Cara Membersihkan dan Masak Sotong Agar Kekal Lembut

Cara Membersihkan dan Masak Sotong Agar Kekal Lembut | Hendak memasak sotong perlulah tahu cara yang betul supaya sotong tak liat. Selain memilih sotong yang segar dan elok, mengetahui cara-cara membersihkan dan masak sotong juga adalah penting supaya masakan sotong yang dimasak sedap dan senang untuk dimakan. Di sini Marina kongsikan beberapa tips supaya masakan sotong korang akan kekal lembut. 



Jenis-Jenis Sotong yang Berada di Perairan Malaysia

Korang tahu kan ada banyak jenis sotong yang boleh dimakan dan juga yang tak boleh dimakan. Di sini Marina kongsikan jenis-jenis sotong yang boleh dimakan.

1. Sotong Jarum/Cumit (Squid)
Sotong yang mempunyai bentuk yang memanjang dan runcing. 

2. Sotong Torak (Calamari)
Sotong ini mempunyai badan dan yang lebih panjang daripada sotong jarum. Sotong jenis ini banyak terdapat di pesisir pantai Timur Semenanjung.

3. Sotong Katak (Cuttlefish)
Sotong katak mempunyai tulang yang lebar dan besar. Sotong ini sangat malas untuk bergerak. Sotong ini kurang sedap berbanding sotong lain. Biasanya selalu sotong jenis ini dibuat sotong kering gula.

4. Sotong Kurita (Octopus)
Sotong kurita mempunyai bentuk badan yang berbeza daripada sotong jarum dan torak. Badannya fleksibel sehingga boleh masuk ke celahan kecil. Habitat sotong ini adalah di kawasan yang berlumpur.

5. Sotong Mengambang (Longfin Squid)
Sotong ini mempunyai badan yang lebar dan pendek. Sotong ini banyak dijadikan sebagai umpan untuk memancing.


Tips Memilih Sotong yang Elok

Biasanya Marina membeli sotong di pasaraya yang menjual barang basah. Marina tak berapa gemar ke pasar untuk mendapatkan barang basah. Ye memang di pasar harga lebih murah dan biasanya barang basah lebih segar daripada di pasaraya. Tetapi tulah, Marina tak gemar dengan suasana di pasar yang berdekatan dengan tempat tinggal Marina ni. Di sini Marina kongsikan beberapa tips untuk memilih sotong yang elok untuk dimasak. Tips memilih sotong yang elok :

1. Segar 
Pilih sotong yang kelihatan segar dengan kulit berkilat dan warna-warna cerah. Elakkan sotong yang kelihatan kusam atau mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

2. Saiz
Pilih sotong yang mempunyai saiz yang sesuai dengan keperluan korang. Sotong yang terlalu kecil mungkin tidak mempunyai cukup daging, manakala sotong yang terlalu besar mungkin terlalu masak dan mungkin mempunyai tekstur yang lebih kenyal.

3. Mata
Perhatikan mata sotong. Mata yang jelas dan menonjol menunjukkan bahawa sotong itu segar. Elakkan sotong dengan mata keruh atau cekung.

4. Kenyal
Sentuh sotong untuk memeriksa keadaannya. Sotong segar harus berasa kenyal, tidak lembik dan anjal.

5. Bau sotong
Bau sotong segar tidak boleh terlalu kuat atau hanyir. Elakkan sotong yang mempunyai aroma hanyir yang tidak menyenangkan atau kuat.



Cara-cara Membersihkan Sotong Dengan Betul

Kalau mak-mak tak ajar anak cara-cara nak membersihkan sotong, memang sampai ke sudah anak-anak takkan tahu nak bersihkan sotongkan? Marina dulu mak Marina yang ajar. Cara nak keluarkan dakwat sotong dan yang paling Marina rasa orang tak tahu adalah keluarkan biji mata sotong. Berikut adalah langkah-langkah untuk membersihkan sotong :

1. Basuh sotong di bawah air yang mengalir untuk mengeluarkan kotoran dan lendir dari badannya.

2. Selepas mencuci, perhatikan bahagian dalam sotong. Korang akan nampak kepala, tentakel, mata dan kantung dakwat.

3. Tarik perlahan kepala sotong untuk keluarkan daripada badan. Tentakel yang berada di kawasan kepala sotong berfungsi untuk menangkap dan menggigit mangsa.

4. Selepas kepala sotong dikeluarkan, buang kantung dakwat. Hati-hati semasa hendak keluarkan kepala dan kantung dakwat kerana kantung dakwat boleh pecah dan korang perlu membersihkan dengan teliti untuk hilangkan dakwat sotong tersebut.

5. Seterusnya, keluarkan mata sotong dengan memicit kepala sotong. Korang akan rasa ketulan di dalam kepala sotong tersebut. 

6. Teruskan dengan keluarkan tulang sotong di dalam bahagian dalam badan sotong. Tulangnya berwarna lutsinar.

7. Kemudian, keluarkan kulit luar sotong. Terpulang pada korang nak buang atau tak. Marina biasanya tak buang. Ada juga yang keluarkan supaya warna kulit sotong tu tak mempengaruhi warna kuah masakan korang. Korang boleh melakukan ini dengan buang kulit dengan lembut menggunakan jari atau menggunakan pisau kecil.

8. Selepas mengeluarkan kulit luar, bilas semula sotong di bawah air yang mengalir untuk memastikan tiada kotoran atau lendir yang tinggal.


Cara Memasak Sotong Supaya Kekal Lembut

Pernah tak korang makan sotong yang agak sukar dikunyah sebab liat? Memasak sotong dengan cara yang betul dan tidak terlalu lama adalah kunci untuk memastikan sotong tetap lembut. Jika sotong direbus terlalu lama, ianya boleh menjadi bergetah dan keras. 

Selain itu, memilih sotong segar dan memotongnya dengan betul juga boleh membantu memastikan sotong lembut semasa memasak. Beberapa tips untuk memasak sotong agar tetap lembut : 

1. Jangan terlalu lama masak sotong, kerana ini boleh menjadikannya kenyal dan keras. Sebaik-baiknya, masak sotong selama beberapa minit sahaja sehingga ia masak sepenuhnya.

2. Jika masak sotong dalam sup atau kuah, masukkan sotong ke dalam kuah yang mendidih. Biarkan sotong masak selama 1-2 minit, kemudian keluarkan dari kuahnya.

3. Perap sotong dengan perasa berasid seperti jus limau nipis atau cuka boleh membantu menjadikannya lebih lembut. Biarkan sotong meresap dalam bahan perapan selama beberapa minit sebelum dimasak.

4. Jika memasak sotong menggunakan kaedah cepat seperti menumis atau menggoreng, pastikan api tidak terlalu tinggi dan masa memasak tidak terlalu lama supaya sotong kekal lembut.

5. Jangan lupa pilih sotong yang segar dan berkualiti, kerana sotong yang tidak segar lebih lasak apabila dimasak.



Post a Comment

1 Comments