Advertisement

GAINS Education Group Membawa Identiti Malaysia Ke Qatar

GAINS Education Group Membawa Identiti Malaysia Ke Qatar | Marina sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh GAINS Education Group Sdn Bhd kerana mereka telah berjaya memperkenalkan Malaysia di persada antarabangsa melalui pendidikan. Bukan suatu perkara yang mudah, tetapi mereka telah berjaya mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini terbukti apabila hasrat GAINS Education Group untuk membuka sekolah antarabangsa di sana yang seumpama seperti international school di Malaysia iaitu IDRISSI International School yang aktif beroperasi di Setia Alam, Selangor terlaksana dan sekolah itu dinamakan sebagai Malaysia-Qatar International School.

Pada 26 Februari yang lalu, Marina berpeluang menghadiri sesi temubual bersama Puan Zaliza Alias, Founder dan Pengarah Eksekutif, Puan Julie Wong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Puan Zetti Hana Ibrahim, Pengarah, daripada GAINS Education Group. Di dalam sesi temubual yang berlansung di Setia City Convention Centre itu, Marina sempat mengajukan beberapa soalan pada mereka mengenai Malaysia-Qatar International School dan IDRISSI International School di EduCity Iskandar Puteri, Johor. 

GAINS Education Group

Kerjasama Antara GAINS Education Group dan EduCity, Iskandar Puteri, Johor

Berikutan rancangan strategik untuk melebarkan sayapnya, GAINS kini membuka kampus baharunya iaitu Sekolah Antarabangsa IDRISSI di EduCity Iskandar Puteri, Johor dan sedang giat mencari peluang untuk menubuhkan rangkaian sekolah premium dalam tempoh lima tahun akan datang di seluruh dunia. 

Sebagai sebuah sekolah yang diiktiraf oleh Cambridge Assessment International Education dan memenangi anugerah 5 bintang untuk Anugerah Standard Kualiti bagi Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, banyak yang memberi tumpuan kepada IDRISSI. 

Kampus baharu Sekolah Antarabangsa IDRISSI yang terletak di Educity, Iskandar Puteri ini akan dibuka pada September 2022 bagi memenuhi pasaran di sebelah selatan Malaysia (Johor), Singapura dan juga Indonesia.

Berbeza daripada IDRISSI International School di Setia Alam, IDRISSI EduCity menyediakan EduCity Village iaitu seperti asrama kepada para pelajarnya yang tinggal jauh dari sekolah. Tidak seperti dorm asrama sekolah, EduCity Village menyediakan apartment dengan pelbagai kemudahan untuk memudahkan para pelajar yang menetap di situ seperti cafeteria, gelanggang basketball dan badminton, surau, kedai dan bermacam-macam lagi. Menurut Puan Julie Wong, pengambilan pelajar untuk menginap di asrama EduCity Village ini akan diambil untuk pelajar darjah 6 dan ke atas. 

Malaysia Qatar International School

Malaysia Qatar International School di Doha, Qatar Bercirikan Identiti Malaysia

Apabila ditanya, kenapa Qatar menjadi pilihan? Menurut Puan Zaliza Alias, budaya, keharmonian serta keunikan yang dilihat pada rakyat Malaysia telah menarik minat para pelabur di Qatar untuk membuka international school di sana. Pemilihan nama sekolah antarabangsa di Qatar juga diselitkan nama Malaysia untuk melambangkan identiti Malaysia yang akan diterapkan di sekolah ini. Tidak terhad kepada Qatar sahaja, Puan Zaliza Alias juga memperkenalkan IDRISSI International School ke beberapa negara lain seperti Mesir untuk memperluaskan lagi identiti Malaysia melalui pendidikan. 

Malaysia-Qatar International School, sekolah antarabangsa di Qatar yang akan menerapkan budaya Malaysia, adalah merupakan sekolah antarabangsa yang pertama yang akan dibina di Doha, Qatar sebagai aspirasi dengan matlamat Malaysia untuk menjadi pengeksport pendidikan keenam terbesar di dunia.

Sekolah Antarabangsa Malaysia-Qatar (MQIS) ini juga merupakan sebuah sekolah antarabangsa swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Qatar yang menyasarkan untuk membuka pendaftarannya untuk pelajar berumur 4 hingga 16 tahun daripada semua latar belakang dan kewarganegaraan bermula pada tahun 2023. 

GAINS, yang telah mencipta nama di barisan hadapan dalam sektor pendidikan melalui anak syarikat sedia ada, iaitu Genius Aulad, Sekolah Antarabangsa IDRISSI dan Sekolah Tinta, amat berbesar hati untuk menerima Malaysia-Qatar International School (MQIS) sebagai ahli keluarga baharu GAINS. Sekolah itu akan dilancarkan pada September 2023 dengan kos pembinaan kira-kira RM300Mil untuk menampung kapasiti 2,575 pelajar.

Matlamat MQIS adalah untuk mendidik pelajar kepada standard antarabangsa yang tertinggi, disamping memberi tumpuan utama kepada budaya Malaysia-Asia yang dihormati dan pendidikan berasaskan nilai yang baik yang mengamalkan persekitaran pembelajaran seperti di IDRISSI.


Pendekatan Berbeza untuk MQIS oleh Atmosphere Projects WLL

GAINS Education Group Sdn. Bhd. (GAINS), menawarkan pendidikan K-12 dan merupakan syarikat induk bagi Sekolah Antarabangsa IDRISSI, kini sedang berkembang ke peringkat global bersama Atmopshere Projects WLL, Qatar (Atmosphere), sebuah syarikat pembinaan dan kejuruteraan. Kerjasama ini merupakan inisiatif B2B sektor swasta untuk membina sekolah antarabangsa pertama dengan kurikulum British dan pendidikan berasaskan nilai Malaysia di Doha, ibu kota Qatar.

"Sememangnya ini adalah sejarah, bukan sahaja untuk GAINS malahan untuk Malaysia. Melalui pasukan anak syarikat kami, Sekolah Antarabangsa IDRISSI, kami telah bekerja keras untuk merealisasikannya," jelas Julie Wong, CEO GAINS.

Mempunyai latar belakang sebuah syarikat pembinaan yang berprestij, Atmosphere, mempunyai pengalaman membina salah sebuah rangkaian hotel terkenal di seluruh dunia, dijangka akan melaksanakan MQIS dengan pendekatan yang berbeza. MQIS akan menjadi kampus yang dibina khas dengan jumlah keluasan binaan kira-kira 19,700 meter persegi. Sekolah ini akan menyediakan padang bola sepak, kolam renang olimpik, dewan teater muzikal, perpustakaan, gym atau dewan serbaguna dan kelas pakar yang dilengkapi dengan teknologi pendidikan terkini.

"Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan GAINS yang begitu profesional dari awal sejak setahun yang lalu. Kerjasama sektor swasta dalam bidang pendidikan dan pembinaan pastinya merupakan kepentingan terbaik bagi kedua-dua pihak dalam mencapai pembangunan mampan melalui peningkatan pendidikan dan inovasi. Kami memang teruja!" kata Dato Maheran Mohd Salleh, Pengarah Projek Atmosphere Projek WLL, yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Qatar.

"Berada selama 20 tahun dalam sektor sekolah pendidikan swasta, dari francais Pendidikan Awal Kanak-Kanak hingga ke sekolah rendah, menengah dan antarabangsa, kami mencari rakan kongsi yang bersemangat seperti kami kerana pendidikan adalah misi terpenting untuk generasi akan datang," kata Puan Zaliza Alias, Founder dan Pengarah Eksekutif GAINS.


Zaliza Alias

Fakta Menarik Tentang Malaysia-Qatar International School

Malaysia-Qatar International School merupakan sekolah antarabangsa yang pertama dari Asia Tenggara, dibuka di Qatar. IDRISSI di bawah GAINS Education Group dipilih kerana ia merupakan salah sebuah sekolah antarabangsa yang terbaik di Malaysia. MQIS akan menggunakan Sukatan Pelajaran IGCSE, dengan nilai-nilai dari Malaysia-Asia.

Pembinaan itu akan mula dilaksanakan pada suku ke-2 tahun 2022. Majlis pecah tanah dijangka akan dilaksanakan pada separuh pertama tahun 2022. Ianya dijangka siap dan akan beroperasi pada September 2023.

Kos pembinaan MQIS adalah lebih kurang bernilai Qatari Rial 200-300Mil. Sekolah itu akan dibina sebanyak 2 kompleks untuk menempatkan seramai 2,575 pelajar dengan selesa. Jumlah kawasan binaan di situ adalah sekitar 19,700 meter persegi di atas tanah seluas lebih kurang 5 ekar.

Penubuhan Sekolah Antarabangsa Malaysia-Qatar, adalah inisiatif sektor swasta B2B, dalam aspirasi Wawasan Nasional Qatar 2030 untuk menjadi hub pendidikan bagi rantau ini, disamping memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara atau membuka perniagaan di Qatar. GAINS Education akan menjadi sekolah Malaysia yang pertama di Qatar.

GAINS Education Group berharap agar dapat terus berkembang di persada global disamping menguruskan sepenuhnya Sekolah Antarabangsa Malaysia-Qatar dan juga kampus baharu IDRISSI International School di EduCity Iskandar Puteri, Johor yang dibuka sekarang untuk pengambilan September 2022.

Menurut Puan Zaliza Alias, sekumpulan tenaga pengajar dari IDRISSI International School akan dibawa ke Qatar untuk MQIS dan mereka juga akan membuka peluang pekerjaan di MQIS untuk mencari tenaga pengajar di sekolah tersebut.

 

Tentang GAINS Education Group Sdn. Bhd.


GAINS Education Group Sdn Bhd ialah penyedia pendidikan K-12 terkemuka di Malaysia dengan pengalaman selama 20 tahun dalam memenuhi keperluan keluarga multinasional. Anak-anak syarikat GAINS iaitu Genius Aulad, Sekolah Antarabangsa IDRISSI, Sekolah Tinta dan tidak lama lagi, Genius Care telah giat berkhidmat dalam bidang pendidikan kebangsaan dan antarabangsa serta memupuk lebih 70,000 anak-anak muda di seluruh negara. 

Dengan pengalaman selama 20 tahun, GAINS diyakini akan terus menetapkan penanda aras dalam melahirkan watak dengan kecemerlangan akademik, nilai murni dan suara perubahan.



IDRISSI International School

Tentang Atmosphere Projects WLL

Atmosphere Projects WLL adalah merupakan syarikat pembinaan dengan penyelesaian kejuruteraan yang meluas, telah membawa kualiti dan nilai dalam semua pembinaannya. Syarikat ini memiliki pengalaman dalam senibina yang kukuh termasuklah bekerja dengan rangkaian hotel dan vila mewah yang terkenal, membina istana, tapak komersial, kolam renang Olimpik, taman awam dan banyak lagi. 

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Atmosphere Projects telah diiktiraf untuk teknologi dan piawaian prestasi yang tinggi, lengkap dengan keupayaan kejuruteraan yang boleh memanfaatkan dan memberi nilai kepada sebarang saiz projek.


Kenapa IDRISSI International School Menjadi Pilihan? 

Dulu, Marina ingatkan International School ini merupakan sekolah hanya untuk anak-anak foreigner yang menetap di Malaysia. Rupa-rupanya penduduk di Malaysia pun boleh je hantar anak-anak mereka di sekolah antarabangsa ini. 

Menurut Puan Zaliza Alias, pelajar di IDRISSI International School tidak terhad kepada pelajar luar negara yang menetap di Malaysia sahaja malahan penduduk Malaysia juga ramai yang menghantar anak-anak mereka di IDRISSI. Kenapa ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini memilih IDRISSI International School untuk persekolahan anak-anak mereka? 

Kebetulan, semasa Marina menghadiri sesi temubual tersebut, IDRISSI International School sedang menganjurkan pameran Golden Heritage of The World. Setiap tahun acara ini diadakan. Memandangkan pandemik Covid-19 melanda Malaysia, acara ini tertangguh. Apabila kerajaan membenarkan aktiviti persekolahan dijalankan semula, pelajar-pelajar ini begitu teruja dan bersemangat menunjukkan kreativiti mereka di pameran ini. 

Apa yang Marina nak sampaikan di sini adalah, di IDRISSI International School pembelajaran tidak hanya melalui buku teks sahaja. Pelbagai program yang dirancang oleh IDRISSI untuk mengajar pelajarnya supaya pembelajaran itu menjadi sesuatu yang menarik dan pelajar di sini mendapat ilmu serta pengalaman yang baru.  




Next entri Marina akan kongsikan pengalaman Marina ke Pameran Golden Heritage of The World yang amat menghiburkan. 

Pada korang yang berminat nak daftar anak-anak korang atau ingin mengetahui maklumat lebih terperinci mengenai GAINS Education Group dan IDRISSI International School, korang boleh ke website:

▪ GAINS Education Group 

▪ Idrissi School






Post a Comment

27 Comments

  1. wow.. bukan biasa2 ni.. tengok pada kos pembinaan pun boleh tau betapa gigihnya mereka..

    ReplyDelete
  2. hebat tu GAINS Education Group..bukan senang dpt peluang memperkenalkan Malaysia di persada antarabangsa melalui pendidikan..idrissi school tu dkt area umh

    ReplyDelete
  3. Wahh bagusnya! Tak macam sekolah biasa, pendekatan macam ni saya rasa lebih bersifat holistik dan menyeluruh. Hebat, GAINS Education Group!

    ReplyDelete
  4. Bagus ni demi pendidikan dan masa dpn anak2

    ReplyDelete
  5. Sekolah International ni bagsu tau, sebab banyak kemudahan yang disediakan. Pembelajaran pun mesti lagi bagus. Menarik bawa identiti Malaysia

    ReplyDelete
  6. Terbaiklah… Moga usaha ini Berjaya dan melahirkan warga yang cerdik, bijak untuk Malaysia

    ReplyDelete
  7. Hebat juga Gains Education Groups dan sudah pasti sgt bagus utk pendidikan anak anak

    ReplyDelete
  8. Bertuah anak-anak yang dapat sambung belajar di Qatar tu nanti.. bukan calang-calang pelajar tu.

    ReplyDelete
  9. Tahniah di atas pencapaian ini. Sememangnya satu kebanggaan buat Malaysia dan tahniah di atas kerja keras ini. Moga terus sukses

    ReplyDelete
  10. Nampak binaan menarik, cuma ramai je yang tak tahu ada international school ni. Apapun, semoga berjaya.

    ReplyDelete
  11. Kalau berkemampuan, pastinya sekolah sebegini menjadi pilihan.
    Prasarana yg disediakan menarik tapi lebih menarik mestilah silibus pendidikan yg disediakan.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..tahniah GAINS.. bangganya ada sekolah Malaysia di Qatar. kami sebagai tenaga pengajar sekolah antarabangsa doakan yang terbaik untuk GAINS education

    ReplyDelete
  13. Terbaik GAINS Education Group.utk masa dpn anaj2

    ReplyDelete
  14. Bagusnya ada macam2 pilihan pendidikan terbaik untuk generasi depan kita. Tahniah GAINS Education !

    ReplyDelete
  15. Seronok baca pasal internasional school... Kalau duit kepuk² hantar anak g situ dah... Hahaha

    ReplyDelete
  16. Setiap kali lalu depan idrissi international tu mesti berbunga je hati, seronok nampak sekolah dia kan. Terbaik pendidikan mereka

    ReplyDelete
  17. Wow! Berita baik buat Malaysia ni! Bukan calang2 ye since jadi the first in this region untuk bertapak di UAE ni. Proud of it and terbukti Malaysia masih mampu bersaing internationally 👍

    ReplyDelete
  18. It's great to see more schools being set up for our future generations, will read up more.

    ReplyDelete
  19. Bole tahan kos pembinaan dia.. Bagus pendidikan dgn silibus mcm nie..

    ReplyDelete
  20. wah menarik sehingga ke pringkat antarabangsa.. seronok bila tgk pendidikan boleh ke tempat yg lebih jauh

    ReplyDelete
  21. first time dengar nama Malaysia International School, memang yang pertama ya di Asia sekolah ni.

    ReplyDelete
  22. Wah di Johor ada Interntional School camni. Selalu kat KL je Ruby tau. Bagus dapat join pembelajaran begini sebab konsep sekolah ni berbeza dengan sekolah kebangsaan. Cuma sediakan wang untuk yuran. Ada sekolah kt KL ni by semester lain-lain yuran bulanan.

    ReplyDelete
  23. Wow congrats! its a great news that education can go further and go beyond that. All the best ya

    ReplyDelete