Perkara Yang Tak Patut Buat Ketika Kejut Anak Bangun Pagi, Cuba Tips Ini!

Perkara Yang Tak Patut Buat Ketika Kejut Anak Bangun Pagi, Cuba Tips Ini! | Subuh-subuh dah jadi singa, dinosaur, mak tiri dan yang seangkatan dengannya. Siapa macam ni? Mana taknya, pagi-pagi dah terpekik, terlolong nak kejutkan anak bangun pagi kan? Selalunya kejut bangun untuk mandi dan bersiap untuk ke sekolah la kan?

Bukan senang nak tackle untuk kejutkan anak bangun pagi kan? Kita masa kecik dulu pon mungkin macam anak-anak kita sekarang. Bila anak buat perangai yang sama, baru duk teringat memori lama, zaman ibu-ibu kita, betapa payah rupanya mak kita nak kejut kita dulu. Bila duk teringat kisah lama, kita nak marah anak, kita dulu pon sama, susah nak bangun pagi.

Jangan buatkan anak-anak kita stress untuk bangun terutamanya di waktu pagi. Apabila anak-anak stress, kualiti di dalam dirinya akan menurun dan menyebabkan anak-anak menyimpan perasaan ketidakpuasan hati yang menyebabkan anak-anak tidak gembira untuk ke sekolah.


Apa yang tak patut dibuat semasa nak kejut anak dari tidur?

Cuba kita letakkan diri kita di tempat anak kita. Kita dikejutkan dengan sergahan dan marah-marah. Apa yang korang rasa? Begitulah anak-anak kita, tidak suka diserah atau dimarah apabila dikejut bangun dari tidurkan? Apa yang korang tak patut buat bila kejut anak bangun dari tidur :

#1 Tidak kejut anak secara kasar, marah-marah atau sergah
#2 Tidak bercakap sesuatu yang tidak elok atau berbaur ugutan
#3 Tidak melakukan sesuatu yang memudaratkan dan akan menyebabkan anak akan protes seperti memukul atau mencubit




Bagaimana cara nak kejutkan anak bangun pagi?

#1 Kejutkan anak secara lembut.
#2 Ingatkan anak perlu buat sesuatu pada hari itu. Contohnya perlu ke sekolah pada pagi ini. Sebaiknya cakap sesuatu yang memberikan semangat untuk anak ke sekolah seperti perlu berjumpa rakan-rakan di sekolah.
#3 Urut anak seketika jika anak tidak bangun juga.
#4 Berkomunikasi dengan anak mengenai kebaikan bangun awal. 
#5 Berikan pujian setelah anak bangun dari tidur.


Apa yang perlu buat untuk memudahkan anak senang bangun dari tidur?

Untuk memastikan anak-anak kita senang bangun dari tidur untuk ke sekolah, ibu bapa perlu :

#1 Memastikan anak-anak tidur tepat pada waktunya. Jika anak sekolah terutamanya di waktu pagi, pastikan anak masuk tidur lebih awal. Biasanya paling lewat pukul 10 malam. 

#2 Pastikan anak-anak dan ibu bapa sendiri tidak menonton televisyen atau bermain gadget sejam sebelum masuk tidur. Ini akan menyebabkan kesukaran anak-anak untuk melelapkan mata akibat otak kita masih duk teringat perkara yang ditonton di telebisyen atau gadget.

#3 Memastikan anak-anak menyiapkan beg sekolah mereka sendiri supaya mereka akan menghargai apa yang mereka buat dan automatik diorang akan teringat diorang harus bangun bersiap ke sekolah.


Pengalaman Marina kejut anak bangun pagi

Marina nak share sikit pengalaman Marina kejut anak bangun pagi. Terutamanya time nak bersiap ke sekolah.

Anak Marina yang pertama, Marissa alhamdulillah senang bangun pagi. Mungkin dia rasa tanggungjawab atau takut dengan cikgu untuk hadir ke sekolah awal. Kena masuk sekolah sebelum 7.20 pagi. Selalu panggil along je. Kalau tak bangun Marina panggil nama penuh dia.

Anak Marina yang kedua ni payah sikit nak gerak. Umur 6 tahun Hantar ke tadika. Kadang sampai 20minit gerak tapi tak bangun-bangun. First thing Marina buat kat dia, gosok-gosok badan dia. Gosok dengan kasih sayang ye. Lepas tu Marina duk tepuk-tepuk pipi dia. Tak jalan juga, Marina angkat dia duduk kat riba. Bercakap dengan dia, lepas mandi, siap, tidur balik kalau mengantuk. Lepas dia bangun pergi mandi, Marina akan bagi pujian. Alhamdulillah berkesan cara ni.

Anak yang ketiga ni ikut mood. Umur 3 tahun. Kadang dia terjaga awal. Bangun sendiri. Kalau dia tidur lewat, payah sikit nak gerak dia. Kadang Marina kejut dia dengan panggilan baby, kadang Marina buat bunyi kucing. Sebab dia suka buat bunyi kucing kalau bangun tidur.

Alhamdulillah walaupon kadang-kadang ada masa mencabar nak kejutkan diorang waktu pagi, masih sempat nak pergi ke sekolah sebelum waktunya.

Marina pon takla perfect sangat. Kadang ada jugak marah anak-anak. Ugut diorang nak tinggal diorang. Menangis tu biasa tapi kebarangkaliannya sikit je.



Cara Marina panggil anak-anak bangun pagi

1. Panggil nama
2. Gosok-gosok
3. Tepuk-tepuk
4. Angkat dan komunikasi
5. Beri pujian setelah anak bangun pagi

Untuk ibu bapa yang rutin malamnya selalu tidur lambat, ubah rutin sekarang. Sikap ibu bapa di hadapan anak-anak merupakan pantulan kepada anak-anak kita sendiri. Jangan dimarahkan anak yang susah nak bangun dari tidur terutamanya waktu pagi. Mummy kat luar sana ada masalah kejut anak tak?

Post a Comment

0 Comments