Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 : Datuk Wira Dr Azizan Osman Mengajak Usahawan yang Terkesan Akibat Covid-19 Beralih ke Arah Digital

Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 : Datuk Wira Dr Azizan Osman Mengajak Usahawan yang Terkesan Akibat Covid-19 Beralih ke Arah Digital | Pengasas RichWorks International iaitu Datuk Wira Dr. Azizan Osman, mentor bisnes yang sangat dikenali di Malaysia, sekali lagi menganjurkan program untuk usahawan 2021 secara atas talian. Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital 2021 adalah merupakan program anjuran oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman bertujuan untuk usahawan bangkit kembali bersama RichWorks. Apakah pengisian yang akan korang dapat dari seminar ini? Adakah sama seperti program-program yang dianjurkan oleh beliau sebelum ini? 

Pada mereka yang mempunyai business offline, pelajar, surirumah atau sesiapa yang baru hendak berniaga perlu baca sampai habis apa yang Marina nak kongsikan bersama korang mengenai kempen bangkit dari RichWorks ini terutamanya pada waktu yang sukar ini akibat PKP yang disarankan oleh kerajaan.

Di waktu pandemik Covid-19 ini, ramai peniaga offline yang jatuh tersungkur kerana tak boleh survive apabila perniagaan tak boleh dibuka kerana mematuhi arahan kerajaan sebagai usaha memutuskan rantaian Covid-19. Bukan sahaja peniaga malahan mereka yang bekerja dengan majikan juga turut terkesan apabila gaji mereka terpaksa dipotong dan ada juga yang diberhentikan kerja. Betul. Ramai juga peniaga yang telah beralih dari offline ke online sebab nak ubah hidup mereka dan bagi memastikan mereka terus dapat pendapatan demi sesuap nasi. Tetapi ramai juga di antara mereka yang tidak tahu bagaimana hendak digitalisasi perniagaan mereka. Apa yang dimaksudkan dengan digitalisasi perniagaan? Boleh ke perniagaan yang dulunya dijalankan secara offline ni ditukar ke online? 

“Tapi meskipun banyak perniagaan ditutup, ada juga yang bukan saja bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ini," kata Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Tuan Radz Mohd. pada sidang media yang Marina hadiri pada 19 Ogos 2021 yang lalu.

“Sebab itu, Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman nak adakan buat pertama kali program khas - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini,” tambah beliau lagi.

Datuk Wira Dr Azizan Osman


Perkenalan Antara Marina dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Actually, Marina tak pernah bersemuka langsung dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman (DWDAO). Sejujurnya Marina belum pernah lagi ada pengalaman pergi ke mana-mana seminar yang dianjurkan oleh DWDAO. Seminar yang FREE tak pernah pergi, apatah lagi yang berbayar. Pada awalnya, pendapat Marina untuk menghadiri seminar macam ni, tak memberi kesan pada Marina untuk bangkit dan ubah hidup Marina ke arah yang lebih maju. Marina mula mengenali DWDAO apabila founder produk yang Marina berniaga dulu duk suruh menghadiri seminar yang akan dianjurkan oleh DWDAO. Masa tu Marina merupakan agen sebuah produk ni dan stokis yang salesnya tinggi ditaja untuk menghadiri seminar ini. Marina berniaga secara part time sahaja. Waktu tu tengah hangat diperkatakan mengenai DWDAO, DWDAO. Siapa DWDAO? Apabila stokis selalu diskus mengenai DWDAO, barulah Marina tahu siapa DWDAO. Pada ketika itu, seminar yang diperkatakan oleh stokis produk itu adalah Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Sebelum itu, husband juga mengenali DWDAO melalui rakan berniaganya ketika husband berniaga bersama di pasar. Rakannya menjual ice blended. Husband bertanya pada rakannya macam mana nak buat perniagaan ice blend. Husband Marina pon berniaga secara sambilan je time tu. Waktu itu rakannya menyebut mengenai DWDAO. Katanya, "DWDAO kata ilmu yang ada pada kita, ada harga dan nilainya." Husband Marina gelak-gelak je. Tapi waktu tu, Marina tak ambil port sangat. Tapi bila difikirkan semula, ada benarnya apa yang dikatakan oleh DWDAO tu. Kita dibayar atas sebab ilmu dan kepakaran yang kita ada seperti contoh, kita belajar di universiti untuk menjadi doktor, setelah habis belajar, ilmu yang kita dapat itu kita apply di dalam kerjaya kita dan kita dibayar untuk servis itu. Samalah juga, apabila kita mempunyai ilmu dalam perniagaan, ada harganya.  

Pada awalnya, persepsi Marina apabila tengok video-video yang pernah stokis hadiri seminar yang dianjurkan oleh DWDAO takkan memberi kesan pada Marina untuk ubah hidup Marina kalau menghadiri seminar seperti ini. Marina tengok, semua terlompat-lompat, menangis, gelak tawa dan macam-macam lagilah, Marina pon tak pasti apa kesannya pada mereka yang hadir? Pernah juga Marina dengar kecaman dari netizen satu ketika dahulu, DWDAO tiada PHD, macam mana boleh dapat pangkat Doktor dan itu tidak mematahkan semangat DWDAO untuk terus melangkah ke hadapan. Lihatlah sekarang di mana DWDAO berdiri.

Richworks International

Betul ke Datuk Wira Dr Azizan Osman Buat Program FREE Sebab Nak Tarik Orang Ramai Supaya Masuk Program Berbayar?

Macam-macam komen yang menjatuhkan DWDAO yang biasa didengari dari netizen apabila keluarnya berita pasal Datuk Wira buat satu program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan dalam masa pandemik ni. Betul ke Program FREE dari DWDAO hanya nak tarik ramai lagi prospek untuk menyertai program usahawan yang berbayar? Tapi setiap kali Marina tengok, bila DWDAO buat seminar, setiap kali tulah tiket habis, full house. Takkan setiap kali ramai usahawan hadir ke program DWDAO merupakan program yang percuma?

Apa yang Marina dimaklumkan, program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online. Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800K lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak mereka dapat manfaat daripada program itu. Sebelum itu, dah lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal sejak 2008 - 2019 ( 11 tahun ) 

“Pandemik ini masalah satu dunia dan kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” jelas Tuan Radz Mohd.

“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya lagi.

Ada je Marina tengok testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini di media sosial para peserta. Betul, program-program FREE ini hanya 3 hari, ada sehingga 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu usahawan capai RM1 juta pertama dalam tempoh 6-12 bulan. 

Melalui ilmu, strategi dan MenThor yang ada results ini, membawa kesan dan perubahan. Ini telah dibuktikan sendiri oleh peserta-peserta program yang belajar dan melakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan MenThor secara konsisten mengikut tahap dan fasa Bisnes mereka. 

Korang tahu tak DWDAO ada telegram? Di Telegram Azizan Osman Official dan FB, setiap hari korang pon selalu nampak status, ada je aktiviti untuk beri ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan dan DWDAO sendiri kan?

Marina difahamkan pada tahun lalu sahaja, lebih daripada 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion. Kalau di antara mereka yang menghadiri program anjuran DWDAO berjaya capai sales RM1 juta, mengapa tidak korang kan? Perumpamaan dia mudah je, macam kita ke universiti, kita ke kelas yang dihadiri oleh 50 orang pelajar. Kita belajar dengan lecturer yang sama, waktu yang sama tetapi adakah semua pelajar dapat keputusan yang sama? Jawapannya sudah tentu tidak. Kenapa? Semuanya berbalik kepada diri sendiri. Adakah kita berusaha bersungguh-sungguh dan bertindak secara berterusan serta konsisten untuk melakukan perubahan? Kita je yang tahu. 

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Apakah Maksud Digitalisasi Perniagaan?

DWDAO dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008 lagi. Sudah 13 tahun RichWorks berada dalam industri. Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan klien-klien korporat besar. Beliau sendiri selalu upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang. 

Marina juga dimaklumkan DWDAO telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 untuk belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi. Apabila Datuk Wira Dr Azizan Osman kembali ke tanah air, beliau terus berkongsikan tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum berlakunya Covid-19 ini lagi.

Apa yang Bakal Dipelajari Dalam Sesi Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 : Solusi Bisnes & Pemasaran Digital Pada 27 - 29 Ogos 2021 Ini! 

Apabila DWDAO kongsikan pengisian yang akan dipelajari, Marina rasa program ini dapat memberi manfaat dan membantu korang yang sedang tercari-cari seseorang untuk menjentik korang supaya terus bangun dari kejatuhan. Apa yang akan korang pelajari dari program ini :

#1 Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemik.

#2 Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital.

#3 Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang.

#4 Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan korang.

#5 Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang.

#6 Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital.



Sertai Program PERCUMA Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Ogos 2021 Ini!

DWDAO mempunyai passion hendak lihat anak bangsa usahawan berjaya. Walaupun banyak orang yang skeptikal dan fikir negatif terhadapnya, namun beliau tetap lakukan apa yang boleh terdaya. Mungkin ada kata, jika nak bantu bagilah semuanya PERCUMA. Seperti yang Marina cerita kat atas tadi ilmu dan kepakaran kita ada nilainya, suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan program bimbingan melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan. Melalui program-program percuma pun boleh buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan terus konsisten. 

DWDAO sebagai MenThor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu lakukan, bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini.

Masa Marina menghadiri sidang media RichWorks mengenai program ini, Marina pon turut berasa berkobar-kobar dan teringin nak majukan diri dalam bisnes part time Marina ni. Kita kenalah ikuti arus peredaran masa kan? Pemasaran digital bagi bisnes masa ini untuk usahawan bergerak lebih pantas. Korang cuba beri peluang kepada diri untuk hadir ke program ini dan nilai sendiri perkongsian pengalaman serta ilmu PERCUMA yang akan beliau kongsikan pada hujung bulan ini.

Maklumat Mengenai Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0

Pada 27-29 Ogos ini, RichWorks menganjurkan program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital di mana ianya merupakan program terbaru yang dibuat khusus untuk bantu usahawan bangkit disebabkan pandemik Covid-19 masa ini. Program akan dibuat melalui aplikasi Zoom.


Untuk keterangan lanjut, layari https://richworks.com/bangkit/ dan korang boleh daftar ke program percuma ini sekarang!



#kempenbangkitrichworks 
#kempenbangkitdrazizanosman
#usahawanrichworks
#richworksbangkitusahawan
#pengasasRichworksInternationalDatukDrAzizanOsman
#BangkitBisnesDariKrisis3.0
#BangkitkembalibersamaRichWorks 
#richworksnakbanturamaiorang 
#bisnesdarirumah2021 
#bisnesbaru2021
#zerokosmarketing2021
#richworksaward
#zerotomillionrichworks
#richworksondemand
#richworksacademy
#richworksbootcamp
#hargaseminardrazizan2021

Post a Comment

15 Comments

  1. Kena save date lah marina. Marsha nak join ni nak grab. Rugi tak join

    ReplyDelete
  2. Memang terbukti ramai berjaya di bawah bimbingan beliau. Nak buat apa sahaja pun kena berguru pada yang betul kan. Dan memang terbukti dah kejayaan kan.

    ReplyDelete
  3. bagus ni. program percuma. orang nak bagi ilmu percuma why not kita grab. thanks sharing

    ReplyDelete
  4. Bagus sgt program mcm ni. Ramai yamg dh berjaya.. Kene bangkit

    ReplyDelete
  5. Bagus ni... Setuju sangat... Kita memang kena bangkit... Nak joinlah, nak serap aura, rugi kalau tak sertai... Percuma pulak tu...

    ReplyDelete
  6. Menarik ni. Rasa cam nak join gak lah, ilmu free why not ambil peluang ni kan

    ReplyDelete
  7. Bagus. Bagus. Saya sokong usaha Richworks buat seminar macam ni, boleh bantu rakyat malaysia yang ramai terjejas waktu pkp ni

    ReplyDelete
  8. Juju suka seminar yg positif bina diri dan kerjaya. Sokong seminar ni!

    ReplyDelete
  9. nak taknak kita kena jugak sesuaikan diri dengan pandemik sekrang ni kan. Jom bangkit!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah DAO ni memang dari dulu suka membantu orang yang minat nak buat bisness kan.. ada juga rakan Sis yang berjaya dengan ikuti program dia..

    ReplyDelete
  11. Boleh dikatakan banyak seminar DAO Ruby join. Memang best. Walau FREE, input dia sama. Penerimaan dari diri kita je kena ubah. Berlapang dada tiap kali ke kelas. Seronok bila kita tak expect much dan memanfaatkan setiap perkongsian dengan cara DAO. Results matter. Hehe

    ReplyDelete
  12. Ramai dah usahawan berjaya atas bimbingan DAO! Bagus kelas Richworks ni ikut peredaran semasa apa yang perlu tahu agar tidak ketinggalan. Dan paling penting bertindak!

    ReplyDelete
  13. Sepatutnya pun dari dulu dah kena beralih kepada digital dan online ni.. offline boleh buat juga sekali sekala... Bagus lah tak ada peluang nak dengar cerita Dr Azizan ni...

    ReplyDelete
  14. siapa yang pernah dapatkan khidmat beliau mesti tahu best ke tak azizan ni. untung juga sebab dapat personal coach gn dia kan. kalau nak tau dia pun menggalakkan penggunaan bloggrr utk medium marketing

    ReplyDelete
  15. Your work is truly appreciated round the clock and the globe. It is incredibly a comprehensive and helpful blog. https://localtravelexplorer.wordpress.com/2021/11/21/what-to-look-for-in-kueh-bangkit/

    ReplyDelete