Pelancaran Kempen Bulan Taksir Zakat oleh LZS

Pelancaran Kempen Bulan Taksir Zakat oleh LZS | Nak bayar zakat tapi tak tahu jumlah yang perlu dibayar? Seperti yang sedia maklum jumlah zakat fitrah telah ditentukan mengikut harga beras yang dimakan. Zakat yang Marina maksudkan di sini adalah zakat harta. Korang tahu tak berapa jumlah zakat harta yang perlu korang bayar? Tak pastikan? Oleh itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan kempen "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu" sempena Bulan Taksir Zakat (BTZ) untuk memudahkan korang membuat kiraan terlebih dahulu jumlah zakat yang perlu dibayar. Takdelah nanti bila tiba masanya untuk membayar zakat, korang ada masalah untuk membayarnya.

Bulan taksir zakat



Jenis-jenis Zakat

Zakat terbahagi kepada 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta. 

Zakat fitrah adalah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat ini yang biasa korang sendiri atau suami bayar masa bulan Ramadhan tu. Jumlah bayaran telah ditentukan mengikut harga beras yang korang makan. 

Manakala zakat harta pula merupakan zakat yang mencakup hasil yang terdiri daripada zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat KWSP, zakat Emas & Perak, zakat Takaful, Zakat Padi dan Qada Zakat. Di sinilah keperluan untuk korang taksir zakat bagi mengetahui jumlah zakat yang perlu dibayar. 


Cara-cara Taksir Zakat

Bagaimana cara nak taksir zakat? Korang boleh ke cawangan LZS yang berdekatan atau nak lagi mudah, korang boleh ke laman web Lembaga Zakat Selangor dan buat kiraan di situ. Di laman web ini juga korang boleh buat semakan permohonan, semak rekod terdahulu atau membuat bayaran secara online sahaja. 

Selain di website, korang juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh LZS untuk mentaksir zakat iaitu dengan memuat turun aplikasi Zakat Selangor di App Store atau Play Store.


Taksir zakat



Menang Hadiah di Kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)!

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) bermula pada 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022.

Sempena Bulan Taksir Zakat, pihak LZS mengadakan kempen Jom Taksir Zakat. Bila korang dah buat taksiran secara online, korang boleh menebus baucar KFC sebanyak RM5 selagi stok masih ada. Ini baru taksir tau belum bayar zakat lagi. 

Selepas korang dah taksir dan dah bayar zakat, secara automatik korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperti Yamaha Lagenda 115Z FI, Nintendo Switch OLED, Garmin Smart Watch dan 10 buah Galaxy Tab A8.


Taksir dan Bayar Zakat di Elektronik Zakat Online (EZO) dan Menangi Baucar KFC dan Pelbagai Hadiah Menarik!

Korang berpeluang dapat baucar KFC dan memenangi pelbagai hadiah menarik apabila korang membuat taksiran dan membayar zakat pendapatan secara online. Cara-cara memenangi pelbagai hadiah menarik, korang boleh ke link ini http://jom.zakatselangor.com.my atau muat turun aplikasi Zakat Selangor di telefon Iphone atau android korang. 

# Langkah 1 - Muat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store di telefon pintar,

# Langkah 2 - Daftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan log masuk ke akaun.

# Langkah 3 - Pilih menu Taksir yang membolehkan korang membuat taksiran jenis-jenis zakat harta dan simpan taksir zakat.

# Langkah 4 - Lengkapkan semua maklumat dan kemudian tekan 'Taksir Zakat' dan ‘Jumlah Zakat Setahun’ akan dipaparkan.

# Langkah 5 - Tekan ‘Simpan Taksir Zakat’ untuk buat rujukan masa nak bayar nanti. Bila-bila masa boleh rujuk balik rekod taksiran korang.

# Langkah 6 - Tebus baucar di cawangan LZS berhampiran berserta bukti taksiran. *Selagi stok masih ada.


Taksir zakat

Taksir Zakat


Pengurusan Agihan Zakat oleh LZS

LZS telah mempunyai Skuad Jejak Kemiskinan yang bertanggungjawab turun padang bagi membuat bancian dan siasatan fakir miskin di seluruh Selangor.

Skuad Jejak Kemiskinan ini biasanya bekerjasama dengan jawatankuasa penduduk kampung/taman perumahan/flat PPR, rakan-rakan Facebook dan orang ramai untuk sama-sama turun mencari asnaf sama ada di kampung ataupun di kawasan bandar. 

Bagi pengurusan agihan zakat, LZS berpandukan kepada Al-Quran di mana 8 golongan ini untuk menerima wang zakat iaitu :
• Fakir
• Miskin
• Amil
• Muallaf
• Gharimin
• Riqab 
• Fisabilillah 
• Ibnu sabil

LZS sentiasa berkongsi aktiviti menziarahi dan menyantuni golongan asnaf di Selangor di media sosial mereka seperti menyantuni rumah asnaf fakir miskin, asnaf yang terlantar sakit, berbuka puasa bersama asnaf, masyarakat yang terkesan banjir dan pelbagai lagi program kemasyarakatan. 

Korang boleh mengikuti media sosial LZS sama ada di Facebook, Twitter dan Instagram bagi mendapatkan maklumat terkini tentang agihan zakat.

Zakat pendapatan





Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu 

Jom taksir zakat dan sempurnakan zakatmu! Semoga zakat yang dihulurkan dapat membantu mereka yang memerlukan. Makluman lanjut atau korang memerlukan bantuan dari pihak LZS, korang boleh hubungi mereka di platform berikut :




Post a Comment

10 Comments

  1. Dah ada aplikasi begini, sememangnya makin mudah untuk menunaikan tanggungjawab kan. Jangan buat-buat lupa gitew

    ReplyDelete
  2. Thanks so much for sharing this info here. Absolutely good info for all Muslims especially for zakat duty. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Bagus lembaga zakat buat macam ni. Dapat kita tau berapa zakat harta kita perlu buat. Mendidik masyarakat untuk membayar zakat harta

    ReplyDelete
  4. UN suka berzakat dengan LZS, pernah sekali tu LHDN kaunter back bayaran zakat, kami senang je dpt penyata dr web LZS. kiranya memang mudah la nak berurusan dengan LZS.

    ReplyDelete
  5. good job to Lembaga Zakat Selangor, the promotion will make all ppl pay zakat

    ReplyDelete
  6. Great work by the Lembaga Zakat this information is surely useful for Muslims.

    ReplyDelete
  7. wah terbaik tentang kupasan mengenai zakat.. kita perlu lebih cakna tentang ini kan

    ReplyDelete
  8. Bagus program yang dilaksanakan oleh Zakat Selangor.. masih banyak kesedaran perlu diterapkan dalam masyarakat umumnya..

    ReplyDelete
  9. Ramai yang sambil lewa bab zakat ni..Great sharing..at least ramai lg org boleh tahu bab zakat ni

    ReplyDelete