Cara Penjagaan Kulit Muka Kering dan Kusam Dengan Betul

Cara Penjagaan Kulit Muka Kering dan Kusam Dengan Betul | Setiap individu mempunyai jenis kulit muka yang berbeza.  Korang tahu tak, jenis-jenis kulit muka yang ada? Tapi Marina bukan nak cerita pasal jenis-jenis kulit muka. Rasanya korang pon dah kenalpasti jenis kulit korang kan? Di sini Marina nak kongsikan dengan korang cara penjagaan yang betul untuk kulit muka yang kering dan kusam. Produk apa yang sesuai untuk kulit muka yang kering dan kusam serta rutin skincare yang perlu diamalkan. Pada yang tak tahu, tak semua produk di pasaran sesuai untuk semua jenis kulit muka. Cara penjagaan jenis kulit muka yang kering dan yang jenis yang berminyak adalah berbeza. Pemilihan produk yang digunakan untuk jenis kulit muka juga adalah sangat penting. Korang perlu tahu jenis kulit korang macam mana dan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit muka korang. 

Sebelum Marina cerita langkah-langkah untuk penjagaan kulit muka yang jenis kering, korang perlu tahu kenapa kulit muka kita boleh menjadi kering dan kusam. 

cara penjagaan kulit kering



Punca Kulit Kering dan Kusam

Jangan korang cakap pulak lahir-lahir kulit memang dah kering ye. Kulit bayi kering pon ada sebabnya. Salah satunya sebab memilih produk yang salah. Begitulah juga apabila korang memilih produk untuk penjagaan kulit muka. Bagi kulit yang tiada masalah, oklah bolehlah pakai apajua produk di pasaran. Tapi ada sesetengah individu kadang salah pilih produk, muka yang elok pon habis tumbuh jerawat. Ada juga yang mengelupas teruk dan susah nak sembuh. Nak jadi cantik macam model, tapi kena keluar banyak modal sebab dah salah pilih produk. Jadinya apa yang menyebabkan kulit muka korang kering dan kusam? 

Kita dah memang tahu kat Malaysia ni negara yang bercuaca panas. Sinaran UV dari cahaya matahari boleh menyebabkan kulit kita rosak yang dipanggil “skin moisture barrier” iaitu kelembapan lapisan kulit bawah permukaan. Apabila cuaca panas, kita akan kehilangan air dalam badan dan akan menyebabkan badan kita mengalami dehidrasi dan seterusnya menyebabkan kulit kita kering.

https://www.facebook.com/223178874391663/posts/3015853708457485/
Kulit kehilangan air
 
Selain itu, duduk di negara yang beriklim panas dan lembap menjadikan kulit kita terdedah kepada penggunaan penyaman udara (Air-Cond) bagi tempoh yang lama dalam sehari. Jiran-jiran Marina yang dulunya tak pernah pasang Air-Cond sekarang majoriti setiap rumah pasang Air-Cond sebab dalam rumah terasa berkuap. Apatah lagi semasa Marina bekerja dalam office, memang sah-sah pasang Air-Cond sebab kipas takde, guna air-cond je la. Hahahaha. Inilah salah satu sebab kulit menjadi kering.


Tahu tak? Kulit kering merupakan penyebab berlakunya kulit kusam (Dull Skin). Kulit yang kering akan menyebabkan kulit merekah di permukaan kulit dan menjadi sel kulit mati (dead skin cells). Apabila terjadinya kulit merekah macam ni akan menyebabkan kulit muka kita nampak tak sekata, nampak kusam dan nampak tak bermaya serta gelap.
 
Kesimpulannya, kalau muka kulit korang nampak kering, tak cantik, tak sekata, maksudnya badan korang kekurangan air. Badang yang kekurangan air akan menyebabkan kulit korang kering dan kusam. Jadinya korang kena pastikan korang kena kekalkan tahap air dalam badan adalah mencukupi. Macam mana tahu badan cukup air ke idak? Korang tahu kan kita kena minum at least air kosong 8 gelas sehari? Air kosong ye. Air lain tak aci. Apabila air dalam badan cukup, kulit kita akan nampak berseri dan cerah di samping mengamalkan rutin penjagaan kulit muka yang betul. 

Langkah Penjagaan Muka untuk Kulit Kering

Sekarang korang dah tahukan punca serta cara untuk mengatasi kulit kering dan kusam? Kalau nak kekalkan kulit wajah kita lembap dan tak kusam, korang perlu amalkan rutin skincare at least yang basic ni menggunakan 3 produk ini. Macam Marina, Marina gunakan produk dari Hansaegee Nature iaitu 92% Aloe Gel Mask, Pelembap (Moisturizer) Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream. Setiap hari korang boleh amalkan rutin penjagaan kulit muka menggunakan 3 produk ini.




Rutin Malam - 92% Aloe Gel Mask + Aqua Whitening Cream (Moisturizer) 

Langkah 1 : 92% Aloe Gel Mask

• Mengandungi kandungan 92% Aloe vera gel mask yang tinggi, mempunyai kandungan air yang tinggi, melembapkan kulit (provide high moisture effect to skin). 
Aloe vera boleh mencerahkan kulit. Ianya adalah sumber semula jadi untuk mencerahkan kulit kusam.

• Aloe vera juga boleh melembutkan kulit yang mati (dead skin cells) dan membantu menyingkirkan kulit mati dengan mudah. Makanya kulit muka akan menjadi lembut dan semakin cerah. Kulit muka korang nampak bermaya dan berseri.

• Selepas mandi, cuci muka dan terus pakai mask ni. Ianya boleh meningkatkan kelembapan kulit dan wajib ingat JANGAN lebih dari 20 minit. Masa yang sesuai untuk memakai mask adalah di antara 15 – 20 minit. Dalam di antara masa tu, sel kulit dah air yang secukupnya. 

• Apabila korang pakai mask dalam masa 20 minit ni,  korang boleh tenangkan diri atau boleh lakukan perkara lain yang relax seperti mendengar lagu atau menonton movie di rumah, sementara menunggu tamat 20 minit tu. 

• Selepas bukak mask, guna jari untuk “dap dap” kulit muka korang supaya essence dia meresap ke dalam kulit. Jangan korang pi basuh muka pulak lepas bukak mask. Kalau essence tu terlampau banyak, lap je dengan tisu yang basah.


Water content tinggi

Mask nipis

Pengalaman Marina menggunakan 92% Aloe Gel Mask dari Hansaegee Nature ni, memang best dan rasa sejuk je. Mask dia basah, tapi taklah berair sampai meleleh sebab mask ni concentrated macam serum. Mask dia terasa macam bergel sedikit. Bila pakai mask dia, muka tak rasa gatal atau pedih. Aloe Gel Mask ini berbentuk sheet. Selesa je apabila memakai Aloe Gel mask ni sebab dia nipis dan kemas. Nampak macam tak pakai mask je. Kalau hidung korang mancung, guna mask ni masih maintain nampak mancung ye hidung korang tu. Takdela malu dah nak bervideo call dengan boipren time boipren bervideo call dengan korang waktu malam. Selepas dah bukak tu, nampaklah air dari mask di muka Marina meresap. Muka nampak suci murni, bercahaya dan terasa fresh. Hehehe.


Kalau malas nak pakai mask setiap hari, korang boleh pakai 92% Aloe Gel Mask ni 2 atau 3 kali seminggu. Kalau boleh, korang disyorkan pakai setiap hari untuk result yang lagi bagus sebab Aloe gel mask ni meningkatkan kelembapan pada kulit dan boleh cerahkan kulit yang kusam supaya nampak segar, berseri dan bermaya. Tak perlu risau sebab aloe gel mask ni boleh guna setiap hari.




Langkah 2 : Aqua Whitening Cream (Moisturizer) 

• Pelembap ni merupakan pelembap yang berasaskan air. Tak berminyak atau melekit. Owh korang tahu tak, orang yang berkulit kering sesuai menggunakan pelembap jenis krim tapi krim kan ada yang melekit. Rasa tak selesa pulak muka. So lebih afdal guna yang berasakan air. Moisturizer Aqua Whitening Cream ni sejuk dan terasa aegar bila pakai. Pelembapnya boleh kekalkan kelembapan kulit sepanjang hadi dan boleh memperbaiki kulit yang kusam dan kulit yang tak sekata.
 
• Pakai Aqua Whitening Cream ni selepas memakai Aloe Mask. Ia boleh membekalkan air yang cukup kepada kulit dan boleh menyimpan kelembapan ke lapisan kulit yang dalan sepanjang malam. Jadi, hari esoknya, kulit rasa lembut dan kulit nampak moisture dan cerah. Patutlah Marina pakai malam tu, esok kulit masih terasa segar. 



Rutin Pagi - Aqua Whitening Cream (Moisturizer) + Gold Nano CC cream (Sunscreen) 

Langkah 1 : Aqua Whitening Cream (Moisturizer) 

• Pakai Aqua Whitening Cream dulu, dan selepas tu pakai Gold Nano CC Cream. Sepanjang hari kulit terasa lembap, sejuk dan dapat memperbaiki kulit yang sunburn akibat dari UV. Jadinya kulit tak mudah rosak bila dah pakai moisturizer dan krim pelindung cahaya matahari. 



Water drop

Langkah 2 : Gold Nano CC Cream

• CC Cream ni mempunyai tekstur yang sangat ringan, lembap, tak berminyak dan tak melekit. Kulit akan terasa segar selepas guna. Krim pelindung matahari ini mempunyai SPF50+ PA+++ yang mampu melindungi kulit muka dari sinaran UVA dan UVB. 

• Kandungan krimnya iaitu “Niacinamide” dapat mencerahkan kulit dan seimbangkan warna tona kulit muka selepas dipakai. Kulit muka nampak berseri secara semulajadi. 

• Guna CC cream ini selepas pakai Aqua whitening moisturiser. Apabila korang pakai 2 produk ini pada waktu siang, kulit muka dapat dilindungi daripada sunburn. Jadinya, kulit tak mudah dehidrasi. Kulit kering dan kusam dapat dielakkan.




Amalkan produk dari Hansaegee Nature untuk Melembapkan Kulit Muka

Kalau nak dapatkan kulit yang sentiasa lembap, cantik dan berseri, korang boleh amalkan rutin untuk penjagaan kering dan kusam yang Marina kongsikan ini. 

Selanjutnya korang boleh ke website Hansaegee Nature untuk pertanyaan lanjut atau mendapatkan produk mereka:

Brand: Hansaegee Nature 




Post a Comment

2 Comments

  1. Wah! Mesti bwst aloe ge hansaegee. Tak pernah try lagi. Lain semua dah ehehhee hansaegee mmg terbaik

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips, sunscreen and moisturizer are important for healthy skin.

    ReplyDelete