Masa Marina awal-awal sampai di Heritage Hotel, rasa biasa-biasa je, tak sejuk sangat dan tak panas. Angin sepoi-sepoi je. Marina sampai hotel dalam pukul 12 tengahari.

Marina ke sini sebab ikut husband pergi team building. Syiokkk betullah team building buat kat Cameron kan.

Kalau nak booking hotel, biasa Marina akan cari yang ada swimming pool sebab anak-anak request. Tapi ni kat Cameron kot, memang takde kolamlah. Sejukkk bekulah kome dalam swimming pool tu nanti.

Pemandangan dari bilik
Hotel Heritage

Hotel Heritage terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands. Tanah Rata ni kawasan puncak yang paling tinggi. Banyak facilities yang dekat di sini. Nak cari kedai makan senang, bank, mart, golf, semua ada dekat-dekat sini. 

Mungkin ni sebabnya office husband ambil keputusan untuk buat team building kat sini. Harga bilik pon berpatutan. Office mate husband nak extend satu malam, hotel charge RM188. Kalau booking online dapat lagi murah.

Di sekitar hotel ini terdapat apartment-apartment yang berpenghuni dan ada juga yang takde penghuni. Sesetengah apartment ni, pemiliknya buat homestay. Siapa yang nak buat family gathering kat apartment bolehlah booking apartment kat sini.

Kedai Makan di Tanah Rata

Pergi mana-mana mesti korang akan mencari tempat makan yang tak jauh dari hotel kan? Di Hotel Heritage tempat makannya tersangat banyaklah pilihan tempat makan yang korang boleh pilih. 

Nak senang dan malas nak fikir banyak nak makan apa korang boleh makan di Marrybrown. Yang nak minum kopi korang boleh ke Starbuck. Bagi penggemar steambot lagilah banyak pilihan. Salah satu kedai yang korang boleh pergi, kedai Taman Apple Cameron. Korang boleh google je. Mesti jumpa.

Time lunch, Marina lunch di Ikhwan Delight. Ikhwan ni banyak sangat cawangan kan? Tak sangka Ikhwan di Cameron ni ada western food. Kat Ipoh takde western food pon. Tempat dia cantik. Selesa nak makan kat sini. Kedainya terletak di hadapan Bank HSBC. Bangunan 2 tingkat. Ikhwan delight ni kat bahagian atas. Banyak menu jugak kat Ikhwan Delight ni. Harga pon berpatutan. 





Facilities

Ini yang Marina nampaklah sepanjang Marina duduk kat Hotel Heritage. Hotel Heritage ada menyediakan gym, mart, playroom, perpustakaan, ruang pool, surau dan dewan.

Antara semua ni Marina guna dia punya playroom. Anak-anak la sibuk ajak pergi playroom. Di situ ada seketul slide, seronok lah diorang main dalam tu. Masa tu budak lain takde. Agak selesa la jugak duduk kat playroom tu. Nak masuk kena tinggalkan kasut di luar. Agak bersihlah playroom dia. Di situ pon ada disediakan bilik toilet dan bilik sinki. TV pon ada disediakan di situ. Sepanjang masa channel cartoon je. Marina layanlah juga cerita cartoon sambil menunggu anak-anak main kat situ.

Bila diorang dah kebosanan, mulalah sel-sel otak berhubung, nak merayap tempat lain. Pergi singgah jap perpustakaan depan playroom tu. Marissa konon-konon rajin nak membaca. Sekali tengok buku-buku kat situ semua bahasa jepun. Hahahaha.

Playroom dia bersih ok. Boleh golek2 atas carpet tu.

Experience di Hotel Heritage

Biasanya Marina kalau ambil hotel, Marina suka ambil bilik yang besar sikit. Anak dara 3 orang, so bila bilik besar, selesa sikitlah nak bergerak. Tapi disebabkan ini husband punya team building dan office dia yang booking kan, bilik dia standard size lah. Bilik yang biasa untuk 2 orang. Agak kecil sikitla untuk kami berlima. Oklah. Masih boleh susun tempat anak-anak nak tidur nanti. Hihihi. Marina duduk di bilik yang katilnya size queen.

Kalau duduk hotel Marina akan tengok toilet dulu. Lepas toilet, Marina tengok iron. Ada ke tidak iron dalam bilik. Malangnya nak iron kena di luar bilik. Iron kena berkongsi dengan beberapa bilik yang lain.

Toilet boleh tahanlah. Lupa plak nak snap gambar toilet. Ada bath tub. Jadilah bath tub kan. Swimming pool takde. Bolehlah diorang berendam dalam bath tub. Nak mandi shower kena masuk dalam bath tub. Takde bilik khas untuk shower. So air akan memercik ke lantai luar, so agak banjir sikit kat lantai. Lantainya lambat kering. Esoknya pon tak kering-kering lagi. Sejuk gedi pijak air di lantai.

Bilik dia ada kipas je, aircond takde. Kiteorang tidur pon tak pasang kipas tau. Sejuk sangat. Masih sejuk juga rupanya di Cameron Highlands ni. Jimat kos hotel-hotel kat Cameron Highlands ni tak perlu pasang dan tak perlu maintain aircond.

Pemandangan dari bilik di Hotel Heritage ni mendamaikan. Cantik je. Pagi-pagi nampak kabus di bukit-bukit. Biliknya ada balkoni. Korang boleh keluar, berdiri di balkoni untuk menghirup udara sejuk. Tapi takde kerusi atau meja yang diletakkan di luar untuk bersantai. 





Pandangan Marina tentang Hotel Heritage

So far Hotel Heritage ni ok je. Selesa. Cumanya bab iron tu kena keluar bilik plak kalau nak menggosok baju.  Lagi satu exhaust fan di toilet. Berfungsi ke idok tak taulah sebab semalaman toilet basah je. 


Orait sampai sini je sharing Marina menginap di Heritage Hotel. Mungkin Marina akan repeat lagi. Nak menikmati lagi udara sejuk di Cameron Highlands. Hehe.
Berapa kali Marina naik Cameron tapi tak pergi-pergi pon Cameron Lavender. Tengok dari luar cerunnya macam sangat tinggi, nak mendaki ke atas takut tak larat, penat. Nak dukung anak lagi. Sekarang anak dah besar, bolehlah masuk Cameron Lavender ni. Anak yang terlebih excited nak masuk.

Sebelum ni pakat tengok Cameron Lavender dari luar je. Tengok dari luar pon dah menarik. Apatah lagi kalau masuk ke dalam. Macam tu la perasaan Marina bila lalu depan Cameron Lavender ni. Bila dah masuk, takdela penat mendaki.

Cameron Lavender
Cameron Lavender ni terletak di Tringkap. Kalau naik dari Ipoh korang akan jumpa Kuala Terla dulu. Terletak 4km dari Kuala Terla. Dia sebelah kanan korang.

Kalau korang naik dari Tapah agak jauh lah nak ke sini. Korang akan jumpa Brinchang dulu. Dia terletak 10km dari Brinchang. Sebelah kiri korang. Kalau korang nak balik hari, sebaiknya korang berjalanlah dulu area Tanah Rata, Brinchang dan Sungai Palas terlebih dahulu sebelum ke Cameron Lavender. Bila nak balik, sebaiknya ikut Simpang Pulai. Lebih dekat sikit daripada nak patah balik ikut Tapah. Pada Marina jalan di Simpang Pulai lebih selesa dan tak banyak selekoh berbanding jalan dari Tapah.

Kawasan Cameron Lavender ni takde lah luas sangat. Jalan pon takdelah penat. Bersih je kawasan dia. Siapa rasa nak fefeling romatik atau artis bolehlah datang sini. Pernah ada buat penggambaran di sini tau.

Tiket Masuk 
Harga tiket masuk ke Cameron Lavender pada tahun 2019.
• Dewasa RM10.00
• Kanak-kanak (5-12tahun) RM7.00

Pada Marina okayla harga dia.

Kaunter tiket

Apa yang ada di Cameron Lavender?

Namanya pon Lavender, of course ada lavender kan? Memang cantik wehhh. Bukan lavender je ada kat sini. Macam-macam jenis rimbunan bunga ada di Cameron Lavender ni antaranya bunga tiga bulan dan bunga matahari. Bunga matahari  dia bukan warna kuning yang biasa kita tengok tu. Bunga dia kecik sikit dan warna-warni.

Marina suka ada satu tempat tu, dia rimbunan pokok, daunnya berjuntai-juntai. Dia bentukkan jadi bumbung, bila kita berjalan di bawah dia, terasa macam kita berjalan di lorong ke wedding garden. Cantik sangat.

Di Cameron Lavender juga ada istana warna purple yang besar. Korang boleh masuk dan naik ke atas untuk tengok pemandangan di bawah dari atas. Anak-anak mesti suka, rasa seolah-olah seperti ala-ala princess gitu.

Apa yang korang boleh buat di Cameron Lavender?
• Cafe
Korang boleh menikmati kek dan minum coffee di sini sambil menikmati pemandangan di Cameron Lavender.

• Kedai souvenir
Untuk kenang-kenangan, magnet fridge yang bertemakan Cameron Lavender ada dijual di sini. Selain magnet fridge, keychain, teddy bear pon ada jual di sini. Marina rembat magnet fridge dia seketul.

• Gerai-gerai jualan
Terdapat pelbagai gerai jualan ada di sini. Ada yang menjual baju, strawberi, corn in cup pon ada.

• Strawberi
Di sini pon ada strawberi tau. Tapi kawasan dia tak sebesar taman strawberi yang lain. Korang boleh petik strawberi sendiri di sini. Tapi perlu bayarlah.

• Petik bunga
Pada yang suka bunga warna-warni dan nak berikan jambangan bunga pada yang tersayang selain bunga rose, korang boleh pilih dan petik sendiri bunga kat sini. Tapi sekuntum tu Marina tak sure plak berapa RM.

• Ais krim
Ini yang paling pengunjung suka. Menikmati aiskrim di Cameron Lavender. Marina tak makan pon aiskrim kat sini

• Perkhidmatan jurugambar
Di sini ada menyediakan perkhidmatan jurugambar bagi korang yang nak capture gambar bersama keluarga. Tapi caj nye Marina tak tahu berapa dia caj sekeping.

• Kedai supermarket
Ada juga supermarket di sini. Kot tiba-tiba anak nak keropok, air, gula-gula ke takyah cari supermarket lain dah memandangkan Cameron Lavender ni agak jauh dari pekan yang ada supermarket.

Informasi yang perlu korang tahu tentang Cameron Lavender
• Tak boleh bawa stroller masuk ke dalam. Dalam istana tu bertangga, macam mana agaknya korang nak bawa stroller ke dalam. Cameron Lavender ni pon tak begitu luas. Simpan je stroller anak korang dalam kereta.

•  Dinasihatkan berjalan-jalanlah menikmati pemandangan di dalam Cameron Lavender sepuas-puasnya. Berbaloi sikit dengan harga tiket yang korang bayar.

• Seeloknya standby sweater. Korang pin sedia maklum Cameron Highlands ni atas bukit, kerap hujan. Selepas hujan pon masih terasa sejuk sehingga ke tulang.

Sampai sini je lah Marina sharing pasal Cameron Lavender dengan korang.

Pada korang yang suka ambil gambar, Marina suggest tempat ni. Banyak port-port menarik korang boleh capture gambar kat sini.

Marina share sedikit video dan gambar semasa Marina gi melawat Cameron Lavender. Selamat mencuci mata.



Tempat paling Marina suka. Macam jalan kat aisle wedding garden







Assalamualaikum Hai.

Pada 4 Oktober 2019 yang lalu, Vit's telah ke Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang untuk membantu gelandangan di sana. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban bagi masyarakat yang memerlukan.

Program CSR: Vits Dekat Di Hati
Program ini dilaksanakan adalah merupakan tanda terima kasih dari pihak Vit's kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyokong produk Vits selama 45 tahun sejak penubuhannya. 

Di program ini, Vits telah memberikan sumbangan kepada penghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan menyediakan makanan dan produk Vits bagi meringakan beban mereka.

Sumbangan itu telah disampaikan kepada setiap penghuni oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan Vit's, Encik Lai Yaeh Tat.

"Alhamdulillah dengan bantuan ini, kami harap agar dapat diteruskan agar mampu memberi semangat kepada kami dan penghuni di Pusat Transit ini" ulas Encik Izzul Haziq selaku pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.






Vits (Vit Makanan KL Sdn. Bhd.)
Vits merupakan sebuah jenama mee segera Malaysia serta merupakan pengilang Mee Segera Halal, Mee Ramen Halal dan Mee Udon Halal.

Produk Vits telah mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lalu

Produk Baru Vits

Kini Vits didatangkan dengan 2 produk baru iaitu Vits Bihun Segera Perisa Ketam dan Vits Bihun Segera Perisa Sayuran. 

Vits Bihun Segera:
▪Diperbuat 100% daripada beras
▪Tiada bahan pengawet
▪Tidak digoreng
▪Halal
▪Bebas Gluten

Produk ini boleh didapati secara online di Shopee, Lazada, Lelong.my, pgmall dan Superbuy.

Boleh juga didapati secara offline di Giant Hypermarket, Heromarket, Pasaraya CS danTF Valuemart.

Harga bagi Vits Bihun Segera Perisa Ketam dan Sayuran:
Cawan: RM3.50 (55gm × 1 cup)
Paket: RM7.00 (55gm x 5 packs)





Marina dah rasa kedua-dua produk baru ni. Ini pendapat personal Marina untuk Vits Bihun Segera Perisa Ketam dan Sayuran.

● Vits Bihun Segera Perisa Ketam
Marina suka perisa ketam ni. Sup dia rasa pedas-pedas manis. Tapi tak pedas sangat. Sedap sangat sampai duk teringat-ingat. Nak kena masak dan makan lagi ni. Hehe. Manis dia datang dari ketam. Perisa dia tak rasa kuat sangat. Ada sesetengah bihun segera ni rempah dia sangat kuat macam sup tulang tapi Vits Bihun Segera ni tak. Just nice. Tak berat. Vits Bihun Segera Perisa Ketam ni dia ada bagi perencah ketam, serbuk cili, minyak dan ketulan ketam rasanya. Meriah kandungan bihun ni which is I like. Hehe. Rating 10/10

Bihun Perisa Ketam

Vits Bihun Segera Perisa Sayuran
Sup dia pedas-pedas jugak sebab kat packaging dia memang bihun sup pedas. Tapi pedas dia tak melampau. Kalau bagi anak Marina makan pon diorang boleh tahan pedasnya. Sama seperti Bihun perisa ketam dia ada bagi minyak dan serbuk cili. Bihun Sayuran ni ada juga bagi perencah dan cendawan serta lobak merah. Sup dia ada sedikit rasa cendawan. Cendawan yang digunakan seperti cendawan yang digunakan untuk buat sup cendawan. Bihun perisa sayuran ni rasa sup dia ringan lagi daripada perisa ketam. Rempah dia hampir tak rasa. Rating 8/10 sebab Marina suka rasa sup yang medium, rasa rempah yang tak berapa kuat.


Bihun Perisa Sayuran


Website: www.vit.com.my
Assalamualaikum. Hai.

Marina taknak jadi spoiler movie. Korang pon mesti dah baca sinopsis pasal cerita Maleficient: Mistress of Evil ni kan? Marina tak baca pon sinopsis cerita ni, so bila tengok movie ni agak teruja sikit jalan cerita dia. Marina just share my two cent pasal Movie Maleficient: Mistress of Evil ni. Ada yang takut nak pi tengok movie ni, takut kecewa Maleficient berubah perwatakan daripada Maleficient 1. 


Filem : Maleficient: Mistress of Evil
Genre : Action, Comedy
 Running Time:  1 Jam 58 Minit
Pelakon Utama:  
Angelina Jolie, Elle Fanning, Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Sam Riley, Ed Skrein, Imelda Staunton, Juno Temple, Lesley Manville
Pengarah: Joachim Ronning

Sinopsis :
Puteri Aurora telah bersetuju untuk berkahwin dengan Putera Philip. Apabila Diaval menyampaikan berita itu pada Maleficient, Maleficient sekeras-kerasnya menentang kerana dia percaya perkahwinan antara Puteri Aurora dan Putera Philip akan berakhir dengan tidak baik.

Persengketaan antara Maleficient dan Ratu Ingrith bermula semasa Maleficient dijemput makan malam di istana. Maleficient menjadi berang apabila Ratu Ingrith mengatakan Puteri Aurora akan mempunyai ibu dan keluarga yang sebenar. Maleficient hilang sabar dan menunjukkan kuasanya. Dengan tak semena-mena Raja John dikatakan terkena sumpahan Maleficient. Maleficient dituduh telah mengenakan sumpahan ke atas Raja John di mana Raja John tidur buat selama-lamanya seperti Puteri Aurora di filem Maleficient 1.



Review :

Persengketaan Antara Maleficient dan Kerajaan Ulstead
Seperti filem Maleficient 1, Maleficient: Mistress of Evil ini masih mengisahkan persengketaan antara Maleficient dan manusia. Kali ini persengketaan berlaku di antara Maleficient dan kerajaan Ulstead iaitu kerajaan milik Raja John, ayahanda kepada Putera Philip. Di dalam filem ini Maleficient tidak keseorangan menentang Ulstead. 

Kaum Dark Fey dulunya mula menyembunyikan diri apabila manusia tiada belas kasihan memburu dan membunuh kaum ini akibat perasaan dendam. Kaum Dark Fey muncul kembali apabila cubaan membunuh oleh kerajaan Ulstead dilakukan ke atas Maleficient yang dipercayai merupakan keturunan terakhir Phoenix. 

Jangan Mudah Terpedaya, Selidik Dahulu  
Kepercayaan Puteri Aurora terhadap Maleficient mulai goyah apabila Raja John disumpah tidur buat selama-lamanya. Puteri Aurora berang dan meminta Maleficient menarik balik sumpahannya. Maleficient menyatakan dia tidak berbuat apa-apa, tetapi Puteri Aurora tidak percaya dan mengendahkannya apabila Maleficient mengajak Puteri Aurora balik ke Moors.

Berperikemanusiaan
Semasa peperangan bermula, Putera Philip yang mempunyai peluang untuk membunuh Borra, tidak meneruskan niatnya. Putera Philip mahu menamatkan persengketaan ini yang berpunca dari ibunya, Ratu Ingrith dan ingin hidup harmoni bersama kaum Dark Fey. Tindakan itu dilihat oleh Maleficient seterusnya menyedarkannya bahawa masih ada manusia yang bersifat perikemanusiaan. 

Sanggup Berkorban Demi Sahabat
Penghuni Moors dihapuskan seorang demi seorang di Ulstead sewaktu menghadiri majlis perkahwinan Puteri Aurora dan Putera Philips. Penghuni Moors telah diperdayakan oleh kerajaan Ulstead, dikurung di tempat berlangsungnya majlis perkahwinan. Untuk menghentikan kekejaman itu, Flittle telah mengorbankan dirinya untuk melengahkan masa supaya sahabat yang lain terselamat. 

Sepandai-pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh ke Tangan Juga
Puteri Aurora mendapat visualization daripada Mesin Spinning yang Ratu Ingrith la dalangnya sehingga tercetus peperangan antara kaum Dark Fey, penghuni Moors dan kerajaan Ulstead. Ratu Ingrith menerima balasannya apabila Maleficient telah menukarnya menjadi seekor kambing.

Kemarahan Tidak Akan Menyelesaikan Masalah
Semasa berada di tempat persembunyian kaum Dark Fey, Maleficient banyak berfikir. Melihat kaum Dark Fey yang terpaksa hidup menyembunyikan diri bersama keluarga, perasaan Maleficient bercampur baur, kecewa, terluka, marah dan macam-macam perasaan yang wujud dalam dirinya. Maleficient mengambil keputusan untuk menyahut peperangan yang dimulakan oleh kerajaan Ulstead untuk melindungi kaumnya. Akhirnya dia sedar kemarahan sehingga tercetusnya peperangan tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Kesimpulan
Marina nak bagi jalan cerita dia 10/10 boleh tak? Hihi. Cuba jugak mencari kekurangan semasa tengok cerita ni. Tapi speechless. Memang mantap. Mungkin sebab tak baca trailer dia. Tersentuh hati Marina tengok movie Maleficient: Mistress of Evil ni. Maleficient masih ada sifat pertimbangan walaupon dikecewakan dan terpaksa melihat kaumnya dibunuh. Walaubagaimanapon Marina suka pengakhirannya. Jalan cerita yang bagus. Anak-anak Marina pon enjoy. Marina tertanya-tanya adakah ini filem Maleficient yang terakhir?

Orait. Sampai sini saje Marina share pendapat Marina mengenai filem Maleficient: Mistress of Evil ni. Korang dah tengok blom?  
Assalamualaikum. Hai.

Peningkan nak pilih Pra-sekolah untuk anak. Awam atau swasta menjadi pilihan korang? Marina pon sama, pening. Yang awam banyak pilihan, yang swasta pon sama. Pra-sekolah mana nak pilih ni?

Marina share tips ni berdasarkan pengalaman Marina sendiri. Banyak aspek yang Marina pertimbangkan bagi memilih pra-sekolah untuk anak. 5 perkara ni yang Marina tengok untuk memilih pra-sekolah untuk anak Marina. Yang no. 5 tu paling penting.

1. Waktu Persekolahan

First thing first, waktu persekolahan pra-sekolah tersebut Marina akan tengok. Sebagai ibu yang bekerjaya, Marina akan mencari pra-sekolah yang boleh mengikut time Marina bekerja. 

Syukur Marina kerja waktu pejabat, mostly pra-sekolah mengikut waktu pejabat. Tetapi untuk pra-sekolah awam biasanya separuh hari iaitu waktu operasinya sehingga jam 12 tengahari. Sebelah petangnya terpaksa hantar pada pengasuh atau taska yang menawarkan mengasuh budak berumur 5 dan 6 tahun.

Marina prefer pra-sekolah sampai ke petang sebabnya nak ulang-alik ambil anak, agak jauh. Nak bawa anak pergi lunch, hantar ke pengasuh atau taska, agak mengambil masa.

Ada juga parents yang menggunakan perkhidmatan transit. Ambil anak dari pra-sekolah, hantar ke taska atau pengasuh. Yang ni Marina tak harap sangat. Marina kenal anak-anak macam mana, so Marina pilih pra-sekolah sampai ke petang.

2. Latar Belakang Pra-Sekolah

● Selidik latar belakang sekolah. Macam mana pencapaian sekolah tu.(yang ni boleh tanya pengalaman kawan-kawan atau jiran yang pernah hantar ke pra-sekolah tersebut).

● Datang terus ke Pra-sekolah tersebut untuk dapatkan info yang diperlukan seperti kelayakan umur, silibus, aktiviti

3. Lokasi

Penting hantar anak ke pra-sekolah sama ada yang berdekatan dengan rumah atau pejabat tempat kita bekerja. Bila nak hantar dan ambil anak ke pra-sekolah senang, satu jalan. Jimat minyak dan tak terkejar-kejar bila nak menghantar atau mengambil anak dari pra-sekolah.

Marina juga tengok kawasan persekitaran pra-sekolah tersebut. Senang nak drop anak-anak, keselesaan dan terurus. Kalau luaran nampak tak terurus, yang dalaman bagaimana la agaknye kan?

4. Perbelanjaan

Paling penting yang perlu diambilkira adalah perbelanjaan untuk ke pra-sekolah. Ini ikut kemampuan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa perlu mendapatkan informasi secara terperinci daripada pihak pra-sekolah mengenai yuran, peralatan yang perlu dibeli dan sebagainya.

Marina pada awalnya agak terkejut jugak masa hantar anak masuk ke pra-sekolah. Ingatkan yuran pada awal kemasukan dah selesai dan tiada lagi yuran yang dikenakan. Rupanya yuran pada awal kemasukan tu hanya untuk semester pertama. Ada pulak semester kedua dan dikenakan yuran buku latihan pulak. Tapi yuran semester kedua tak semahal semester pertama la.

Contoh, semester pertama yuran RM300 untuk buku latihan, buku bacaan, baju dan lain-lain yang ni tak termasuk yuran bulanan. Selepas tu, bulan 6, masuk semester kedua kena bayar lagi RM200 untuk silibus semester kedua pulak. Yang ni pon belum masuk yuran bulanan.

Ni baru yuran, belum lagi kira aktiviti yang pra-sekolah buat. Macam contoh, konvo, kena beli baju, kena bayar yuran konvo lagi.

5. Perkembangan Anak

Ok. Yang ni ada yang Marina dengar dari ibu bapa yang lain, ada sesetengah pra-sekolah tak kiralah yang awam atau swasta.
● Anak belajar Iqra 1, setahun di pra-sekolah tak naik-naik ke Iqra 2.
● Tukang masak lagi bersemangat mengajar anak-anak membaca berbanding cikgu
● Dah nak abis 6 tahun masih tak pandai lagi membaca

Macam mana nak tahu pra-sekolah mana yang bagus dengan anak? Kena try and adjust. Rasa tak nampak perkembangan anak di pra-sekolah yang korang hantar, silalah ambil tindakan. Jangan menunggu sampai habis anak belajar di pra-sekolah, baru nak ungkit isu.

Tips untuk Ibu Bapa
● Selalulah berbincang dengan cikgu di sekolah anak-anak untuk masa depan anak.
● Jangan kita letak 100% pada cikgu sekolah sahaja.
● Kita sebagai ibu bapa pon perlu mendorong anak-anak. Pantau perkembangan anak-anak.


Sampai sini je perkongsian Marina. Semoga dapat membantu ibu bapa di luar sana membuat pilihan yang tepat.
Hai.

13 Oktober lepas, Marina berpeluang untuk join program #sunwayforgood yang dianjurkan oleh Kumpulan Sunway.

Program Deepavali Cheer Program 2019 ini bertujuan untuk memberi keceriaan kepada komuniti-komuniti B40 yang bakal menyambut perayaan Deepavali serta menekankan kepentingan pendidikan kepada semua murid-murid. Seramai 900 pelajar dari pelbagai sekolah yang terlibat.

Program Lawatan Sambil Belajar di Lost World of Tambun

Sempena sambutan Deepavali pada kali ini, Kumpulan Sunway telah menganjurkan program lawatan sambil belajar kepada 160 pelajar dari 4 sekolah iaitu  SKJ(T) Klebang, SJK(T) Ladang Chemor, SKJ(T) Kg Simee dan SJK(T) Ladang Strathisla.

Aktiviti dimulakan dengan bersarapan di Lost World of Tambun. Selepas bersarapan, pelajar-pelajar dibawa melawat di Petting Zoo dan melakukan aktiviti membina terrarium.




Program diteruskan di Malayana Ballroom, Lost World of Tambun Hotel iaitu ucapan dari Wong Wan Wooi, Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh seterusnya ucapan dari YB Sivanesan Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri.

Wong Wan Wooi, Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh

YB Sivanesan Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri

Pelajar juga berpeluang menikmati makanan yang lazat. Pihak Sunway juga turut mengagihkan barangan keperluan pelajar seperti beg sekolah, alat-alat tulis, makanan dan minuman, vitamin, ubat gigi dan sabun mesra alam daripada Sunway Hotels & Resorts.





Inisiatif Kembali ke Sekolah

Kumpulan Sunway juga akan meneruskan program #sunwayforgood Deepavali Cheer dengan mengagihkan barangan keperluan kepada baki 740 pelajar pada 14 Oktober di SJK(T) Klebang, SJK(T) Kg Simee dan SKJ(T) Ladang Chemor.

Seronok pelajar-pelajar ni menerima beg sekolah dan keperluan yang lain
Program R.E.A.D 

Kumpulan Sunway akan memperkenalkan program Sunway R.E.A.D (Reading Enhances Aspirational and Drive) yang bertujuan untuk membantu menambahbaik kemudahan perpustakaan di SJK(T) Klebang.

Program "ICT Literacy Aid"

Kumpulan Sunway juga dalam proses untuk menjalankan program "ICT Literacy Aid" pada tahun hadapan yang bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka.

Video Deepavali 

Sempena coming soon Deepavali ini, video Deepavali dari Kumpulan Sunway juga ditayangkan semasa program ini. Video ini memaparkan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, dab bagaimana kita dapat menghargai keunikan dan perbezaan budaya kita. Marina ada selitkan sikit video Deepavali dalam video kat bawah ni.


Marina berharap agar usaha murni seperti ini dapat diteruskan oleh mana-mana badan untuk mereka yang memerlukan. Kalau bukan dari segi wang ringgit, beri sokongan moral pada mereka pon dapat membantu mereka.






FB :  Sunway Group

Hai.

Setuju tak dengan Marina, hanya orang yang mengalami masalah jeragat sahaja yang faham macam mana perasaannya kan? Dah cuba macam-macam cara, cara tradisional, cuba pelbagai produk di pasaran, di farmasi tapi masih menemui jalan buntu.

Marina ni dulu zaman anak dara, seriusly talk tak jaga muka sangat. Percaya tak, Marina hanya guna pencuci muka sahaja untuk penjagaan wajah. Toner, scrub, serum, masker Marina tak rajin nak pakai.

Bila dah naik bintik hitam kat muka, barulah gigih merajinkan diri membuat segala tok nenek tips untuk hilangkan jeragat.

Marina pernah guna lemon dan madu jadikan masker untuk hilangkan jeragat. Pedih jugak kulit muka ni. Tapi tak pudar-pudar. Dan agak leceh jugakla nak guna cara tradisional.


  1. Marina diperkenalkan dengan produk Murad Rapid Age Spot Correcting Serum ni. Marina cuba dalam 3 minggu. Ni betul-betul, tak tipu, minggu yang pertama pon Marina dah nampak bintik hitam kat muka Marina ni makin pudar. Hepiii tu toksah cakapla. Setelah sekian lama bintik hitam tu bertapak kat muka dah makin pudar, tak hepi lagi ke?



MURAD-Rapid Age Spot Correcting Serum

Serum yang telah terbukti oleh klinik, dapat mengurangkan bintik hitam, bintik tua dan hiperpigmentasi dengan alternatif hydroquinone dalam masa seminggu!

Murad Rapid Age Spot Correcting Serum sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Kulit normal, berminyak, kering atau kombinasi.

Korang tak perlu risau sebab produk Murad ni tiada Gluten, Parabens, Phthalates atau Hydroquinone. Gunalah Murad tanpa kerisauan.

Sebotol Murad ni 30ml
Harga sebotol RM448.00

Mahal? Memang rasa mahal tapi Marina dah guna sebulan pon tak abih-abih lagi. Berbaloi la kan? Yang penting berkesan!



Fungsi 
Penuaan
● Kulit kusam
● Garis halus
● Kulit berkedut
● Tona kulit tak sekata

Cara Guna
Guna pada waktu pagi dan malam setiap hari.
1. Lepas cuci muka, sapu Murad Rapid Age Spot Correcting Serum di muka, tengkuk dan dada.
2. Jika kulit terasa pedih, stop guna.


Korang berminat nak cuba Murad Rapid Age Spot Correcting Serum
Website : www.murad.com.my
Assalamualaikum. Hai.

Hari tu Marina pegi event Mercu Aspirasi Keusahawanan Bumiputera yang dianjurkan oleh pihak MARA. Event ni berlangsung selama 3 hari. Bermula 13-15 September 2019 di RTC, Gopeng, Perak.

Marina pergi event tu hari Sabtu 14 September. Bermacam-macam aktviti yang dijalankan di sana. Antaranya, pameran produk usahawan, seminar, e-sport pon ada.

Bermacam-macam pameran produk dan perniagaan dari pelbagai syarikat dipamerkan di sini seperti produk makanan, servis seperti spa, syarikat percetakan dan juga booth-booth dari IPTA/IPTS.


ANH Smart Venture Sdn. Bhd.

ANH Smart Venture Sdn. Bhd. ini merupakan syarikat yang khusus dalam pelbagai barang seperti t-shirt, baju korporat, topi, cawan dan menerima tempahan untuk membuat cenderahati. Syarikat ini bertapak di Penang dan telah wujud sejak tahun 2003.

ANH juga menyediakan perkhidmatan percetakan seperti 'Heat Press', 'HD Print' dan 'silk screen'.

Pelancaran Program Dropship 

Pada hari tersebut, syarikat ANH Smart Venture Sdn. Bhd. mengadakan pelancaran buat pertama kalinya untuk program dropship yang dirasmikan oleh Encik Mohd Azhar B Muhammad Azam, Pengarah Urusan ANH SMART VENTURE SDN BHD, Encik Lukman Hakim, Pengarah MARA Cawangan Pulau Pinang, Encik Shahzulmizan, Penolong Pengarah MARA Cawangan Pulau Pinang dan Encik Baharuddin, Ketua PUSMA Pulau Pinang.

Untuk surirumah, pelajar, atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mencari pendapatan yang tak perlu mengeluarkan modal, boleh menyertai program dropship di bawah syarikat ANH Smart Venture Sdn. Bhd. ini.



Sesi soal jawab oleh Encik Fazlu Muhyudin bin Syed Ibramsa, Project Manager ANH Smart Ventute Sd. Bhd.


Manfaat join program dropship ANH Smart Venture

Yang bestnye kalau join dropship ni, nak beli untuk sendiri pon boleh. Tiada pembelian minima. Apa manfaat yang korang dapat jika menyertai program dropship ANH Smart Venture Sdn. Bhd.:

1. Tak perlu post barang
2. Tak perlu modal untuk restock
3. Bonus kepada dropship yang buat sales paling tinggi
4. Feedback customer diberi
5. Urusan postage semua diuruskan oleh ANH Smart Venture
6. Margin keuntungan yang besar
7. Training marketing dan product knowledge disediakan

Majlis Pelancaran Dropship

Masa event ni Marina dapat gift dari ANH Smart Venture berupa T-shirt beserta logo blog Marina. Print on the spot tau. Menurut En. Fazlu 30 minit je untuk siapkan printed logo ni.

Logo blog Marina sedang dicetak di tshirt



Katalog juga diberi di dalam goodies bag ni. Serius harga item dia murah-murah. Seperti contoh non woven bag ni satu item ni RM1.30 je. Kalau korang nak jual pada kawan-kawan ofis, jiran, kolej, kelas pon mudah.


Marina dah join. Korang bila lagi? Tak payah keluar modal, tapi dapat duit. Siapa taknak kan?

Taknak join dropship tapi berminat nak dapatkan items sebagai kenangan dengan harga yang murah? Korang boleh order di ANH Smart Venture


Makluman lanjut mengenai background ANH Smart Venture Sdn. Bhd. http://www.anhshop2u.com.my

Nak join dropship boleh refer sini: https://www.anhshop2u.com