Makeup Tahan Lama Seharian Dengan SLAÉ Cosmetics

Makeup Tahan Lama Seharian Dengan SLAÉ Cosmetics | Marina jarang bermakeup kalau bekerja di dalam pejabat. Biasanya Marina pakai makeup kalau ada jemputan ke majlis, kerja luar atau menghadiri mesyuarat. Kalau kerja di luar pejabat tahulahkan keadaannya macam mana? Kulit muka kita akan terdedah kepada cahaya matahari atau hujan. Masa  berjam-jam yang dihabiskan untuk makeup sebelum keluar rumah tu bazir begitu saja. Makeup tak tahan lama dan jadi bercapuk bila terdedah kepada cahaya matahari atau hujan. Di sini Marina nak kongsikan pengalaman Marina menggunakan SLAÉ Cosmetics semasa menghadiri mesyuarat di Penang.





Foundation Menjadikan Kulit Berminyak?

Foundation dari SLAÉ Cosmetics ke yang menjadikan kulit muka Marina berminyak? Eh tak. Bukan. Jap Marina cerita pengalaman Marina dengan foundation yang Marina pernah guna sebelum ni. 

Marina bukanlah orang yang jenis bermakeup. Marina akan mengenakan makeup untuk program yang tertentu sahaja. Tujuan Marina beli foundation adalah untuk menutup parut dan muka Marina yang tak licin ni. Bila pakai foundation, muka terus jadi flawless. Tapi tu la, nak beli foundation pun bukan semuanya sesuai dengan kulit muka kita, kan? 

Marina kalau beli foundation, Marina main beli je. Bukan foundation je, produk makeup lain pun, Marina beli main redah je. Berbalik pasal beli foundation, dahlah foundationnya ada bermacam-macam code. Nak pilih warna yang sesuai dengan kulit muka pun agak susah. Korang tahu tak, foundation yang Marina pernah beli sebelum ni, ada yang tercerah sangat dan pernah juga tergelap dari warna kulit muka. Bila beli yang murah, foundationnya berbau tak best. Ada jugak bila pakai foundation, muka Marina jadi panas dan rasa tak selesa. Bila terdedah kepada cahaya matahari atau hujan, makeup jadi bercapuk. Inilah pengalaman Marina yang sebenar yang pernah Marina hadap dulu. 


Diperkenalkan Dengan Produk SLAÉ Cosmetics! 

Marina kenal SLAÉ Cosmetics ni apabila ternampak posting di Instagram lalu di feed Marina. Pada awalnya, Marina suka tengok video wanita mengenakan mascara. Macam senang je dia guna mascara SLAÉ Cosmetics. 

Kemudian, Marina mula melihat produk lain di Instagram SLAÉ Cosmetics. Marina tertarik dengan finishing foundation SLAÉ Cosmetics ni. Akhirnya, Marina teracun juga menggunakan makeup SLAÉ Cosmetics!





Makeup Dengan SLAÉ Cosmetics ke Mesyuarat

Biasanya memang Marina kunci jam pukul 5 pagi, tapi bila jam bunyi, Marina tutup dan tidur semula beberapa minit. Hahaha. Tapi hari yang Marina nak bermesyuaratlah pun nak terlewatnya. Kelam kabut Marina bersiap sebab dah janji dengan kawan pejabat nak jumpa kat satu tempat sebelum ke Penang.  

Marina ke Penang tumpang kereta kawan sepejabat. Dah makin berumur ni malas pulak nak bawak kereta. Kiteorang berjanji jumpa kat satu tempat dan Marina tinggalkan kereta Marina di situ. Semasa menuju ke situ, waktu lampu trafik sedang merah, Marina sempat memakai foundation dan mengenakan lipmatte. 

Sesampai je di tempat perjumpaan, Marina naik sekali dengan kawan pejabat. Semasa kawan berhenti untuk isi minyak, Marina sempat pulak sapu dengan compact powder. Nak nampakkan muka nampak natural.  

Rutin Marina apabila bermakeup, Marina akan sapukan cushion foundation terlebih dahulu. Marina suka cushion foundation SLAÉ Cosmetics code Coco Beige sebab muka tak terlampau putih. Foundationnya full coverage yang mampu menutup parut Marina ni dan menjadikan kulit muka nampak flawless. Selepas sapu foundation, Marina sapu pula compact powder. Muka Marina nampak macam berminyak bila pakai foundation. Tapi muka tak berminyak tau. Makanya, nak buatkan muka tak nampak berminyak, Marina sapu pula compact powder SLAÉ Cosmetics. Seterusnya, Marina sapu liquid lipmatte SLAÉ Cosmetics untuk bibir. 

Ye, tempat Marina bermesyuarat adalah di kawasan loji sebab pejabat di Penang berada dalam kawasan loji. Cuaca boleh tahan panas juga kat sini. 






Balik Dari Penang Makeup Masih Kekal dan Tahan Lama

Nampak tak perbezaan muka Marina kat bawah ni? Takde beza? Memang takde pun! Hahaha. Walaupun dah balik dari Penang, berpanas dan duduk di dalam bilik berhawa dingin di pejabat di Penang, makeup Marina masih maintain lawa ye. Muka tak berminyak dan makeup tak bercapuk pun. 

Disebabkan Marina bersiap ke mesyuarat menggunakan SLAÉ Cosmetics cepat dan makeup ni tahan lama walaupun di bawah terik matahari, sesuailah jadikan SLAÉ Cosmetics ni 'The Makeup For Work!'


Kalau korang nak jugak makeup korang tahan lama seharian, gunalah SLAÉ Cosmetics. Makluman lanjut mengenai SLAÉ Cosmetics, korang boleh hubungi diorang di sosial media :

Instagram : SLAE HQ 
Facebook : SLAE HQ



Post a Comment

1 Comments