Solitaire.Org Game Online Percuma Tak Perlu Download

Solitaire.Org Game Online Percuma Tak Perlu Download | Marina memang suka sangat main pc game yang dulu-dulu seperti Solitaire, Minesweeper, Free Cell dan macam-macam lagilah. Kalau nak senaraikan semua memang tak cukup satu entri. Hehe. Biasanya Marina main pc game ni time waktu rehat di pejabat sambil makan lunch. Siapa macam Marina? Tapi game sedia ada dalam pc tak banyak. So Marina main apa yang ada jelah dalam pc di office tu. Masa nilah nak releasekan tension sekejap. Marina rasa lapang kepala otak bila main pc games ni. Bila dapat tahu di Solitaire.org rupanya banyak pc game online yang boleh Marina main, kemain seronok bukan kepalang. Dahlah free dan tak perlu download pulak tu. Lagi sakanlah Marina main game pc lepas ni.

Makanya, kat sini Marina nak kongsi tentang Solitaire.org dengan korang pulak yang juga minat main pc game time waktu lunch macam Marina. Bukan waktu lunch je, waktu korang lapang dan nak release tension pun boleh main pc game ni. Baik tak hati Marina? Kegembiraan perlu dikongsi bersama. Ye dak? Hehe.


Kenapa Solitaire.Org Menjadi Pilihan? 

Apa yang menariknya main online game di Solitaire.org? Kalau Marina nak releasekan tension, Marina akan ke Solitaire.org ni sebab :
• Banyak pilihan online game yang boleh dipilih. Rambang mata kot nak pilih. 
• Tidak perlu muat turun aplikasi untuk main online game.
• Tiada gangguan iklan semasa main online game.
• Ianya percuma dan boleh main di pc, laptop atau phone bila-bila masa. 
• Tak perlu daftar email untuk main online game. 


Jenis-jenis Game yang Ada di Solitaire.org

Marina ingatkan bila nama websitenya Solitaire.org ni hanya ada game Solitaire sahaja. Rupanya tak ye. Bermacam-macam lagi pc game lain yang boleh korang main kat Solitaire.org ni. Di sini ada diterangkan macam mana game tersebut dan cara-cara nak main game tersebut. Game yang ada di Solitaire.org :


Solitaire

Di bawah Solitaire ni berpuluh-puluh jenis game yang ada. Yang Marina tak pernah dengar pun ada kat sini. Antara game Solitaire yang top di sini adalah Klondike, Freecell, Spider, Pyramid, Tripeaks dan Golf. Di bawah game-game ni pun banyak pecahan dia. Game yang pernah Marina main adalah Klondike (Classic), Spider Solitaire dan Freecell. Marina baru tahu rupanya Solitaire Klondike ni adalah game Classic Solitaire yang biasa Marina main di PC.


Card

Teringat pulak cerita movie 21. Sekumpulan pelajar yang pandai mengira kad. Mereka ke Las Vegas menyamar dan bermain blackjack di casino. Of courselah untuk mendapatkan duit. Kaya diorang nok. Siapa taknakkan? Dahlah student, hidup mewah pulak tu dengan bermain kad di casino. Korang pernah tengok tak? 

Tetapi di Solitaire.org ni hanya sekadar main untuk suka-suka je. Tiada unsur perjudian di sini. Setiap jenis game di sini terdapat beberapa pecahannya :
• Classics & Modern Remakes - Antara game yang ada adalah Heart, Spade dan 31.
• 21 / Blackjack - Antara game yang ada adalah 21 Blitz, Blackjack chain dan Casino Blackjack.
• Rummy - Game yang terdapat dalam Rummy adalah Classic Gin Rummy, GinnRummy dan Tile Rummy.
• Card Shedding - Crazy Eights dan Mau Mau. 
• Poker - Vegas Poker.


Mahjong

Dulu Marina pernah try main pc game Mahjong, tapi tak pandai. Antara game Mahjong yang ada di Solitaire.org adalah Animal Mahjong, Beach Mahjong dan Basic Mahjong. 


Hidden Object

Marina cukup suka main game mencari barang tersembunyi dan cari perbezaan gambar ni. Antara game yang ada adalah Circus Adventure, Hidden Kitchen dan Hidden Princess.


Match 3

Siapa suka main Zuma Ball? Game Zuma Ball berada dalam game Match 3 ni. Selain Zuma Ball terdapat juga game Candy House dan Plushy Animals. 


Logic Puzzle

Korang nak menguji minda dengan bermain game? Antara game yang ada di sini yang boleh menguji minda dan korang perlu menyusun strategi adalah Chess Grandmaster, Classic Minesweeper dan Tetra Blocks.


Word 

Korang boleh menambah ilmu kalau main game di sini. Antara game yang ada di sini adalah Daily Word Search, Letter Scramble dan Daily Wordoku. 


Game di Solitaire.org yang Menjadi Pilihan Marina.....Setakat Ini. Hehe

Marina tak berapa pandai nak explain betapa seronoknya main game-game ni. Marina cuma tahu main gamenya macam mana. Nak terangkan secara detail tentang keseronokan game-game ni tak reti nak sampaikan. Korang kenalah main free pc game online ni sendiri dan rasailah pengalaman korang sendiri, keseronokan main game online pc ni. Hehe.
 

Spider Solitaire

Game ni ada beberapa jenis level dia. Easy, medium dan hard. Kalau korang nak main game santai-santai bolehlah pilih level Easy. Game ni adalah game menyusun kad mengikut urutan nombor kad. Mungkin pada korang yang baru nak menjinakkan diri bermain game ini terasa agak susah. Tetapi kalau korang dah dapat rentak dia, mesti korang tak boleh berhenti main dan nak mencabar diri untuk ke level yang lebih sukar sedikit.


Hidden Kitchen

Game ni cari perkakas dapur yang tersembunyi. Penglihatan yang tajam diperlukan kalau main Hidden Kitchen ni. Perkakasnya ada yang halus beno. Tapi so far gamenya tak menggunakan otak untuk berfikir. Selepas berjaya jumpa semua perkakas, korang akan ke next level. Kalau tak jumpa barang yang tersembunyi tu, kadang Marina guna juga Hint dia. Haha. 


Daily Sudoku

Marina paling suka main Sudoku ni. Game ni dapat polish otak Marina yang dah beku. Waktu awal main dulu, pening juga nak susun nombor-nombor di kotak. Game Sudoku ni kita perlu susun nombor 1 sehingga 9. Dalam kotak kumpulan besar, kotak melintang dan menegak tak boleh ada nombor yang sama. Haaa faham tak apa yang Marina cuba sampaikan ni? Hehe. Strategi diperlukan untuk main game ni. 


Daily Word Search

Game Daily Word Search pun salah satu favourite game Marina. Perkataan-perkataan diberi untuk dicari di kotak puzzle yang hurufnya disusun berterabur. 


Pirates and Treasures

Game ni merupakan game mencari objek yang tersembunyi. Game yang Marina cerita sebelum ni, Hidden Kitchen merupakan game mencari perkakas dapur. Game Pirates and Treasures ni pulak mencari objek tersembunyi di atas kapal lanun. Selepas berjaya cari semua objek, korang kena cari nombor tersembunyi pulak. Selepas itu, korang perlu mencari objek juga, tapi kalini dia hanya tunjukkan bentuk objek sahaja, tak tunjuk gambar objek. Pepandailah korang tengok bentuk dia. Dah habis 3 langkah ni, barulah korang akan ke next level. 



Banyaklah Lepas Ni Marina Boleh Main Game Pilihan Marina di Solitaire.org Waktu Lunch

Marina tak sangka rupanya selain Solitaire, ada juga game lain yang boleh Marina main seperti Zuma ball. Dulu Zuma Ball ni Marina main dekat tv video game menggunakan game console jenama SEGA tu. Remote dia yang bersambung dengan wayar ke console dan kalau nak main game kena beli cassetes untuk main game yang korang nak main. Bukan Playstation tu tau. Playstation kan ke game dia guna CD kan? Haaa. Lamakan? Bila duk main dengan adik-beradik terutamanya main Mario, kan ke ada part kena lompatkan? Kitaorang pun duk tarik-tarik remote tu sekali, sampai terangkat console game tu konon nak bagi Mario tu lompat setinggi yang mungkin. Bila duk teringat balik, macam kelakar pun ada masa tu.

Apa yang Marina suka main game dalam pc sediada dan tv video game, Marina cari balik dalam Solitaire.org ni. Memang ada ye game-game yang Marina minat main kat dalam website Solitaire.org ni seperti Spider Solitaire, Klondike Solitaire dan Zuma Ball. Lepas ni banyaklah pilihan game yang Marina boleh main waktu lunch di office nanti. Yang pastinya Marina akan cuba game di Solitaire.org untuk game yang Marina tak pernah main.

Apabila main game online di Solitaire.org ni, bukan setakat dapat releasekan tension sahaja, Marina juga dapat mengasah otak ni untuk berfikir menyelesaikan masalah, skil menyusun strategi, menajamkan penglihatan dan minda serta dapat menambah ilmu pengetahuan. Takdelah otak tu jammed dengan kerja hakiki je kan. 

So, korang yang nak releasekan tension atau tak tau nak buat apa, nak mengisi masa lapang, bolehlah main pc game online ni di Solitaire.org. Marina mintak maaf awal-awal if dah buat korang ketagih main pc game. Hahaha. 



Post a Comment

2 Comments

  1. Rasanya senang bisa bermain game di solitaire. Game lama masih ada di sana. Saya sudah coba dan memang seru.

    Salam kenal kakak. Saya blogger dari Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Nostalgia betul.

      Salam kenal jugak dari Malaysia :)

      Delete