Klinik Dr Bazilah , Klinik Kulit, Aesthetik dan Rawatan Rambut di Shah Alam dan Bangi - MARINA BASHAH

Klinik Dr Bazilah , Klinik Kulit, Aesthetik dan Rawatan Rambut di Shah Alam dan Bangi

Klinik Dr Bazilah, Klinik kulit, Aesthetik dan Rawatan Rambut di Shah Alam dan Bangi | Marina tak pernah lagi buat rawatan di Klinik Dr. Bazilah ni. Dari tahun lepas lagi dalam bulan 9 macam tu, Marina setting date nak buat rawatan di klinik ni. Asyik terpaksa di postpone sebab tak boleh merentas negeri dan kekangan masa. Ada rakan blogger Marina yang pernah buat rawatan muka di Klinik Dr Bazilah ni. Katanya puashati, tu yang Marina ingat nak try, tapi apakan daya, takleh merentas negeri. Nampakkk. Gigih tak Marina nak buat rawatan muka, sanggup merentas negeri. 

Selama berapa puluh tahun Marina hidup ni, sekalipun tak pernah buat rawatan laser di wajah. Tak pernah buat consultation dengan doktor, bertanya tentang masalah kulit muka Marina. Marina ni jenis orang yang simple je (jenis tak berapa nak jaga muka a.k.a malas). Skincare routine pon tak wujud dalam kamus Marina. Hihi. Rutin yang biasa Marina amalkan adalah hanya mencuci muka menggunakan pencuci muka yang biasa terdapat di drugstore sahaja. Toner dan pelembap tak pandang. Sunblock lagilah tak pandang. Abistu make up tak cuci ke? Pergi kerja pon Marina tak make up ye wahai sahabat. Kadang-kadang je kalau ada special day, nak bergambar barulah Marina sapu compact powder dan calit liptint. Tapi bila dah semakin berumur ni, Marina perasan, tompok hitam dah mula muncul dan jerawat kerap menyinggah di muka ni. Dulu zaman muda remaja walaupon jerawat tumbuh, kejap je dia sembuh. Parut jerawat pon cepat je hilang. Keluar rumah, muka togel je, tak pakai pelembap, sunblock bagai tapi steady je kulit muka. Sekarang jangan haraplah. Usia dah meningkat. Lambat nak pulih. Marina kena buat sesuatu jugak. Nak cantik tapi malas. Bila kulit muka dah wujud macam-macam masalah, barulah Marina rajinkan diri buat rawatan kulit wajah dan rutin penjagaan kulit. Cantik bukan untuk suami je. Kalau untuksuami je korang takkan jadi gigih. Buatlah untuk diri sendiri. Sayanglah diri sendiri. Cantikkan diri korang. Zaman bercinta pandai pulak nak cantik-cantikkan? Dah kahwin, cantik pon dah tak kenal korang. Hihihi.

Kalau nak buat rawatan muka, terutamanya yang nak buat rawatan laser, kenalah pilih yang betul-betul. Jangan main gi terjah sebab viral atau famous je. Pilih klinik aesthetic yang background nya memang doktor betul dan direkemen oleh rakan yang kita kenal, yang pernah buat rawatan di klinik tersebut. Selamat muka korang. 

Marina ada perasan di instagram milik Dr Bazilah ni, ada junior Marina masa dekat U dulu pon buat rawatan di Klinik Dr Bazilah ni. 

Klinik Dr Bazilah

Pengasas klinik ini ialah Dr Bazilah. Muda, cantik, dan manis doktornya. Terdapat 2 cawangan Klinik Dr Bazilah iaitu di Seksyen 13, Shah Alam dan seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Klinik di Shah Alam baru dibuka awal tahun ni. Kedua-dua kliniknya nampak selesa dan senang nak parking. Hiasan dalaman kliniknya berkonsepkan minimalist, sedap mata memandang. Paling penting, Klinik Dr Bazilah merupakan LCP Clinic yang diperakui. Doktor-doktor di sini semuanya diperakui dan Health Practitioner yang berlesen dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tidak hanya terhad melakukan rawatan kepada pelanggan, klinik Dr Bazilah juga ada menyediakan consultation kepada pelanggan untuk mengenalpasti masalah kulit dan rambut. Daripada keputusan itu, doktor akan mencadangkan rawatan yang sesai dilakukan untuk pesakit. 
 


 
Sesi consultation kepada pelanggan

Perkhidmatan yang Disediakan di Klinik Dr Bazilah

Awalnya, Marina ingatkan Klinik Dr Bazilah ni hanya menawarkan perkhidmatan rawatan muka sahaja, rupanya klinik ini juga ada buat rawatan lain. Rawatan yang ditawarkan di Klinik Dr Bazilah :
Rawatan jerawat
Rawatan parut jerawat
Ekzema
Psoriasis
Allergy
Skin Pigmentation
Hair Removal
Masalah Rambut/ rambut gugur
Aesthetic
Fungal
Minor Surgery - skin tag removal, wart  
        removal, callus, mole removal, pyogenic 
        granuloma removal
Sexual Transmitted Disease - Syphillis, 
         herpes infection, gonorrhea, chlamydia

Masalah Kulit dan Rambut Semakin Berkurangan : Feedback Customer Selepas Melakukan Sesi Rawatan Di Klinik Dr Bazilah

Di sini Marina kongsikan feedback dari beberapa orang customer yang berpuas hati selepas melakukan pelbagai rawatan di Klinik Dr Bazilah. 
 
Skin Tag hampir hilang selepas rawatan Skin Tag Removal
Solar Lentigo pudar selepas rawatan
Jerawat makin surut selepas rawatan acne
Rambut semakin lebat selepas melakukan rawatan hair loss
Pigmentation di muka makin pudar selepas melakukan rawatan pigmentation

Appointment untuk Buat Rawatan di Klinik Dr Bazilah

Klinik Dr Bazilah beroperasi setiap hari, Isnin sehingga Ahad.
• Isnin - Jumaat : 10 pagi sehingga 7 malam
• Sabtu dan Ahad : 9 pagi sehingga 6 petang


Korang yang nak ke Klinik Dr Bazilah disarankan hubungi klinik dan buat appointment terlebih dahulu. Klinik Dr Bazilah ni sentiasa full house, terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad. 

Whatsapp :
013-5757627

Call :
03-89229681 (Bandar BaruBangi)
03-50357359 (Shah Alam)
 
Makluman lanjut mengenai Klinik Dr Bazilah, korang boleh refer website dan media sosial diorang :

Website :

Facebook :
klinikdrbazilah

Instagram :
@klinikdrbazilah

21 comments:

  1. solar lentigo tu mmg untuk masalah lengtines macam kak azni laaa kut nooo..... or pico laser ?

    ReplyDelete
  2. Ooo ada kat shah alam..ok nanti nak gi la. Lama x wat treatment muka

    ReplyDelete
  3. Menarik semua pakej yang ditawarkan di klinik ni ye, boleh usha-usha website Dr. Bazilah ni nanti. Tq sharing.

    ReplyDelete
  4. Wahhh ade utk eczema jugak ke? Menarik

    ReplyDelete
  5. Kalau ada dekat-dekat mau juga try, especially rawatan rambut tu coz rambut saya sering gugur. Thanks for sharing info

    ReplyDelete
  6. I think I heard of this Clinic before. Dia ada cawangan di Bangi juga bukan. Hehehe. This clinic provides a good service for those with skin and hair problems.

    ReplyDelete
  7. banyak juga masalah kulit yang dia boleh rawat dengan rawatan laser. Yang STD tu mesti mahal kan nak buat rawatan?

    ReplyDelete
  8. Rawlins tertarik dengan rawatan kulit yang dia sediakan tu. Bangi nie dekat dengan rumah Rawlins. Adakah daku kena pergi? Hehe

    ReplyDelete
  9. Ada nampak jugak artikel pasal Klinik Dr Bazilah ni. Tertarik dengan pelbagai rawatan yang disediakan teruatamanya rawatan buang skin tag tu , ramai yang merngalami masalah tersebut tapi tak tahu nak buat dekat mana. Rasanya boleh rekomen klinik ni pada kawan-kawan yang memerlukan.

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak manjakan diri buat rawatan wajah dan seumpamanya. Bolehla dtg sini cuba. Yg penting ada kelulusan KKM jadi pelanggan tak perlu risau kan.

    ReplyDelete
  11. Bila treatment muka je Iza macam takut sebab takut sakit tapi macam teringin nak cuba yang laser tu. Bagus jugak klinik ni, bukan setakat untuk muka je. Untuk rambut pun ada.

    ReplyDelete
  12. Banyak juga rawatan yang ditawarkan ya, i'm interested in the hair loss treatment.

    ReplyDelete
  13. Cantik klinik dia, senang ada semua rawatan dalam satu klnik macam ni, so tak payah nak banyak berurusan dengan mana-mana Doktor lain..

    ReplyDelete
  14. Banyaknya rawatan yang boleh dibuat kat Klinik ni selain facial treatment jer... Interior dia pun sangat cantik kan...

    ReplyDelete
  15. Teedapat banyak juga rawatan yang ada kat sini. Semuanya nampak.menarik

    ReplyDelete
  16. kadang2 masalah kulit ni memang kena jumpa yang pakar. kalau beli produk kat kedai je makan masa untuk nampak hasil

    ReplyDelete
  17. ni macam dekat Menara U Shah Alam kan ?ada perasan aritu . tak sangka banyak juga servis yang ditawarkan bolehlah pergi ke sana nanti. tq sis sebab share!

    ReplyDelete
  18. the clinic looks so clean, comfortable and spacious. also really appreciate the fact that they have women doctor working here too!

    ReplyDelete
  19. Saya pun dah lama tak buat treatment. Kadang2 malas nak pergi facial sbb beauty consultant ni kebanyakannya agresif, suka hard sell suruh ambik pakej tu la, pakej ni la.

    ReplyDelete
  20. Tahniah sebab dh buka dekat shah alam. Bagus sagt klinik dr bazilah ni, nad pernh buay rawatan dekat sini

    ReplyDelete
  21. clinic pon bersih.. 😅😅😅

    ReplyDelete