Movie Review : Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal

Movie Review : Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal |  "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal" adalah sebuah filem animasi yang disukai oleh ramai dari pelbagai peringkat umur di Malaysia. Filem ini membawa penonton dalam pengembaraan ajaib Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka dalam dunia yang penuh dengan misteri dan keajaiban.

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan Upin dan Ipin dalam mencari sebuah keris kuno yang disebut "Keris Siamang Tunggal." Keris ini mempunyai kuasa mistik yang hebat dan berkait rapat dengan sejarah nenek moyang mereka. Seiring dengan rakan-rakan seperti Jarjit, Mei Mei, dan Susanti, mereka mengembara dalam mengejar keris ini, menghadapi cabaran dan bahaya yang menguji keberanian mereka.

Seriusly pada awalnya Marina taknak pegi tengok pon cerita Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal ni. Cerita kartun macam membazir je tengok kat wayang. Cakap dengan husband, "Tunggu CD keluar la, kita beli CD." Tapi kesian plak kat anak-anak beria nak tengok kat wayang, taknak tengok kat rumah. So kita tengok citer kartun kat wayang ye.

Sebelum masuk tengok wayang, anak-anak request nak bergambar di advertisement board Upin Ipin. Layankan aje. 

Biasa bila sebelum masuk panggung Marina akan pesan pada anak-anak Do's and Don'ts semasa berada di dalam panggung. Marina lakukan ini untuk memastikan semasa nak tengok wayang akan berjalan lancar dan tiada drama lain pula yang dibuat oleh anak-anak semasa di dalam panggung. 

Filem : Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal
Genre : Adventure, Comedy
 Running Time:  1 Jam 40 Minit
Pelakon Utama: Asyiela Putri, Ahmad Razuri Roseli,  Irfan Fahim,  Muhammad Fareez Daniel,  
Pengarah: Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, Ahmad Razuri Roseli


Sinopsis 

Cerita ni mengisahkan pengembaraan Upin Ipin ke Kerajaan Inderaloka dan misteri keris siamang tunggal. Ceritanya bermula apabila Upin Ipin dan rakan-rakannya sedang mengemas stor di rumah atuk. Mereka terjumpa sebilah keris di dalam stor tersebut. Pelbagai persoalan timbul di antara Upin Ipin dan rakan-rakannya kerana keris yang mereka jumpa tiada bilah. Rakan-rakan cuba untuk mengambil bilah tersebut tetapi gagal. Apabila Upin Ipin mengambil keris tersebut, suatu kejadian telah berlaku,  di mana Upin Ipin dan rakan-rakannya di bawa ke sebuah tempat iaitu Kerajaan Inderaloka. Macam mana bilah tu muncul? Apakah misteri keris tersebut? Tu korang kena tengok sendirilah.

upin ipin keris siamang tunggal


Review Movie 

Jalan Cerita

Jalan cerita dia menarik jugak. Betul-betul kita akan rasa seperti ikut Upin Ipin pergi menggembara mencari jawapan tentang keris siamang tunggal. Jalan cerita agak straight forward. Tiada plot twist yang buat korang rasa tertipu. 

Watak-watak cerita dongeng seperti Mat Jenin, Bawang Putih Bawang Merah, Si Tanggang, Nujum Pak Belalang dan beberapa lagi watak dalam cerita ni pon ada. Mereka ni juga membantu misi Upin Ipin untuk menyelamatkan Kerajaan Inderaloka daripada Raja Siong yang telah merampas takhta dan ingin terus menguasai kerajaan tersebut. Apa yang Upin Ipin buat untuk membantu merampas balik takhta? Berjaya ke tidak? Korang patut tengok macam mana Raja Siong tumpas di tangan Upin Ipin.


Grafik Filem

Grafik filem yang ditonjolkan di dalam cerita Upin Ipin ini cantik sangat. Pergerakan kartunnya juga lebih smooth berbanding di televisyen. Memang rasa seronok kalau tengok cerita ni di wayang dengan grafiknya yang nampak seakan hidup. Watak-watak kartunnya mantap. 

Masa Tayangan

Masa sepanjang 1 jam 40 minit ini,  dirasakan berbaloi dan digunakan sebaiknya. Marina dan anak-anak enjoy sepanjang filem Upin Ipin ini ditayangkan. Anak-anak Marina fokus dan menghayati setiap babak. Di dalam cerita ini juga ada part menyanyi bagi memanjangkan lagi masa tayangan filem.


Pendapat Marina tentang Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal

Marina pon tak sangka, Marina boleh suka cerita kartun Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal ni. Seriously berbaloi tengok kat wayang. Cerita seperti ini bagus untuk tontonan anak-anak kerana mempunyai cerita hikayat-hikayat yang lama dan anak-anak dapat mempelajari kisah teladan yang diterapkan dalam kisah dongeng seperti kisah bawang merah dan bawang putih, kisah si tanggang dan kisah Mat Jenin. 

Walaupon jalan cerita agak macam tak synchronize, macam tak logik tetiba berada di masa kisah dongeng yang lain, tetapi cara penyampaian yang agak melucukan, cerita Upin Ipin ini masih boleh diterima baik oleh penonton.

Pada yang tak pernah tengok Upin Ipin,  Marina rasa tiada masalah pada korang untuk memahami jalan cerita ini. Cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ini berdiri sendiri tanpa mengaitkan cerita Upin Ipin di televisyen. 

Daripada ranking 10, Marina bagi 8 la sebab dapat reveal awal apa yang berlaku. Tapi kalau tengok cerita berulang kali pon tak bosan. 


Post a Comment

2 Comments

  1. anak-anak paling suka movie ni. siap ajak pergi 2 3 kali lagi..hadoi laa..matilanak..

    ReplyDelete