Hai. Assalamulaikum.

Semalam 24/4/19 Movie Avengers - End Game mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia.

Full house. Boleh dikatakan setiap slot gap dia sejam. Itupon panggung hampir full untuk setiap slot.😅

Duration Movie ni 3 jam eh. Tak mohong aih. Biarlah orang kata tak minat tengok movie lama-lama, keraih kematu dalam panggung, yang penting kepuasan.

Hakak bawak satu family gi tengok. Dengan budak 3 ketul ni sekali follow.

Kisah Avengers - End Game ini bermula apabila Thanos memetik jarinya dan mengakibatkan kehilangan ramai penduduk bumi. Anggota Avengers memulakan misi mereka mencari Thanos untuk mengembalikan penduduk bumi yang hilang.

Adegan back to the future pon ado dalam citer Avengers - End Game ni.

Segala emosi bercampur-baur tengok cerita ni. Tertipu, sedih, kelakar, teruja, pelik pon ado.

Yang sedihnya ada yang terkorban semasa misi ini. Betul-betul terkorban.

Ada satu part tu, anggota Avengers ni rasa helpless, lemah semangat nak teruskan kehidupan tapi demi nak menyelamatkan penduduk bumi harus kuat meneruskan misi. Marina pon turut terkesan. Terasa helpless di situ.

Orait takat ni je yang Marina nak share. Korang yang rasa down nak kembali bersemangat semula harus tengok citer Avengers - End Game ni.

Review dari hati
-marinabashah-



RESEPI ODEN SIMPLE VIRAL

Hai. Assalamualaikum.
Orang kata Oden ni viral. Ye ke? Nampak macam steamboat. Rasa dia memang steamboatla.😁

Bahan-bahan:
1. Pes tomyam adabi - 2 paket kecik (tapi Marina guna satu je. Sebab bila rasa pedas jugakla. Nak bagi anak makan sekali)
2. Pes asam pedas adabi - 1 paket
3. Satu paket bebola ikan
4. Satu paket fish cake
5. Satu paket fish cake leper
6. Sosej
7. Carrot (option)
8. Cendawan (option)
9. Gula
10. Garam

Cara-cara:
1. Masukkan 8 gelas air.

2. Masukkan pes tomyam dan asam pedas. Tunggu sampai mendidih.

3. Sambil tunggu mendidih, carrot rebus asing sebab lambat empuk.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

5. Masukkan bebola ikan, fish cake, fish cake leper,sosej Tunggu sampai mendidih.

6. Masukkan carrot dan cendawan.

Dah siap. Senangkan? Selamat mencuba. Rasa memang sama macam kat kedai steamboat tu.

*Bahan-bahan boleh pelbagaikan taknak sosej ke, bebola ikan ke, boleh tukar lain
*Kalau ikutkan bebola ikan, sosej tu cucuk kat lidi. Iolls malas. Nak masuk perut sendiri je pong.😁😁



SUSU KURMA 3 BAHAN

Hai. Assalamualaikum.

Lagi berapa hari je nak masuk bulan Ramadhan kan? Dah ganti puasa ke? Perut tu dah ready ke? Tetibe gastrik datang plak kan? Ada yang macam ni ke?

Meh Marina share satu resepi untuk perut korang rasa kenyang.

🍇 Bahan-bahan

- 7-10 biji kurma (ikut suka nak guna kurma apapon boleh)
- 1 cawan air panas (untuk rendam kurma)
- 2 cawan susu segar (yang diet bolehla guna low fat)

🍇 Cara-cara

1. Keluarkan biji kurma.

2. Rendam isi kurma dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.

3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.

4. Kisar sehingga hancur.

5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau minum terus.

Senangkan? Buat siap malam-malam, simpan peti sejuk. Esoknya waktu sahur minum terus.

Silalah cuba.

*Tujuan rendam kurma terlebih dahulu untuk bagi dia kembang dan mudah untuk hancurkan kurma tersebut.

*Yang berdiet elokla amalkan resepi ni untuk kurus. Dapat beri tenaga dan mengenyangkan.

*Susu kurma ni elok sebagai milkbooster kepada ibu-ibu yang susukan anak.