Makeup Simple Dan Pantas ke Pejabat Dengan SLAÉ Cosmetics

Makeup Simple Dan Pantas ke Pejabat  Dengan SLAÉ Cosmetics | Ini first time Marina review tentang kosmetik di blog sebabnya Marina pergi kerja tak makeup ye. Bedak pun tak pakai. Malas dan mengambil masa yang lama nak bersiap, jadinya Marina lupakan jelah hasrat nak bermakeup ke pejabat. Teruk beno perangai kan? Yelah, kerja di sebalik tabir ni bukannya menghadap orang ramai kan. Takdelah beria-ria nak makeup bagai. Tapi disebabkan SLAÉ Cosmetics kata produknya dapat merawat kulit muka dan boleh makeup dengan pantas, Marina sharelah dengan korang pasal SLAÉ Cosmetics ni. Mana tahu boleh bantu korang membuat pilihan produk kosmetik yang kena dengan taste korang dan bolehlah korang makeup dengan pantas sebelum ke pejabat. Apa yang penting SLAE Cosmetics ni Halal dan Mesra Wuduk. BUAT pembaca blog Marina, ada berita gembira untuk korang. Sila baca dengan tekun. 

SLAE Cosmetics




Founder SLAÉ Cosmetics

Founder SLAÉ Cosmetics iaitu Datin Dr. Nik Sarina Hashim, merupakan bekas peguam. Beliau menjadi seorang usahawan e-dagang dan kini telah menceburi dunia kosmetik kerana beliau sentiasa meminati pada kecantikan. Pengalamannya dalam pengedaran produk tempatan melalui e-dagang dan peruncitan mencetuskan keinginan untuk memiliki jenama kosmetik sendiri yang mampu membawa mesej positif kepada wanita di luar sana, khususnya kepada wanita muda bandar yang mungkin menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

“If a woman has confidence in her appearance and knowledge, then she can achieve whatever she aspires to be” – Datin Nik Sarina

Founder SLAE Cosmetics

SLAÉ Cosmetics

SLAÉ adalah jenama tempatan yang komited untuk memperkasakan wanita bekerjaya dan sibuk, 100% berinspirasikan alam semula jadi dan bebas kekejaman! Ianya selamat dan baik untuk kulit korang. SLAÉ Cosmetics :
• Mempunyai sijil halal dari JAKIM.
• Mesra wuduk.
• Mengandungi kandungan yang mampu merawat wajah.
• Jenama rangkaian kosmetik dengan warna menakjubkan.
• Diperbuat daripada bahan-bahan yang diperoleh secara semula jadi dan formulasi selamat.
• Menawarkan produk solekan untuk muka, bibir dan mata yang menggabungkan kebaikan bahan semula jadi melalui Teknologi Ultra-Colour-Natural untuk memberikan warna berpigmen yang kaya dengan keamatan dan ketahanan yang tinggi.
• Memberikan solekan yang bergaya dan bertenaga dengan formulasi Care4You yang BEBAS daripada Paraben, Alkohol, Minyak Mineral dan Pewangi.

SLAE Cosmetics




Rangkaian Produk SLAÉ Cosmetics :

SLAÉ Cosmetics menawarkan produk solekan untuk muka, bibir dan mata. Produk SLAÉ Cosmetics :

Bare & Boujee Compact Powder

• Dirumus dengan Silika Sfera dengan fungsi menyerap minyak.
• Mempunyai 3 tona warna iaitu Light Beige, Natural Beige dan Coco Beige. 
• Harga RM44.90


Bare & Boujee Cushion Foundation

• Sesuai digunakan oleh pelbagai jenis kulit, walaupun kulit sensitif.
Mengandungi pegaga yang mampu merawat sambil mencantikkan kulit muka.
• Tidak bercapuk jika berpeluh. 
• Mengandungi SPF 50 PA++ yang dapat melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB. 
HOT SELLING sebab pakai formula Korea.
• Mempunyai 3 tona warna iaitu Light Beige, Natural Beige dan Coco Beige. 
• Harga RM68.90


Bare & Boujee Matte Liquid Foundation

• Menyerap minyak.
• Mempunyai 4 tona warna iaitu Light Beige, Natural Beige, Coco Beige dan Light Tan.
• Harga RM49.90


Bare & Boujee Two Way Cake

• Dirumus dengan bahan aktif pencerah semulajadi Bentonite Clay & Desert Date Oil.
• Powder berprestasi tinggi yang mempunyai mikrosfera silika halus dengan sifat menyerap minyak.
• Mempunyai 3 tona warna iaitu Light Beige, Natural Beige dan Coco Beige.
• Harga RM45.90


Bloom This Way Creamy Matte Lipstik

• Kemasan matte moden yang cantik.
• Dengan Teknologi Ultra-Colour-Natural yang unik, ia menjadi ringan.
• Mempunyai 7 warna iaitu  Pretty Lily, Dahlia Delight, Brown Orchid, Sweet Pea, Pink Carnation, Plum Peony.
• Harga RM29.90


Bloom This Way Powder Matte Lipstik

• Kemasan matte berkrim serbuk mewah yang ringan. 
• Dirumus dengan resin elastomer, ia mempunyai daya tahan yang baik, serta rintangan air dan pemindahan.
• Mempunyai 6 warna iaitu  Classy Camelia, Dusty Peony, Coral Daisy, Sakura Blossom, Pink Tulip, Rosy Red.
• Harga RM29.90


Summer Kiss Liquid Lipmatte

• Mengandungi minyak evening primrose digabungkan dengan teknologi inovatif untuk melembapkan bibir dengan warna yang sangat pekat sambil kalis pemindahan.
• Mempunyai 6 warna iaitu  Sandy beach, Suntanned, Strawberry colada, Tropical Pink, Sea Coral, Hot Babe.
• Harga RM33.90


PhenoMATTEna Lip Crayon

• Krayon bibir dirumus unik yang menakjubkan ini dapatkan mengekalkan kelembapan bibir dan terhidrat sepanjang hari.
• Teksturnya sangat ringan dan berkrim.
• Mempunyai 4 warna iaitu Caramel Dreamer, Natural Trendsetter, Berry Optimist dan Ambitious Cherry.
• Harga RM35.90


Feline Triple Threat Mascara - Black

• Berus kecil membantu dengan penggunaan maskara bulu mata atas dan bawah yang tepat.
• Bulu mata lebat dan lentik dengan hanya sapuan mudah.
• Maskara dengan formula berpigmen tinggi.
• Harga RM38.90


Feline Liquid Eye Liner - Black

• Mencapai kesempurnaan mata dengan pelepasan warna pekat serta-merta, kalis comot dan celak memakai keselesaan tinggi.
• Hujung micro-felt yang halus dan fleksibel.
• Harga RM32.90


Feline Microblade Eyebrow Liner

• Brow marker berhujung ultra-halus.
• Warna tidak berganjak, berpindah atau bercapuk.
• Mempunyai 2 warna iaitu Black Brown dan Brown.
• Harga RM33.90


Sunny Glow 3-in-1 Blush Pallete

• Palet ini menggabungkan kebaikan bahan semula jadi melalui Teknologi Ultra-Colour-Natural untuk memberikan liputan bercahaya dengan 100% mentega tumbuh-tumbuhan dan Vitamin E untuk melembapkan kulit sepanjang hari.
• Mempunyai 3 warna iaitu Pink Sunrise, Coral Sunset dan Terracotta Glow
• Harga RM38.90

SLAE Cosmetics


Review Marina Menggunakan Produk SLAÉ Cosmetics

Bila Marina dah try makeup dengan SLAÉ Cosmetics, eh macam tersuka pulak dengan finishing dia. Jadi perempuan cantik pulakkan. Nak cuci balik makeup SLAÉ Cosmetics ni pun senang. Marina guna 2 helai wipe je untuk buang makeup dia. Ini item yang Marina guna masa mencantikkan muka yang banyak jerawat dan kusam ni.  Langkah-langkah makeup ni Marina main bedal je. Nak kongsi tips dan tutorial makeup, Marina bukannya pandai. Walaubagaimanapun, sis cuba juga makeup untuk tatapan korang ye. Hehehe.


#1 Bare & Boujee Liquid Foundation 

Disebabkan warna kulit Marina biasa-biasa je, so Marina pakai liquid foundation warna Natural Beige. Liquid foundation ni boleh dijadikan sebagai concealer jugak. Marina sapu bawah mata sebab bawah mata Marina ada lingkaran gelap. Abaikan eyebag sis yang berkilo tu ye. Hahaha.
 
produk kosmetik halal


#2 Bare & Boujee Cushion Foundation 

Cushion foundation Marina ni warna Coco Beige. Marina sapukan keseluruhan pada seluruh wajah. Serius flawless gitu. Segala parut tak nampak. Sapuan dia terasa lembut sangat pada wajah. Suka giler Marina dengan cushion foundation dia. Ringan di muka, muka tak panas dan tak rasa berminyak langsung. Ada sesetengah foundation akan ada bau yang tak menyenangkan tapi SLAÉ Cosmetics takde bau yang pelik-pelik eh. Lagi satu yang bestnya, cushion foundationnya mampu merawat kulit muka korang sebab kandungannya mengandungi daun pegaga, siap ada SPF lagi.  

Makeup Malaysia


#3 Bloom This Way Powder Matte Lipstick 

Bila Marina guna Powder Matte Lipstick ni, terasa macam pakai bedak je. Suka sebab lembut je bila sapu kat bibir. Marina jadikan jugak sebagai blusher dan eyeshadow. Sapu guna jari je. Warna yang Marina pakai ni adalah Sakura Blossom. Cantikkan warna dia. Bibir Marina yang sedikit gelap ni dapat diselindungi dengan lipstick ni. Yang bestnya lipsticknya tak melekat di mask, cawan atau straw ye. 

SLAE Cosmetics


#4 Summerkiss Liquid Lipmatte 

Marina cuba pakai Summerkiss Liquid Lipmatte dia. Warna dia berkilau berbanding powder matte lipstick. Nampak bibir basah gitu. Warna yang Marina pakai adalah Tropical Pink. Sama seperti powder matte lipsticknya, lipmatte ni tak melekat pada mask, cawan atau straw dan bibir Marina yang hitam ni juga dah tak nampak. Bolehlah korang minum dan pakai mask dengan tenang.

SLAE


Bare & Boujee Compact Powder 

Setelah siap makeup, Marina pakai pula compact powder warna Natural Beige pada seluruh wajah untuk menampakkan makeup tu nampak natural. Marina suka makeup yang natural look. Nampak macam tak makeup tapi muka still nampak berseri, kan?



Feline Triple Threat Mascara

Jujur cakap, Marina dan mascara ni takde jodoh. Kalau pakai mesti comot. Masa nak pakai Feline Triple Threat Mascara ni pun comot jugak sebab Marina duk kepit-kepit bulu mata nak bagi bulu mata ni lagi lentik yang dah sedia melentik. Hehehe. Tapi disebabkan ianya mesra wuduk, so takde masalah Marina lap sikit, mudah je tanggal mascaranya. Dahlah tak smudged kalau kena air. Marina puas hati dapat bulu mata yang lentik guna mascara dari SLAÉ Cosmetics ni dan senang nak apply kat lower lash. Pada yang nak melebatkan dan memanjangkan bulu mata, sila dapatkan mascara ni ye.

Kosmetik mesra wuduk

kosmetik mesra wuduk




Dapatkan SPECIAL DISCOUNT Dari SLAÉ Cosmetics!

Berita gembira kepada korang yang baca dengan tekun. Korang yang berminat nak dapatkan rangkaian produk SLAÉ Cosmetics, korang boleh guna kod diskaun Marina ni masa korang order. Korang boleh order di website atau di Shopee SLAÉ Cosmetics :

Website : SLAE
[Coupon Code for 10% OFF : Marina]
[First Time Purchase, will get extra 15%!]

Shopee : SLAE HQ 
[Coupon Code for 10% OFF :  SLAEMar]



Makeup Tips and Hacks Dari SLAÉ Cosmetics!

Pada korang yang berminat pada makeup dan nak belajar lagi mengenai SLAÉ Cosmetics, mendapatkan tips dan hacks mengenai makeup serta pelbagai offers, korang boleh ke media sosial SLAÉ Cosmetics. Macam-macam diorang kongsi di sana :

Instagram : SLAE HQ 
Facebook : SLAE HQ


Kalau korang nak jadi yang TERAWAL untuk dapat tahu mengenai SLAE's OFFERS, DISCOUNT, FREE GIFT, CONTEST, GIVEAWAY dan pelbagai lagi, korang boleh join Telegram Channel #SLAEBabe 

Korang juga boleh berhubung dengan SLAE's BEAUTY CONSULTANT untuk membantu korang untuk memilih warna yang sesuai dengan kulit korang, di Whatsapp : SLAE's team 

Malaysia Cosmetics




Post a Comment

11 Comments

  1. This is the first time I heard to Slae Cosmetic. The founder is so beautiful. This is a great cosmetic box. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Great product..kita pun jenis tak suka heavy makeup..suka simple je. Kalau mcm ni sesuai sgt la

    ReplyDelete
  3. wow complete set, i like their lipcolor and mascara look so good.

    ReplyDelete
  4. Wah founder dia dr ke. Bagusnya untukmerawat kulit juga. Suka makeup macam ni. Nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  5. Saya xsuka juga make up ni selalu lepas rutin skincare terus sapu bedak je. Lepas ni boleh try set Slae cosmetic ni, nampak bagus juga produk dia 😊

    ReplyDelete
  6. cantek marina lps mekap.. nampak berbeza.. lebih berseri-seri.. suka tgk

    ReplyDelete
  7. This is a great set for OL like me who puts on makeup everyday plus price is really affordable too

    ReplyDelete
  8. Kak pun pakai produk SLAÉ Cosmetics :ni mmg bagus dan sesuai dgn kak

    ReplyDelete
  9. Banyak juga choice available under this SLAE Cosmetics brand kan.. Good choice sebab nampak natural and simple jer. boleh recommend kat my friends juga la kan..

    ReplyDelete