20 Resepi Kuih-Muih dan Pencuci Mulut untuk Berbuka Puasa

20 Resepi Kuih-Muih dan Pencuci Mulut untuk Berbuka Puasa | Dah menjadi kebiasaan pada kebanyakan rakyat Malaysia, mesti ada kuih-muih atau pencuci mulut sebelum atau selepas berbuka puasa kan? Ada yang makan kuih-muih atau pencuci mulut dahulu, kemudian makan makanan yang berat selepas solat Maghrib supaya tidak terlampau kenyang sewaktu menjalankan solat Maghrib.

Musim PKP ni agak susah dah nak mencari kuih-muih dan pencuci mulut kan? Apa kata masa terluang ni kita cuba resepi kuih-muih dan pencuci mulut yang tak pernah dicuba kan? 

Di sini Marina kongsi 20 resipi kuih-muih dan pencuci mulut untuk berbuka puasa:




#1 Kuih Nona Manis


Resepi klik di gambar atau kredit nama di bawah.



Kredit : Siti Awadah


#2 Resepi Kuih Viral Kerbau Guling Negeri Kelantan

Bahan-bahan:
250gm tepung beras
200gm gula
150 gm tepung jagung
1/2 sudu teh kapor makan
3 sudu besar tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambil air hitamnya & tapis. Sebelum itu pastikan tempurung itu bersih ye)
Air 1 liter setengah (bergantung pada kepekatannya)
Secubit garam

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. kacau biar sebati dahulu baru buka api. 
2. Dah sebati buka api gas, kacau perlahan-perlahan dan api sederhana. Kacau sampai likat.
3. Sediakan loyang saiz 8.Sapukan minyak terlebih dahulu padanya dan tuangkan tepung ke dalam loyang tadi. 
4. Bila dah sejuk potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang digaulkan bersama sedikit garam.

Kredit : Ct Noraishah


#3 Resepi Lempeng Kelapa Manis

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
Gula - ikut citarasa masing-masing
Garam secukup rasa
Air mengikut  kepekatan yang sesuai
Susu sejat (optional)


Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan tadi bersama air. Ikut kepekatan yang dikehendaki. 
2. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.
3. Cukup panas, tuang sesenduk bancuhan tadi.
4. Terbalik kan lempeng tadi dan biarkan hingga masak.
5. Boleh angkat dan hidang.
Resepi yang sama boleh diolah tanpa memasukkan gula untuk dibuat lempeng dan dimakan dengan sambal tumis.

Kredit : Noor Liza



#4 Resepi Bubur Tepung Pulut

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung pulut
Air
Pewarna hijau
Daun Pandan
Santan Gula
Garam

Cara-cara :
1. Campurkan pewarna dalam air. Kemudian masukkan air ke dalam tepung pulut. Gaul sehingga tepung jadi doh. Pastikan doh tidak melekat di tangan. Kemudian uli tepung jadi kecil kecil sehingga habis. Ketepikan.
2. Panaskan santan, gula, garam dan daun pandan. Biar sekejap kemudian masukkan tepung yang diuli kecil kecil. Masak sehingga santan mendidih dan tepung masak. Kemudian boleh diangkat. Siap!

Kredit : Mimi Azirah


#5 Resepi Masalodeh

Bahan-Bahan : 
Bahan A :
Kacang Dhal (Basuh & Rendam semalaman) *Toskan air sehingga kering & kisar kering guna blender kecil [untuk kisar kering]
Bawang Besar (Dihiris halus)
Cili Kering (Digunting kecil)
Daun Kari (Dihiris halus)
Cili Hijau (1) (Dihiris halus)

Bahan B:
Jintan Manis (1/2 - 1 Sudu)
Halia
Bawang Putih

Bahan B ditumbuk / kisar kering
Garam & Gula secukup rasa

1) Kisar kacang dhal yang telah ditoskan dengan blender kering (jenis kecil). Kemudian masukkan dalam bekas.
2) Dalam bekas yang ada kacang dhal tadi, letakkan semua bahan  A & B (bawang, daun kari, cili kering, cili hijau,  jintan manis, halia, bawang putih, garam, gula). Gaul  sehingga sebati dan boleh dibentukkan.
3) Bentukkan masalodeh (k.fiezz guna senduk kecil yang buat air). Masukkan dalam senduk & mampatkan dengan adunan. Buat satu per satu sehingga semua siap.
4) Panaskan minyak (Pastikan minyak cukup & betul-betul panas untuk menggoreng supaya masalodeh tidak lerai/hancur dan cepat keras).
**K.fiezz guna separuh peket kacang dhal, dapat 15 ketul masalodeh**

Kredit : Fieza Sani

#6 Churros

Bahan A :
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Kedua-dua bahan di atas diayak.

Bahan B :
1 cawan air kosong*
1 sudu besar gula*
1 sudu kecil garam*
1 sudu besar majerin*
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

1. Masukkan air, gula, garam dan majerin ke dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan bahan yang mendidih ke dalam bahan A.
3. Kacau sehingga rata dan tidak berketul.
4.Masukkan telur dan esen vanila. Kacau rata.
5. Kemudian masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan nozel yang berbentuk seperti menghasilkan bunga.
6. Panaskan api dan picitkan pipping bag dan potong menggunakan gunting mengikut kepanjangan yang anda kehendaki.
7. Siap dihidang bersama taburan gula halus serta serbuk kayu manis. 



#7 Resepi Donat Gebu Macam Kapas


Resepi klik di gambar atau kredit nama di bawah.


#8 Resepi Pulut Sekaya (Untuk loyang bulat saiz 9inci)

Bahan A :
2 cawan beras pulut (basuh & rendam selama 1 jam)
2 cawan santan cair
Sedikit garam 
Sehelai daun pandan (dibelah 2, jangan simpul). 

Bahan B :
10 helai daun pandan (potong)*
3/4 cawan air*
1/2 inci Kulit kayu manis (diracik halus)(kalau guna serbuk kulit kayu manis, letak 1/4 sudu kecil)*
Nota: 3 bahan bertanda * ni, blend, tapis &  jadikan secawan pati air pandan (kalau tak cukup secawan, tambah air sikit)

2 cawan santan pekat
1 cawan gula 
6 biji telur (ambil sedikit putih telur dari salah 1 telur ni untuk sapu pada pulut sebelum tuang sekaya nanti). 
4 sudu besar tepung gandum  
Pewarna hijau

Cara-cara :
1) Toskan beras pulut yang direndam tadi. 
2) Masukkan semua Bahan A ke dalam loyang. Kukus selama setengah jam. 
3) Lepas dah masak, tarik keluar daun pandan sambil lurut dengan sudu untuk ambil pulut yang melekat kat daun pandan. Gaul-gaul sikit pulut tu supaya sebati dengan kepala santan.
4) Tekan pulut tu supaya padat. Ratakan permukaan pulut. 
Tips: Guna belakang senduk nasi yang dibalut dengan plastik supaya pulut tak melekat. 
5) Sapu putih telur tadi pada permukaan pulut yang telah dipadat & diratakan tadi. Kukus sekejap dalam seminit. Buka semula penutup periuk kukus. 
6) Tuang adunan sekaya. 
(Adunan sekaya ni, campurkan semua Bahan B, iaitu secawan pati air pandan, santan pekat, telur, gula, tepung gandum & pewarna hijau. Masuk dalam blender & tapis. Mudah sebab tepung tak berketul & putih telur yang bertali tu tak banyak yang ditapis buang.)
Nota tambahan: Kalau nak permukaan sekaya jadi sekata & licin, kena masak sekejap adunan sekaya ni sambil kacau dengan whisk (untuk elak sekaya jadi berketul-ketul) atas api kecil hingga naik wap panas & agak-agak pekat.
7) Kukus lagi selama 40 minit atau sehingga masak. (40 minit ni kalau ikut masa yang saya selalu buat). Api jangan besar sangat, nanti sekaya masak mengejut & jadi lompong. 
*Tips: kalau ada air wap yang menitik atas permukaan sekaya, ambil sehelai tisu dapur yang bersih, letakkan hujung tisu pada tempat yang ada air tu dengan perlahan. Nanti tisu tu akan serap air wap tu.
Kalau saya, saya prefer sesekali untuk buka & lap bahagian dalam penutup kukus tu. 
Ada juga tips yang orang lain buat, iaitu balut penutup tu dengan kain bersih.

Kredit : Zahirah Dzahir

#9 Kueh Tradisional Netbak

Bahan-bahan :
1 bungkus tepung beras - disangrai dan disejukkan
12 biji telur

Cara-cara :
1. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih.
2. Panaskan acuan bahulu. Oleskan dengan sedikit minyak.
3. Tabur tepung beras ke dalam adunan telur perlahan - lahan sehingga menjadi pekat. Kacau rata.
4. Tuang ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan dari acuan. Sejukkan.

Air Sira Gula :
2 cawan air
10 sudu gula pasir
1 - 2 helai daun pandan
10 biji kuih nekbat

Cara-cara : 1. Masukkan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan kuih nekbat dan jerang sehingga nekbat mengembang kerana menyerap air gula.
4. Angkat dan sejukkan.

Kredit : Ardini Humaira


#10 10 Resepi Kek Karamel Pelangi dan Coklat 


Resepi klik di gambar atau kredit nama di bawah.



Kredit : Wan Rokiah Wan Ismail

#11 Agar-agar Bandung Cincau Saji


Resepi klik di gambar atau kredit nama di bawah.



Kredit : Maria Firdz

#12 Cornflakes Nutella

Bahan-bahan :
50g badam cincang - disangai
125g kepingan badam - disangai
300g coklat gelap
200g coklat putih
100g nutella - anggaran 3 sudu besar
500g baby cornflakes

Cara-cara :
1. Masukkan dark chocolate dan white chocolate ke dalam mangkuk. Cairkan menggunakan teknik double boiler.
2. Kemudian, masukkan 3 sudu besar nutella ke dalam adunan chocolate tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan lupa tutup api ya.
3. Lepas dah sekata, masukkan pula baby cornflakes dan kepingan badam. 
4. Gaul sehingga cornflakes disaluti chocolate.
5. Masukkan adunan ke dalam paper cup.
6. Taburkan badam cincang di atas adunan tadi.
7. Sejukkan cornflakes nutella tadi di bahagian freezer selama 5 minit.






#13 Resepi Apam Susu Mudah

Bahan-bahan :
4 Biji Telur
1 Sudu teh Esen Vanilla
1 cawan gula pasir
4 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum
Pewarna

Cara-cara:
1. Sebelum tu korang panaskan la dulu pengukus ye.Jadi senang bila dah siap adunan tak payah nak tunggu lama-lama sangat.
2. Bahan 1-5 tu diblend/mix sampai betul-betul kembang.
3. Then,masukkan la tepung sedikit demi sedikit.Lastly asingkan ke beberapa bahagian dalam mangkuk lain,dan letak pewarna yang korang suka.
4. Oles kan sedikit marjerin ke dalam loyang dan letakkan bancuhan secara selang seli .
Nak cantik lagi,lepas dah letak selang seli warna tu,korang lorekkan mengikut kreativiti korang..
4. Disebabkan aku tak berapa nak kreatif,terhasillah corak yang entah pape tu.Lepas tu dah boleh letak dalam kukus dan kukus selama 45 minit.




#14 Puding Roti Bersama Kuah Kastard

 Bahan-bahan:
Roti 8 keping ( Sha guna roti gardenia )
Telur 2 biji
Susu segar / Susu cair
Asen vanilla 1 sudu kecil
Gula 3 sudu besar

Cara-cara:
1. Roti di sapu dengan marjerin dan dipotong-potong ( Sha potong kepada 6 bahagian ) dan rendam salam susu segar/susu cair.
2. Masukkan telur , susu segar/susu cair , asen vanilla dan gula dalam 1 mangkuk. Kemudian pukul sampai sebati.
3.  Susun roti dalam bekas yang telah disapu dengan marjerin kemudian tuang bahan yang telah sebati tadi di atasnya.
4. Jika suka anda boleh taburkan dengan kismis. Sha lupa beli kismis nii...huuhuu
5. Bakar selama 20 - 30 minit pada suhu 150 darjah.
6. Biarkan puding roti sejuk sebelum dipotong.

Bahan-bahan Kuah Kastard :
Susu cair 1/2 tin
Asen vanilla 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Tepung Kastard 1 sudu besar.

Bila dah sejuk semuanya, boleh potong bila nak makan. Saiz potongan roti yang Sha potong ni sedang-sedang dengan selera Sha , tak kecil tak besar. Siram kuah kastard atas puding roti. Emmmmppph...
En.Suami suka lagi kalau letak dalam peti dulu.




#15 Bubur Butir Nangka


Resepi klik di gambar atau kredit nama di bawah.




#16 Resepi Doh Roti Canai Mudah, Lembut dan Garing


Resepi klik di gambar atau kredit nama di bawah.



Kredit : El Darwena

#17 Resepi Kuih Kaswi Gedik Comel Dengan Lesung Pipit Tembus Ke Dalam


Resepi klik di gambar atau kredit nama di bawah.



Kredit : Noor Akma

#18 Resepi Ketupat Sotong

Bahan-bahan:
1. Sotong 6 ekor yang besar
2. Beras pulut 2/3 cupak
3. Santan pekat secupak
4. Halba satu sudu kecil
5. Bawang merah sebiji
6. Bawang putih 3 ulas
7. Halia
8. Gula
9. Garam

Cara-cara:
1. Rendam beras pulut dalam sejam. Lagi lama lagi bagus.
2. Siang sotong bersih-bersih.
3. Masukkan beras pulut dalam sotong. 2/3 daripada sotong. Cucuk dengan pencungkil gigi supaya pulut tak keluar dari sotong.
4. Masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Tunggu sampai mendidih.

5. Masukkan sotong. Masak dalam 30minit. Sampai beras pulut dah masak. Tambah air sampai sotong tenggelam. Kalau suka kuah pekat tambah lagi santan.

Kredit : Marina Bashah



#19 Resepi Kuih Apam Balik 

Bahan-bahan :
Air Secukupnya
Tepung gandum 1kg (boleh dapat 5 atau 6 keping kuih)
Telur sebiji (gred apa saja)
1 sudu kecil Soda bikarbonat atau serbuk penaik lain(yis pun boleh digunakan)
Pewarna Kuning atau warna yang anda suka
1 sudu kecil Esen Vanila
sedikit Gula (untuk letakkan pada bancuhan tepung dan untuk intinya juga)
Kacang Goreng secukupnya (dikisar)
Planta/Marjerin untuk disapu pada kuih yang telah siap dimasak


Cara-cara :
1. Tepung gandum, soda bikarbonat, telur, air dan esen vanila disatukan. Pukul guna senduk atau kalau ada handmixer boleh guna. Pastikan adunan tidak berbiji-biji 
2. Warnakan adunan dengan pewarna kuning.
3. Perap adunan (jika korang gunakan Yis. Jika gunakan soda bikarbonat perlu juga perap sekejap kut. Sebab ikut pengalaman KG buat guna soda bikarbonat, kalau terus masak memang dia tak gebu)
4. Bila masa hendak memasak, panaskan pan/acuan dengan api sederhana masukkan sedikit adunan dalam pan/acuan, tabur gula kemudian kacang tanah yang diblender. Tutup pan/acuan. 
5. Setelah masak, angkat dan sapukan dengan planta atau marjerin pada kulit kuih apam balik / terang bulan tadi. Sedia untuk dipotong dan hidangkan.

Kredit : Chinta Artie





#20 Resepi Puding Jagung Creamy

 Bahan-bahan :
1 Tin jagung ( Ayam Brand Malaysia)
1 Cawan susu cair (brand Alble Farm)
1 Cawan Gula
3 Cawan Air
1 Pek tepung kastard (Brand Tesco)


Cara-cara :

1. Masukan jagung ke dalam kuali (Bonde guna kuali Tefal tidak melekat), masukan susu cair, masukan gula, dan masukkan tepung kastard dan masukan air.
2. Kacau semua bahan hingga sebati.
3. Naikkan atas dapur, buka api kecil/perlahan, masukkan sehelai daun pandan dan kacau-kacau semua bahan hingga menjadi pekat dan likat.

Tips : potong Puding Jagung yang telah siap, Semasa hendak makan curahkan susu cair diatasnya... untuk rasa yang lebih creamy.

Kredit : Zaidalifah Aisheteru

Korang pernah buat ke kuih-muih dan pencuci mulut yang disenaraikan ni? Tengah musim PKP ni, jom buat.

Di sini Marina kongsikan resepi kuih-muih orang lama yang popular yang masih digemari sehingga kini.


Post a Comment

24 Comments

  1. Sedap-sedap semuanya... esk nak buat kuih apa pulak nih? satu hari satu resepi hi hi hi

    ReplyDelete
  2. Saya dah cuba 2 resepi di atas, esok nak buat kuih apa pula ya?

    ReplyDelete
  3. Semua sedap sedap. Nanti boleh cuba yang mana belum pernah buat lagi.

    ReplyDelete
  4. Sedap-sedap semuanya, ada yang suku dari ini Sis dah makan time berbuka...yang lain tu coming soon hehehe

    ReplyDelete
  5. waa so many good recipe here, thanks for sharing! I want to eat Churros now, so boleh la try

    ReplyDelete
  6. rasa macam dah lama sgt xmkn roti canai. owh.. sedapnya lah hai..!

    ReplyDelete
  7. Yum!!!!!! I love all! Thank you for sharing all these recipes. Selamat berbuka sis.

    ReplyDelete
  8. Larrr sis tersilap komen tadi masuk contact form. Hehe. Bagus ada post ni. Kadang buntu nak masak pemanis mulut. Nak kena ada manis sikit untuk bagi tenaga setelah seharian berpuasa.

    ReplyDelete
  9. Ada banyak lagi yang saya belum cuba dalam list ni. nanti boleh la cari kan. btw selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  10. Ya Allah menarik je tengok gambar gambar ni. Thank you share resepi pencuci mulut.

    ReplyDelete
  11. Fuhhh.... Sedap sedap semuanya. Tahun ni kak nina kurang dah nak buat pemanis mulut, tapi nanti plan nak buat agar² jer kot..

    ReplyDelete
  12. Wah recipe cukup complete! Mcm mcm boleh try buat dkt rumah untuk berbuka setiap malam. Hehe. Terima kasih sudi kongsi! Tk sabar nk bersibuk dkt dapur

    ReplyDelete
  13. Waduhhh sedap2 sungguh semua resepi ni. Nak try takut tak jadik pulak..tapi kalau tak try tak tahu nanti cam mana nak buat kan..ummm kena try lah..hehehe

    ReplyDelete
  14. Okay boleh cuba la nnt resipi2 kuih ni.. 2 dah buat yang lain boleh cuba sepanjang ramadan pkp ni 😊

    ReplyDelete
  15. wah banyaknya resepi. boleh cuba untuk setiap 1 setiap hari kan. insyaAllah saya cuba

    ReplyDelete
  16. Sis kalau buka puasa suka makan buah-buahan dan kurma je. Kuih-kuih dan pencuci mulut ni jarang makan. Tapi kalau dah makan... tak terkawal suapannya... hahaha...stay safe Marina. Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  17. Sedap2 semuanya ni. Sisyat jarang ada manisan time berbuka puasa. Kurang sambutan. Tp kalo hari biasa, sangat laku keras menu2 ni 😊

    ReplyDelete
  18. dlm byk2 tu, netbak tu aida x pernah jumpa dan rasa, marina.
    teringin!
    lelain tu pernah merasa. tapi byk yg tak pernah buat sendiri! ha ha ah ha ha :)
    now PKP baru ada time nak try. in shaa Allah.
    tq for sharing compilation nih.
    senang nak refer.

    ReplyDelete
  19. wah..xsangka kn..ramai juga rakan blogger kita nie yg pandai masak.. Smua rjin2 belaka share masakan ngn resipi yg mudah dan senang nie. Nnt boleh la nad try buat..

    ReplyDelete
  20. Banyaknya resepi biskut nti blhlah tray itupun klu rajin

    ReplyDelete
  21. Best nyaaa banyak resepi. Tak tau nak try yg mana satu dulu ni! Tapi nak try Churros tu lah!BUkan senang nak cari churros skrg!

    ReplyDelete
  22. Tetiba rasa nak makan kerbau guling..

    ReplyDelete