Travelog Thailand 6 : Pemandangan Memukau Di Pantai Phuket, Thailand

Travelog Thailand 6 : Pemandangan Memukau Di Pantai Phuket, Thailand | Hari ketiga di Thailand, Marina bercuti ke Phuket. Walaupun dalam masa yang singkat, dapatlah juga melihat keindahan Phuket. Phuket merupakan sebuah pulau cantik yang terletak di selatan Thailand. Ia mempunyai pemandangan yang mengasyikkan. Pantai-pantai pasir putih yang bersih di sekitar pulau ini mempesonakan hati dengan kecantikannya. Pantai Patong dengan pasirnya yang putih dan suasana pada waktu malam yang meriah adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi. Korang boleh duduk di tepi pantai sambil merasai sentuhan angin sepoi-sepoi atau berjemur di bawah matahari yang panas dengan pemandangan laut yang luas.

Selain daripada pantai, bukit-bukit hijau yang menjulang tinggi memenuhi pemandangan di pulau ini. Pemandangan dari atas bukit-bukit sangat cantik.

Phuket juga mempunyai kuil Thai yang menakjubkan seperti Wat Chalong dan Big Buddha yang unik. Mereka membawa budaya dan pemandangan yang menarik.

Pelbagai pemandangan yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dan struktur yang korang boleh tengok di Phuket. 

Patong Beach


Phuket Tempat Percutian yang Mendamaikan!

Pulau Phuket di Thailand menarik pelancong dari seluruh dunia. Phuket adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang mendamaikan kerana pantainya yang indah, air laut biru yang jernih dan cuaca yang elok sepanjang tahun.

Kehidupan malam di Phuket terkenal dengan bar tepi pantai yang meriah dan kelab malam. Pulau ini mempunyai pelbagai aktiviti untuk korang yang gemarkan sukan seperti menyelam, luncur angin dan meredah hutan yang menarik.

Selain itu, terdapat juga tempat-tempat yang menarik di Phuket yang boleh dikunjungi seisi keluarga, yang sesuai untuk anak-anak seperti Dolphin Bay, FantaSea, Aquaria dan Andamanda Phukat Water Park.


Pemandangan Di Sepanjang Perjalanan ke Phuket

Pada hari ketiga berada di Thailand, kiteorang ke Phuket. Actually kalau ikut tentatif Kelab Aruzr sepatutnya haritu pergi island hoping tapi kiteorang tak join. Urmm entahlah rasa macam tak teruja pulak nak naik bot tengok pulau di sana. Makanya kiteorang buat program sendiri pergi ke Phuket. Kiteorang ambil keputusan ke Phuket sebab lepas ni tak tahu bila lagi nak bercuti di Thailand dan pertunjukan ikan lumba-lumba seumpama ini tiada di Malaysia.

Dari Krabi ke Phuket mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Kiteorang bergerak jam 6.00 pagi waktu Thailand dan sampai di Phuket lebih kurang jam 10.00 pagi. Perjalanan hendak ke Phuket tidak begitu terasa sebab kiteorang sibuk memandang pemandangan sekeliling. Pertama kali kot sampai Phuket wajiblah menghayati pemandangan di sana. 

Di Thailand ni tak ada highway, jalan dari satu wilayah ke wilayah lain di Thailand ni melalui jalan tanpa tol seperti jalan dari Ipoh nak ke Lumut. Pemandangan sepanjang perjalanan dipenuhi dengan bukit-bukau, kawasan perkampungan dan juga kuil-kuil. Perjalanan kiteorang disambut dengan pemandangan yang indah apabila munculnya pelangi. 

Apabila terjumpa gerai muslim yang menjual makanan di tepi jalan, kiteorang akan stop untuk mengisi perut. Biasanya kiteorang akan berhenti di kedai makan yang berdekatan masjid. Jumpa roti canai kau. Haha. Masa nak masuk kawasan Phuket agak kecut perut jugaklah sebab kena melalui Chatchai checkpoint. Mujur takde kena berhenti. Marina pun tak pasti apa fungsi dia.

Di Phuket, kiteorang menuju ke Dolphin Bay dulu sebab slot pertama bermula pukul 11.00 pagi. On the way nak ke Dolphin Bay tu, dari jauh korang akan nampak patung Buddha yang sangat besar berwarna putih di atas bukit (The Big Buddha). Tapi Marina takdelah ke sana. Melalui pembacaan Marina, kalau nak ke sana, korang kena naik teksi atau tuktuk. Tak taulah boleh bawa naik kereta sendiri ke sana atau tak.


Pemandangan Sepanjang Pantai Di Phuket

Sebelum berjalan area Phuket, kiteorang tengok pertunjukkan ikan lumba-lumba dulu memandangkan masa untuk berada di Phuket agak terhad sebab di sebelah malamnya kiteorang ada dinner bersama kelab Aruzr. Kiteorang hanya berjalan-jalan di Phuket dari dalam kereta melihat kawasan Phuket. Cantik pemandangan di Phuket dengan laut, bukit-bukau dan langit yang biru. 

Marina sempat singgah di Karon Beach. Baru nak lepak, dah hujan turun pulak. Dari Dolphin Bay nak ke Karon Beach ni kena mendaki bukit yang sangat tinggi ye, nampaklah pemandangan cantik dengan laut yang terbentang luas di sebelah kiri. Di sepanjang Karon Beach ini korang akan dapat melihat pantai di sebelah kiri korang dan di sebelah kanan pula, hotel-hotel yang mewah serta kedai-kedai.

Kemudian kiteorang teruskan perjalanan untuk tengok Hard Rock Cafe di sana. Tapi tengok dari luar je lah. Hard Rock Cafe ni terletak berdekatan Patong Beach. Suasana di Patong agak crowded. Sempatlah kiteorang singgah bergambar di kawasan spot Patong Beach.  


Gambar Pemandangan Di Phuket

Marina suka area Phuket ni sebab lautnya panjang, cantik dan kawasan tepi-tepi lautnya banyak kedai-kedai yang boleh dilalui dengan kereta. Marina tak sempat nak berjalan kaki dan explore di kawasan Phuket ni sebab masa agak terhad.

Marina sempatlah mengambil gambar pemandangan di Phuket sekeping dua. Marina banyak ambil video je.

Selepas bergambar di Patong, kiteorang balik semula di Krabi untuk makan malam dam sesi tukar hadiah bersama peserta kelab Aruzr.

Karon Beach
Karon Beach


Travelog Thailand 5 : Dolphin Bay, Phuket


 

Post a Comment

0 Comments