VILLA KRISTAL DEDAH LIMA TANDA-TANDA KALAU SUAMI CURANG. TANDA #4 PALING BAHAYA!

VILLA KRISTAL DEDAH LIMA TANDA-TANDA KALAU SUAMI CURANG. TANDA #4 PALING BAHAYA! | Baru je lepas move on tengok drama Layangan Putus di WeTV, keluar pula drama Villa Kristal di WeTV ni. Drama Villa Kristal ini mengisahkan tentang wanita-wanita yang mengadakan hubungan cinta dengan suami orang. Eh kenapa ye, perempuan suka suami orang ni? Dah kurang ke lelaki bujang di luar sana? Kenapa rumahtangga yang telah lama dibina atas cinta sesama sendiri diganggu oleh pihak ketiga? Marina tengok beberapa episod drama Villa Kristal ni pun dah rasa membuak-buak hati ni. Tak sabar nak tengok apa lagi yang bakal terjadi dalam drama yang bergenre komedi, romance dan misteri ni. Marina kongsikan sinopsis drama Villa Kristal di sini dahulu sebelum kita bersembang lanjut tentang tanda-tanda suami curang. 

DRAMA : Villa Kristal
FULL EPISODE : 12
TARIKH TAYANGAN : 4 March 2022
PLATFORM SIARAN : LAMAN WEB, wetv.vip ATAU APLIKASI WeTV
PENULIS SKRIP : Hadi M. Nor, Honey Ahmad, Siti Jasmina Ibrahim, Maizura Ederis, Zuli Ismail, Faten Syamimie
PENGARAH : Kabir Bhatia & Jason Chong


WATAK PELAKON :
Mimi Lana sebagai Hani
Mawar Rashid sebagai Rose
Tiz Zaqyah sebagai Diana
Jasmine Suraya Chin sebagai Angel 
Alvin Wong sebagai Robin
Tony Eusoff sebagai Idris
Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
Sherry Ibrahim sebagai Ustazah Nur Sakinah
Maria Farida sebagai Shahila
Lee Yvonnez sebagai Jessica



Karakter Di Dalam Villa Kristal 

Hani merupakan penulis novel yang sedang mencari bahan tentang kisah mereka yang memporak-perandakan keluarga orang lain untuk novelnya. Di Villa Kristal, Hani berkenalan dengan :

#1 Rose - seorang selebriti yang semakin tenggelam popularitinya dan merupakan seorang isteri kedua kepada ustaz yang terkenal.

#2 Angel - guru yoga di Villa Kristal. Angel merupakan seorang perempuan simpanan (mistress) kepada seorang ahli perniagaan.

#3 Diana - seorang wanita berkarier yang berdikari, nampak garang tetapi mendambakan cinta sejati. 



Sinopsis Villa Kristal 

Villa Kristal adalah merupakan sebuah kondominium yang disediakan oleh lelaki golongan elit yang telah berkahwin, untuk didiami oleh isteri kedua atau untuk perempuan simpanan mereka. 

Kisahnya bermula apabila Hani, yang merupakan seorang penulis novel blogger wannabe, mencari bahan untuk menulis novelnya. Hani begitu obses dengan kehidupan peribadi Rose iaitu isteri kedua ustaz yang begitu terkenal. 

Demi membongkar kisah skandal dan masalah rumahtangga Rose, Hani menyamar sebagai seorang isteri kepada anak ahli politik dan menginap di Villa Kristal untuk mendekatkan diri dengan Rose. Tanpa diduga, sebuah misteri pembunuhan telah berlaku di Villa Kristal yang telah menyebabkan segala rahsia golongan elit ini terbongkar satu demi satu. Namun, siapakah dalang tragedi itu?

Saksikan trailer drama Villa Kristal yang manis, madu dan beracun ni! 



Tanda-tanda Suami Curang Ditayangkan Dalam Drama Villa Kristal! Adakah Suami Korang Berkelakuan Begini?

Pernahkan korang dengar kontroversi rumahtangga yang melibatkan ustaz famous dalam kehidupan realiti? Di dalam cerita drama Villa Kristal ini, Marina tertarik dengan kisah rumahtangga Ustaz Adib dan Rose yang dilakonkan oleh Nazrief Nazri dan Mawar Rashid.  

Pada awalnya rumahtangga Ustaz Adib dan Rose sangat sweet dan Ustaz Adib selalu mengusik Rose. Entah kenapa Ustaz Adib mula berubah sikap terhadap Rose, selepas ada sebuah scene di mana Ustaz Adib berjumpa dengan seorang perempuan berskirt pendek. Rose mula perasan perubahan Ustaz Adib yang kurang mesra terhadap dirinya, seperti sedang menyimpan rahsia tertentu dari isterinya. Ustaz Adib mula menunjukkan tanda-tanda suami curang terhadap isterinya seperti berikut :

#1 Perubahan Sikap : Dulu Caring, Sekarang Tak Kisah

Rose sentiasa ada idea untuk pencapaian peribadinya seperti hendak menaikkan followernya tetapi Ustaz Adib selalu memberi kritikan secara gurauan dan pandangan yang membina terhadap Rose. 

Tiba-tiba Ustaz Adib mula berubah sikap. Ustaz Adib seperti tidak mengambil peduli terhadap perkara-perkara yang hendak dilakukan oleh Rose. 

Siapa tak kecil hatikan kalau suami buat tak endah je bila kita tanya pendapat? Awal-awal dulu perangai okay je. Tiba-tiba sikap si suami berubah. Kita ni tertanya-tanya juga, kita ada buat salah ke kan? 


#2 Jawab Teragak-Agak Apabila Ditanya

Rose mula berasa curiga apabila dia terjumpa beg plastik hitam di tepi mesin basuh. Apabila ditanya, Ustaz Adib teragak-agak menjawab persoalan Rose seperti ada menyembunyikan sesuatu. Kata Ustaz Adib, baju di dalam plastik itu untuk dibasuh dan disedekahkan kepada yang memerlukan. 

Kalau suami korang pun teragak-agak bila jawab soalan macam Ustaz Adib ni, apa yang korang buat? Korang buat tak tahu je ke, beri peluang dan menunggu husband berterus-terang sendiri atau korang mula menyiasat pergerakan suami korang? 


#3 Menipu

Rose berasa pelik dengan penjelasan Ustaz Adib apabila ditanya Ustaz Adib ke mana. Pada satu hari, Ustaz Adib balik ke rumah jam 4 pagi. Ustaz Adib menyatakan yang dia baru lepas membasuh motor. Padahal motor jarang digunakan dan mereka ada pembantu rumah untuk melakukan kerja mencuci itu.

Kalaulah husband Marina tetiba buat rajin cuci motor sendiri, bila hari lain dia balik lambat, Marina call je terus tanya cuci motor lagi ke? Kalau husband kata dia nak cuci motor, Marina bagitahu nak join sekali cuci motor. Haaa gitu. Korang macam mana pulak? 


#4 Terlalu Berahsia Dengan Telefon

Semasa Rose dan Ustaz Adib sedang bersembang, tiba-tiba Ustaz Adib menerima panggilan entah dari siapa. Ustaz Adib menjawab telefon jauh dari Rose dan terus masuk ke bilik dan menutup bilik tidur meninggalkan Rose terpinga-pinga di luar bilik. 

Jujur Marina cakap, Marina dah tak mampu nak berfikiran positif dah kalau husband terus masuk bilik bila nak jawab telefon. Marina tanya direct je pada husband, apa masalah dia sampai nak jawab telefon dalam bilik. Dah terang-terang sesuatu sangatkan? Husband korang ada ke yang jawab telefon terus masuk bilik tinggalkan korang? 

Sekarang ni pun kalau husband duk taip-taip kat telefon waktu malam, Marina duk menjeling je mata kat telefon husband. Kadang-kadang husband pergi mandi, telefon husband bunyi notification, cepat-cepat intai telefon husband. Hahahaha.  


#5 Menjadi Terlalu Baik Secara Tiba-Tiba

Rose semakin pelik dan macam tidak percaya apabila Ustaz Adib tiba-tiba mengajaknya keluar berjalan-jalan seperti mahu membeli jiwa Rose kembali. Seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh Ustaz Adib supaya Rose tidak perasan dan berasa curiga lagi terhadapnya. 

Suami korang pernah tak tiba-tiba jadi romantik atau buat baik seperti pijak semut tak mati dengan korang? Kalau ada, silalah berjaga-jaga. Tapi kalau suami korang dah memang dari dulu baik, tak perlulah korang risau. Ni cerita kalau husband korang tetiba baik, tu yang korang perlu risau dan berjaga-jaga. Tak ada sesiapa nak dalam rumahtangganya berlaku perkara yang burukkan? Bukan kita tak percaya pada pasangan masing-masing tapi tak salah kalau kita berjaga-jaga. Orang kata simpan sikit perasaan curiga tu terhadap pasangan masing-masing. Takdelah nanti frust menonggeng kalau jadi apa-apa. 


Nama Je Ustaz Tapi Ada Skandal!

Di episod 3, terdapat satu scene yang sangat mengejutkan! Semasa Angel sedang berkebun di luar balkoni rumahnya, tanpa sengaja Angel ternampak seorang wanita seksi memeluk Ustaz Adib di kawasan bawah di Villa Kristal. Tak sangkakan, seorang ustaz popular pun ada skandal di luar dan berkelakuan sebegitu!

Villa Kristal Full Episod

Betul ke Ustaz Adib Ada Skandal? Ini Pendapat Marina!

Korang rasa betul ke Ustaz Adib ada skandal di luar tanpa pengetahuan isteri-isterinya? 

Pada pendapat Marinalah kan, Ustaz Adib tak menjalinkan hubungan dengan perempuan seperti yang dilihat oleh Angel. Mungkin perempuan seksi tersebut meminta pertolongan daripada Ustaz Adib untuk dia kembali ke pangkal jalan. 

Tak tahulah betul ke tidak andaian Marina ni. Marina pun sedang menanti keluaran episod seterusnya. Hopefully andaian Marina tentang Ustaz Adib ni betullah kan? Sakit hati jugak sebenarnya tengok Ustaz Adib berskandal di luar tanpa pengetahuan isteri-isterinya. Sanggup mengenepikan isteri sendiri demi perempuan lain. 

Ye betul. Ustaz juga merupakan seorang manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan, tetapi apa yang dilakukan Ustaz Adib tu, pada Marina dah terang-teranglah salah. Kalau betullah andaian Marina tentang Ustaz Adib ni, sepatutnya Ustaz Adib perlu berterus-terang dengan isteri-isterinya untuk mengelakkan salah faham. 


Ye ke Kesudahan Drama Villa Kristal Dapat Dijangka?

Apa kesudahan perhubungan suami isteri antara Ustaz Adib dan Rose? Selain mereka, apa pulak yang akan terjadi kepada Diana yang rahsia perkahwinannya bersama Idris kini dah terbongkar? Bagaimana pula dengan Angel yang semakin curiga dengan pasangannya Robin? Apa pula yang akan terjadi dengan Hani dan Inspektor Isa, yang sedang menyiasat kes di Villa Kristal? Macam-macam lagi yang Marina excited nak tunggu di episod seterusnya! 

Jomlah kita layan sama-sama drama Villa Kristal di WeTV. Drama ni dah mula ditayangkan pada 4 Mac yang lalu. PERCUMA je tau! Ataupun download je apps WeTV Malaysia dari Play Store untuk pengguna android dan Apps Store untuk pengguna IOS. 

Kalau korang taknak terlepas untuk mengetahui update terkini mengenai drama Villa Kristal ni, korang boleh follow Instagram WeTV Malaysia, FB WeTV Malaysia dan Twitter WeTV Malaysia. Sama-samalah kita nantikan full episode drama Villa Kristal di WeTV Malaysia!


Villa Kristal



Post a Comment

14 Comments

  1. Baru nak marathon .... Tu ari baru tengok sampai episode 3. Nak VIP cepat sikit tahu ending. HAhaa

    ReplyDelete
  2. Menarik nie. Jalan cerita macam best untuk ditonton dan juga untuk dijadikan panduan untuk semua - yang laki, kena jaga diri betul2 jangan kantoi, yang perempuan pula kena bijak memerhati

    ReplyDelete
  3. Woah... what an interesting drama to binge-watch. I never heard of this drama before. But you're review makes me want to watch this drama and study about suami curang and girls yg suka nak ada hubungan dgn suami org. This is a phenomena now.

    ReplyDelete
  4. Menarik dan jalan cerita pun nampak macam best. Tapi kena la tengok juga sampai habis baru berbaloi. Apapun, nanti saya cuba tengok

    ReplyDelete
  5. Menarik ye jalan cerita Villa Kristal ni.. oh yes semua tanda-tanda tue valid bah! Lama tak tengok drama bah. Nak tengok yang ni la!

    ReplyDelete
  6. Wow mcm menarik ja ni…tpi tanda2 yg dia bg tu mmg betul la tu😂

    ReplyDelete
  7. Takut nak tgk cerita mcm ni. Takut terbawa2. Tapi banyak info yg kita blh ambil dr cerita ni.

    ReplyDelete
  8. Wah drama ni macam best juga, banyak ragam atau tanda suami suami yang start curang ni.

    ReplyDelete
  9. i love all these tips haha. good to stay cautious and be on our toes sometimes :P definitely adding this series to my watch list!

    ReplyDelete
  10. boleh emosi tengon cerita macam ni.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Nanti kalau free boleh tengok 🥰

    ReplyDelete
  12. Ty suka tgok cer ni... walaupun tgok kt hp je...

    ReplyDelete
  13. Mulanya macam tak sangka ustaz Adib ni curang. Rupanya ada udang disebalik batu. Bila kita tak tahu ceritanya mesti dah assume macam macam kan.

    ReplyDelete