Inilah Sebabnya Perlu Alihkan Sebahagian Duit Dalam Bentuk Simpanan Emas - MARINA BASHAH

Inilah Sebabnya Perlu Alihkan Sebahagian Duit Dalam Bentuk Simpanan Emas

Inilah Sebabnya Perlu Alihkan Sebahagian Duit Dalam Bentuk Simpanan Emas | Jika diberi pilihan, korang akan menyimpan emas atau menyimpan duit di bank? Marina percaya ramai wanita yang suka emaskan? Mana taknye, setiap kali bila Marina lalu kedai emas, penuh kedai emas dengan para wanita. Tetapi ramai juga yang masih berkira-kira hendak membeli emas kerana tidak berkemampuan. Betul tak? Ada juga di antara mereka yang tengah mengumpul duit untuk membeli emas sehingga cukup bajet, tetapi hanya separuh jalan je sebab ada je perkara kecemasan yang perlu didahulukan. Terpaksalah guna duit simpanan yang kononnya nak beli emas itu disalurkan ke perkara yang memerlukan penggunaan duit dengan segera. Makanya hasrat nak membeli emas terkubur macam tu je. 

Bilakah Masa Terbaik Membeli Emas? 

Sebenarnya kalau nak membeli emas, kita tak perlu tunggu emas tengah murah sebab kita pon tak tahu bila yang sebetul-betulnya harga emas akan turun. Kita hanya dapat predict je. Asalkan kena dengan bajet, korang boleh beli emas pada bila-bila masa je. Duk mengkaji graf harga emas dari 10 tahun sudah sampai masa kini, harga emas makin melonjak-lonjak tapi sampai kesudah tak beli-beli kan? 


Kenapa Perlu Alihkan Duit Dalam Bentuk Simpanan Emas? 

Sejak dari dulu lagi kita dah tahu nilai emas tu macam mana kan? Tapi kita sendiri yang tak mengambil berat untuk menyimpan emas. Marina masih ingat lagi zaman Marina menikah dulu, harga emas pada waktu itu RM170.++ segram. Masa kakak Marina nikah pada tahun 2006, harga emas di bawah RM100/gram. Nampak tak trendnye? Makin menaikkan? Mungkin ada di antara korang macam menyesal tak beli dari dulu kan? Pada masa sekarang, kita terasa emas murah beberapa tahun yang lepas. Mungkin beberapa tahun akan datang, korang akan cakap perkara yang sama. 

Mungkin ada di antara korang yang pernah terbaca di dalam surat khabar betapa pentingnya menyimpan emas dan menjangkakan harga emas akan mencecah RM200/gram pada tahun 2020. Betullah jangkaan itu dan seperti yang kita ketahui emas segram sekarang dah mencecah sehingga RM250/gram malahan ada yang lebih tinggi lagi. 

Menurut e-book yang ditulis oleh Shikin Shawal yang bertajuk '7 Sebab Kenapa Anda Perlu Simpan Emas', ini adalah antara sebab-sebab kenapa perlu mengalihkan sebahagian duit korang dalam bentuk simpanan emas :

#1 Emas mengekalkan kuasa beli.

#2 Nilai matawang jatuh dalam jangka masa panjang.

#3 Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang. 

Emas Mengekalkan Kuasa Beli

Mungkin ada yang tidak menyedari atau tidak mengetahui bagaimana emas mengekalkan kuasa beli. Sebagai contoh untuk menjelaskan lagi mengenai situasi ini ialah pada zaman Nabi Muhammad SAW iaitu 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 Dinar (syiling emas seberat  4.25g). Kini, pada zaman kita, nilai 1 Dinar masih lagi mampu membeli seekor kambing. 

Nilai Matawang Jatuh Dalam Jangka Masa Panjang

Kuasa beli duit kertas makin lama makin menyusut. Seperti contoh, dulu dengan nilai RM50 kita dapat membeli barang penuh satu troli. Sekarang dengan nilai yang sama, barang yang dibeli tak dapat penuh satu troli pon. Kuasa beli duit kertas semakin mengecil akibat inflasi. 

Harga Emas Meningkat Dalam Jangka Masa Panjang

Sepanjang tahun 1996-2020, harga emas telah mencatat kenaikan sebanyak 725%. Walaupun nilainya ada naik dan turun dalam jangka masa yang pendek, namun dalam jangka masa yang panjang harganya tetap akan naik. Ini menunjukkan, menyimpan emas adalah menguntungkan dalam jangka masa yang panjang. 

Beza Emas Perhiasan dan Emas Pelaburan (Gold Bar dan Dinar) 

Mungkin ramai yang tak tahu atau tak berminat nak tahu mengenai emas pelaburan (Gold Bar dan Dinar) sebab tujuan korang nak beli emas adalah untuk dipakaikan? Melalui pengetahuan yang ada pada Marina, ada juga sesetengah individu yang terpaksa menggadai rantai, cincin atau gelang tangan kerana memerlukan wang. Tau tak, sebenarnya kan banyak kelebihan emas pelaburan berbanding emas perhiasan. Antara kelebihan emas pelaburan berbanding emas perhiasan :

#1 Emas perhiasan 916 (gelang, rantai, cincin atau subang - biasanya dibeli untuk dipakai) mempunyai hanya 91.6% kandungan emas sahaja, tetapi emas pelaburan 999.9 (gold bar/dinar - biasanya dibeli untuk disimpan untuk masa hadapan) mempunyai kandungan emas yang tinggi iaitu sebanyak 99.9%!

#2 Susut nilai emas perhiasan adalah tinggi berbanding emas pelaburan. 

#3 Emas perhiasan dan emas pelaburan mempunyai kos upah tetapi kos upah untuk emas pelaburan adalah sangat rendah berbanding emas perhiasan. 

#4 Pergerakan harga emas perhiasan biasanya perlahan berbanding emas pelaburan kerana pekedai emas lambat update harga dan kadang-kadang masih kekalkan harga yang tinggi dalam tempoh yang lama. 



Membeli Emas Dengan Harga Serendah RM100?!

Kesimpulannya, bila korang ada duit lebih, salurkan duit tu ke dalam bentuk simpanan emas. Ini tidak, pantang ada duit lebih, nak shopping. Bukan korang je, Marina pon sama. Mungkin ada juga yang tidak tahu sebenarnya emas boleh dibeli atau disimpan dengan modal yang kecil. Tahu tak, di Public Gold (PG), korang boleh mula menyimpan emas dengan harga serendah RM100 sahaja tau. Menarikkan? Kalau nak menyimpan dan membeli emas pon kenalah berilmu. Pada yang berminat hendak menyimpan emas tapi bajet terhad atau tak tahu cara nak membeli emas, boleh hubungi Ikin. Ikin akan berikan tips pada korang untuk membeli emas. 



Whatsapp :
Shikin Shawal 0129469042

Facebook :

Instagram :

23 comments:

  1. BAgus marina mulakan dari sekarang , kadang orang nak tunggu harga emas jatuh barulah nak beli dan mula menyimpan . Tapi sebenarnya tak ada masa yang sesuai. Ada duit beli jer. Emas taka akan jatuh, tiap tahun naik jer. Target beli emas 1 gram 1 bulan pun ok dah.

    ReplyDelete
  2. nice sharing..tak salah menyimpan emas ni..tapi jangan lupa juga bayar zakatnya.hehehe. emas ni makin lama makin naik..so berbaloi

    ReplyDelete
  3. saya memang suka emas dari dulu. teringin beli hold bar tapi sejak emas hilang tak berani dah. aoa yang ada pakai di badan je

    ReplyDelete
  4. Erm,.....I'm not into gold and don't really a collection. But i do believe I need to start invest in at least one gold. It's for the future and money. Thank you for your advice.

    ReplyDelete
  5. sempat jugalah grab emas public gold masa harga turun 2 hari lepas, bagus pelaburan ni untuk jangka masa panjang

    ReplyDelete
  6. Yes. Emas adalah matawang yang takkan susut nilai. Melabur dengan bijak ye semua. Jangan kelabu mata ye:

    ReplyDelete
  7. I invest in paper gold but don't buy physical gold

    ReplyDelete
  8. Jommm kita menyimpan emas untuk masa depan kita juga

    ReplyDelete
  9. saya ada emas tapi secoet jelah. itupun dapat daripada hq sebab dapat sales tinggi untuk newbie.

    ReplyDelete
  10. Ye bagus simpan emas ni utk kegunaan masa depan. Sambil2 tu boleh la berhias skit kan. Tapi jgn lupa zakat fitrah emas kena bayar utk yg simpanan tu ok

    ReplyDelete
  11. Saya ingatkan akak dealer. Nama lain pula bawah tu. Syikin Shawal. Saya pun rekemen mula menyimpan emas jenis gold bar atau dinar. Barang kemas tu emasnya tak sepadu gold bar. 999.9 utk segram rm 255 baru-baru ni. Jem website Public Gold. Hahaha. Well done akak dah mula menyimpan emas padu!

    ReplyDelete
  12. So true, nowadays many people are switch to keep gold as the price of gold is more stable than currency.

    ReplyDelete
  13. Jelas pencerahan Marina tulis.. Sis memang ada niat nak simpan emas, tak kisahlah emas apa, cuma maklum laa surirumah kan, so kena ikut budget,. insyaAllah nanti pasti boleh punya...

    ReplyDelete
  14. Memang bagus buat simpanan guna bar gold ni. Maklum la simpanan2 camni memang perlu untuk waktu2 kita terdesak dan memerlukan. Lgpun emas mmg pelaburan yang bijak

    ReplyDelete
  15. Nak start balik invest dalam gold bar juga lah. Dulu masa start kerja memang ada beli dengan PG ni. Account masih ada lagi ni.. 👍👍 Thanks for sharing info pasal emas ni ya..

    ReplyDelete
  16. Betul, emas ni dah jadi pilihan sekrg untuk kita simpan bukan sahaja untuk dipakai malah untuk kecemasa. Kalau taknak pakai tapi nak simpan emas yang bar gold ni jadi pilihan. Harag emas pun makin lama makin naik

    ReplyDelete
  17. ohh wow...thanks for this investment tips, I also wanna start investing in gold after reading this, start small :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  18. betulllll simpanan emas lebih stabil,cik sue suka simpan emas bar atau dinar sebab jarang pakai barang kemas,jenis tak berhati2 sellau jatuh dan hilang huhuuu

    ReplyDelete
  19. never thought of investing in gold but after reading your blog, teringin plak nk beli!

    ReplyDelete
  20. huda pun mula aktif simpan emas sekarang. huda tak minat pakai emas sangat, jadi semua simpan dalam gold bar, lebih berbaloi untuk masa hadapan

    ReplyDelete
  21. Betul kita ada baca juga yang pelaburan emas ni risiko adalah sangat minima walaupun ada tapi ia tidak menjejaskan pelaburan melainkan dengan pelaburan saham atau juga wang tunaikan...

    ReplyDelete
  22. Kalau beli emas, dah bosan dengan design tu boleh jual balik.

    ReplyDelete
  23. emas ni pelaburan..kalau x mampu beli lumpsum belila secara ansuran.. pun bole juga selain menyimpan duit khas tuk emas hehe

    ReplyDelete