44 Koleksi Resepi Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin - MARINA BASHAH

Tuesday, May 5, 2020

44 Koleksi Resepi Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin

44 Koleksi Resepi Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak Untuk Ibu Selepas Bersalin | Baca di group-group Facebook, ramai pula yang baru bersalin dan tengah dalam pantang dalam tempoh PKP ni. Ramai yang buntu, takde idea resepi untuk menyediakan makanan berpantang terutamanya para suami lah. Asyik-asyik sup ikan, ikan goreng, kan? Tahu tak makanan orang berpantang boleh jadi menarik dan sedap kalau kena gaya resepi dan masakannya. Takdelah mengeluh kebosanan terpaksa bersabar menghabiskan 44 hari berpantang kan?Ada ibu-ibu yang seronok berpantang sebab dapat berehat dan dapat menu makan makanan yang sedap, siap pakej kurus sekali. 

Penting untuk ibu-ibu selepas bersalin untuk amalkan makan makanan yang berkhasiat. Biasanya kita gelar makanan orang berpantanglah kan. Ini adalah untuk memastikan para ibu akan dapat zat daripada makanan setelah bertarung nyawa selepas bersalin. Banyak darah dan vitamin dalam badan ibu yang keluar setelah melahirkan anak. 

Resepi makanan berpantang ini boleh dimakan oleh ibu-ibu yang bersalin normal atau ceaser. Dua-dua pon luka kan? Marina pernah merasa kedua-duanya, normal dan ceaser. Marina ada dengar cerita daripada tukang urut. Katanya boleh je makan apa yang kamu nak asalkan kamu tahan, boleh je tapi pantanglah makanan yang berangin, sejuk dan yang buat kamu gatal. Macam sesetengah orang gatal kalau makan ayam. Alhamdulillah Marina makan ayam ok. Ada juga yang tak tahan minum Milo, tapi Marina boleh minum Milo.


Sepanjang PKP ni agak susah juga nak mencari bahan-bahan untuk memasakkan? Nak berpantang di kampung tak boleh pulak semasa PKP ni. Harapkan husbandlah tolong masakkan makanan berpantang. Resepi ini mudah disediakan dan boleh minta tolong encik suami masakkan.



Ramai juga yang jadikan menu makanan berpantang ni sebagai makanan diet diorang. Resepi makanan berpantang ni boleh buat kita kurus jugak tau. 


Kenapa ibu-ibu perlu menjaga pemakanan semasa dalam berpantang?


1. Memulihkan sistem dalaman ibu-ibu selepas bersalin.
2. Mengelakkan angin masuk dalam badan dan menyebabkan sakit-sakit badan.
3. Memulihkan luka akibat bersalin.
4. Makanan yang dimakan oleh ibu dalam pantang tidak akan memudaratkan ibu itu sendiri. Contohnya yang akan menyebabkan gatal di luka bersalin dan menyebabkan luka lambat sembuh.


Ikan yang boleh dimakan semasa pantang 


1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10. Ikan senangin
11. Ikan kerisi
12. Ikan kod
13. Ikan bilis
14. Ikan siakap
15. Ikan salmon



44 Menu Makanan Berpantang yang mudah dimasak


#1 IKAN TENGGIRI LADA HITAM KUKUS

Bahan-bahan :
3-4 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Bersih isi ikan, mayang semua bawang, halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai . 

2. Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan . 
3. Masukkan sos tiram , garam dan serbuk lada hitam . Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .

* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus.


Kredit : Faezah Ismail




#2 IKAN BAWAL / SIAKAP KUKUS HALIA
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
garam
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)

Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
2. Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
3. Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
4. Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.
5. Hidangkan bersama nasi putih.


Kredit : Faezah Ismail




#3 SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan :
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara :
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. 

3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Kredit : Faezah Ismail



#4 AYAM PANGGANG SELERA PANTANG
Bahan-bahan :
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan-bahan Kisar :
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara :
1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2) Panggang sehingga masak.
3) Panaskan sedikit minyak.
4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5) Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.

Info :
Resepi ini membantu memecahkan angin dalam badan dan meningkatkan selera makan.

Kredit : Faezah Ismail



#5 IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM
Bahan-bahan :
Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kepingan.

1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Air
Garam

Cara-cara :
1. Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. 

2. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. 
3. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. 
4. Perasakan dengan garam dan hidangkan.

Info :
Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.

Kredit : Faezah Ismail


#6 SUP SAYUR CAMPUR
Bahan-bahan :
500ml air
Minyak masak
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa
Perencah sup sayur Adabi

Bahan-bahan Dipotong :
200gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batang saderi
3 helai daun kubis

Bahan-bahan Dihiris :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan putih

Cara-cara :
1) Didihkan air dalam periuk secukupnya bersama sayur-sayuran.
2) Masukkan bahan hiris, lada hitam dan jintan putih.
3) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan perencah sup sayur adabi.
4) Bila sayur empuk,masukkan garam.
5) Kacau rata sebelum diangkat.

Info : 
Brokoli mengandungi beta karoten dan vitamin lain yang dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser.


 Kredit : Faezah Ismail



#7 IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
Bahan-bahan :
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan-bahan yang Dihiris
30gm halia
3 biji bawang merah

Cara-cara :
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.

Info :
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.


Kredit : Faezah Ismail



#8 IKAN BAWAL KUKUS ASAM JAWA
Bahan-bahan :
Ikan bawal dikelar sedikit
Dua keping halia dihiris
Sekeping kunyit hidup dihiris
1 sudu teh pes asam jawa Adabi
Lada hitam ditumbuk
Garam

Cara-cara :
1. Lumurkan kesemua bahan pada ikan. 

2. Kukus ikan sehingga masak. 


Kredit : Faezah Ismail



#9 SINGGANG IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan :
ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih - dimayang
7 ulas cili api
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masakkan hingga kuah mendidih.
4. Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas.


Kredit : Faezah Ismail



#10 SUP AYAM BEREMPAH / SUP DAGING BEREMPAH
Bahan-bahan : 
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air
Garam
Sup bunjut Adabi

Cara-cara : 
1. Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi. 

2. Masukkan halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah. 
3. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. 
4. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Biarkan air mendidih. 
5. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. 
6. Perasakan dengan lada hitam dan garam. 
7. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan. 

Kredit : Faezah Ismail



#11 SUP LOBAK PUTIH
Bahan-bahan :
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Info :
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.


Kredit : Faezah Ismail



#12 DAGING GORENG KUNYIT
Bahan-bahan :
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
1 inci kunyit (Ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

Bahan Dipotong Serong :
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau

Cara-cara : 
1) Perap daging bersama kunyit dan garam selama 20 minit.
2) Masukkan daging dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3) Rebus daging hingga empuk.
4) Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau.
5) Kacau sekata sebelum diangkat.

Info :
Selain serat yang tinggi pada daging lembu,ia juga membekalkan pelbagai mineral penting untuk tubuh.


Kredit : Faezah Ismail



#13 SINGGANG DAGING ALA KELANTAN
Bahan-bahan : 
1 liter air
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar)
2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Dihiris Kasar :
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas

Cara Penyediaan :
1) Rebus daging bersama halia,lengkuas,bawang putih,ketumbar,cili kering dan asam keping hingga empuk.
2) Kemudian,masukkan bawang besar,garam dan gula.
3) Didihkan seketika sebelum diangkat.

Info :
Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin.Ia sangat berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.


Kredit : Faezah Ismail



#14 AYAM KUKUS CENDAWAN HITAM
Bahan-bahan :
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk A :
20gm halia
4 ulas bawang putih

Bahan-bahan ditumbuk B :
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara Penyediaan : 
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka,masukkan cendawan hitam dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit.


Kredit : Faezah Ismail



#15 PAIS IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan :
2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil asam jawa (campurkan 3 sudu besar air)
3 helai daun pisang (dilayur)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan yang ditumbuk :
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih

Cara Penyediaan :
1) Satukan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa,serbuk kunyit dan garam.
2) Lumurkan pada ikan hingga rata.
3) Perapkan selama 30 minit.
4) Bungkus ikan dengan daun pisang.
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius sehingga masak.

Info :
Resepi ini membekalkan protein untuk tenaga,berupaya untuk mencantikkan kulit dan meningkatkan suhu badan.


Kredit : Faezah Ismail



#16 IKAN PANGGANG HALIA MUDA
Bahan-bahan :
Bahan A :

2 ketul ikan tenggiri
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan B (Dihiris) :
30gm halia muda
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan :
1) Lumurkan bahan A pada ikan.
2) Perapkan selama 30 minit.
3) Panggang ikan hingga masak.
4) Panaskan sedikit minyak.
5) Tumis bahan B hingga naik bau.
6) Angkat dan taburkan di atas ikan panggang.

Info :
Halia salah satu herba tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman,baik untuk hati,menguatkan tenaga batin,menambahkan air mani,membuang angin,menghilangkan bau mulut,memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.


Kredit : Faezah Ismail



#17 KARI IKAN (TANPA SANTAN) 
Bahan-bahan :
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air

Cara-cara :
1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2) Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3) Masukkan kari ikan.masak sehingga pecah minyak.
4) Masukkan air,ikan dan air asam jawa
5) Bile ikan dh masak..masukkan garam..tunggu sehingga mendidih..siap





#18 SUP KURMA MERAH
Bahan-bahan :
500ml air
100gm dada ayam (dipotong kiub)
50gm ikan bilis
20gm kacang hitam
20gm kurma merah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dihiris halus :
10gm halia
10gm bawang putih

Cara Penyediaan :
1) Panaskan air dan masukkan bahan-bahan yang dihiris halus.
2) Rebus kesemua bahan hingga mendidih.
3) Tunggu sehingga ayam empuk sebelum dihidangkan.

Info :
Resepi ini masakan orang cina.Gabungan kacang hitam dan kurma merah membekalkan mineral untuk memperbaiki struktur kulit daripada luka dan parut.Baik untuk buah pinggang dan sistem paru-paru.


Kredit : Faezah Ismail



#19 SAWI TUMIS AIR
Bahan-bahan :
Seikat sawi
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit ikan bilis yang sudah dikopek dan dibersihkan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :
1. Panaskan kuali dengan api sederhana.
2. Tumiskan sekejap bawang putih,bawang merah dan ikan bilis.
3. Masukkan air ke dalam kuali.
4. Kemudian letakkan sayur sawi dan serbuk lada hitam.
5. Kacau sebentar dan tutup selama 2 – 3 minit.
6. Tumis sehingga sayur separuh layu.
7. Siap untuk dihidangkan.


Kredit : Faezah Ismail



#20 IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahan-bahan :
50 gm ikan bilis (digoreng)
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya

Cara Penyediaan :
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


Kredit : Faezah Ismail



#21 DAGING GRILL
Bahan-bahan :
Olive oil
Daging segar bahagian lembut ( kami guna Australian beef )
Bawang putih ( hiris2)
Halia ( hiris2)
Serbuk lada hitam ( kasar )
Serbuk lada putih ( halus )
Oregano
Rosemary
Garam halus

Cara-cara :
1. Bersihkan daging. Perap daging semalaman atau atleast 30min. dgn bahan2 diatas.
2. Panas kan olive oil dlm non stick pan atau kuali pemanggang ajaib. Grill daging tadi sehingga masak. Wife xsuka over cook. Ketepikan.
3. Goreng bawang putih Dan halia sehingga garing. Siap!! 




#22 Daging masak blackpaper (ni dh hujung2 berpantang boleh lah buat ye..)
Bahan-bahan perap daging :Bawang merah 
Bawang putih
Halia
Kunyit dan 
Lada hitam (ditumbuk) 
sedikit garam

Bahan-bahan lain :
Bawang besar (dihiris)

Bawang putih (diketuk)
Sedikit minyak utk menumis (sikit je..sekadar daging tu layu)
Sedikit air
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Perap daging dengan bahan-bahan perapan yang disenaraikan di atas.
2. Panaskan minyak. Masukkan bawang yang dihiris tadi.

3. Masukkan daging yg diperap..tunggu sehingga daging layu.
4. Tambah sedikit air sehingga daging lembut.(kalau air dah kering, tapi daging tak lembut lagi, sila tambah air lagi ye)...
5. Perasakan dgn garam.



#23 Kerabu pegaga
Bahan-bahan :
Ikan bilis (ditumbuk - tapi x perlu hancur sangat)
Bawang besar (ditumbuk)
Sedikit halia (ditumbuk)
sedikit garam
Sedikit lada hitam (ditumbuk)
lobak merah dipotong halus (x nak letak pun x pe...saya letak sebagai penyeri hidanganšŸ˜)
pegaga ( dipotong - tp jgn potong terlalu halus)

Cara-Cara :
1. Sangai (goreng tanpa minyak ) semua bahan2 diatas (kecuali lobak)
2. Bila bahan yg disangai tadi masak..tambah sedikit garam (kl x nk letak garam pun x pe...sebab ikan bilis tu kan dah masin...terpulang lah ye)...then angkat dari dapur..
3. Di dalam bekas yg lain..masukkan pegaga dan lobaknmerah..then campurkan bersama bahan yg disangai tadi....
4. Gaul pegaga, lobak dan bahan yg disangai tadi sehingga sekata semuanye..siap




#24 Ayam stim daun kari
Bahan-bahan :
Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai dan lada hitam (tumbuk semua bahan)
Sedikit daun kari
Sedikit garam
Sedikit air
Seketul Ayam

Cara-cara :
1. Gaulkan ayam dgn bahan yg ditumbuk tadi.

2. Letak daun kari, tambah garam dan sedikit air.
3. Kukus sehigga masak.



#25 SERUNDING HALIA 
Bahan-bahan :
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis - goreng
Bawang putih - goreng

Cara masak:
1) Sagat halia dan perah/tapis airnye
2) Goreng halia yg disagat tadi dgn api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng,toskan minyak
3) Campurkan halia goreng,ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam
4) Gaul sebati dan simpan dlm bekas.



#26 Ayam Masak Steam
Bahan-bahan :
1/4 ayam kampung
Hirisan carrot ,sedikit daun bawang dan daun sup
1 sudu minyak bijan

Cara-cara :
1. Steamkan ayam dengan lada hitam tumbuk , sedikit garam beserta carrot. 

2. Kemudian bila masak, tambah minyak bijan , daun bawang dan daun sup. 
3. Air rebusan boleh dijadikan sup panas untuk mudah telan nasi.




#27 Sambal Lada Hitam Tok Tok
Bahan-bahan :
Ikan bilis 

Bawang merah
Bawang putih
Bawang holland besar 
Lada hitam

Bahan-bahan :

1. Layurkan kesemua bahan tu.
2. Kemudian tumbuk dgn sedikit garam. 



#28 Bubur Nasi Ikan Merah
Bahan-bahan :
Beras

Halia
Carrot
Ikan merah
Garam
Daun bawang

Cara-cara :

1. Masak bubur nasi seperti biasa.
2. Masukkan hirisan halia.
3. Kemudian dah separuh masak, masukkan carrot dipotong dadu dan isi ikan merah yang dihiris. 
4. Tunggu sehingga masak, perasakan dgn garam. 
5. Hidangkan dengan serunding halia, daun bawang, crunchy garlics

P/s : Bubur ni makan dgn ikan bilis masak asam sedap tau.





#29 Ikan Merah Tumis Bawang
Bahan-bahan :
1 keping isi ikan merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia muda
Daun bawang sedikit

Cara-cara :
1. Perap ikan dengan garam bersama lada hitam. 

2. Goreng ikan merah guna minyak yang sedikit, ketepikan. 
3. Tumis bawang dan halia.
4. Masukkan semula ikan yang dah digoreng tadi.
5. Kemudian masukkan daun bawang. 




#30 Daging Masak Halia Bersawi
Bahan-bahan :
1 mangkuk daging batang pinang
Sawi 

Carrot
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia muda

Cara-cara :
Daging perap dengan minyak bijan sikit .Tumis bawang besar, putih & halia dengan sedikit minyak. Dah naik bau masukkan daging. Biar masak kejap. Letak air sikit utk jadikan kuah, kemudia masukkan sawi & carrot. Perasakan dgn garam dan lada hitam tumbuk.





#31 Ikan Bilis Masak Asam
Bahan-bahan :
1 mangkuk ikan bilis
1/2 mangkuk hirisan potato
*bawang putih,bawang merah dan bawang besar sikit
Air asam jawa sikit

Cara-cara :
1. Hiris bahan yg bertanda * . 
2. Goreng ikan bilis and potato tu kemudian ketepikan. 
3. Guna minyak yang sikit, tumis semua bahan bertanda *, 
4. Then dah layur, masukkan ikan bilis dan potato yang dah digoreng tadi. 
5. Dah sebati semua, masukkan air asam jawa. 6. Tumis hingga sebati, perasakan dgn garam & lada hitam.




#32 NASI GORENG CINA
Bahan-bahan :
Nasi putih
Carrot potong dadu
Bawang putih
Bawang merah hiris nipis
Daun bawang hiris
Minyak bijan

Cara-cara :
1. Panaskan minyak bijan. Tumis bawang. 

2. Masukkan carrot, dah masak kemudian masukkan nasi. 
3. Goreng hingga sebati. Last masukkan daun bawang yg dihiris. 

Kredit : Siakap Keli 



#33 GRILLED CURRY CHICKEN
Bahan-bahan :
skinless breast meat
Serbuk kari sikit je untuk bagi aroma kari tu hehe
Salt & blackpepper

Cara-cara :
1. Marinate ayam dengan serbuk kari, salt & blackpepper. 

2. Kemudian grill mcm biasa.

Kredit : Siakap Keli 




#34 SALMON SPAGHETTI AGLIO OLIO
Bahan-bahan :
Salmon slice
Spaghetti
Capsicum merah hijau kuning (sikit) potong dadu
Bwg putih cincang halus
Carrot hiris or potong dadu
Lada kering sikittt (potong suka hati)

Cara-cara :
1. Celurkan spaghetti kemudian tos and ketepikan. 

2. Perasakan salmon dgn salt, blackpepper & chili powder sikit then grill. Dh siap grill then potong dadu salmon tu. 
3. On the other hand, tumis bawang putih hingga naik bau, 
4. Then masukkan lada kering, then masukkan carrot and capsicums. Gaul sebati and tumis sampai sparuh masak. 
5. Then masukkan spaghetti yg dah dicelur, gaul sebati seasoned with salt & blackpepper. 6. Dah sebati, masukkan salmon yg dh dipotong-potong.

Kredit : Siakap Keli 



#35 AYAM UNGKEP LADA HITAM
Bahan-bahan :
Ayam
Bawang putih - kisar
Bawang merah - kisar
Halia - kisar
Kunyit - kisar
Ketumbar - kisar
Jintan - kisar
Serai - ketuk
Lada hitam
Air asam jawa

Cara-cara :

1) Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2) Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3) Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mane).
4) Tutup kuali dan biarkan ayam masak
5) Bila ayam dah masak,masukkan garam,asam jawa dan lada hitam..gaul sebati..siap

** kalau taknak tumis..masukkan sume bahan dlm kuali,tutup kuali,masak sehingga ayam masak.




#36 AYAM KUKUS CENDAWAN HITAM
Bahan-bahan :
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk A :
20gm halia
4 ulas bawang putih

Bahan-bahan ditumbuk B :
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara-cara :
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka,masukkan cendawan hitam dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit.

* Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim tetapi hendaklah diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Kredit : Resepi Sahabat



#37 AYAM MASAK BIJAN
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
2 ketul daging ayam
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak bijan
Bijan goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN DIHIRIS
30gm halia tua dihiris

Cara-cara :
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

* Kunyit dibuat minuman sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Ia juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

Kredit : Resepi Sahabat



#38 SUP AYAM BETIK MUDA
Bahan-bahan :
500gm ayam (dipotong kecil)
200gm betik muda (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 sudu besar jus limau
2 helai daun selasih
Garam secukup rasa

Bahan A :

800ml air
2 biji cili padi (diketuk)
1 helai daun limau purut

Bahan-bahan dihiris halus :

20gm lengkuas
20gm halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Cara-cara :

1) Masukkan bahan A dan bahan-bahan yang dihiris halus ke dalam periuk.
2) Rebus sehingga mendidih.
3) Masukkan ayam,jus limau,daun selasih,betik muda dan garam.Didihkan sehingga ayam empuk.
4) Masukkan tomato.
5) Biarkan mendidih selama 10 minit lagi.

* Betik muda dapat membantu menambahkan susu.


Kredit : Resepi Sahabat




#39 KAILAN IKAN MASIN

Bahan-bahan :
Ikan masin
Kailan
Bawang putih
Bawag merah
Garam
Sedikit gula
sedikit air

Cara-cara :
1) Goreng ikan masin dan hncurkan.
2) Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis hingga layu.
3) Masukkan sedikit air,kemudian masukkan kailan.
4) Masukkan garam dan sedikit gula.


Kredit : Resepi Orang Kampung




#40 AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan :
200 ml air
2 ketul daging ayam
5 helai daun pegaga
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dihiris :

30gm halia
3 biji bawang merah

Cara-cara :

1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

* Kunyit dibuat minuman sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Ia juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


Kredit : Resepi Sahabat




#41 IKAN MASAK PINDANG

Bahan-bahan :
2 keping ikan merah
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan yang ditumbuk :

10gm kunyit
10-15 biji lada hitam

Bahan-bahan yang dihiris :

30gm halia
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara-cara :

1) Masukkan kesemua bahan kecuali ikan ke dalam periuk.
2) Didihkan di atas api perlahan.
3) Masukkan ikan dan didihkan lagi hingga masak.

* Lebih banyak halia dan bawang putih,lagi bagus untuk pembuangan angin.Kurangkan lada hitam sekiranya menyusukan bayi.


Kredit : Resepi Sahabat




#42 IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahan-bahan :
1 ekor ikan haruan (dipotong)
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan-bahan yang ditumbuk :

30gm halia
2 biji bawang besar

Cara-cara :

1) Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
2) Perap selama 15 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.
5) Masukkan sos lada hitam,rempah ikan dan garam.
6) Kacau sekata dan curahkan ke atas ikan.

* Ibu-ibu yang berpantang digalakkan makan nasi ketika panas dan minuman yang sesuai iaitu air akar kayu.Tidak digalakkan minum air terlalu banyak.


Kredit : Resepi Sahabat




#43 AYAM PANGGANG LEMON BERHERBA

Bahan-bahan :
Ayam bahagian dada (potong butterfly-nipiskan dan bentang jd besar)
minyak zaitun
Bawang putih - kisar/tumbuk/cincang halus
Kulit lemon - shredded (anggaran 1 sudu kecil)
*Rosemary (fresh) 1sudu
*Thyme (fresh) 1 sudu
(*kalau tak dapat yg fresh, guna yang kering pun boleh)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara buat:

1. masukkan ayam dalam zipper bag (plastik biasa pun ok)
2. untuk bahan perapan, campurkan minyak zaitun, bawang putih, kulit lemon, rosemary, thyme, garam & black pepper. sebatikan dan tuang dalam zipper bag yang ada ayam tadi.
3. perap dalam peti sejuk selama lebih kurang 2-4 jam.
4. untuk gril, drain ayam tadi dari perapan. kemudian gunakan pan grill untuk memanggang dalam lebih kurang 15-20 minit sehingga ayam betul-betul masak.

Kredit : Resepi Sahabat




#44 Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
Ikan masin (digoreng tanpa minyak)
Lada hitam

Cara-cara:

1. Tumbuk bahan-bahan tersebut, jika suka boleh tambah perahan limau. 
2. Gaulkan sebati.

* Gambar sekadar hiasan.

*Tiada cili yer dalam resepi asal

Kredit : Resepi Sahabat




Semoga perkogsian koleksi resepi masakan makanan ibu berpantang ni dapat membantu para suami memasak untuk isteri masing-masing.


[Baca juga] : 10 Resepi Masakan Daging Ringkas dan Mudah Dimasak Untuk Berbuka Puasa

4 comments:

  1. Wah banyaknya menu berpantang...kalau nak diet pun elok ikut resepi ni kan Marina

    ReplyDelete
  2. sesuai sangat untuk orang berpantang ni.

    ReplyDelete
  3. perghhh
    banyak betul resipi
    perkongsian terbaik :)

    ReplyDelete