Pembukaan Restoran McDonald's di Sungai Petani, Kedah : McDonald's sumbang lebih RM560,000 bantu golongan memerlukan

Inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah oleh McDonald's memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara!



Inisiatif kemasyarakatan McDonald's
Pada 18hb November yang lepas, penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di restoran terbaharu McDonald's iaitu di McDonald's Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah.

Inisiatif kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh McDonald's termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald's, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald's dan penyerahan pek "Kembali ke Sekolah" kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

Agihan zakat Perniagaan McDonald's Malaysia
Zakat harta wajib ditunaikan untuk mereka adalah yang layak membayar zakat. Kalau korang nak tahu, McDonald's Malaysia memenuhi kewajipan zakatya kepada negeri Kedah untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,00.00.

Baru ni McDonald's Malaysia telah menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

Mungkin ada yang tak tahu, McDonald's merupakan sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam. McDonald's telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhom Pte. Ltd. iaitu sebuah syarikat di bawah Reza Group dari Arab Saudi.

[Baca juga] : Zakat Harta


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald's
Korang pernah dengar atau tahu tak tentang Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald's? Ia merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan. Selama 18 bulan, sebanyak 70 peratus, mereka yang menyertai program ini akan membuat latihan praktikal di restoran McDonald's dan selebihnya akan menghadiri kelad teori di bilik darjah.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's.


Program "Kembali ke Sekolah"
Setiap tahun McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) Malaysia menerajui Program "Kembali ke Sekolah" dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seramai 1,680 kanak-kanak dari 56 sekolah di seluruh negeri Kedah menerima pek "Kembali ke Sekolah" pada tahun ini. Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald's Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.



Semoga usaha murni macam ni diteruskan dan dapat membantu ramai lagi golongan yang memerlukan. Ringan sikit beban ibu bapa diorang. Marina pon seronok tengok anak-anak dapat beg sekolah dan peralatan ke sekolah. Semoga anak-anak ini menjadi pelajar yang berjaya.

Maklumat lanjut mengenai RHMC korang boleh ke :
Website:
https://rmhc-malaysia.my/

15 comments:

  1. Woahh kudos, McD! Seronok tengok adik-adik tu semua tersenyum dapat hadiah barangan sekolah. Betul kata akak tu - moga-moga usaha macam ni diterus dan diperluaskan demi mmembantu mereka yang memerlukan. Apatah lagi di zaman sekarang ni, pendidikan cukup penting untuk memajukan seseorang individu.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya di Sungai petani sudah ada MCD. hehe. Ramai orang Sungai Petani serbu kedai makanan segera lepas ini. hehe

    ReplyDelete
  3. Wah ada cawangan baru MCD di Sungai Petani,sebelum ni kalau nk makan Mcd kat SP kena pi Central Square ja, sekarnag ni senanglah boleh pi drive through ja. :)

    ReplyDelete
  4. Wah meriahnya majlis pembukaan mcd kat sg petani ni. Apa2 pun tahniah Mcd atas segala usaha

    ReplyDelete
  5. Harap lepas ni lebih banyak syarikat coporat macam ni bukan sekadar mencari keuntungan tapi juga memberi kepada masyarakat itu yang penting baru apa yang diusahakan berkat githuwwww....

    ReplyDelete
  6. McD diantara organisasi yang selalu memberi kepada masyarakat. Tambahan lagi dah musim kembali ke sekolah, bagus memberi bantuan buat anak2 di Malaysia. Kudos to McD!

    ReplyDelete
  7. Bagus inisiatif yang dibuat McDonalds ni, bantu golongan yng memerlukan. Kita pun sebagi masyarakat yang erihatin boleh membantu dengan masukkan duit dekat tabung yang disediakan di semua restoran McD. Good job Mcd..

    ReplyDelete
  8. Tahniah McD !! Restoren terkemuka yang harus dicontohi oleh restoran yang lain. Sentiasa mengingati pada golongan yang amat memerlukan bantuan

    ReplyDelete
  9. Moga inisiatif ini dilanjutkan ke Sabah dan Sarawak agar lebih ramai anak-anak dapat kembali ke sekolah dengan keriangan. Good job McD kerana memberikan kebahagiaan bukan sahaja kepada anak-anak, malah parents sekali.

    ReplyDelete
  10. Banyak juga ya program amal dari Mekdi ni. Terbaik sgt. Memang patut jadi contoh & inspirasi buat yg lain especially diri sendiri. Setiap rezeki kita, ada juga rezeki org lain...

    ReplyDelete
  11. McD ni bukan sahaja menambat selera malah turut prihatin terhadap masyarakat. Tahniah McD. Satu usaha murni yang pasti akan memberi keceriaan kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  12. MCD is getting bigger nowadays, and also doing a lot of charity which I felt really good about it! As they are not only focusing on getting bigger businesses but also helping those who are in need! God bless everyone.

    ReplyDelete
  13. Mekdi ni sana sini csr.. Bagus n kagum sgt dgn mcd since tau dorg buat mnda2 ni. Good job mcd! And keep it up,

    ReplyDelete
  14. Bagusnya mcd buat csr. Suka tgk bila mcd bagi balik pd masyarakat. Dan skrg buka lagi cawangan di kedah

    ReplyDelete
  15. tahniah McD sana sini ya buat CSR. Bagus dan semoga dicontohi syarikat lain

    ReplyDelete