Tuesday, November 12, 2019

Zakat@Family Inisiatif Dari Lembaga Zakat Selangor Hebahkan Zakat Harta

Korang ada buat simpanan untuk anak-anak? Marina ada buka akaun untuk anak-anak di ASB supaya besar nanti diorang ada simpanan untuk kegunaan diorang. Ada rezeki, anak-anak dapat sambung Ijazah, dah ada simpanan. Tak perlu buat pinjaman.

Zaman belajar dulu, Marina buat pinjaman untuk tampung kos pembelajaran. Alhamdulillah rezeki dapat kerja dan boleh bayar balik pinjaman tapi jenuhla nak perabihkan hutang.

Marina percaya ramai yang sedia maklum, zakat perlu dilaksanakan terhadap diri kita sendiri. Tetapi mungkin ada di antara kita terlupa atau tidak tahu, zakat juga perlu dilaksanakan bukan kepada diri kita sendiri sahaja malahan SETIAP INDIVIDU perlu melaksanakan zakat termasuklah kanak-kanak. Yang Marina maksudkan zakat di sini adalah zakat harta.

Bila dah buat simpanan untuk anak-anak, ibu bapa perlu tahu, wang yang disimpan untuk anak-anak itu jika melebihi daripada jumlah yang sepatutnya, zakat perlu dibayar. Adalah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa atau penjaga anak-anak untuk tunaikan zakat.

Bukan kanak-kanak sahaja yang mempunyai harta dikenakan zakat. Individu seperti anak yatim, orang yang tidak waras yang mempunyai harta juga perlu melaksanakan zakat harta ini.  Mungkin antara kita yang terlepas pandang bab zakat harta ini. Tapi inilah rukun Islam yang wajib kita tunaikan.

Individu yang mempunyai simpanan harta dan memenuhi syarat untuk dikenakan zakat adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menunaikan zakat harta.

Pernah tak dengar ada yang berpesan, "Jangan lupa bayar zakat, nanti tak berkat duit tu".

Berzakat merupakan salah satu cara untuk membersihkan harta dan tanda syukur kita kepada Allah SWT. Orang yang mengeluarkan zakat di jalan Allah SWT, akan memperoleh keberkatan dalam kehidupannya.

Bagaimana mereka yang boleh dikatakan tidak berupaya untuk menguruskan harta hendak membayar zakat sendiri? Di sinilah wujudnya inisiatif yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor yang dikenali sebagai "Zakat@FAMILY".



Syarat-syarat Zakat
Mereka yang memenuhi syarat-syarat ini, perlulah melaksanakan tanggungjawab untuk berzakat.
1. Islam
2. Pemilikan Sempurna
3. Cukup Nisab
4. Cukup Haul
5. Harta yang berkembang

Maksudnya di sini setiap individu yang beragama Islam sama ada kanak-kanak, orang kurang upaya, orang kurang waras, anak yatim, anak tidak sah taraf, anak angkat, perlu membayar zakat harta apabila harta yang diwarisi mereka merupakan pemilikan sempurna, cukup nisab (harta melebihi daripada jumlah yang dikenakan zakat harta), cukup haul (dah setahun pemilikan kekal harta zakat) dan harta yang berkembang.

Zakat@FAMILY
Zakat@FAMILY adalah merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk memberi kesedaran atau peringatan kepada ibu bapa, penjaga atau wali supaya melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap setiap individu di bawah tanggunggan atau jagaan mereka.

Latar Belakang Zakat@FAMILY
1. Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri-ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.

2. Zakat adalah salah satu fardhu dalam Rukun Islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma' sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi oleh ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak allah SWT kepadaNya.

3. LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.

4. Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.

Objektif Zakat@FAMILY

1. Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan bayaran zakat ke atas individu yang berada di bawah tanggungan atau jagaan mereka.

2. Menyebar luas dakwah zakat kepada umat Islam di kawasan sekitar dan seluruh Selangor.

3. Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

Kaedah dan Tanggungjawab : Zakat@Family
1. Ketua keluarga atau penjaga perlu memastikan setiap individu di bawah tanggungan atau jagaan mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-touch) untuk:
i. Diri sendiri
ii. Pasangan
iii. Tanggungan
iv. Individu di bawah jagaan

2. Setelah membuat taksiran untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang "Zakat@FAMILY".

3. Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

4. Panduan Pemilik Harta, Tanggugjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran "Zakat@FAMILY" adalah seperti berikut:

5. Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran "Zakat@FAMILY" adalah seperti berikut:


Korang dah tahu kan sekarang? Haaa cuba kira simpanan untuk individu di bawah tanggunggan dan jagaan korang. Memenuhi syarat tak?



Untuk makluman lebih lanjut mengenai zakat harta, syarat-syarat zakat, Zakat@FAMILY dan lain-lain yang berkaitan, korang boleh ke sosial media Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Website: 

16 comments:

  1. Terima kasih untuk ilmu zakat ini. Terima kasih kerana memperingati kewajipan kita.

    ReplyDelete
  2. Baru tau pasal Zakat@Family ni. Betul, orang Islam wajib bayar zakat.. Baru rezeki berkat. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Tahniah diucapkan kepada lembaga zakat selangor. banyak betul inisiatif mereka untuk rakyat tentang kesedaran membayar zakat ni. syabas

    ReplyDelete
  4. Terima kasih berkongsi info zakat ini. Memang mungkin ramai yang lupa tentang zakat terutamanya zakat harta. Yang orang selalu ingat mungkin ialah cuma zakat fitrah kan, huhu. Tahniah juga inisiatif dari LZS!

    ReplyDelete
  5. Info yang amat berguna sebab tak semua orang tahu part zakat, lebih lagi zakat family dan ada jugak yg tahu tapi buat tak reti. Pucuk pangkal diri kita sendiri...

    ReplyDelete
  6. Bagus insiatif yg diperkenalkan oleh zakat. Moga dengan ada inisiatif seperti ini dpt mendidik masyarakat untuk terus berzakat

    ReplyDelete
  7. Boleh la AM check tgk dlm website family@zakat..nak gak kira2 zakat utk individu dan tanggungan AM. Zakat dpt membantu golongan yg lebih memerlukan dan dituntut oleh agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Semoga golongan yg memerlukan dapat hak mereka

      Delete
  8. Wah, refresh balik ilmu zakat yang pernah dipelajari masa sekolah menengah. Alhamdulillah, rasanya masih ingat semuanya. Terima kasih atas perkongsian ya :)

    ReplyDelete
  9. Never heard about this and a great great initiative! Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  10. Bagus zakat by program yg memudahkan org

    ReplyDelete