Movie Review : Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal

Assalamualaikum. Hai korang.

Seriusly pada awalnya Marina taknak pegi tengok pon cerita Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal ni. Cerita kartun macam membazir je tengok kat wayang. Cakap dengan husband, "Tunggu CD keluar la, kita beli CD." Tapi kesian plak kat anak-anak beria nak tengok kat wayang, taknak tengok kat rumah. So kita tengok citer kartun kat wayang ye.

Daripada ranking 10, Marina bagi 8 la. Sebab dapat reveal awal apa yang berlaku.


Cerita ni mengisahkan pengembaraan Upin Ipin ke Kerajaan Inderaloka dan misteri keris siamang tunggal. Keris yang tiada bilah. Macam mana bilah tu muncul? Tu korang kena tengok sendirilah.

Watak-watak cerita dongeng seperti Mat Jenin, Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang, Nujum Pak Belalang dan beberapa lagi watak dalam cerita ni pon ada. Mereka ni juga membantu misi Upin Ipin untuk menyelamatkan Kerajaan Inderaloka daripada Raja Siong yang telah merampas takhta dan ingin terus menguasai kerajaan tersebut.

Apa yang Upin Ipin buat untuk membantu merampas balik takhta? Berjaya ke tidak? Korang patut tengok macam mana Raja Siong tumpas di tangan Upin Ipin.

Marina pon tak sangka, Marina boleh suka cerita kartun Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal ni. Seriously berbaloi tengok kat wayang. 😉😉

2 comments:

  1. anak-anak paling suka movie ni. siap ajak pergi 2 3 kali lagi..hadoi laa..matilanak..

    ReplyDelete