Ketahui 7 Ciri-ciri Overprotective Parents Yang Boleh Mendatangkan Kesan Buruk Kepada Anak-Anak

Ketahui 7 Ciri-ciri Overprotective Parents Yang Boleh Mendatangkan Kesan Buruk Kepada Anak-Anak | "Cikgu, boleh hantarkan kerja rumah yang anak saya perlu buat di group whatsapp? " Pernah tak korang menghadapi situasi ini di kalangan rakan-rakan parents di sekolah atau korang sendiri yang bersikap begini? Adakah normal jika ibu bapa itu bersikap overprotective terhadap anak-anaknya? Overprotective atau bersifat melindungi ini terjadi atas faktor-faktor tertentu. Adakah bagus sifat overprotective ni atau adakah ianya akan memudaratkan? 

Kadang-kadang anak-anak kita sendiri yang berasa rimas dengan sikap ibu bapa mereka yang terlebih overprotective ni. Sampai satu tahap, anak-anak tidak mahu ambil peduli apa yang ditegur oleh ibu bapa mereka. Jika tidak dibendung perkara overprotective ini akan boleh mendatangkan keburukan kepada ibu bapa, anak-anak dan juga orang di sekeliling.

Marina ada terbaca 7 tanda overproctective parents. 3 daripada 7 ni macam terkena sikit je ngan Marina. Tak overprotective sangatlah kot kan? Adakah korang tergolong di kalangan  Overproctective Parents? Jom semak ciri-ciri overprotective parent ni. 





Ciri-ciri Overprotective Parents

Ciri-ciri overprotective parents yang kadang, kita sebagai ibu bapa pun tak perasan :

#1 Banyak sangat larangan.
#2 Buatkan kerja sekolah anak.
#3 Hantar kerja sekolah/bekal anak yang tertinggal.
#4 Asyik SMS/Wassap cikgu.
#5 Terburu-buru tolong siapkan anak.
#6 Tak libatkan anak dalam kerja rumah.
#7 Lebih banyak bercakap daripada mendengar.

Daripada 7 ciri-ciri ini, berapa ciri yang ada pada korang? Jangan panik. Korang masih boleh ubah norma kebiasaan kepada norma yang baru.


Kenapa Overprotective atau Sifat Melindungi Terjadi di kalangan ibu bapa?

Marina percaya rata-rata ramai ibu bapa yang bersifat overprotective terhadap anak-anak. Apa punca berlakunya overprotective ni?

#1 Memang tak dinafikan, overprotective atau sifat melindungi ini adalah merupakan sifat semulajadi kita sebagai ibu bapa. Hatta, haiwan pun bersifat melindungi terhadap anak-anaknya.
#2 Kurang ilmu keibubapaan.
#3 Pengalaman pertama bergelar ibu dan bapa.


Overprotective atau Overreacted? Kesan dan Keburukan Overprotective terhadap anak-anak

Ibu bapa perlu bijak membezakan antara overproctective dan overreacted. Disebabkan ibu bapa yang terlalu bersifat melindungi akan merosakkan anak-anak itu sendiri. Kesan dan keburukan Overprotective Ibu Bapa :

#1 Anak-anak akan bersifat menguasai. Apabila ada ibu bapa yang terlebih manjakan anak-anak, anak-anak ini akan bersifat melampaui batas. Mereka tidak mahu mendengar kata, tiada rasa hormat terhadap cikgu dan paling menyedihkan dengan ibu bapa sendiri.

#2 Anak-anak tidak pandai menguruskan diri sendiri dan tidak mampu berdikari kerana terlalu bergantung kepada overprotective ibu bapa.

#3 Anak-anak tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan dan orang di sekelilingnya kerana tidak biasa.

#4 Sifat ini akan menyebabkan hubungan antara overprotective ibu bapa dan cikgu atau orang di sekeliling menjadi renggang akibat daripada terlampau ingin melindungi anak-anak.


Cara untuk Mengawal Sifat Overprotective terhadap anak-anak

#1 Berbincang bersama ibu bapa yang lain atau cikgu-cikgu perihal anak-anak. Bertanya hanya bila perlu. Tak perlulah bertanya sekecil-kecil perkara.

#2 Tambahkan ilmu keibubapaan dan sentiasa banyakkan membaca mengenai pengurusan anak-anak.

#3 Berikan sedikit kebebasan dan kepercayaan kepada anak-anak untuk lakukan sesuatu aktiviti sendiri.

#4 Ibu bapa sendiri perlu penuhkan aktiviti mereka dan tidak terlalu fokus pada anak-anak.


Kisah Marina dan Overprotective 

Ok Marina cerita kisah Marina kenapa Marina jadi overprotective. Masa tengah menunggu anak balik dari sekolah agama. Time tu hujan. Teringat zaman Marina sekolah dulu. Seumur hidup pergi sekolah, hantar berambik tak pernah ayah Marina ambik naik motor.

Disebabkan itu bila anak-anak naik motor rasa kesian, lagi-lagi time hujan. Bukan kesian sebab apa. Pagi-pagi hantar sekolah tersenguk-senguk atas motor. Balik, bila hujan lebat, habis basah kasut. Tapi deme suka naik motor. Cepat sampai kata deme. 

Bila time balik sekolah pula, Marina akan pastikan Marina sampai dulu sebelum anak keluar dari kelas dan akan tunggu di dalam kawasan sekolah dan biasanya Marina sampai awal supaya boleh parking dan keluar dari kereta. Kalau hujan, Marina bawak payung sekali. Kalau tak hujan lenggang bawak diri.Tunggu anak sebab tolong angkatkan bag sekolah. Kesian tengok anak bawak bag berat-berat.

Sindrom ibu prihatin dan overprotective Marina ni makin kuat bila duk perati budak-budak kat sekolah. Barangkali kena tunggu dalam kete je gamaknye. Itu baru satu kes. Kes satu lagi, pasal kerja sekolah anak. Rasanye bukan Marina sorang je parents yang macam ni kan? Pengalaman korang macam mana pulak? Macam mana korang mengatasi sifat overprotective dalam diri? Adakah korang sedar tindakan korang ini menjurus ke sifat overprotective? Tepuk dada tanya hati. 

Orait, sampai sini je perkongsian Marina mengenai Overprotective Parents. Agak-agak, korang ibu bapa yang overprotective ke atau Overreacted? Marina harapkan ibu bapa di luar sana dapat mengawal sifat overprotective kita sebelum kejadian lebih buruk yang akan berlaku terhadap anak-anak, ibu bapa dan orang di sekeliling kita.

[Baca juga] : Perkara Yang Tak Patut Buat Ketika Kejut Anak Bangun Pagi, Cuba Tips Ini! 



Post a Comment

3 Comments

  1. Pada saya if anak tertinggal kerja sekolah tak adalah saya nak hantar sebab itu kelalaian mereka sendiri, tapi kalau tertinggal bekal pulak, kesian kalau tak hantar sebab anak kita kadang2 tak bawa duit kesekolah.maka hantar lah bekal kalau tertinggal. Tak nak anak basah kena hujan, tak nak anak kelaparan di sekolah bukan overprotective pada saya tapi ibubapa yang prihatin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian. Kena berpada-padakan. Amaran untuk PC juga ni.

    ReplyDelete
  3. protective tu wajib ada. tp jgn la over sgt ye... anak2 perlu diajar berdikari n menguruskan diri sendiri...

    ReplyDelete