Promosi Kempen Zakat Saham dari Lembaga Zakat Selangor - MARINA BASHAH

Promosi Kempen Zakat Saham dari Lembaga Zakat Selangor

Promosi Kempen Zakat Saham dari Lembaga Zakat Selangor | Sebagai umat Islam, kita dah sedia maklum, membayar zakat adalah tanggungawab setiap invididu ke atas setiap pendapatan yang dimiliki termasuklah saham dan pelaburan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membayar zakat ke atas harta yang dimiliki supaya dapat membantu umat Islam yang memerlukan. Sebelum ini Marina pernah kongsikan mengenai Zakat@family yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kalini Marina nak kongsikan dengan pembaca mengenai Zakat Saham. Ada tak di antara korang yang menyimpan duit di Amanah Saham atau mana-mana yang melibatkan pelaburan? Adakah Amanah Saham Bumiputera (ASB) dikira sebagai saham? Menurut dari pembacaan di SINI, zakat untuk ASB, kiraannya dikira sebagai zakat simpanan. Manakala Amanah Saham Nasional (ASN) pula, kiraannya dikira sebagai zakat saham. Banyak mana perlu bayar zakat untuk saham? Marina pon tak arif mengenai zakat saham. Tapi Marina ada baca mengenai zakat saham ni. Dapatlah juga serba sedikit ilmu mengenai zakat saham dan ilmu ni Marina kongsikan di sini dengan korang. Semoga perkongsian ini dapat membantu korang yang mencari maklumat mengenai zakat saham. 

Sebelum sambung cerita selanjutnya mengenai zakat saham, Marina nak sampaikan berita gembira buat pembayar zakat saham di luar sana. Lembaga Zakat Selangor sedang mengadakan kempen Zakat Saham 2020 khas kepada semua pembayar zakat saham! Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan dari LZS! 

Syarat Wajib Zakat Saham & Pelaburan

Syarat wajib untuk menunaikan zakat saham ialah :

• Islam

- Seseorang yang hendak menunaikan zakat saham, individu tersebut wajib seorang yang beragama Islam. 

• Milik sempurna

- Saham tersebut wajib pemilikan sempurna. 

• Cukup haul

- Saham pemilikan kekal cukup tempoh tertentu 

• Cukup nisab

- Harta melebihi daripada jumlah yang dikenakan zakat harta

• Halal

- Sahamnya dari sumber yang halal. 

• Milik pihak tertentu


Siapa Wajib Bayar Zakat Saham? 

Pihak yang perlu menunaikan zakat saham ialah syarikat dan individu yang mempunyai saham. 


Produk Utama di Pasaran Modal

Produk utama di pasaran modal terdiri daripada 4 kategori iaitu :
• Ekuiti - Saham, Unit Trust, REITs, Index Fund, ETF
• Derivatif - Option & Future
• Bon & Debentur
• Produk Berstruktur

Jenis Pelaburan di Pasaran Modal

• Saham Biasa & Keutamaan
• Dana Dagangan Bursa (ETFs) 
• Saham Amanah Hartanah
• Saham Amanah pengurus dana, swasta, kerajaan
• Lain-lain pelaburan diniagakan di dalam dan luar negara

Cara Kiraan Zakat Saham

Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu atau tidak jelas bagaimana cara hendak mengira zakat saham. Contoh kiraan zakat saham adalah seperti berikut :


Bagaimana Cara Menyertai Kempen Zakat Saham 2020?

Korang berpeluang memenangi telefon bimbit yang benilai RM1,000 dengan menyertai Kempen Zakat Saham! Siapa nak bagi free kan? Bayar zakat, hadiah pon dapat. Tak mau ke? Kempen ini bermula dari 15 September 2020 sehingga 30 November 2020. Ikuti 3 langkah mudah ini untuk menyertai Kempen Zakat Saham :

#1 Buat bayaran Zakat Saham melalui :
• 23 cawangan LZS
• Semua agen kutipan LZS

#2 Selepas buat pembayaran,  scan QR code di banner di iklan Kempen Zakat Saham di atas ni atau layari https://bit.ly/zakatsaham20202

#3 Jawab soalan mudah dan lengkapkan maklumat diri korang. 

Senangkan? Sertai kempen Zakat Saham sekarang sebelum kempen tamat. Mana tahu asbab bayar zakat saham, dapat rezeki telefon bimbit. 




Semoga dengan pembayaran zakat ini, dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan terutamanya golongan asnaf fakir miskin di Selangor.  
KONGSI REZEKI, ZAKAT SENTIASA DI HATI! 

Makluman lanjut mengenai Kempen Zakat Saham atau Zakat Saham boleh rujuk pada Lembaga Zakat Selangor di website dan media sosial mereka :

Website :

Facebook :

Instagram :




17 comments:

  1. This is a good campaign and innisiatif by Lemabaga Zakat Selangor. I should also take note on this. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Satu perkongsian dan maklumat penting diketahui semua unat Ismak.

    ReplyDelete
  3. Good information for Muslim friends. I will share the info to them.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang baik buat mereka yang ada saham. buat duit, dan share duit tu kepada yg memerlukan

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang berfaedah untuk rakan-rakan muslim di luar sana. Thanks for the sharing!

    ReplyDelete
  6. This is really good for Muslims as this allows them to pay their zakat eeasily. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. Bagus perkongsian ni maklum la tak ramai yg tahu dan faham betul2 bab zakat ni

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian. Kadang2 kita terlepas pandang bab zakat saham & pelaburan ni.

    ReplyDelete
  9. terima kasih Marina untuk info dan peringatan.. atie pun hampir terlupa nak tunaikan tanggungjawab yang satu ni.. semua perihal PKPB sampai tarikh pun lupa.. em..

    ReplyDelete
  10. Walaupun semua zakat suami yang urus, kita perempuan pun kena amik tau kann, zakat emas terutamanya.. yang kurang celik endah tak endah je bab gini..

    ReplyDelete
  11. Suka dengan kempen zakat Selangor.. promosi yang bagus menarik minat lbh rmi org utk trs membayar zajat

    ReplyDelete
  12. Woww banyak juga ye promosi zakat.. Nampak pulak #kongsirezeki mesti ramai yang berminat

    ReplyDelete
  13. very fun and interesting to learn about zakat today. the promotions look like a great way to encourage timely contributions

    ReplyDelete
  14. Satu perkongsian yang bagus buat semua. Terimkasih sis. :)

    ReplyDelete
  15. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    ReplyDelete