Layangan Putus di WeTV Cerita Kisah Benar Suami Kantoi Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung

Layangan Putus di WeTV Cerita Kisah Benar Suami Kantoi Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung | Banyakkan kes suami kantoi curang bersama wanita lain dalam keadaan isteri sedang mengandung? Marina percaya kisah seperti ini banyak yang kita pernah baca dan tonton sama ada di televisyen atau terjadi di depan mata kita sendiri kan? Kehidupan alam rumahtangga ni, sedikit sebanyak mesti perasaan curiga tu ada kan? Orang kata setia dan kepercayaan tu jangan beri 100% kepada pasangan. Simpan sikit untuk diri sendiri. Haaa gitu. 

Kisahnya, Marina tengah duk melayan sinetron Indonesia Layangan Putus di WeTV ni. Korang dah layan belum? Layangan Putus ini merupakan sebuah drama yang diadaptasikan dari kisah benar mengenai hubungan percintaan sensasi yang menyebabkan keretakan rumahtangga pasangan suami isteri, Aris (Reza Rahadian) dan Kinan (Putri Marino) yang diceritakan semula oleh Mommy ASF. Jadinya, Marina nak kongsikan sinopsis drama Layangan Putus ni dengan korang supaya korang pon sama-sama rasa sakit hati dan geram sekali tengok Aris. Marina dapat tahu, katanya drama Layangan Putus ni dah viral. Ye ke?

layangan putus wetv


DRAMA : Layangan Putus
BERAPA EPISODE : 10
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2021
WAKTU SIARAN : Jumaat & Sabtu 7.00 malam
SIARAN TV : WeTV
PENULIS SKRIP : MD BTS
PENGARAH : Benni Setiawan
PRODUKSI : Manoj Punjabi

WATAK PELAKON :
Reza Rahadian sebagai Aris
Putri Marino sebagai Kinan
Anya Geraldine sebagai Lydia
Marthino Lio sebagai Andre 
Graciella Abigail sebagai Raya
Frederika Alexis Cull sebagai Miranda
Nita Sofiani sebagai Merry
Raquel Katie Larkin sebagai Lola
Reyhan Vandennoort sebagai Brandon
Michelle Wanda sebagai Dita


Sinopsis Drama Layangan Putus

Aris merupakan seorang CEO di sebuah syarikat perniagaan, manakala Kinan pula seorang doktor tetapi berhenti bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Aris selalu sibuk bekerja di syarikatnya walaupun dia merupakan CEO. Kinan dan Raya sering ditinggalkan di rumah kerana Aris bekerja walaupun pejabat tutup pada hari minggu. Kata Aris dia perlu uruskan sendiri tender yang baru diterima oleh syarikatnya. Dia perlu bekerja keras demi keluarganya.

Drama ini menceritakan tentang kisah keretakan rumahtangga Aris (Reza Rahadian) dan Kinan (Putri Marino) yang berpunca daripada Aris yang telah menjalinkan hubungan cinta bersama wanita lain ketika isterinya, Kinan sedang mengandung. Pada awalnya, kehidupan keluarga mereka sangat bahagia bersama anak mereka. Mereka telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata iaitu Raya dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata yang kedua. 

Kinan mula rasa curiga terhadap Aris apabila jirannya, Merry menasihatkannya supaya berjaga-jaga dengan suami walau apa jua situasi memandangkan Aris berkelakuan tidak seperti biasa apabila Aris mula menghantar Raya ke sekolah. Kebiasaannya Kinan yang akan menghantar Raya ke sekolah. Selepas daripada itu, mula kejadian demi kejadian pelik berlaku yang menyebabkan Kinan makin rasa syak wasangka di mana butang kemeja Aris tidak dipadankan dengan betul apabila Aris baru balik dari pejabat.

Kemesraan Miranda iaitu rakan perniagaan Aris menjadikan Kinan semakin curiga dengan Aris. Tambahan pula, Miranda menghantar anaknya, Brandon ke sekolah yang sama dengan Raya. Satu demi satu perkara yang mencurigakan berlaku yang menjadi tanda tanya di hati Kinan. Lebih mengejutkan lagi, Kinan menyenaraikan perkara pelik yang berlaku untuk mencari jawapannya.

layangan putus sinopsis

layangan putus full episode

Di sini Marina kongsikan trailer drama Layangan Putus ni. Amacam? Teruja tak nak tahu kesudahan kisah kehidupan suami isteri ini?



Review Marina Mengenai Layangan Putus

Aris pula yang Play Victim. Geram dan Sakit Hati Tengok!

Pada awalnya, Marina rasa drama Layangan Putus ni, cerita kisah keretakan rumahtangga yang biasa pernah Marina baca dan tonton di televisyen. Malas nak tengok sebab macam dah tahu ending dia macam mana. Tapi sebenarnya TAK. Setiap kali tengok episod Layangan Putus ni, jalan cerita dia tak cliche seperti cerita drama kecurangan yang lain. Marina tak dapat nak agak apa yang berlaku seterusnya dalam Drama Layangan Putus ni. Berdebar-debar jugak menunggu episod seterusnya. 

Melayan drama ni makin lama makin sakit hati dan geram tengok tindakan Aris. Marina nak tengok apa lagi drama yang Aris akan create dan kesudahan rumahtangga mereka. Kalau korang tengok drama Layangan Putus ni, mesti korang pon rasa sakitnya hati dan geram je tengok si Aris. Dahlah buat salah, menipu pulak tu tapi duk marah Kinan sebab curiga dengan dia. Pandai Aris play victim dalam drama ni macam dia pulak yang jadi mangsa. 


Kinan Serang Skandal Aris pada Episod Pertama? Cepatnya Kantoi!

Normal lah kan kalau seorang isteri serang skandal suaminya? Pada Marina lah kan, kalau difikirkan balik, apa yang kita dapat kalau kita serang wanita lain yang mengganggu suami kita kan? Puas hati dapat sakitkan hati skandal tu dan pertahankan hak kita? Korang pernah dengarkan pepatah ada kata "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". Kalau seorang je yang memainkan peranan takkan terjadi sesuatu perkara kan? 

Marina ingatkan Aris dah kantoi berlaku curang dengan wanita lain dalam episod 1 ni. Kinan sangkakan Miranda merupakan skandal Aris. Rupanya bukan. Berdebar-debar juga jantung Marina semasa tengok bahagian ni sebab kebetulan Miranda dan Aris ni pergi hotel yang sama.  


Sepandai-pandai Tupai Melompat, Pandai Lagi Aris Cover Line Apabila Hampir Kantoi!  

Sudah menjadi lumrah jika sesuatu itu bukan hak milik kita, kita teringin sangat sesuatu itu sehingga sanggup melakukan apa saja. Begitu juga kisahnya dengan Si Aris ni. Isterinya, Kinan di depan mata tak dijaga hati dan perasaannya tetapi sibuk berskandal dengan wanita lain di belakang Kinan. Apa kekurangan Kinan di mata Aris? Apa kelebihan yang ada pada wanita yang dikejar-kejar oleh Aris sehingga sanggup menipu Kinan? 

Banyak kejadian pelik berlaku yang mencurigakan Kinan. Rahsia Aris hampir-hampir terbongkar apabila orang gaji mereka terjumpa subang di dalam poket blazer Aris. Subang itu kebetulan sama bentuknya seperti subang Miranda. Tetapi Aris pandai menepis dan cover line dengan menyatakan subang itu dibeli untuk dihadiahkan kepada Kinan. Walaupun begitu, Kinan masih tidak berpuas hati dan masih menyiasat secara senyap tentang Aris.  


Kesimpulan dan Pendapat Marina Punca Aris Curang Ketika Kinan Mengandung Dalam Drama Layangan Putus

Kita semua sedia maklum apabila wanita mengandung, hormonnya sedikit sebanyak akan berubah. Sebanyak mana perubahan hormon terhadap seseorang wanita mengandung itu bergantung kepada individu tersebut. Ada yang mengalami perubahan kecil seperti teringin makan sesuatu yang pada dulunya masa tak mengandung dia tak suka makanan tersebut tetapi sejak mengandung tetiba suka pulak makanan tu. Ada juga wanita semasa mengandung berlaku perubahan hormon yang besar sehingga tercetusnya pergaduhan antara suami isteri yang menjurus kepada penceraian.

Pada pendapat Marina, Aris berlaku curang terhadap Kinan kerana Kinan tidak menjaga penampilannya ketika mengandung dan kurang memberi perhatian terhadap kemahuan Aris. Kemungkinan Aris berlaku curang kerana dia kesunyian dan dia ingin dibelai, dimanja serta mahu dilayan kemahuannya. Tambahan pula Kinan mengalami tekanan darah tinggi ketika mengandung menjadikan Aris perlu memikul tanggungjawab, tekanan dan bebanan yang besar sendirian. Kemungkinan Aris mencari tempat untuk melepaskan stress dan bebas dari masalah seketika. Ciri-ciri wanita yang diperlukan oleh Aris pada ketika itu ada pada Lidya (Anya Geraldine) yang seksi, cantik, manja dan boleh melayan nafsunya. Siapalah pulak Lydia ni dalam drama Layangan Putus? Daripada mana dia muncul? 

Kesimpulannya, pada Marina, apapun yang berlaku, Aris perlu setia, bersabar, menjaga sensitiviti dan ketahui apa yang ditempuhi oleh Kinan bukanlah sesuatu yang mudah. Jika Kinan tak menjaga penampilan, tak cukup seksi, tak cantik, tak manja atau tak melayan kemahuan Aris seperti awal perkahwinan dulu bukanlah satu alasan untuk Aris berlaku curang. Apa yang perlu Aris lakukan adalah bersikap terbuka dan berbincang apa yang dia perlukan sebenarnya daripada Kinan.





Kesudahan Drama Layangan Putus Mendebarkan!

Hati isteri mana yang tak luluh bila dapat tahu suami sendiri curang dengan wanita lain kan? Tambahan pula apabila isteri tengah mengandung kan? Dahlah mengandung zuriat si suami. Melayan kerenah anak-anak dan suami, melayan alahan mengandung lagi. Bila dah jadi macam ni, macam-macam perasaan timbul kan? Perasaan benci, penat dan tawar hati menyelubungi diri. Adakah si suami tiada sensitiviti terhadap pasangannya? Apa yang Aris inginkan dalam perhubungan ini? 

Apabila dapat tahu Aris curang, apakah yang Kinan lakukan? Adakah Kinan ingin perbaiki semula hubungan mereka? Marina pon teruja nak tahu kesudahannya. Korang nak tahu kesudahannya, kenalah tengok sendiri! Marina pon tak habis tengok drama Layangan Putus ni lagi.

Drama Layangan Putus ni tak habis lagi episodnya di WeTV. Korang boleh tonton drama Layangan Putus full episode di sini https://bit.ly/LayanganPutus_WeTV secara PERCUMA dan Eksklusif di WeTV. Tak payah bayar apa-apa pon. Kalau korang langgan VIP, korang dapat tonton 1 episod lebih awal. Yang bestnye korang boleh layan kat henfon walaupun semasa korang dalam perjalanan pergi bercuti. Syaratnya bukan koranglah yang sedang memandu. Marina memang suka layan drama Indonesia dan merupakan peminat tegar drama Indonesia ni. Banyak je drama Indonesia yang Marina layan di WeTV. Cumanya tak share dengan korang je kat blog ni. 

Pada Marina, kalau dah sampai memusnahkan impian isteri dengan merealisasikan impian tersebut bersama wanita lain, lebih baik lepaskan sahaja daripada menanggung sakit hati kan?  Pendapat korang pulak macam mana? 

Semoga Kinan dapat berfikir dengan waras dan melakukan keputusan yang tepat dalam menyelesaikan hubungan pernikahan yang dijalani selama ini bersama Aris. 


Post a Comment

20 Comments

  1. Reza Rahadian ni pelakon versatile la. Boleh bawa watak Perdana Menteri dalam Habibie & Ainun, watak kelakar dalam My Stupid Boss, watak Dr dalam Syurga Tak Dirindukan 2, watak pencinta dalam Layla Majnun. Nak kena tonton la movie ni kalau berpeluang.

    ReplyDelete
  2. Memang sakit hati dengan perangai Aris. Tapi Lidya juga salah sebab dah tau suami orang lagi nak berhubung.
    Apapun suka Dan setuju dengan tindakan Kinan masa ending!

    ReplyDelete
  3. Macam macam isu rumahtangga curang Ni...biasanya si isteri yg tanggung perasaan tak happy n boleh stress la kalau begini.

    ReplyDelete
  4. uuuu I enjoy watching dramas kat WeTV

    ReplyDelete
  5. Nie berdasarkan kisah benar kan? Ramai tengok rerakan menyatakan sakit hati tengok citer nie - Rawlins masih belum tengok lagi hehe

    ReplyDelete
  6. Tengok kt tiktok je, cite ni bikin geram hahahha

    ReplyDelete
  7. Sounds like a good movie to watch. The actor looks hot too. Hehehe ^_^ I wonder if this movie is available on Netflix or not? Huhuhu.

    ReplyDelete
  8. menarik jalan cerita dia... pelakon-pelankon pon hebat nanti nak maraton lah hehehe

    ReplyDelete
  9. OOO cite pasal skandal curang rupanya. Nampak ramai yang up pasal drama kat WeTV ni. Buat kita nak tonton lah. Lagipun saluran TV percuma kan?

    ReplyDelete
  10. curang itu pilihan... kenapa perlu curang apabila cinta perlu kesetiaan. drama ni.. mmg dekat dengan jiwa masyarakat.. sebab dah banyak terjadi dikalangan masyarakat kita

    ReplyDelete
  11. Layangan Putus seems to be like a really nice drama, I've always like story lines like that. Thanks for recommending.

    ReplyDelete
  12. Hahaha kita pon otw nak marathon cite4 ni kak.. adik ipar da khatam. Dia kata bestttttt. Xsabar nak tgk

    ReplyDelete
  13. Kalau di ingat-ingat geramk sangat hati.. macam mana laa Mummy yang hadapi tu ek.. Sis tgk WeTV dapat tgk awal episodnya.. puashati..

    ReplyDelete
  14. Rajinnya layan drama Layangan Putus di WeTV, baca jln cerita mcm best nti blh tgk.

    ReplyDelete
  15. boleh dpt stress la tgk citer macam ni. dah curang, buat buat jadi mangsa plak.

    ReplyDelete
  16. nice movie tq for intro. will check it out when holiday time to entertain the fam

    ReplyDelete
  17. Thanks for recommending & sharing your watch review of this WeTV, interesting storyline to catch up. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  18. tengah layan cerita ni jugak kat WeTV.. sedih bila setiap kali Kinan ditipu Haris.. sebagai perempuan terasa sakitnya di situ..

    ReplyDelete
  19. malas nak tengok sebab tak suka cerita yang kena fikir banyak sangat ni lepastu buat stress hahaha kte suka cerita happy2 je

    ReplyDelete