Legenda Mahsuri : Melawat Makam Mahsuri, Langkawi - MARINA BASHAH

Wednesday, February 5, 2020

Legenda Mahsuri : Melawat Makam Mahsuri, Langkawi

Legenda Mahsuri : Melawat Makam Mahsuri, Langkawi | Tak lengkap kalau ke Langkawi tapi tak pergi melawat Makam Mahsuri kan? Kisah legenda Mahsuri ni lah sebab Pulau Langkawi menjadi sebuah tempat pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.

Walaupon kisah sedih Mahsuri telah lama berlaku, tetapi sejarahnya masih kekal sehingga kini. Makam Mahsuri sentiasa dikunjungi para pengunjung. Makam Mahsuri ini terletak lebih kurang 12 km dari Pekan Kuah. Ianya berada di dalam Kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka.


Serba sedikit Sejarah Mahsuri
Mahsuri merupakan anak kepada Pandak Mayah. Pandak Mayah dan isterinya dikatakan berpindah ke Langkawi dari Siam untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Setelah sekian lama berkahwin, Pandak Mayah dan isteri akhirnya dikurniakan anak perempuan. Mereka menamakan anak mereka Mahsuri. Mahsuri dikatakan wanita yang paling cantik di Langkawi. Mahsuri telah berkahwin dengan pahlawan Wan Darus dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki.

Kisah Legenda Mahsuri bermula apabila Wan Darus terpaksa pergi berperang dengan pihak Siam meninggalkan Mahsuri serta anaknya. Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya semasa ketiadaan Wan Darus. Ketika waktu itu Deraman seorang penyair singgah di Langkawi. Di atas ihsan Pandak Mayah, Deraman tinggal di rumahnya untuk mengajar bersyair.

Disebabkan Wan Mahora (kakak ipar Mahsuri) cemburu dengan kecantikan Mahsuri, Wan Mahora telah menyebarkan fitnah dengan menuduh Mahsuri berzina dengan Deraman. 

Mahsuri telah dijatuh hukum bunuh pada 1819 Masihi. Pandak Mayah dan isterinya merayu kepada penduduk kampung tapi tidak diendahkan. Mahsuri diikat di pokok dan ditikam berkali-kali tapi tidak berjaya. Akibat merasa sakit dan terseksa, Mahsuri akhirnya membuka rahsia, yang dia hanya boleh dibunuh menggunakan keris pusaka milik keluarganya. Apabila dia ditikam, darah putih mengalir keluar dari badan Mahsuri.

Akibat tidak rela darahnya mengalir di bumi, Mahsuri telah melakukan sumpahan. Jika dia tidak bersalah, dia menyumpah Langkawi akan menjadi padang jarak, padang terkukur selama 7 keturunan.

Kini, Langkawi telah menjadi Pusat Pelancongan yang terkenal dan sebagai pulau bebas cukai apabila dipercayai keturunan Mahsuri yang ketujuh telah dilahirkan iaitu Wan Aishah pada tahun 1986.

Wan Aishah - Keturunan yang ketujuh
Makam Mahsuri
Lebih kurang 15 tahun yang lepas, Marina masuk ke Makam Mahsuri tak dikenakan bayaran. Sekarang nak masuk dah dikenakan bayaran. 
Harga tiket (warganegara) tahun 2020:
Dewasa : RM12.00
Kanak-kanak : RM6.00

Waktu Operasi
Jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

Dulu dan sekarang dah jauh berbeza di kawasan Makam Mahsuri ni. Sekarang dah lebih terjaga berbanding dahulu. 

Apa yang terdapat di Makam Mahsuri?
1. Makam Mahsuri
Dipercayai Mahsuri telah dikebumikan di sini. Masa Marina pergi dulu, Makam Mahsuri ni belum berpagar. Sekarang Makam Mahsuri telah dipagar dan dijaga dengan baik. Korang boleh tengok Makam Mahsuri dari jauh. Taklah jauh sangat. 4, 5 step kaki je dari pagar.

2. Muzium
Di sini ada dipamerkan keris pusaka Mahsuri yang dipercayai digunakan untuk membunuh Mahsuri. Pedang Wan Darus juga ada disimpan di muzium ini. 

Selain dari itu, terdapat visual televisyen di mana video lakonan semula cerita mengenai Legenda Mahsuri ditayangkan di muzium ini.

Ada Marina terbaca, di sini ada juga teater kisah Legenda Mahsuri dipersembahkan di sini. Tapi tak pasti tayangannya pukul berapa. Marina tak berkesempatan nak tengok.

3. Replika Rumah Mahsuri
Di sini dibina seperti kawasan perkampungan. Korang boleh masuk dan melihat keadaan di dalam rumah-rumah di sini. Korang juga boleh bergambar di dalam rumah ini. Di dalam Rumah Mahsuri terdapat beberapa orang wanita berzanji.

Selain Replika Rumah Mahsuri terdapat juga Rumah Penghulu, Teratak Sri Tama (kediaman Panglima Hitam) dan Teratak Sri Merong (kediaman Dato Md. Ali).

Dapur Rumah Mahsuri


Rumah Penghulu

4. Telaga Mahsuri 
Dipercayai telah digunakan oleh Mahsuri untuk kegunaan harian sejak Mahsuri kecil lagi. Air telaga ini dari dahulu sampai sekarang tidak kering. Dipercayai air dari telaga Mahsuri ini boleh dibuat ubat.

Di situ ada dijual air dari telaga Mahsuri yang boleh dijadikan sebagai buah tangan.


5. Caklempong
Di depan pintu masuk sebelum masuk ke muzium terdapat persembahan caklempong yang akan dipersembahkan pada waktu-waktu tertentu.


Sepatah Dua Kata
Tiap kali Marina berada di sini, hati Marina berasa sayu. Macam tak percaya cerita seperti ini wujud dan kita dapat tengok sejarahnya sehingga kini. Semasa tengok visual, Marina terangkan pada anak-anak Marina untuk fahamkan lagi tentang sejarah Mahsuri. Marina suka bawak anak-anak Marina tempat sejarah untuk menambah pengetahuan anak-anak.

Beras Terbakar
Akibat daripada sumpahan Mahsuri, pihak Siam telah menyerang Langkawi. Dipercayai penduduk kampung telah membakar tempat penyimpanan beras supaya tidak dirampas oleh pihak Siam. 

Marina ada melawat tempat di mana kawasan beras terbakar di Padang Matsirat. Dalam 15 minit dari tempat Makam Mahsuri.




Beras terbakar

[Baca juga : Underwater World, Langkawi]

15 comments:

  1. Memang tak lengkap kalau tak jejak kaki ke sini. Banyak lokasi menarik dan bersejarah di sini kan

    ReplyDelete
  2. Thanks marina for the info.. .. Sy tak berkesempatan nak pegi Makam mahsuri ni walaupun dah 2 kali pegi Langkawi..cuaca n kesibukan keje.. Next time kena pegi jugak ke makam mahsuri ni..

    ReplyDelete
  3. Kalau datang sini, memng wajib ke rumah mhsuri..pergi dulu masa study..pergh namapk sangat lama nor tak pergi langkawi ni..

    ReplyDelete
  4. Berbelas tahun tak jejak langkawi. InsyaAllah march nanti akan kesana. Boleh visit sini

    ReplyDelete
  5. Siapa ke Langkawi memang tak sah pwrgi ke Makam Mahsuri. Tempat ni banyak kenangan pada saya sebab ia mula dibuka oleh suami khas untuk rombongan CHOGM yg berlangsung di Langkawi pada tahun 1989. Panjg citernya...

    ReplyDelete
  6. Pergi Langkawi hari tu. Tapi tak sempat singgah makam Mahsuri ni. Bagus juga you tulis ...at least I tau what I missed out!

    ReplyDelete
  7. Pernah sekali je pergi makam mahsuri. Interesting story. Nak pergi lawat Langkawi sekali lagi la macam ni.

    ReplyDelete
  8. memang best pergi Langkawi nie...kak mid rasanya dah dekat 5 kali tapi masih nak pergi jugak Langkawi nie.. makam mahshuri nie dah 2 x rasanya sampai

    ReplyDelete
  9. memang legend kisah mahsuri ni. terbanyang jugak satu hari nanti ada filem epik pasal kisah mahsuri ni. :)

    ReplyDelete
  10. Fuhhh... Lama giler tak pi Langkawi. Setuju, Mahsuri merupakan tempat wajib dilawati. Bawak anak-anak sambil bercerita kisah sejarah antara aktiviti yang husband kita suka buat.

    ReplyDelete
  11. Nampak macam lebih cantek tempat ni. Suka tengok. Kalau berpeluang ke langkawi mmg akan ke sini

    ReplyDelete
  12. Pernah sekali dua ke makam mahsuri ni, lps tu lama dah tak pergi. Memang sekali kena pergi kalau dah ke Langkawi

    ReplyDelete
  13. aida ke sini dulu kala 2010.
    bercuti dgn famili ke langkawi, marina.
    thereafter, ke langkawi x ke sini dah. few times la jugak kursus.
    lepas ni mungkin nak singgah.
    mcm byk pembaharuan situ.

    ReplyDelete