Lalu Draw Bridge ke Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu - MARINA BASHAH

Friday, December 13, 2019

Lalu Draw Bridge ke Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu

Selepas bermalam di Ulek Beach Resort, esoknya Marina bergerak ke Kuala Terengganu pulak. Masa bulan 4 haritu jambatannya tak siap lagi, so kalini repeat lagi sekali ke Kuala Terengganu nak tengok Draw Bridge.

[Baca sini juga] : Bercuti di Ulek Beach Resort

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Rantau Abang
Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, kami singgah di Rantau Abang dulu. Nak tengok penyu di Turtle Conservation & Information Centre. Jadilah. Dibuka setiap hari, pada waktu pejabat, kecuali Jumaat, Sabtu dan Cuti umum. Macam-macam informasi pasal penyu ada kat sini. Staff kat situ kata 2 minggu sebelum kiteorang pergi tu diorang ada lepaskan anak penyu kat pantai. Alahai ruginya tak dapat tengok. Tapi takpela. Dapatlah jugak tengok penyu besar kat Turtle Conservation & Information Centre.



After tu, kami terus bergerak ke Duyong Marina. Dalam perjalanan dari Rantau Abang ke Duyong Marina terjumpa orang jual roti paung. Famous jugak katanya kat Terengganu ni. Roti dia rasa biasa je macam beli roti bun kat kedai tapi lembuittt yakmat roti paung ni. Ada inti butter, kacang atau kaya.

Roti paung
Draw Bridge, Kuala Terengganu
Kiteorang ke Duyong Marina lalu Draw Bridge. Lalu je dan stop by kejap. Sebenarnye takleh park kat atas jambatan tu. Manalah nak tau. Tengok ada je kete park situ. Sembang ngan pakcik guard kat situ katanya boleh naik menara Draw Bridge. Nak naik dikenakan bayaran RM5 seorang. Tak kira dewasa atau kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas. Ingat nak naik atas tapi hujanla pulak. Parking agak jauh. Sementara nak sampai ke menara dah lencun kot. Next time la naik. Nak ambik gambar dengan bridge pon malas sebab kehujanan.

Draw Bridge
Kiteorang teruskan perjalanan ke Duyong Marina. After check in dan loading barang, macam biasa, budak-budak ni mandi kolam. Hujan plak tapi itu tak mematahkan semangat diorang untuk mandi kolam. Ramai sangat budak yang mandi kolam dalam hujan haritu. Hujannn apedehal. Orang yang menunggu diorang mandilah yang jenuh. Nasib baik ada tempat berteduh.

Selepas settle mandi kolam, kiteorang pi cari makan. Masing-masing kebuluran. Ingatkan dah kenyang telan air kolam.

Makan di Tenda Biru Tomyam Seafood
Disebabkan tak boleh move on lagi makan udang celup tepung kat Dungun, sambung pulak makan kat Kuala Terengganu. Marina makan di kedai Tenda Biru Tomyam Seafood. Beza kat Terengganu dan Ipoh, kedai tomyam di Terengganu memang orang Islam Malaysia. Kalau kat Ipoh, mostly Islam Thailand.

Udang celup tepung sini mahal sikit dari Dungun, tapi harga still boleh bawak bincang lagi. Kat sini udang celup tepung dia RM15, 10 ekor udang.



Ni menu yang Marina makan:
Air kosong 2
Milo ais 1
Limau ais 1
Sup ayam
Sayur campur
Udang celup tepung
Daging masak ape ke tak ingat
Nasi putih 2
Nugget

Total : RM52

Still murah, banyak, sedap dan puas hati.

Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu
Terletak di Kuala Terengganu. Tak jauh dari bandarnya. Dalam 10 minit dah sampai. Takde kedai-kedai yang berdekatan situ. Kalau nak ke kedai beli barang runcit, kena keluar sebab Duyong Marina ni dia terletak di Pulau yang tak perlu naik bot pon boleh sampai macam Pulau Pinang.

Lobby dan bilik di Duyong Marina Resort agak jauh. Lepas check in di lobby, perkhidmatan buggy car disediakan untuk ke bilik-bilik. Tapi Marina prefer untuk parking kereta berdekatan dengan bilik. Dari lobby ni boleh nampak Draw Bridge dan cafe dia pon bersebelahan dengan lobby.

Sampai di rumah tu, ku ingatkan 2 tingkat tu kami punya, rupanya rumah tu ada 2 bilik. Dia resort 2 tingkat. Ada bilik atas dan bawah. Marina dapat bilik yang atas. Kena naik tangga. Bilik yang Marina duduk ni bilik Deluxe. Bilik dia besar sangat-sangat. Ada balcony. Balcony dia luas jugak. Ada disediakan 2 kerusi malas kayu dan meja.

Toilet lawa, bersih. Ada bath tub dan bilik shower.

Di sini terdapat swimming pool dan gym. Swimming pool dia ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Yang tak bestnya, swimming pool untuk dewasa nun tinggi di atas. Kanak-kanak kat bawah. So kalau parents nak berenang-renang, tak nampak anak kat bawah.

Bangunan Lobby
Area Lobby
Baru balik dari breakfast




Pintu masuk ke bilik








Kenampakan tak dinding kolam dewasa di situ. Kena menjenguk di bawah situ kalau nak tengok anak.


Pengalaman Marina tentang Duyong Marina Resort
Suka sangat bilik kat Duyong Marina ni. Bukan sebab nama sama. Hahaha. Bilik besar. Bersih. Siap ada balcony. Paling Marina suka lantai bilik dia. Lantai kayu.
Servis dia pon bagus. Cumanye lobby dan bilik berasingan tempat. Jauh. Ada servis buggy car untuk ke bilik tapi agak leceh sikit nak loading barang. Nak parking dekat ngan bilik pon tak boleh. Parking yang berdekatan pon dalam 3 minit berjalan nak ke bilik.

Toilet dia cantik cumanya lighthing macam gelap sikit. Tak puas nengok toilet yang lawa tu. Marina jumpa perbarisan semut merah kat bath tub. Sian anak kena gigit ngan semut tersebut.

So far puas hatilah. Bilik selesa, besar dan cantik.

Next destination, Marina share story sambung cuti di Tok Bali pulak.

Terima kasih sudi baca.

19 comments:

  1. haha.. kebetulan nama resort Marina jugak ye.. hehehe.. tapi TB suka lah tengok pemandangan dekat Duyong Marina Resort ni.. terasa tenang dan selesa je

    ReplyDelete
  2. Best cuti nie berjalan2 bawa keluarga...

    Erm, tengah cari masa yang sesuai untuk bercuti ke Terengganu... risau banyak masa habis atas jalan je...

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya cuti2 kat terengganu. Mesti seronok bawak anak2 jalan2 ..

    ReplyDelete
  4. I memang rancang nak pegi Terengganu bawa parent jalan jalan next year. Boleh la tinggal kat sini nanti.

    ReplyDelete
  5. Uwahhhhh seronok sakan bercuti ya Marina. Anak2 lagi seronok dapat tambah pengalaman best cuti sekolah ni. Besar betul bilik dekat Duyong Marina Resort tu. Puas anak beranak stay situ. In shaa Allah klu ke Terengganu boleh menginap kat sana. Tq sharing!

    ReplyDelete
  6. bestnya ! antara hotel yang tinggi ratenya di Terengganu. mek tak pernah lagi ke sini. hehe. And draw bridge antara yang wajib kena lalu bila ke Terengganu sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak berpeluang Marina nak naik ke draw bridge

      Delete
  7. Bestnya. Dah lama tak jejak kaki ke Terengganu. Last pergi masa sekolah rendah. Terengganu dah banyak tempat menarik untuk dilawati kan. Nanti ada rezeki pergi Terengganu nakbdatang sini la

    ReplyDelete
  8. Cuti cuti dalam malaysia pun menarik. Banyak jer tempat yg kita boleh kunjungi dan explore

    ReplyDelete
  9. Bestnya !! Saya teringin nak ambik gambar dekat draw bridge nie. Nanti nak singgahlah

    ReplyDelete
  10. Menarik jugak resort ni. Lama dah tak jalan area Terengganu. Memang ada plan nak jalan ke sana. Banyak tempat² menarik kan. Kita plan nextyear la..dah inform anak² masuk calendar terus..hehhe

    ReplyDelete
  11. Banyak lg tu tmpt kena lawat dekat terengganu. Kita org ganu pon belom pernah pergi tmpt penyu tu huhu

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat bercuti kat Kuala Terengganu, lama dah sis tak kesana, rindu sata n kopoq lekoq sana. Ikang singgang dia..fuhhh sedappp. Menarik sungguh resorts dia..boleh le try nginap nanti kalau ke sana

    ReplyDelete
  13. bestkan inap disini, boleh tengok permandangan sungai dan dekat nak ke bandar. memang strategik kalau nak bercuti di Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
  14. cantik biliknya.
    aida pun suka if hotel berlantaikan kayu.
    tak sejuk, kan.
    tido atas lantai pun ok :)

    ReplyDelete
  15. Cantiknya draw bridge tu.. Teringin Sgt nk ke ganu.. Lama dah x ke sana. BTW hotel sis duduk tu nampak best ja.. Boleh masuk dlm list nnt

    ReplyDelete