Advertisement

Muat Turun Aplikasi Marrybrown untuk Pelbagai Tawaran Menarik!

Muat Turun Aplikasi Marrybrown untuk Pelbagai Tawaran Menarik! | Korang tahu tak Marrybrown dah launched aplikasi Marrybrown? Korang dah download belum, aplikasi Marrybrown ni? Haritu Marina terdengar viral mengenai ayam serendah RM1 di Marrybrown. TERBARU, Marrybrown menawarkan DISKAUN untuk pelbagai menu Marrybrown di aplikasi Marrybrown! Sebelum "Deals" ni habis disapu licin, lebih baik Marina download MB App dan dapatkan tawaran Marrybrown ini secara online je! Marina dapat tahu tawaran ayam serendah RM1 tu dah habis. Laju betul kome buat keje. Makanya kalini Marina taknak lepaskan peluang menarik macam ni lagi.

22 Ramadhan yang lalu, rezeki Marina berbuka puasa dengan Marrybrown. Marina ke Marrybrown di TF Value Mart di Tambun, Ipoh. Time-time nak dekat raya ni mostly jalan semua sesak. Mujur Marrybrown di Tambun tak sesak. Marina beli bungkus dan berbuka di rumah je. Selesa sikit. Boleh berbuka puasa secara santai. Banyak Marina dapat jimat apabila beli makanan melalui aplikasi Marrybrown sehingga 40% tau! Harga yang ditawarkan di MB App adalah serendah RM2.90! Marina shopping makanan di Marrybrown tak sampai RM50 pun!


Deals yang Marina Redeem

Kiddy Meals Chicken Burger - RM9.90
Hotouch Burger Combo - RM10.00
Cheesy Burger + Cheesy Wedges - RM10.99

Tambahan :
Ayam 2 ketul - RM10.49
Cheesy Chicken Mashed Bowl - RM5.00
Frozen Fanta - RM1.50

Total = RM47.90


Aplikasi Marrybrown

Aplikasi Marrybrown


Cara Muat Turun (Download) Aplikasi Marrybrown (MB App)

Korang boleh muat turun aplikasi Marrybrown di website Marrybrown, Google Playstore atau Apple Store if nak redeem deals dari Marrybrown. Pendaftaran PERCUMA je! Tapi tak semua outlet yang ada tawaran macam ni. Korang boleh refer dekat MB app untuk tengok outlet yang mengambil bahagian.


Cara-cara download Aplikasi Marrybrown

Disebabkan Marina pengguna android, Marina terangkan cara nak download di android ye. Tapi lebih kurang sama je bagi pengguna iphone.

#1 Cari aplikasi Marrybrown di Google Playstore dengan menaip "Marrybrown" di carian. Dah jumpa, korang download aplikasi tersebut.

#2 Buka MB App, kemudian klik pada "Continue with number".

#3Pilih kod negara dan masukkan nombor telefon korang. 

#4 Kod verifikasi akan dihantar ke nombor telefon korang melalui sms untuk pengesahan.

#5 Isi maklumat korang seperti nama, password, email, jantina, etc dan seterusnya klik submit.

MB App


Item Dalam MB App

Item yang ada di dalam aplikasi Marrybrown ni termasuklah "Home", Menu, My Reward, Deals dan "More". Setiap item ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

"Home"

Di sini paparan menunjukkan profile korang dan point yang telah korang kumpul. Di sini juga memaparkan berita terkini mengenai Marrybrown.


Menu

Di Menu, terdapat 2 jenis perkhidmatan yang boleh dipilih :

i. Makanan dihantar melalui Grab Food, Food Panda atau Shopee Food - Apabila korang klik pilihan delivery, dia akan bawa korang ke link perkhidmatan food delivery tersebut.

ii. Order & Pick up - Di sini korang boleh order siap dan sesampai je di Marrybrown korang boleh pick up, makan di restoran atau pick up secara pandu lalu (drive through). Sebelum memilih menu, korang pilih outlet yang korang nak pick up atau dine in dan nyatakan tarikh dan masa korang nak pergi. Selepas itu, menu akan dipaparkan, barulah korang boleh order makanan.


My Reward

Untuk pengguna yang baru mendaftar MB App, korang boleh tebus seketul ayam goreng secara percuma. Di sini juga, dipaparkan tawaran yang korang dah tebus di tab "Deals".
 

Deals

Di sini ditunjukkan tawaran yang ditawarkan oleh Marrybrown dengan harga serendah RM2.90! Korang boleh tebus banyak kali untuk tawaran ini. 



Cara Redeem "Deals"

Korang boleh tebus tawaran (deals) yang ditawarkan di aplikasi Marrybrown mengikuti cara-cara seperti di bawah :

#1 Pergi ke ‘Deals’ dan pilih "Deals" yang diingini.

#2 Sebaik sahaja klik pada "Deals" yang dipilih, korang akan melihat penerangan lanjut mengenai "Deals" yang dipilih.

#3 Tekan 'redeem'.

#4 Lihat "Deals" yang ditebus di bawah 'My Rewards'.

#5 Tekan "Deals" yang dipilih dan scan kod QR di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian untuk menebus makanan korang.

MB App

Marrybrown


Kelebihan Menggunakan Aplikasi MarryBrown

Banyak kelebihan yang korang akan nikmati apabila korang download aplikasi Marrybrown ni. Kelebihan yang akan korang dapat :


Kumpul Mata dan Tebus

Setiap pembelian korang akan dapat point. RM1 korang akan dapat 1 point. Apabila point dah cukup, korang boleh tebus menu yang ditawarkan di tab "Deals" di "Point Redemption".


Marrybrown Deals

Macam-macam tawaran yang ditawarkan di aplikasi Marrybrown. Korang kena rajin jenguk selalu sebabnya sentiasa ada tawaran terbaru dari Marrybrown.  


Tawaran Harijadi 

Marrybrown menawarkan tawaran yang menarik semasa harijadi korang. Bolehlah sambut birthday makan Marrybrown dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.


Berita Promosi Terbaru 

Apabila korang download MB app ni, segala berita terbaru, menu terbaru, promosi terbaru atau apa-apa berkenaan Marrybrown korang akan dapat tahu dulu.


Pesanan Tanpa Sentuh

Korang boleh kurangkan sentuhan apabila korang membuat pesanan melalui aplikasi Marrybrown. Korang boleh order siap di MB App untuk pick up atau dine in. Jimat masa korang. Kalau korang malas nak keluar rumah, taknak bersesak-sesak, lagi-lagi time nak dekat raya ni kan, korang boleh order melalui Grab Food, Food Panda atau Shopee Food dan diorang hantar terus ke rumah korang. 

Marrybrown



Ayam Percuma untuk Ahli yang Baru Mendaftar Aplikasi Marrybrown!

Korang akan dapat AYAM PERCUMA dengan setiap pendaftaran bagi ahli baru di aplikasi Marrybrown. So apalagi pergilah DOWNLOAD aplikasi Marrybrown sekarang secara PERCUMA dan dapatkan ayam percuma dari Marrybrown! Makluman lanjut mengenai MB app atau apa-apa mengenai Marrybrown, korang boleh ke website atau media sosial Marrrybrown.

Marrybrown



Instagram : marrybrownmy 
Twitter : MarrybrownMY 


  



Post a Comment

19 Comments

  1. Yeay! Rawlins dah downloaded dan siap berbuka hari tu dengan deals dari Marrybrown. Banyak gila deals.

    ReplyDelete
  2. Dah ada apps sendiri Marrybrown nih bestnya. Boleh la dapat banyak diskaun & promosi. Lagi satu mmg antara makanan favourite nih.

    ReplyDelete
  3. Bagus 40% diskaun! so saya boleh order Dan makan apabila saya guna app Marrybrown. Saya akan cuba ini!

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan kat Marrybrown. Nanti bolehlah tengok tengok deals yang ada.

    ReplyDelete
  5. Nak jugak... rezeki harga murah

    ReplyDelete
  6. Yeay dah download juga, lagi best boleh kumpul point.

    ReplyDelete
  7. Memamg berbaloi dengan harga dan promosi. Rugi xredeeemmm hahhaha. Kene redeem ceoat2 ni

    ReplyDelete
  8. bestkan apps ni.. mudah nak gunakan.. paling penting deals yang ditawarkan sangat berbaloi

    ReplyDelete
  9. Belum nyempat nak donlod dan nak claim.. asyik keje masak jeee.. nak keluar pun malas hahaha.. tapi berbaloi gilerrr laaaaa

    ReplyDelete
  10. Dah download.. Nak pergi redeem nanti

    ReplyDelete
  11. Wahh menarik aplikasi Marrybrown. Yang penting ada banyak deal and ada reward🥰🥰

    ReplyDelete
  12. Wah.. dah MB App lg senang nak order klu mls nak pg ke outlet MB,

    ReplyDelete
  13. wah menarik ni nak download sekarang lah. boleh redeem esok untuk berbuka puasa nanti. thanks sharing

    ReplyDelete
  14. This new app is so convenient and i like their promos also

    ReplyDelete
  15. MB pun ada apps. Bagus! Senang kita nak beli nak redeem. Sedap ayam goreng MB ni.

    ReplyDelete
  16. Haritu nampak post pasal ni, terus download. Best la berbuka ramai-ramai, jadi berbaloi.

    ReplyDelete
  17. wow tak sangka marrybrown pun ada app dia sendiri skrg. x sabar nk download nnt

    ReplyDelete
  18. Nell download terus Marrybrown app ni the moment i get to know about it... memang gemar makan kat sini pun.. good to have this app kan with deals menarik..

    ReplyDelete
  19. Tini pun dah guna apps Marrybrown ni cuma belum redeem lagi. Best bila guna apps Marrybrown ni, dapat harga kebaboom, pastu ada points kan. Eh, balik kerja karang nak singgah MB la. Tetiba rasa macam teringin pulak. Hehehehe.

    ReplyDelete