MB Johor Merasmikan IDRISSI International School di EduCity, Iskandar Puteri

MB Johor Merasmikan IDRISSI International School di EduCity, Iskandar Puteri | Pada hari Sabtu, 23 Julai yang lepas, Marina berpeluang turut serta menghadiri ke perasmian salah sebuah International School di Malaysia iaitu IDRISSI International School di Iskandar Puteri. Perasmian IDRISSI Educity ini dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi di Iskandar Puteri. Menjadikan bandaraya itu sebagai sebuah komuniti lestari merupakan hasrat beliau.  Sehubungan itu, beliau juga merakamkan penghargaannya terhadap pihak Sekolah Antarabangsa IDRISSI kerana membawakan sekolah berkonsepkan eko-pendidikan dan kelestarian alam sekitar di Johor. 

Setelah mencipta nama melalui kampus pertamanya yang berlokasi di Setia Alam, Selangor, Sekolah Antarabangsa IDRISSI bersedia untuk berkembang dengan cawangan baharu di Iskandar Puteri, Johor bermula September 2022 ini. Bermatlamat menyediakan pengalaman berkonsepkan eko-pendidikan bertaraf lima bintang dengan pembinaan sahsiah di kalangan kanak-kanak dan remaja, pelancaran yang ditunggu-tunggu ini menandakan kejayaan Sekolah Antarabangsa IDRISSI sebagai salah satu penyedia utama pendidikan swasta antarabangsa yang dibuka kepada negara-negara jiran berhampiran Johor seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. 








Kesedaran Terhadap Alam Sekitar Pada Usia Muda Mampu Menjadikan Mereka Seorang Insan Dan Khalifah yang Sebenarnya! - MB Johor

Bagi melaksanakan aspirasi ini, Sekolah Antarabangsa IDRISSI berhasrat untuk menyediakan kawasan aktiviti pendidikan kelestarian untuk pemeliharaan kambing, arnab, ikan, kucing dan kura-kura di mana para pelajar diberi tanggungjawab untuk menjaga dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan tersebut. Tanaman dan pokok-pokok di sekeliling kampus juga akan ditanam sendiri oleh para pelajar. 



"Sebagai sebuah sekolah berkonsepkan eko-islamik, saya yakin bahawa para pelajar akan dibimbing untuk mempunyai rasa penghargaan lebih besar terhadap alam sekitar dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan yang baik. Kesedaran pada usia muda mampu menjadikan mereka seorang insan dan khalifah yang sebenarnya," menurut Menteri Besar Johor itu. 

Beliau juga berkata, "Sekolah Antarabangsa IDRISSI berpotensi untuk melahirkan bakat-bakat yang mampu untuk mengetuai usaha-usaha dalam pelan pembangunan mampan di Johor. Dalam pada kami merancang dan mengkonseptualisasikan kemajuan yang ideal di negeri ini, kami perlu mengambil kira tentang pihak-pihak yang bakal meneruskan visi dalam pembangunan yang seimbang, di mana kepentingan untuk memelihara alam persekitaran harus diletakkan di tempat yang sepatutnya."

Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, kerajaan negeri Johor juga amat cakna tentang keperluan pendidikan di pelbagai peringkat masyarakat. Menurut beliau, baru-baru ini, telah diumumkan bantuan khas untuk menaiktaraf bilik guru di semua sekolah yang berdaftar di Johor. Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk melahirkan lebih ramai pemimpin generasi baharu untuk memacu Johor sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing pada masa akan datang. 




Pelajar akan Merasai Sendiri Pengalaman Sebenar Konsep 'Farm-to-Table'! - Mustafa Shemmari

Sebagai sokongan pada komuniti di sekitar Iskandar Puteri, sejak awal tahun ini, IDRISSI juga telah menawarkan program pengukuhan pembelajaran untuk pelajar berusia enam hingga lapan tahun untuk matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Ini terutamanya bagi membantu pelajar-pelajar yang agak ketinggalan kesan dari penutupan sekolah ketika pandemik yang lalu. 




"Pelajar-pelajar ini turut sama teruja dan menghitung hari tentang pembukaan rasmi sekolah. Mereka bercakap mengenainya hampir setiap hari dan kebanyakan mereka suka hadir ke sekolah walaupun pada hujung minggu kerana mereka benar-benar berminat untuk belajar di sini. Melihat dan mendengar keghairahan mereka, kami tidak sabar untuk mengalu-alukan lebih ramai pelajar untuk mengalami sendiri pembelajaran di IDRISSI pada September ini," kata Mustafa Shemmari, Ketua Akademik di IDRISSI. 
 


Katanya lagi, "pihak sekolah bersyukur dan berbangga kerana mempunyai para pendidik yang berpengalaman dan berkelayakan tinggi di semua peringkat iaitu prasekolah, rendah dan menengah. Beliau turut teruja dengan rancangan untuk menanam pelbagai jenis tanaman yang boleh didapati dengan mudah di dalam kawasan sekolah, di mana pelajar akan merasai sendiri pengalaman sebenar konsep 'farm-to-table' (dari ladang ke meja makan) di sekolah."
 

"Berdasarkan prinsip yang sama, saya percaya kampus ini juga akan dapat meneruskan budayanya yang bersifat kekeluargaan di samping memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal). Pihak sekolah sentiasa memberi sokongan penuh kepada golongan kanak-kanak dan remaja untuk menjadi pembawa perubahan dalam membina masa depan yang lebih baik dan mampan," kata Julie Wong, Ketua Pegawai Eksekutif GAINS Education Group. 
 

Asrama dan Kemudahan Bertaraf Dunia Disediakan di Kampus IDRISSI Iskandar Puteri, Educity



Ditubuhkan pada tahun 2022, Sekolah Antarabangsa IDRISSI Iskandar Puteri adalah sebuah institusi pendidikan antarabangsa yang baharu dibina di Johor. Dibina setelah mencipta nama melalui kampus pertamanya yang berlokasi di Setia Alam, Selangor, sekolah ini akan meneruskan penerapan pendidikan nilai-nilai murni dan kesedaran tentang alam sekitar di samping mengikuti silibus yang dirangka oleh Cambridge Assessment International Education (CAIE). Terletak di dalam kawasan Educity Iskandar Puteri dengan kemudahan bertaraf dunia, pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa IDRISSI akan mempunyai akses kepada komuniti berbilang budaya dan pengalaman, serta mempunyai pilihan untuk tinggal di asrama lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang terletak berhadapan dengan sekolah. 

Beribu pejabat di Setia Alam, Selangor dengan kapasiti penuh 550 pelajar, IDRISSI International Sdn Bhd telah mencipta rekod kejayaan yang terbukti dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi sejak penubuhannya sebagai anak syarikat di bawah GAINS Education Group Sdn Bhd, peneraju Pendidikan Swasta selama lebih 20 tahun. 





Majlis Perasmian IDRISSI International School Iskandar Puteri - Earthly Escape

Pelbagai program yang dijalankan semasa Majlis Perasmian IDRISSI International School Iskandar Puteri. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ishaq Hanis disusuli dengan ucapan dari Ketua Akademik sekolah Antarabangsa IDRISSI iaitu Encik Mustafa Shemmari. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi. Selepas itu, wakil pelajar IDRISSI dari Setia Alam telah mendeklamasikan sajak bertajuk "I'll Hold You Tight" yang ditulis sendiri oleh mereka. 




Seterusnya, IDRISSI International School dirasmikan oleh MB Johor dengan menandatangani plat. Selepas sesi menandatangani, MB Johor dibawa melawat dalam kawasan sekolah. 

Ini merupakan pengalaman pertama Marina masuk ke dalam sekolah antarabangsa. Marina sangat kagum dengan kemudahan yang disediakan di sini antaranya makmal sains, makmal komputer, makmal robotik, petting farm, dewan auditorium, perpustakaan dan pelbagai lagi. Dah macam universiti. Dengan cara pengajaran dan layanan cikgu sekolah serta aktiviti pembelajaran yang disediakan di sini, membuatkan para pelajar berasa selesa dan seronok berada di sekolah. 

Pada sebelah petang pula, Hari Terbuka IDRISSI EduCity diadakan untuk ibu bapa yang berminat untuk melawat dan mendaftar anak di IDRISSI.



Daftar Sesi Persekolahan untuk Kemasukan September 2022 Sekarang! 

Sekolah Antarabangsa IDRISSI telah diiktiraf dengan penarafan lima bintang untuk Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Pada korang yang berminat nak masukkan anak-anak ke IDRISSI International School ini, korang boleh daftar sekarang! Pendaftaran bagi Sekolah Antarabangsa IDRISSI telah dibuka untuk sesi persekolahan yang akan bermula pada September tahun ini. 

Makluman lanjut mengenai pendaftaran atau IDRISSI International School, korang boleh rujuk website mereka.


▪ GAINS Education Group 

▪ Idrissi School







Post a Comment

6 Comments

  1. bagus ni international school. makin bekembang

    ReplyDelete
  2. bagusnya konsep eko islamik tu

    ReplyDelete
  3. Anak juju sekolah private sekolah rendah, kalau diteliti dari segi kemudahan yg disediakan disekolah ni nampak selesa dan seolah² pre universiti saat mula lagi. Vibes ditanam seawal mcm ni bagus.

    ReplyDelete
  4. Ohh wow.... absolutely a good news to all school kids in Johor, this is really well equipped international school that parents would love to send their kids to. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete