Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr Bercuti di Hatyai

Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr Bercuti di Hatyai | Cerita adalah kisah atau pengalaman yang kita kongsi dengan orang lain sama ada tentang diri kita sendiri atau orang lain. Cerita ni adalah cara untuk berkongsi maklumat atau pengalaman dengan orang lain secara santai.

Di sini Marina nak kongsikan cerita mengenai pengalaman Marina mengikuti konvoi Aruz ke Hatyai selepas konvoi Merdeka 66 Aruz ke Krabi selama 4 hari 3 malam tamat. Konvoi ini diteruskan menuju ke Hatyai pula tetapi tak semua yang join. Boleh dikatakan lebih daripada separuh buah Aruz yang menyertai konvoi ke Krabi yang sambung bercuti di Hatyai pula. Kiteorang bermalam di Hatyai selama 3 hari 2 malam. 

Sebelum memulakan perjalanan ke Hatyai, semua peserta konvoi menyanyikan lagu Merdeka, melaungkan Merdeka dan mengambil gambar di hadapan Krabi Front Bay Resort sebagai kenangan dengan mengibarkan bendera Malaysia.

Masjid Songkhla



Cerita Tentang Perjalanan ke Hatyai Dari Krabi

Perjalanan dari Krabi ke Hatyai mengambil masa hampir 5 jam. Perjalanan tak begitu terasa sebab kiteorang sibuk menikmati pemandangan di kiri dan kanan jalan. Dalam perjalanan, kiteorang berhenti sekali lagi di R&R Trang untuk makan tengahari. Suasana sepanjang perjalanan begitu mendamaikan sehinggalah melepasi pekan Phattalung, kiteorang dibawa masuk ke kawasan kebun-kebun getah (ikut google), untuk mengelakkan kesesakan di bahagian hadapan sebab jalan sedang dinaiktaraf. Masing-masing dah terpecah, sesat dalam kebun getah dan akhirnya sampai juga di destinasi. Yang bagusnya, dalam kebun getah pun line internet laju ye. Jalan tanah di kebun getah diorang pun cantik ye, tak berlubang. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata pengalaman melalui kawasan kebun-kebun getah ni. Dapatlah ambil gambar pemandangan cantik di kebun getah.


Cerita Mengenai Get In GuestHouse 2 (SangSri Soi 4)

Sebelum sampai ke guest house, ada peserta yang singgah di kedai souvenir Kaysorn terlebih dahulu sebelum ke guest house. Memusing kiteorang mencari. Sudahnya, kiteorang terus menuju ke guest house sebab kepenatan. Lampu merah di traffic light di Hatyai makan masa sampai 2 hingga 3 minit ye untuk satu arah. Jenuh menunggu lampu bertukar hijau.

Lebih kurang 6.30 petang kiteorang sampai di Get In GuestHouse 2 di jalan SangSri Soi 4. Guest House ni ditempah oleh salah seorang peserta Aruz. Kiteorang bagitahu peserta tu, kiteorang nak satu bilik family dan peserta Aruz tu tolong tempahkan. Parking di situ agak terhad tetapi, pihak guest house bagitahu kiteorang, diorang dah reserved kan parking untuk 13 buah Aruz. Guest house ni terletak di tengah-tengah bandar Hatyai dan berada di belakang lorong jalan. Tempat parkingnya agak sempit, tapi mujurlah guest housenya cantik. 

Bilik di Get In GuestHouse 2 ni agak kecil sedikit tapi masih lagi muat untuk kami berlima. Biliknya pun oklah.


Lokasi Kaysorn : https://g.co/kgs/N2g7NX





Cerita di Lee Garden Night Market

Nak dijadikan cerita, duit Bhat kiteorang tak cukup untuk menjalani kehidupan di Hatyai. Hahahaha. Duit cash di tangan pun tak ada ye. Menggelabah ayam dah kiteorang ni. Masa di R&R Trang, kiteorang nak tukar duit dengan tour guide, mujur boleh transfer online sebab tour guide ada bank Malaysia. Tetapi yang menjadi masalahnya dia pun dah kehabisan duit Bhat. Dia bagi kiteorang duit RM. Makanya setibanya di Hatyai, terpaksalah kiteorang mencari money changer untuk tukar duit Bhat. 

Setelah sampai di guest house, kiteorang pesan pada anak-anak supaya tunggu di lobby sementara Marina dan husband pergi mencari money changer. Kiteorang tanya reception di guest house di mana ada money changer. Katanya ada di Lee Garden. Marina dan husband berjalan menuju ke Lee Garden dari guest house. Lebih kurang dalam 5 ke 10 minit dah sampai Lee Garden. Mujur money changer tu tak tutup lagi. Lokasi dia betul-betul berhadapan bangunan Lee Garden. Alang-alang dah sampai di Lee Garden, Marina dan husband mencari makanan untuk isi perut untuk anak-anak.


Cerita di Asean Night Bazaar Hatyai

Pada sebelah malamnya pula, kiteorang cadang nak pergi ke Asean Night Bazaar Hatyai. Kiteorang menaiki dan berkongsi tuktuk bersama satu lagi family peserta Aruz juga. Harga tuktuk lebih kurang dalam 140 bhat satu hala. Korang boleh order tuktuk guna aplikasi Grab je tau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Di sini pelbagai barangan yang dijual seperti baju, beg, gajet dan souvenir. Dia macam pasar malam tapi kawasannya tersangatlah luas. Tetapi kiteorang tak habis tawaf pun. Tak ada target pun nak beli barang di sini. Kiteorang menuju ke tingkat 2 untuk makan. Di sini semua makanan yang dijual adalah halal. Masa kiteorang ke sini boleh dikatakan 90% rakyat Malaysia ye di Asean Night Bazaar ni. Tempat makan sangat crowded dan nak duduk makan pun terpaksa menunggu giliran. Kiteorang mengambil keputusan untuk bungkus dan makan di guest house. Di sini tiada masalah untuk berkomunikasi sebab majoriti peniaga boleh berbahasa Melayu.



Central Mosque of Songkhla Province

Pada keesokkannya, kiteorang bercadang untuk melihat Masjid Songkhla. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari pusat bandar Hatyai. Kiteorang tak masuk dalam masjid, hanya bergambar di sekitar kawasan luar masjid ini sahaja. Pemandangan di sini cantik seolah-olah seperti Taj Mahal kerana ada kolam di hadapan masjid ini.




Cerita Di Samila Beach

Selepas ke Masjid Songkhla, kiteorang meneruskan perjalanan ke Samila Beach. Dari Masjid Songkhla ke Samila Beach lebih kurang 30 minit. Actually datang sini sebab nak ambil gambar dengan ikan duyung je tanda dah sampai di Samila Beach. Air laut dia sangat jernih. Tak pasti boleh mandi di sini atau tak sebab anak Marina nampak signboard ada ancaman obor-obor. Di sini ada gerai-gerai makan tepi laut. Kalau korang nak makan bolehlah singgah di sini. Marina tak makan pun. Selepas menikmati pemandangan laut di Samila Beach, kiteorang patah balik ke guest house untuk cari makan. Ingatkan nak trylah dimsum yang viral tu, tapi parkingnya agak susah. Kedai dimsum yang viral tu terletak di tengah-tengah pekan Hatyai. Akhirnya kiteorang parking di guest house dan berjalan kaki ke kedai makan Atthuhaya. Next entri Marina cerita mengenai tempat makan sepanjang kiteorang berada di Thailand.



Cerita Di Dannok

Disebabkan tiada tempat nak dituju, kiteorang mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia sehari awal dari hari yang sepatutnya. Duit tempat penginapan untuk sehari tu kira burnlah.

Sebelum keluar dari Thailand, sempatlah kiteorang ke Dannok untuk shopping beras pulut sebab ada kawan Marina kirim.

Sebenarnya dah hampir-hampir putus asa sebab tak jumpa kedainya. Rupanya, kedai dia betul-betul dekat sangat dengan sempadan Bukit Kayu Hitam. Kalau dari ICQS Bukit Kayu Hitam tu korang boleh jalan kaki dalam 20 ke 30 minit je. Ye la mana nak tahu, dah lama kot tak ke Thailand. Last pergi ke Thailand masa Marina zama bujang dulu, 20 tahun yang lepas. Masa tu pun tak ingat masuk ikut mana. Dah beli pulut, kiteorang terus je gerak balik ke Malaysia. Tak explore pun apa yang ada di Dannok. Dari dalam kereta Marina ada nampak diorang menjual bantal dan anak patung.

Actually masa dah hampir ke ICQS tu, terasa berat hati juga nak meninggalkan Thailand sebab mengenangkan susah payah nak masuk ke sempadan. Tapi In sha allah ada rezeki kiteorang akan ke Thailand lagi.



Travelog Thailand 6 : Memandu ke Phuket




Post a Comment

0 Comments