Jangan Tertipu! SWIPEL - Produk Tempatan Berkualiti Wajar Dilindungi, Bukan Ditiru | Bila satu produk tempatan mula dapat tempat di hati pengguna, mesti akan ada yang cuba ambil kesempatan. Botol sama warna, label pun lebih kurang. Siap ada nama yang bunyinya macam “serai-serai” juga. Tapi bila dah beli dan cuba sendiri, jauh panggang dari api. Langsung tak sama!
Benda ni bukan baru, tapi sekarang makin menjadi-jadi. Produk yang dibangunkan dengan susah payah oleh anak tempatan, tiba-tiba ditiru oleh pihak yang cuma nak buat duit cepat. Kualiti tolak tepi, janji boleh jual. Sayang betul, kan?
Salah satu jenama yang jadi sasaran tiruan adalah Swipel dari AFY Haniff. Kalau korang pengguna setia, mesti boleh cam terus perbezaannya. Dari segi bau, tekstur, sampai keberkesanannya, yang original memang jauh lebih baik.
Masalahnya, ramai yang tak perasan dan akhirnya terbeli produk tiruan, lepas tu kecewa dan salahkan jenama asal. Padahal, produk asli Swipel ni bukan calang-calang. AFY Haniff dah bertapak sejak 2006 dan konsisten keluarkan produk penjagaan rumah yang selamat, berkesan dan mesra pengguna.Kini dah 20 tahun mereka hasilkan produk tempatan berkualiti.
Apa yang buat produk ni unik, dia menggunakan bahan semula jadi, terutamanya serai wangi, yang memang sinonim dengan jenama AFY Haniff. Tiga produk utama mereka iaitu Swipel, D’Menc dan Plash, bukan sekadar wangi, tapi memang bantu mudahkan rutin harian di rumah. Tak pelik kenapa makin ramai suka dengan jenama ni.
Jadi, bila kita sokong produk tempatan macam ni, kita bukan saja bantu naikkan ekonomi usahawan kita sendiri, malahan kita juga tunjuk yang kualiti produk Malaysia pun boleh berdiri sama tinggi (atau lebih tinggi) daripada jenama luar.
Jangan Tertipu dengan Warna Botol yang Sama! Kenali SWIPEL dari AFY Haniff
Korang tahu tak, SWIPEL sebenarnya singkatan kepada Serai Wangi Insect Repellent? Nama pun dah cukup menggambarkan fungsi utamanya. Bukan sekadar pembersih biasa, tapi pelindung rumah dari serangga dengan haruman serai wangi yang menyegarkan.
Swipel ialah cecair pelbagai guna yang bertindak sebagai disinfectant, deodorizer, dan cleaner. Formulasi dia berasaskan bahan semula jadi, khususnya serai wangi, yang memang sinonim dengan fungsi anti-serangga. Bau dia wangi, bersih dan yang paling best, tak perlu risau pasal bahan kimia merbahaya.
Produk ni bukan setakat sesuai untuk kegunaan rumah, tapi juga ideal digunakan di pejabat, taska, restoran dan tandas awam. Pendek kata, mana-mana ruang yang perlukan kebersihan dan kesegaran.
Lebih menarik, semua produk AFY Haniff diformulasikan di Malaysia, khas untuk menangani masalah sebenar rakyat Malaysia. Contohnya bilik air berkulat, dapur berminyak, semut dan bau hapak dalam bilik.
Dari segi keselamatan pula, Swipel dan produk AFY Haniff lain dilengkapi sijil HALAL, GMP dan juga Safety Data Sheet (SDS). Maksudnya, kandungan setiap produk diuji di makmal dan disahkan selamat. Korang boleh guna dengan tenang, termasuk di kawasan tempat makan dan seisi keluarga.
Kelebihan SWIPEL
Penghalau Serangga Semulajadi
SWIPEL berfungsi sebagai penghalau serangga semula jadi yang berkesan dan selamat digunakan seisi rumah. Diperbuat daripada ekstrak serai wangi, SWIPEL berkesan menghalau serangga seperti semut, lalat, lipas. Tanpa bahan kimia berbahaya, ia sesuai digunakan di dapur, ruang makan, bilik tidur dan kawasan yang sering dihinggapi serangga.
Menghapuskan Bau Busuk
Ni fungsi yang ramai suka. Nak-nak kalau rumah ada anak kecil, kucing atau kawasan dapur yang kuat bau, Swipel boleh neutralize bau-bau yang tak menyenangkan.Bau serai wangi yang menyegarkan!
Anti-Bakteria & Anti-Kulat
Swipel bantu hapuskan 99.9% kuman yang boleh sebabkan bau dan penyakit. Sesuai sangat kalau nak mop lantai, bilik anak atau kawasan dapur.
Pelbagai Fungsi
Selain mop lantai, Swipel juga boleh digunakan untuk:
● Lap permukaan meja, kabinet dapur
● Campur dalam air bilasan kain lap atau mop
● Spray dalam bilik air
● Bersihkan tong sampah
● Bersihkan peti ais, oven, microwave
Bau Wangi yang Tahan Lama
Swipel bau dia memang wangi dan segar. Bau serai wangi dan tahan lama.
Produk AFY Haniff
Selain SWIPEL, AFY Haniff juga mengeluarkan produk D'Menc dan juga Plash.
D’Menc – Pewangi Fabrik Halal Pertama di Malaysia
Kalau baju atau langsir kita selalu berbau ‘lemau’ atau ‘kepam’, terutama musim hujan, D’Menc memang penyelamat. Produk ni adalah pewangi fabrik berasaskan teknologi Malodour Counteractant yang membantu menyerap bau busuk, membunuh 99.9% bakteria dan beri kesegaran yang tahan lama.yang bagusnya D’menc ni ada halal tau. Pewangi Fabrik Halal Pertama di Malaysia. Diyakini selamat untuk dibawa solat. Boleh sembur di sejadah, telekung, songkok.
Plash – Sabun Tangan Perfume
Plash dari AFY Haniff ialah sabun tangan berbuih yang diformulasi dengan ekstrak lidah buaya, sangat sesuai untuk tangan yang kerap mencuci. Ia membersih tanpa mengeringkan kulit. Formulanya bau wangi macam perfume!. Cuci tangan terus wangi.
Review Jujur Swipel & D’Menc
SWIPEL – Penghalau Serangga Semulajadi
Selepas guna SWIPEL dari AFY Haniff ni, Marina faham kenapa orang suka. Bau serai wangi dia bukan setakat wangi je, tapi rasa tenang dan bersih gila bila sembur dekat rumah. Marina paling suka guna kat dapur, tempat yang selalu attract semut dan serangga.
Paling best, bila dah mop atau sembur, rumah bau fresh je, tak payah pakai pewangi dah. Tekstur dia pun tak melekit, cepat kering dan tak tinggal kesan.
D'Menc –Pewangi Fabrik Halal
Kalau korang suka bau hotel yang nyaman tu, korang kena try D’Menc ni. Satu sembur je dekat langsir atau cadar, wangi betul. Selain tu, korang boleh juga sembur di baju, sofa, tilam, karpet dan di dalam kereta.
Bau D’Menc ni tak terlalu kuat, tapi cukup untuk buat satu bilik bau wangi. Paling penting, bau dia tahan lama.
Marina suka bau Romantic Strawberry sebab bau dia bau manis-manis. Anak-anak suka bau Lavender, bau segar.
Kalau Bukan Kita Yang Sokong Produk Tempatan, Siapa Lagi?
Produk tempatan macam Swipel bukan sekadar cecair di dalam botol. Ia lambang usaha, semangat dan kebijaksanaan rakyat Malaysia sendiri. Kalau kita sendiri tak pertahankan produk kita dari ditiru dan disalahguna, siapa lagi nak buat?
Daripada sokong yang tiruan, lebih baik kita sokong yang asli. Walaupun beza seringgit dua, tapi hasil dia berkali ganda dan lagi puas hati. Bila kita sokong produk tempatan yang berkualiti, kita sebenarnya sedang membina masa depan yang lebih kuat dan berdikari untuk negara kita sendiri.
Lepas ni, kalau nampak Swipel kat kedai, pilih yang ori. Beli bukan sebab ikut trend, tapi sebab kita tahu nilainya lebih daripada sekadar bau wangi.
Dapatkan Produk AFY Haniff Sebagai Tanda Sokong Produk Tempatan!
Korang boleh dapatkan produk AFY Haniff di:
● Shopee (official store AFY Haniff) https://s.shopee.com.my/3ftHFjGn0L
● TikTok Shop https://vt.tiktok.com/ZSSQMcLRb/?page=TikTokShop
● Kedai eco, DIY atau pasar raya tertentu seperti Mydin, Lotus’s, Aeon, Aeon Big, Econsave, Family Store, Jaya Grocer dan banyak lagi
● Website rasmi Afy Aniff
Harga produk dari AFY Haniff adalah mampu milik berbaloi dengan kualitinya.
0 Comments