Oden Simple Viral

RESEPI ODEN SIMPLE VIRAL

Hai. Assalamualaikum.
Orang kata Oden ni viral. Ye ke? Nampak macam steamboat. Rasa dia memang steamboatla.😁

Bahan-bahan:
1. Pes tomyam adabi - 2 paket kecik (tapi Marina guna satu je. Sebab bila rasa pedas jugakla. Nak bagi anak makan sekali)
2. Pes asam pedas adabi - 1 paket
3. Satu paket bebola ikan
4. Satu paket fish cake
5. Satu paket fish cake leper
6. Sosej
7. Carrot (option)
8. Cendawan (option)
9. Gula
10. Garam

Cara-cara:
1. Masukkan 8 gelas air.

2. Masukkan pes tomyam dan asam pedas. Tunggu sampai mendidih.

3. Sambil tunggu mendidih, carrot rebus asing sebab lambat empuk.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

5. Masukkan bebola ikan, fish cake, fish cake leper,sosej Tunggu sampai mendidih.

6. Masukkan carrot dan cendawan.

Dah siap. Senangkan? Selamat mencuba. Rasa memang sama macam kat kedai steamboat tu.

*Bahan-bahan boleh pelbagaikan taknak sosej ke, bebola ikan ke, boleh tukar lain
*Kalau ikutkan bebola ikan, sosej tu cucuk kat lidi. Iolls malas. Nak masuk perut sendiri je pong.😁😁



5 comments:

  1. baru pertama kali sy dgar tu oden.. haha.. terima kasih share resepi :)

    ReplyDelete
  2. Aduh jalan2 sini ternmpk resepi oden. teringin pulak nak buat. hritu buat dah sekali

    ReplyDelete
  3. oden...selalu dengar..tapi tak pernah try sebab tak berapa fish cake and the geng...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. wow!!! selalu nampak kat KK Mart je... bolehlah try nanti...

    ReplyDelete