Pengalaman Bercuti di Kuantan : Tidur Sehotel Dengan Player Kelantan FC

Pengalaman Bercuti Di Kuantan : Tidur Sehotel Dengan Player Kelantan FC | Marina baru berkesempatan untuk kongsikan percutian ke Kuantan bulan 10 haritu. Kiteorang ambil keputusan untuk bercuti di Kuantan sebab husband tak pernah ke Kuantan dan teringin nak pergi berjalan-jalan ke tempat yang menarik yang ada di Kuantan. Dulu masa belajar di universiti, Marina pernah duduk di Kuantan selama 2 minggu sebab ada kem ukur di sana. Habis muka jadi rentung semasa berada di sana gara-gara hari-hari duk tengah panas sebab nak dapatkan profile jalan. Semasa di Kuantan, kiteorang berkampung di JPA sepanjang kem ukur tersebut dijalankan. Setelah 10 tahun lebih, Marina kembali ke sini semula. 

Dah tiba di Kuantan, Marina excited mencari JPA tersebut sebab nak tunjuk pada husband tempat kiteorang menginap masa kem ukur dulu. Ternyata JPA tu masih ada di situ, terlindung dengan bangunan-bangunan yang tinggi. 


Perjalanan Ke Kuantan

Marina ke Kuantan ikut Cameron Highlands melalui Sungai Koyan. Ini merupakan pertama kali Marina lalu jalan ni. Jalan di Sungai Koyan ni selesa jugaklah. Tak sempit dan tak pusing-pusing sangat macam jalan dari Tapah ke Cameron Highland. Cumanya jalan ni tak ada lampu jalan, so nak lalu jalan di sini pada waktu malam merbahaya jugak sebab kiri dan kanan jalannya berhutan. Sekali sekala jumpalah kawasan kampung-kampung. 

Perjalanan dari Cameron Highland ke Kuantan akan melalui Bentong. Sepanjang kiri dan kanan jalan di Bentong ni, penuh dengan penjaja menjual nangka 916. Barulah Marina tahu Bentong famous dengan nangka 916 ni. 

Semasa dalam perjalanan, terjumpa pulak kedai Lemang To'ki di tepi jalan. Penuh dengan kereta parking di tepi-tepi jalan. Tapi Marina tak berhentilah sebab perjalanan kiteorang jauh lagi dan malas nak menunggu lama kalau nak makan kat situ. Ye lah dah nampak banyak kereta berbaris di tepi jalan, tak sanggup nak join beratur di barisan yang panjang sebab nak makan lemang.  

Lepas balik dari cuti, barulah Marina tahu yang Lemang To'ki ni rupanya dah lama famous. Kalau tahu bolehlah singgah merasa lemang di situ haritu.  


Pengalaman Menginap di Shahzan Inn Kuantan

Setelah 5 jam perjalanan, kiteorang pon sampai di Kuantan. Kiteorang sampai di hotel lebih kurang dalam pukul 6 petang. Marina bermalam di Shahzan Inn. Punyalah ramai yang nak check in kat situ masa Marina sampai. Mujur book awal. Ada yang walk in tapi hotel dah penuh. Ini gara-gara pada masa tu kerajaan dah bagi rentas negeri. 

Shahzan Inn ni terletak betul-betul sebelah padang MBK 2 Kuantan dan berdekatan dengan Masjid Negeri Pahang (Sultan Ahmad 1) Kuantan. Hari sampai di Kuantan, tak sempat berjalan ke mana-mana pon. Jalan-jalan cari makan je. Yang menariknya, banyak kedai makan di tepi jalan yang berdekatan dengan hotel tapi still kena naik keretalah.  

So far, hotel Shahzan Inn ni menarik jugak. Marina berpuas hati duduk di Shahzan Inn ni sebab bilik Queen bed room yang Marina duduk ni luaslah jugak. Boleh masukkan lagi satu tilam queen. Maaflah tak ambil gambar dalam bilik pon. Air shower dia lebat, syiok mandi. Cuma parking di hotel ni agak terhad dan Marina parking kat luar je. Tapi kalau parking di luar kena bayar kupon majlis. Lagi satu yang Marina suka di Shahzan Inn ni, di cafe yang dekat dengan lobby hotel ni ada jual keropok lekor dan popcorn, sedap wei. Haritu Marina nak cari keropok lekor yang sama macam kat Shahzan Inn tu tapi tak jumpa dan tak tau nak cari mana. 




Tempat Menarik Di Kuantan

Semasa dah sampai di Kuantan, pesan kat anak, kita jalan-jalan dulu area Kuantan, tengok tempat-tempat yang menarik di Kuantan ni, barulah mandi swimming pool. Jauh kot nak sampai ke sini. Ntah bila lagi nak ke Kuantan ni. 

Teluk Cempedak

Pada keesokannya, kiteorang pergi ke Teluk Cempedak. Memang jauh beza masa Marina pergi zaman universiti dulu. Dulu apepon tak ada kat Teluk Cempedak ni. Sekarang McDonalds, Starbuck, lot-lot kedai dan macam-macam lagi dah ada. Nak parking kat pantai Teluk Cempedak sekarang pon dah kena bayar. Di sebelah kiri pantai Teluk Cempedak tu ada jambatan boleh berjalan melalui tepi-tepi bukit. Penuhlah dengan monyet-monyet. Tapi Marina terpaksa cancel berjalan kat jambatan tu sebab monyet kat situ garang-garang siap dah keluarkan taring. Kemain sombong sebab dah ada McD dan Starbuck ye. Baik elakkan sebelum ada yang kena masuk hospital. 

Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah 

Pergi ke Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah ni takde dalam perancangan pon sebenarnya. Tetiba nampak signboard waktu nak balik dari Teluk Cempedak ke hotel. Husband terus melencong ke kompleks tu. 

Kat kompleks ni macam muziumlah. Staff kat situ kata, songket-songket yang dipamerkan di sini semuanya yang ditempah, direka dan dipakai oleh Permaisuri Agong Tunku Azizah. Kat sini takde demo membuat songket, yang ada cuma peralatan serta bahan-bahan yang digunakan untuk membuat songket. Kalau korang nak beli souvenir yang berasaskan songket pon ada dijual di sini. 




Menara 188 Kuantan (Menara Teruntum) 

Masa awal sampai di Kuantan, ternampak Menara 188 Kuantan ni. Serius tak sangka Kuantan dah ada menara. Dulu apepon tak ada kat Kuantan ni. Ingatkan nak naiklah menara tapi masa tu menara masih tak dibuka lagi kepada orang awam. Makanya kiteorang berjalan-jalan je lah dekat pesisir Sungai Kuantan. Food court yang Marina makan masa duduk berkampung zaman belajar dulu pon masih ada di sini cumanya tak tahu masih owner yang sama atau bukan. 


Kula Cakes

Disebabkan ramai blogger pernah review Kula Cakes ni, Marina pon tak melepaskan peluang untuk cuba kek di sini. Disebabkan tempatnya dah viral, memang sentiasa ramailah kat Kula Cakes ni. Mujur dapat parking dan kiteorang menunggu 30minit jugak nak order. Tapi kat sini hanya menjual kek sahajalah. Pada Marina kek dia oklah. Sempatlah ambil gambar sekeping dua kat sini. 



Tempat Makan Best dan Menarik di Tanjung Lumpur, Kuantan

Apa yang menarik di Tanjung Lumpur ni? Marina terjumpa Tanjung Lumpur ni semasa nak ke Kompleks Tenun. Di kawasan Tanjung Lumpur ni banyak kedai-kedai makan pada waktu malam. Sebelum nak keluar makan malam tu, tanya pada staff hotel kat mana tempat menarik nak makan. Staff hotel suggest di kawasan Tanjung Lumpur ni lah. Marina hanya bungkus makanan dan makan di hotel sahaja sebab pengunjung di kedai makan ni terlampau ramai. Risau jugak makan di kedai musim-musim Covid-19 ni kan. Marina beli makan malam di Mail Ikan Bakar. Overall berpuas hati dan sedap jugak makanan di sini tapi Marina tak order ikan bakar. Harga pon ok jugak. Bukan harga kayangan.



Lalu Cherating ke Kelantan

Marina kalau tempah hotel, Marina suka tempah di aplikasi. Harga kadang-kadang boleh dapat murah sikit dari biasa. Sebelum tempah hotel, Marina akan call hotel jugak terlebih dahulu untuk tanya lebih lanjut mengenai reservation bilik. Majoriti staff hotel akan suggest untuk buat tempahan bilik melalui aplikasi sebab boleh dapat harga lagi murah. Sama jugak masa sebelum ke Kuantan haritu, Marina bukak aplikasi untuk tengok hotel kawasan Cherating kot ada hotel promo. Full booked ye semua hotel kawasan Cherating ni termasuklah De Rhu Beach Resort. Kawan office suggest hotel De Rhu Beach Resort ni. Cantik jugak hotelnya dan pantai di kawasan De Rhu Beach Resort ni nampak menarik. Tapi tak berkesempatan nak merasa menginap hotel di kawasan Cherating. 

Pada 17 Oktober, kiteorang bergerak ke Kelantan pulak melalui Cherating. Sebelum ke Kelantan, kiteorang breakfast dulu di Shahzan Inn. Rupanya player bola Kelantan FC pon duduk di sini dan terserempak dengan diorang semasa breakfast di cafe hotel. Selepas breakfast, kiteorang memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya. 

Player Kelantan FC kat belakang nu

Disebabkan tak pernah ke Cherating, kiteorang pusing-pusing dulu kawasan Cherating. Dulu masa sebelum berkahwin, Marina pergi bercuti dengan family ke Kelantan pernahlah lalu kawasan Cherating ni. Kiteorang balik dari Kelantan melalui Cherating, balik ikut KL. Masa lalu Cherating dah gelap, apepon tak nampak. Kalini lalu waktu siang, ternyata takde apa yang menarik sepanjang di kawasan Cherating ni kecualilah korang menginap di sini. Di Pantai Cherating ni kalau korang tak duduk di hotel di kawasan Cherating ni memang takde tempat yang menarik nak mandi dan lepak tepi pantai.

Husband cakap nak repeat lagi ke Pahang ni. Ada lagi tempat di Pahang ni yang belum diterjah. Dah cuti sekolah ni, korang yang nak merasa pantai cantik dan hotel menarik di kawasan Cherating bolehlah booking siap-siap. Hotel di kawasan Cherating ni memang cepat sangat full booked. 

Photo by Traveloka



Next Marina sambung story pulak kisah percutian di Kelantan dari Kuantan melalui Terengganu.


Baca juga : Bangi Wonderland



Post a Comment

20 Comments

  1. Tak sabarnya saya nak balik Kuantan hehe

    ReplyDelete
  2. next time boleh la plan ke sini.Boleh singgah di rumah abg ipar di kuantan

    ReplyDelete
  3. Shahzan inn hotel favourite huda, dulu selali cek in sini time bulan puasa , sebab nak berbuka dipadang dan solat di masjid .dekat jer semua

    ReplyDelete
  4. antara destinasi yg kerap saya kunjungi sampai awal 2021 dan rindu nak ke Kuantan lagi..

    ReplyDelete
  5. antara destinasi yg kerap saya kunjungi sampai awal 2021 dan rindu nak ke Kuantan lagi..

    ReplyDelete
  6. oo..menarik juga Kuantan yea. Saya pun tak pernah jejak lagi ke Kuantan. Sebab ingtkan tak ada apa yg menarik kat sini. Rupanya banyak jugak..Kula Cakes tu je yang tahu sebab viral kat social media. So boleh masuk Kuantan dlm list travel..

    ReplyDelete
  7. oo..menarik juga Kuantan yea. Saya pun tak pernah jejak lagi ke Kuantan. Sebab ingtkan tak ada apa yg menarik kat sini. Rupanya banyak jugak..Kula Cakes tu je yang tahu sebab viral kat social media. So boleh masuk Kuantan dlm list travel..

    ReplyDelete
  8. kita pun selalu gak pi kuantan tapi tak pernah lagi stay hotel sana sebab dekat dengan rumah abg ipar.Nanti sesekali nak jugalah stay hotel dan ke tempat-tempat ni..Mesti seronok kan?

    ReplyDelete
  9. Wahh seronok anak-anak dapat pergi bercuti. Lama sangat tak jejak Kuantan, tunggu cuaca okay sekarang musim banjir pula, risau nak keluar

    ReplyDelete
  10. Hai, saya orang Kuantan ;) Ada jugak tempat-tempat yang belum sampai lagi ni. Hihi

    ReplyDelete
  11. Bestnya jalan-jalan di sana.. belum pernah sampai Kuantan lagi. Menarik juga, macam-macam ada.

    ReplyDelete
  12. Menarik yea... InsyaAllah tahun 2022 kite listkan trip family ke kuantan pulak nnt boleh check in sini tq Marina

    ReplyDelete
  13. tak pernah round kuantan lagi.. INsyallah lepas keadaan banjir okey nnti boleh pusing2 satu pahang

    ReplyDelete
  14. Kula cakes tu memang asyik ramai je kan. Marsha pernah try skali pastu ok dah...hihi

    ReplyDelete
  15. Om tak pernah sampai lagi kuantan.. harap tahun depan boleh pusing2 di kuantan

    ReplyDelete
  16. Lama tak jenjalan ke Pantai timur... Maybe next year boleh plan ke sana pula... Insha Allah

    ReplyDelete
  17. Saya minggu dpan nak ke sana.. xsabar..nnt boleh rujuk sini

    ReplyDelete
  18. Pernah pergi kuantan masa bujang je.sampai sekarang dah ada anak 4 tak pernah pergi.huhuhu...nampak best dan menyeronokkan bercuti di sana.bolehlah lepas ni plan cuti kat sana

    ReplyDelete
  19. bestnya dapat bercuti dengan family!!

    ReplyDelete
  20. Nak singgah Kuantan, PCB then nak singgah Kula Cakes jugak. acara mengisi itinerary nnt.

    ReplyDelete