Advertisement

Dapat Cashback Dari Aplikasi SemuaPay Dengan Hanya Membayar Bil dan Beli Top Up?

Dapat Cashback Dari Aplikasi SemuaPay Dengan Hanya Membayar Bil dan Beli Top Up? | Bayar bil dan beli top up dapat cashback? Siapa taknak kan? Dahlah setiap bulan memang kena bayar bil. Bil elektrik, telefon, air dan macam-macam lagilah. Untung kalau bayar bil dapat duit balikkan? Siapa nak bagi? Tapi jangan tak tahu, ada yang sudi bagi tau! Korang akan dapat cashback kalau bayar bil, beli top up, pin dan juga diamond untuk pemain tegar Mobile Legend secara online di aplikasi SemuaPay. Korang nak beli makanan sekalipun boleh dapat cashback. Tak terbatas setakat tu sahaja, korang boleh jana pendapatan dari rumah je dengan aplikasi SemuaPay ni. Bestkan? Apalagi fungsi aplikasi SemuaPay ni? Apa keistimewaan dan kelebihannya? Make sure korang baca sampai habis apa yang Marina nak kongsi. 

SemuaPay

Aplikasi SemuaPay

SemuaPay adalah satu aplikasi telefon pintar yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang diwakili oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dalam perkhidmatan servis bayaran secara atas talian. Pengguna diberi kemudahan untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi, bayaran yang dikenakan untuk pengguna menggunakan aplikasi ini adalah serendah RM10 seumur hidup. Rupanya dah lebih 21,000 ahli yang menggunakan SemuaPay sejak penubuhannya pada tahun 2019. Kita je yang lalai. Hehehe.

SemuaPay adalah satu platform perkhidmatan servis secara online yang menyediakan sistem bayaran seperti bil utiliti, menambah nilai prabayar (topup), belian pin dan lain-lain. SemuaPay juga menyediakan peluang pekerjaan kepada semua pengguna di Malaysia, pengguna akan menerima pelbagai ganjaran berbentuk komisyen dengan hanya menggunakan aplikasi SemuaPay. Terdapat lebih 100 produk tersedia untuk penggunaan sendiri atau jualan. Pengguna akan diberi CASHBACK pada setiap bayaran menggunakan aplikasi mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut pakej daftar.

SemuaPay

Fungsi Aplikasi SemuaPay

SemuaPay fungsinya seperti E-Wallet. Korang masukkan amaun dalam e-wallet dan gunakan amaun dalam e-wallet tu untuk bayar bil dan urusan-urusan yang lain. Pelbagai fungsi yang boleh membantu memudahkan urusan apabila menggunakan aplikasi SemuaPay. Bukan setakat memudahkan urusan korang untuk membayar bil, aplikasi SemuaPay berfungsi untuk :
• Membayar bil
• Membeli top up, pin, diamond dan lain-lain
• Membuka e-kedai
• Membeli dan menjual emas
• Jana pendapatan dengan kongsi informasi



Apa yang ada di dalam Aplikasi SemuaPay?

Kalau korang tengok di aplikasi SemuaPay, bahagian bawah sekali ada 5 item iaitu :

E-Kedai

Korang boleh buka kedai dengan isi maklumat kedai di sini. Di e-kedai korang boleh berniaga bermacam-macam produk tanpa memegang stok. Antara produk yang korang boleh jual di e-kedai adalah menjual top up, pin, diamond untuk pemain Mobile Legend dan lain-lain. Korang juga boleh membuka servis untuk bayarkan bil-bil kepada kawan-kawan korang. 



Emas

Di sini korang boleh jual dan beli emas. Harga beli dan harga jual juga dipaparkan di sini.

Terdapat dua kaedah pembelian emas di SP Gold.

#1 Gold Saving Account (GSA)
• Pengguna boleh mula menyimpan emas di dalam aplikasi dengan belian serendah 0.02 gram.
• Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan nilai jual/beli. yang telah dinyatakan di aplikasi mengikut pakej daftar.
• Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing dengan minimum jualan 0.05 gram.

#2 SP Gold Wafer 1 gram (Au999.9) 24k

• Pengguna boleh beli di kedai masing-masing.
• Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa.
• Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing tanpa perlu pegang stok.




Utama

Di sini terdapat semua item di dalam aplikasi SemuaPay iaitu Wallet, Kongsi,  Emas, e-Kedai,  Komitmen, Liga FEPL, VIRAL, Prabayar, Bayaran Bil, Pin, Pascabayar, Permainan, Data Internet, Antarabangsa, Web Portal, BINGO Live, Peti Masuk dan Profil. Setiap item ni masing-masing mempunyai fungsi dia tersendiri. Korang boleh klik di sini untuk melakukan urusan yang korang nak. 


Transaksi

Segala transaksi yang korang buat melalui SemuaPay, korang boleh tengok di sini. 


Akaun

Kalau nak update profil korang, nak masukkan gambar, tukar password dan lain-lain yang berkaitan, korang boleh ke item akaun ni. 



Kelebihan dan Keistimewaan Aplikasi SemuaPay

Apa yang bestnya aplikasi SemuaPay dengan aplikasi yang lain? Selain daripada dapat cashback apabila korang membayar bil, macam-macam kelebihan dan keistimewaan aplikasi SemuaPay ni. Seriously Marina rambang mata tengok aplikasi SemuaPay ni sebab banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya. Kelebihan dan keistimewaan aplikasi SemuaPay :

Cashback

Apabila korang bayar bil, beli top up, pin atau diamond melalui SemuaPay, korang akan dapat cashback. Bolehlah kumpul duit tu balik untuk beli top up lagi kan? Tak pun korang boleh keluarkan duit tu untuk top up perbelajaan korang.


Buat Side Income 

Terdapat beberapa cara untuk menjana pendapatan bersama SemuaPay. Korang boleh buat side income dari rumah sahaja. Membuka e-kedai, buat affiliate dan juga berkongsi informasi di media sosial korang. Marina ceritakan details di bawah.


Komuniti SemuaPay

Ada komuniti di platform telegram yang boleh membantu korang untuk memahami lebih lanjut cara menggunakan aplikasi SemuaPay, cara membuka e-kedai dan bestnya cara nak buat duit dengan aplikasi ini. 


Reward

Menyedari potensi besar pasaran e-dagang, SemuaPay telah melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022. Program SPReward adalah merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay. Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif pada setiap bulan.



Cara Daftar SemuaPay

Senang je nak daftar di aplikasi SemuaPay. 

#1 Pergi ke link SemuaPay. Scroll sampai bawah dan korang boleh mendaftar di situ. 

#2 Pilih pakej yang korang nak. Bagi permulaan atau untuk yang hanya nak berurusan untuk membayar bil, korang boleh daftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Kalau tetiba korang rasa nak lebih benefit daripada SemuaPay, korang boleh upgrade kemudian. Takde masalah.

# Isikan details seperti nombor telefon, Nama penuh dan email korang. 

# Tunggu email untuk dapat ID dan password. Dah dapat email, korang try login. Kalau berjaya masuk, maksudnya korang dah siap daftar la tu. Ok. Bolehlah korang start bayar bil guna SemuaPay.




Buat Side Income 

Terdapat beberapa cara untuk menjana pendapatan bersama SemuaPay. Korang boleh buat side income dari rumah sahaja. 

Membuka e-kedai

Pengguna diberi peluang untuk memulakan perniagaan atas talian dengan memiliki laman e-commerce sendiri dengan langganan e-Kedai di aplikasi SemuaPay. Korang tidak perlu risau tentang stok atau produk jualan kerana aplikasi telah sediakan produk untuk jualan seperti bil, prabayar, permainan, pin dan emas. Korang hanya perlu kongsi pautan e-Kedai untuk jana pendapatan. 

Selepas selesai isi details yang diperlukan di e-kedai, korang akan dapat link untuk e-kedai. Korang boleh mula menjual dengan hanya berkongsi pautan kedai.

Antara kelebihan Kedai Topup Online (OTS) :
• Lebih 80 produk bayaran disediakan untuk jualan langsung.
• Pengguna akan diberikan Sales Commision Bonus pada setiap jualan produk mengikut kadar rebat.
• Pengguna boleh menjual emas GSA dan Bullion tanpa perlu modal stok emas. Emas akan dihantar kepada pembeli oleh pihak syarikat sendiri, hanya perlu jual dengan kongsi kedai emas. 
• Pengguna akan menerima OTS RESELLER • BONUS pada setiap pembukaan kedai baru ejen kumpulan pengguna. 


Berkongsi Informasi

Cara mudah untuk tambah pendapatan di SemuaPay, korang hanya perlu melakukan mana-mana tugasan di SPVIRAL. 


Affiliate

Setelah korang dah buka akaun, korang boleh kongsikan link korang pada kawan-kawan untuk turut mendaftar di aplikasi SemuaPay. Kalau kawan-kawan sudah membuka akaun di SemuaPay menggunakan link korang, automatik korang akan dapat income.





Pengalaman Menggunakan Aplikasi SemuaPay

Awalnya Marina takut juga nak bayar bil guna aplikasi SemuaPay ni. Bukan SemuaPay je. Mana-mana aplikasi e-wallet pun Marina takut nak guna. Tapi selagi tak cuba kita tak tahu kan? Biasa Marina bayar direct ke akaun company berkenaan tu terus, tapi tu lah tak dapat cashback kan? 

So far, Marina dah gunakan aplikasi SemuaPay ini untuk membayar bil. Marina bayar bil Telefon Unifi. Bil yang lain Marina dah bayar awal. Tunggu bil bulan akan datang sampai, Marina bayar guna SemuaPay ni. Laju je Marina dapat notifikasi daripada TM di SMS, pembayaran telah diterima. Cashback pun dapat cepat je, terus masuk dalam e-wallet.  

Banyak lagi urusan yang korang boleh buat di SemuaPay. Marina belum lagi menggunakan aplikasi SemuaPay ni sepenuhnya. For sure Marina akan explore lagi aplikasi ni nanti. 


SemuaPay

Aplikasi SemuaPay
Dah masuk cashback


Nak Berjimat dan Menambah Pendapatan, Muat Turun Aplikasi SemuaPay Sekarang!

Kalau korang nak berjimat dan menambah pendapatan, korang boleh daftar aplikasi SemuaPay. Makluman lanjut, korang boleh ke website dan sosial media SemuaPay. 

Website : www.semuapay.com
Facebook : SemuaPay​
Instagram : SemuaPay​



Post a Comment

11 Comments

  1. wah baru tahu tentang ni. nnt nak install lah apps ni. thanks sharing Marina

    ReplyDelete
  2. Macam-macam aplikasi sekarang kan..tapi apps ni macam menarik juga la ..kita sekarang pun pakai mana2 bil nak by online je. Lebih senang

    ReplyDelete
  3. was such a nice sharing, thank you tau sebab before ni tak berapa tau secure details sangat mengenai app ni

    ReplyDelete
  4. Menarik nie. Boleh dapat cashback bayar memacam bil, dah la bayar sekali bil parents. Thanks for the information!

    ReplyDelete
  5. Banyak juga dia punya kelebihan.. boleh cuba donlod ni.. lebih banyak penjimatan kannn

    ReplyDelete
  6. menarikla apps ni.. boleh try nanti... dapat cashback tu yg sangat berbaloi

    ReplyDelete
  7. ok let me download SemuaPay app to enjoy all benefits too

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this app here, so useful, I'm downloading it now for usage. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Suka dengan app yang kita bayar-bayar, atau beli dapat cashback. Terasa jimat di situ. Bagusnya semuapay ni..nak usha jap lagi

    ReplyDelete
  10. Zaman skrg dah byk App sbb plg mudah guna online, mcm Aplikasi Semua Pay ni utk mudah byr bil dan dpt cash back mmg untung jgk

    ReplyDelete
  11. wow this looks like such a great deal. love cashbacks so much, cant wait to download the app now

    ReplyDelete