 2 kutum (belah 4)
• Daun kesum 2 genggam

Bahan Kisar :
• Cili kering 5 tangkai
• Cili padi 3 tangkai
• Bawang besar 2 biji
• Bawang putih 4 biji
• Halia 2 inci
• Lengkuas 1 inci

Bahan Hiasan :
• Telur dadar (hiris nipis)
• Limau kasturi
• Timun
• Daun pudina
• Bawang besar
• Cili padi
• Nenas

Cara-cara :
1. Celur laksa. Keluarkan ikan sardin dari tin, buang kuah, basuh ikan, lenyekkan dengan garpu. Letak tepi dulu.
2. Panaskan minyak sikit dalam periuk. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air asam jawa
dan air.
3. Masukkan gula garam, daun kesum, kantan,biarkan sampai mendidih. Kemudian masukkan ikan sardin. Biar mendidih. Tambah perasa.


Resipi : Atie Jumaat


Resepi Laksa Johor

Laksa Johor



Bahan-bahan :
• 1 paket Spaghetti (direbus)
• 1 paket santan pekat
• 1 mangkuk kecil air asam jawa
• 1 paket kerisik
• 2 paket kecil rempah kari ikan
• Garam halus
• Gula pasir
• Ajinomoto

Bahan A :
• 5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)
• 1 paket kecil udang kering (diblend)
• Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)
• Sedikit udang basah (diblend)

Bahan B (diblend) :
• 3 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili kering
• 1 inci halia
• 1 inci lengkuas
• 1/2 inci kunyit basah
• 2 batang serai

Bahan Ulaman/hiasan :
• Limau kasturi di belah dan dibuang biji
• Timun hiris
• Tauge
• Bawang besar hiris
• Daun kesum hiri
• Bunga Kantan hiris
• Lobak asin halus
• Sambal belacan

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.
2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.
3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.
4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air.
5. Masukkan air asam jawa.
6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.
7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.
8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam-ulaman dan hiasannya.


Kredit : Fauziah Ali


Resepi Laksa Sarawak 

Laksa Sarawak

Bahan-bahan kuah :
• 2 belah dada ayam/isi ayam
• 200 gram pes laksa Sarawak
• 250 gram udang
• 2 liter air
• 300 ml santan
• 2 batang serai
• 1 kiub ayam
• garam secukup rasa

Cara-cara untuk memasak kuah :
1. Basuh dada ayam bersih-bersih. Kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.
2. Setelah masak keluarkan dan toskn dada ayam (dah sejuk boleh la dicarik2)
3. Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang ke dalam rebusan ayam tadi.
4. Rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskan udang.
5. Dengan menggunakan air rebusan ayam dan udang tadi, masukkan pula serai yang telah diketuk.
6. Masukkan pes rempah laksa Sarawak.
7. Masukkan kiub ayam. Masak atas api sederhana sehingga mendidih.
8. Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.
9. Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.
10. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.

Sediakan bihun : 
1. Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.
2. Jika ia mendidih, masukkan bihun dan rebus sehingga sedikit lembut.
3. Bihun biasanya cepat lembut dalam air panas. Jangan rebus terlalu lama.

Bahan-bahan untuk membuat sambal :
• 3 tangkai Cili padi
• 5 batang cili merah
• 1 inci belacan
• ½ sudu teh garam / rasa
• 1 sudu teh gula / rasa
• 1 biji limau nipis

Cara-cara membuat sambal :
1. Sediakan Cili padi, cili merah dan belacan.
2. Kisar bersama-sama sehingga lumat.
3. Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa.
4. Tambah jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.

Resepi sambal cara :
1. Cili kering buang bijinya. Basuh bersih-bersih. Kemudian rebus sekejap. Toskn air rebusan.
2. Tumbuk, belacan, garam dan gula sehingga lumat.

Bahan-bahan hiasan laksa Sarawak :
• ayam yang telah direbus air tadi disiat
• udang
• telur dadar dipotong nipis
• taugeh dicelur
• daun ketumbar
• limau
• sambal belacan

Cara menghidangkan Laksa Sarawak :
1. Masukkan meehoon dalam mangkuk
2. Hiaskn dengan ayam yang dicarik2 tadi
3. Susun udang
4. Masukkan taugeh dan daun ketumbar
5. Makan bersama sambal belacan dan perahan asam limau


Kredit : Uwan Nolly Epin



Post a Comment

0 Comments