Kilang Minyak Gamat di Langkawi : Nusantara Gamat - MARINA BASHAH

Monday, February 10, 2020

Kilang Minyak Gamat di Langkawi : Nusantara Gamat

Kilang Minyak Gamat di Langkawi : Nusantara Gamat | Memang tahu Langkawi ni famous dengan minyak gamat. Masa Marina pergi Langkawi 15 tahun yang lepas dapatlah pergi ke kilang minyak gamat.

Asalnya tak plan pon nak pergi ke sini sebab banyak lagi tempat yang nak dituju. Lagipon tak pasti lalu ke tidak Kilang Gamat ni. Sebenarnya teruja nak tengok tempat memasak minyak gamat. Kiteorang jumpa Nusantara Gamat ni pon sebab kiteorang nak berpindah penginapan dari Pantai Chenang ke Pekan Kuah. Nusantara Gamat ni di sebelah kanan jalan kalau dari Pantai Chenang. Kena U turn kalau nak ke Nusantara Gamat ni. Marina dapat informasi Nusantara Gamat ni kilang gamat yang paling besar di Langkawi.

Kalau ikutkan husband, masa di Pantai Chenang gayanya macam taknak mencari kawasan kilang gamat ni. Dia kata singgah je mana-mana kedai area Pantai Chenang yang ada jual minyak gamat. Marina diamkan ajelah. Tak sangka plak dia U turn plak nak menuju ke Nusantara Gamat ni. Elok juga singgah. Bukan senang nak datang Langkawi ni. Jauh. Lagipon ni first time mak mertua Marina datang Langkawi. Tak salah singgah kilang minyak gamat ni sekejap kan.

Korang nak melawat Nusantara Gamat ni boleh datang je kat sini. Takde apa-apa tiket bayaran pon.

Di sini parking senanglah jugak. Parking bas pon ada disediakan. Takyah gaduh-gaduh rebut parking.

Kat Langkawi ni selain Nusantara Gamat ada lagi beberapa kilang gamat yang lain. Tapi Marina terjumpa Nusantara Gamat ni on the way ke Pekan Kuah, so kiteorang stop by la kejap.


Apa itu Gamat?
Orang duk tahu pasal minyak gamat je. Tapi korang tahu tak gamat tu datang dari perkataan apa?

Gamat ialah sejenis hidupan laut yang dikenali juga sebagai timun laut. Gamat boleh dijadikan hidangan makanan atau diproses untuk digunakan sebagai perubatan. Gamat boleh diproses menjadi minyak untuk penyembuhan luka atau rawatan penyakit kulit. Pada yang suka muka dan kulit cantik, boleh sapu gamat ni di muka dan kulit. Gamat ye. Jangan korang duk tonyoh muka dengan minyak gamat plak.

Kalau korang nak tahu, kandungan protein dalam gamat ni tinggi dan kandungan lemaknya kurang. Selain itu, gamat mengandungi Vitamin E yang mana dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit.
Ni la rupenye Gamat (Sea Cucumber). Yang warna hitam tu. Ada gak bentuk lain Gamat ni.

Apa yang terdapat di Nusantara Gamat?
1. Kedai menjual pelbagai produk Nusantara
Di sini macam-macam produk Nusantara ada dijual. Mostly produk Nusantara ni kilang Nusantara yang hasilkan sendiri. Ada juga produk yang bukan dari Kilang Nusantara. Bukan minyak gamat sahaja yang ada di Nusantara Gamat ni. Antara produk yang boleh didapati di sini ialah minyak gamat, balm, sabun, minyak kayu putih, tungku herba dan banyak lagilah yang ada kat sini. Memang rambang mata kalau datang sini. Tapi Marina tahan diri je dari shopping. Harga pon berpatutan.



2. Tempat Memasak Minyak Gamat
Tempat memasak minyak gamat ni terletak luar daripada kedai jual minyak gamat. Dari jalan masuk nak ke Nusantara Gamat ni, korang akan jumpa tempat masak ni dulu.

Di situ terdapat 2 kuali besar yang berisi minyak gamat yang tengah menggelegak. Husband Marina test celup jari dalam kuali tu. Panas tapi tak melecur. So, buat yang tertanya-tanya melecur ke tidak. Dia tak melecur. Tapi still panas okeh.




3. Tugu Nusantara Gamat
Di sini ada botol minyak gamat besar sangat di hadapan kilang Nusantara Gamat ni. Kalau korang nampak botol besar warna kuning tepi jalan, kilang Nusantara Gamatlah tu.

4. Cafe
Di sini ada cafe kecil. Ada jual keropok, gula-gula, air, laksa pon ada kalau korang nak rehat dan makan di sini sebentar.

5. Sudut Informasi
Di sini ada dipamerkan bahan-bahan untuk memproses minyak gamat. Terdapat juga di keratan-keratan akhbar mengenai gamat dipamerkan di sini.


Pengalaman di Nusantara Gamat
Anak Marina siap nak beli minyak gamat 12 botol RM10. Tapi tak beli pon sebab kat rumah dah ada banyak minyak gamat. Tak tau lah kenapa dia cukup suka dengan ubat. Kiteorang beli balm je.

Puas hati dapat bawak Mak mertua ke sini. Marina dah pernah ke sini, so tak kisah pon kalau husband tak stop by. Rezeki jumpa kilang ni on the way nak ke Pekan Kuah. Rugilah tak stop dan melalui sekali lagi pengalaman melawat kilang minyak gamat. Anak-anak pon tak pernah tengok lagi. Dapat jugak diorang experience tengok minyak gamat dimasak.

Kalau korang ke sini jangan lupa mengambil gambar di botol besar di Kilang Nusantara Gamat ni buat kenangan okeh. Hihi.


[BACA JUGA] : Legenda Mahsuri - Melawat Makam Mahsuri

15 comments:

  1. Kalau tengok gamat secara depan ni agak geli juga sebab macam ulat bulu tapi versi besar tapi....gamat ni banyak kelebihan dia....

    ReplyDelete
  2. awa kalau tiap kali pergi langkawi memang kat sini la tempat beli gamat. sebab murah yang amat! Boleh beli banyak buat cenderahati gak

    ReplyDelete
  3. Tak tahu pula ada balm gamat dan produk-produk lain selain minyak angin. Memang banyak kelebihan gamat ni ye. Bestnya dapat tengok sendiri macam mana minyak gamat dihasilkan.

    ReplyDelete
  4. menarik juga kalau beli gamat kat sini..mmg pure asli ni..

    ReplyDelete
  5. aida pernah ke sini time berkursus dulu kala 2015.
    tugu sebotol minyak gamat tu yg ohsem, kan :)

    ReplyDelete
  6. Barubaru ke Langkawi tak sempat nak singgah ke sini, dek sebab masa dah lari merayap tempat lain aishhh...kalau dulu pergi, Sis siap masuk jari-jari dalam kuali panas tu hahahahaa

    ReplyDelete
  7. Boleh la singgah sini kalau ada rezeki pegi kan. Gamat memang bagus. Masa ena pantang gugur amalkan minum air gamat memang cepat baik bertenaga. Banyak kan benefit gamat ni

    ReplyDelete
  8. Haa kalau ke Langkawi memang tak sah kalau tak beli minyak gamat, kekadang berbotol botol beli, bawak balik..pakainya satu dua je, last2 bagi sedara mara..hehehe

    ReplyDelete
  9. Tak pernh lagi pergi kilang minyak gamat ni..bagusla datag sini..anak-anak boleh beljr sekli..kita ni pun mesti teruja kalau masauk sini

    ReplyDelete
  10. Rasanya pernah singah sini pada tahun 2016.... Cuma yang baru nie, ke Langkawi... Terus cari dekat Komplek Haji Ismail Group.. Sana macam2 ada... Dah macam 1 stop centre barang dekat Langkawi nie

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah saya dah sampai ke tempat ni tahun lepas so teruja juga la tengok camne diaorang proses minyak gamat ni

    ReplyDelete
  12. Pernah datang sini masa lawatan sekolah dulu. Memang menarik dapat tengok macam mana minyak gamat dibuat :)

    ReplyDelete
  13. pernah trip pi Langkawi singgah kedai ni. tak beli banyak sangat. beli minyak gamat sahaja la kiranya

    ReplyDelete
  14. Best pergi terus ke kilang. Sambil tu boleh baca-baca dan tengok proses. Dah lama tak ke Langkawi. Nanti nak plan ke sana. Anak-anak pun dah besar. Takzabar!!! Thank you sharing kak.

    ReplyDelete
  15. Ni wajib pi kan kalau bercuti kat lkawi kan.. Kalau pi sni.. Wajib borong stock minyak gamat byk2.. Hehhehe

    ReplyDelete