Kunjungi Optom Eyecare Bangi untuk Periksa Mata Dengan Pakar Optometri dan Tempah Cermin Mata!

Kunjungi Optom Eyecare Bangi untuk Periksa Mata Dengan Pakar Optometri dan Tempah Cermin Mata! | Bilalah PKP nak tamat ni kan? Marina dan husband dah complete 2 dos cucuk vaksin. Boleh ke rentas negeri semata-mata nak bawa anak-anak pergi bercuti? Alang-alang nak pergi bercuti, Marina ingat nak ke Optom Eyecare Bangi. Optom Eyecare Bangi ni merupakan kedai cermin mata yang terletak di Bangi. Sebelum ni Marina pernah order cermin mata anti blue light di Optom Eyecare Bangi ni secara online. 24/7 anak-anak asyik duk mengadap henfon je. Tambahan PDPR ni memang melalui henfon saje la. Risau juga dengan kesihatan mata diorang.

Bila tengok servis dan perkhidmatan yang disediakan di kedai cermin mata Optom Eyecare ni, Marina teringin pulak ke sana dan walk-in ke kedai cermin mata ni. Nak merasai sendiri pengalaman untuk perkhidmatan dan servis yang disediakan di sini.  Kenapa Marina teruja sangat ke Optom Eyecare di Bangi ni buat cermin mata? Make sure korang baca sampai habis!

Optom eyecare



Kenapa Memilih Kedai Cermin Mata Optom Eyecare Bangi? 

Korang ada merancang nak buat cermin mata baru? Jom ke Optom Eyecare Bangi untuk buat pemeriksaan mata dan cermin mata di sini. Kenapa Optom Eyecare Bangi perlu menjadi pilihan untuk buat spek mata? Sebelum ni Marina ada share tentang keistimewaan tempah spek mata di Optom Eyecare. Korang mesti teringin juga ke sini bila dah baca tentang servis dan perkhidmatan yang disediakan di sini :

#1 Menawarkan Servis Klinikal

Di Optom Eyecare Bangi bukan sahaja merupakan kedai cermin mata biasa, malahan di sini juga ada menawarkan servis klinik optometri. Mata korang akan diperiksa secara menyeluruh iaitu mata korang diperiksa dari bahagian dalam dan sehingga ke belakang mata. Selepas mata diperiksa, staff di situ akan terangkan keadaan mata korang. Mereka akan consult korang di satu bilik khas bagi menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk penjagaan mata. Jika teruk, mereka akan refer korang ke hospital.  


#2 Cermin Mata Custom Made Mengikut Bentuk Muka (Be Spoke) 

Bingkai cermin mata boleh ditempah khas mengikut bentuk muka korang. Di sini mereka menggunakan satu aplikasi khas untuk mengukur kepala, telinga, hidung dan wajah korang.


#3 Pelbagai Pilihan Kanta Mata 

Nampak tak? Kanta mata pon ada jenis-jenisnya. Ada macam-macam pilihan kanta mata yang boleh korang pilih. Marina dimaklumkan ada sejenis kanta mata iaitu kanta E-Sport, bukan kanta mata yang biasa-biasa. Kanta ni katanya tak meletihkan mata. Selama ni Marina pakai kanta yang meletihkan mata la ye? 

#4 Pelbagai jenama cermin mata

Nak terasa eksklusif sikit, korang bolehlah pakai spek mata yang branded. Korang boleh dapatkan cermin mata berjenama kat Optom Eyecare ni. Lain jenama, lain design kan. Macam-macam jenama terkenal cermin mata korang boleh pilih kat sini. Antara jenama yang top dijual di sini ialah Rayban, Oakley dan Nike. 

#5 Kedai Mesra OKU

OPTOM eyecare menyediakan ruang legar yang luas di kedai cermin mata mereka di mana ianya mesra OKU. 

Tempah Cermin Mata Kanak-Kanak Di Optom Eyecare Bangi!

Rabun tak kenal usia. Penglihatan anak-anak pon boleh terganggu pada usia muda. Korang perlulah alert apabila anak korang mula menunjukkan tanda-tanda penglihatan mereka semakin terganggu. Jika terdapat tanda-tanda kesihatan mata anak-anak makin merosot, korang boleh datang ke Optom Eyecare Bangi untuk memeriksa mata anak-anak korang kerana di sini mereka mempunyai pakar penglihatan mata kanak-kanak. Selepas buat pemeriksaan mata, bolehlah terus pilih design cermin mata kat sini.

Bukan senang nak memilih cermin mata yang sesuai untuk kanak-kanak. Korang perlulah bijak buat pilihan yang terbaik untuk spek mata anak korang. Di Optom Eyecare Bangi, terdapat pelbagai jenis saiz dan bingkai yang boleh dipilih. Macam Marina, masa belikan diorang cermin mata anti blue light tu, Marina biar anak-anak pilih design apa yang diorang suka. Kalau nak beli spek mata untuk yang rabun, kita kenalah bantu juga anak-anak buat pilihan dari segi bingkai dan kanta yang tahan lasak. Warna dan bentuk spek mata tu, biarlah anak-anak yang pilih. Paling penting sekali keselesaan semasa memakai spek mata.



Nak Ajak Mak Ayah Mertua ke Optom Eyecare Bangi

Husband Marina kata mata dia silau terutamanya bila bawak kereta waktu malam dan hujan. Marina plan nak datang Optom Eyecare Bangi untuk check mata husband, boleh ajak mak dan ayah mertua ke sini sekali untuk check mata dan buat cermin mata if boleh rentas negeri nanti. 

Biasanya kedai cermin mata yang Marina pergi hanya ada rak-rak display cermin mata dan bilik untuk check mata sahaja. Ruang di dalam kedai tak luas dan pergerakan di dalam kedai agak terbatas. 

Bila Marina tengok di akaun Facebook milik Optom Eyecare Bangi ni, ada ruang menunggu, nampak luas dan selesa. Bawak anak-anak, mak dan ayah mertua pon mesti diorang rasa selesa je duduk dalam kedai sambil menunggu giliran.  

Merancang Buat Cermin Mata di Optom Eyecare Bangi? 

Tak sabar Marina nak merentas negeri ni, dah alang-alang tu bolehlah singgah kedai cermin mata Optom Eyecare di Bangi ni. Korang yang nak buat cermin mata baru bolehlah terjah Optom Eyecare. Diorang ada 2 cawangan iaitu di Bangi dan Alor Setar. Sebelum walk-in tu call la dulu kalau nak dapatkan maklumat terperinci mengenai appointment,  prosedur dan lain-lain yang berkaitan. Lebih mudah dan cepat urusan korang bila dah sampai kedai nanti kan? So, kalau nak check mata atau buat cermin mata, pergilah ke Optom Eyecare. 

Cawangan Bangi, Selangor
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Whatsapp : wasap.my/601111479093

Cawangan Mergong, Kedah
No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 011-10641167
Waktu Operasi : 10:00am–7:00pm



Post a Comment

12 Comments

  1. Tadi UN lalu kedai OPTOM. :) Spek sini memang best, sebab ada macam2 pilihan untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Okay dah tau dah la kat mana bagus nak buat spec untuk anak-anak. Aritu cari juga kedai spec untuk anak tp x jumpa mana yg betul2 bagus.

    ReplyDelete
  3. With increasing exposure to blue light it is important to get expert to help us improve our visual right? This looks like an amazing place to get your eyesight improved.

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak check mata, ingat nak buat gak spek mata baru.. nampak menarik tawaran yang di berikan oleh optom.. JB bila nak ada ek..

    ReplyDelete
  5. Akak, OPTOM ni takmo buka cawangan kat KL ke. Jauh nak merentas daerah. Nak bawa anak-anak po cek mata. Mana la tau ada tanda rabun ke kan. Kalau ada cawangan KL bg tau eh. COVID-19 ni semua duk umah. Budak pun tak leh keluar. Bahaya sangat sekarang.

    ReplyDelete
  6. musim pdpr.. mmg penting kena jaga mata.. nanti nak check lah dr sini.. bw anak sekali hehe

    ReplyDelete
  7. alaaa jauhnyaaa. tapi memang betul walaupun tak rabun tapi at least biar pakai cermin mata atau protection dekat laptop. pengalaman khai keje menghadap laptop ni mata sekarang tak pasal dah rabun

    ReplyDelete
  8. Baiklah. Memandangkan sangat dekat dengan rumah, maka saya akan datang ke sana dan membuat sepasang kaca mata yang baharu hehehe

    ReplyDelete
  9. dah lama aim nak beli spek baru kat sini nanti. suka dengan pemeriksaan mata yang menyeluruh tak macam kat kedai cermin mata biasa.

    ReplyDelete
  10. Best ka kedai cermin mata ni... Dah setahun lebih juga Nell tak buat checkup... Maybe can try this kedai la nanti...

    ReplyDelete
  11. Totally spotted on that wee need a blur light protection to our eyes since we have been using lots of devices now. Cheers siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  12. Sapa yg ada anak2 dan tinggal tu eloklah pwgi Optom Eyecare Bangi utk periksa mata dan pakai cermin yg sesuai utk mereka

    ReplyDelete